komik ibarat ubat


dua orang kartunis tempatan dikerumuni peminatnya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, baru-baru ini.

KOMIK dianggap ‘ubat’ yang berkesan bagi mengurangkan ketegangan pemikiran dan perasaan seseorang.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mariani Md. Nor berkata, antara lumrah manusia adalah lebih gemar melihat objek berbanding tulisan.Beliau berkata, setiap individu tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa lebih berminat untuk mengetahui sesuatu maklumat jika ia dipaparkan melalui gambar atau tulisan yang diselitkan lukisan berbanding tulisan sepenuhnya.

“Dengan ini, komik adalah bacaan yang dapat menarik minat seseorang membacanya kerana dipenuhi gambar dan karikatur.“Keindahan dan keunikan lukisan serta ciri-ciri tertentu seperti kelucuan yang dipaparkan di dalam komik membantu pembaca menumpukan perhatian dengannya sehingga melupakan sementara masalah dihadapi,” katanya.

Mariani berkata, setiap peringkat usia dalam masyarakat menggemari komik namun biasanya jenis komik yang dibaca berbeza.“Golongan kanak-kanak biasanya sukakan komik cerita kartun atau siri kartun yang dibukukan seperti Doraemon dan Shin-Chan.“Remaja lebih gemar membaca komik mengenai alam percintaan manakala dewasa lebih tertarik kepada komik yang menerangkan urusan perniagaan,” katanya.Pada masa sama, jelasnya, komik tidak menyumbangkan kesan negatif selagi pembacaannya dikawal.

Menurut Dr. Mariani, komik berbentuk lucah dan ganas perlu dielak bagi memastikan seseorang tidak terdedah dengan nilai negatif.Sementara itu, Ketua Penyelaras Jabatan Siswazah Psikologi dan Kaunseling, Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Noor Azniza Ishak berkata, kebiasaannya penggemar komik terdiri daripada golongan individu yang gemar berimaginasi atau berkhayal.

“Golongan ini juga biasanya tidak banyak bergaul dengan orang lain kerana gemar berkhayal mengenai sesuatu perkara.“Individu yang gemar berimaginasi untuk menjadi kaya atau pandai akan meminati komik berbentuk pendidikan manakala yang gemarkan aksi kasar seperti pergaduhan dan peperangan lebih tertarik dengan komik kepahlawanan,” katanya.

Menurut Noor Azniza, kesan positif dan negatif daripada komik bergantung kepada jenis yang dibaca.Segelintir pembaca gemar mencuba apa yang terkandung di dalam komik manakala ada pula yang tidak mengikuti ceritanya,” tambahnya.Dalam kehidupan ini, jelasnya, individu tidak boleh mengambil sesuatu perkara terlalu serius atau fanatik kerana ia akan menimbulkan kesan negatif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: