Warna pakaian lambang personaliti
|
Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas.
Tidak ketinggalan, wanita yang memakai baju biru lebih sabar, sejuk dan tenang. Mungkin warna hijau sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadi tetapi sebenarnya ia ibarat lambang sifat cemburu, tenang dan bijak.
Bagi wanita yang ingin kelihatan feminin dan tenang, boleh memilih warna ungu. Sebaliknya, wanita yang ingin kelihatan ceria dan cergas, boleh mengenakan warna oren.Merah jambu pula sering dikaitkan dengan sifat dan hal feminin.Pada Seminar Setiausaha; Legasi Kecemerlangan Organisasi di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, anjuran Utusan Publications & Distribitors (UP&D) dengan kerjasama D'Navechee dan Hotel Istana, para peserta yang terdiri daripada setiausaha pelbagai organisasi diberi pendedahan bagaimana bergaya dengan memilih warna baju dan suai-padan pakaian.
Ahli panel terdiri daripada pengasas syarikat kecantikan D'Navechee dan juga pemenang anugerah Wanita Ikon anjuran majalah Wanita, Datuk Azlina Che Abdullah serta Shariffa Rasheeda Al-Junied, perunding imej DCL berkongsi petua dan pengalaman untuk meningkatkan integriti seseorang setiausaha ke arah yang lebih cemerlang dan tampil menarik.
Tidak ketinggalan, seminar yang dihadiri hampir 270 orang peserta ini menampilkan Roslan Shah sebagai pengacara majlis dan Hattan yang menghiburkan para peserta semasa makan tengah hari secara tidak langsung dapat dijadikan hiburan santai kepada para setiausaha. Seminar ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan pertunjukan fesyen oleh Butik De'Zain.
Kali ini De'Zain yang terletak di Ampang Point tampil dengan himpunan baju kurung moden pelbagai warna.Bagi wanita yang berkerja, memakai kurung moden bukan sesuatu yang asing kerana ia nampak manis dan berkaliber sekiranya bijak memadankan warna.Sesuai dengan keperluan warna mengikut mood, pemilihan warna yang tepat amat penting.
Apatah lagi, De' Zain menampilkan pilihan pakaian yang sesuai ringkas tetapi dihiasi dengan perincian manik. Sesekali tampil begini ke pejabat, ia dapat mewujudkan suasana yang positif. Bukan itu sahaja, koleksi ini tampil dengan potongan mengikut badan yang tidak membosankan.
Di samping itu, hiasan pada bahagian dada tampil segar dengan sedikit taburan labuci. Bahkan, pakaian ini boleh digayakan ke majlis makan malam sambil dipadankan dengan selendang ringkas.Tidak ketinggalan, para peserta seminar didedahkan panduan pakaian. Mereka disarankan membeli suai padan baju sama ada dengan tudung atau seluar pada masa yang sama.
Ini kerana, wanita selalu keliru memadankan warna yang sesuai dengan pakaian yang dibeli pada peringkat awal.Sebagai wanita yang berkerja, pemilihan gaya yang sesuai dengan umur dan potongan badan amat perlu. Bagi menyembunyikan usia yang semakin meningkat, wanita boleh mengenakan pakaian rona lebih ceria selain mewujudkan perasaan yang lebih gembira.Bagi mereka yang ingin ke pejabat, dinasihatkan agar memakai beg dan kasut yang sedondon.
Selain itu, pakai tudung dan aksesori yang sesuai dengan pakaian. Setiausaha juga disaran memakai pakaian yang tidak terlalu seksi atau berbelah belakang. Menyentuh tentang pemilihan warna, wanita bekerja juga tidak digalakkan memakai pakaian yang terlalu terang dan menggunakan banyak aksesori.
Panduan bergaya
l Jika mengenakan busana yang menggabungkan pelbagai warna, anda boleh memilih kasut atau beg tangan berdasarkan satu warna utama.l Supaya penampilan tidak tampak sarat atau keterlaluan, penggunaan aksesori seperti tali pinggang berwarna hitam atau putih dapat membantu penampilan.
l Pilih rekaan yang berlatar belakangkan warna yang sesuai dengan apa sahaja aksesori seperti hitam, putih dan warna pastel.
0 comments:
Post a Comment