Gambar luar biasa matahari dirakam


GAMBAR kapal angkasa Atlantis (dalam bulatan) yang melintasi matahari di angkasa lepas berjaya dirakam oleh Legault.


FLORIDA - Seorang ahli astronomi amatur, Thierry Legault berjaya merakamkan gambar kapal angkasa Atlantis dan teleskop Hubble di depan imej matahari di angkasa lepas, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar luar biasa itu dirakamkan oleh Legault di Florida, 96 kilometer ke selatan Pusat Angkasa Kennedy di Amerika Syarikat.

Dia menggunakan teleskop biasan Takahashi berharga AS$12,000 (RM43,000), sebuah kamera Canon dan prisma solar Baader bagi memperoleh imej tersebut.


KAPAL angkasa Atlantis sebelum berlepas dari Florida.

Imej matahari yang dirakam itu berwarna kuning pudar kerana hanya lima peratus cahaya yang dapat menembusi prisma itu.

Gambar kapal angkasa Atlantis yang berlepas dari Cape Canaveral di sini pada Selasa lalu pula kelihatan seperti bayang-bayang hitam ketika dirakam.Angkasawan-angkasawan kini sedang membaiki dan meningkatkan keupayaan teleskop Hubble buat kali terakhir. Legault ialah seorang jurutera dari Paris, Perancis yang suka merakamkan gambar-gambar pemandangan angkasa lepas. - Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: