Buah tembikai dilelong RM18,455


DUA buah tembikai Yubari dilelong pada harga RM18,455 di bandar raya Sapporo, Hokkaido.

TOKYO - Mangsa terbaru kegawatan ekonomi di Jepun kini ialah buah tembikai Yubari yang rasanya manis tetapi dijual pada harga mahal.Dua buah tembikai Yubari dilelong di bandar raya Sapporo, utara Jepun pada harga AS$5,200 (RM18,455).Walaupun mahal, ia lebih murah daripada harga lelongan yang dicatatkan sebelum ini pada tahun lalu.Harga lelongan buah itu pada tahun lalu ialah $26,000 (RM92,285) dan pada 2007 buah tersebut dilelong pada harga $21,000 (RM74,530).Harga itu menjadikan ia sebagai tembikai paling mahal ketika kegawatan ekonomi dunia melanda dunia.Buah tembikai itu seberat 3.6 kilogram dan pada setiap tahun pembeli akan datang ke pasar itu untuk cuba membida pada harga yang terbaik. Buah tembikai yang berwarna oren itu hanya ditanam di bandar Yubari di utara Hokkaido

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: