10,000 usahawan muda dicari
KUALA LUMPUR 17 Mei - Walaupun negara berdepan dengan masalah ekonomi tetapi ia bukan menjadi penghalang kepada syarikat pengeluar produk kecantikan dan makanan kesihatan, Jiwa Realiti Sdn. Bhd. (Jiwa) untuk mengembangkan perniagaannya.Presidennya, Eric Yap berkata, dalam tempoh sebulan syarikat itu ditubuhkan, seramai 500 usahawan muda sudah mendaftarkan diri untuk menceburi perniagaan dengan Jiwa.Syarikat itu kini mencari 10,000 usahawan muda untuk menjadi perantis perniagaan sepanjang tahun ini.Yap berkata, pihaknya telah melabur sebanyak RM500,000 untuk membangunkan program dan perniagaan berkenaan.Beliau memberitahu, perantis yang berkelayakan dan mencapai tahap tertentu, akan dihantar untuk meneroka pasaran luar negara termasuk di Dubai, Emiriah Arab Bersatu."Kami membuka peluang kepada mereka yang berbakat besar dan dibuang kerja ekoran kegawatan ekonomi."Kami mahu lebih ramai usahawan muda tempatan dapat maju dan menceburi perniagaan bersama kami,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Yuran seumur hidup untuk menyertai program latihan keusahawanan Jiwa adalah sebanyak RM1,404 seorang.Jiwa mengeluarkan dan memasarkan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan.Sebanyak 90 peratus produk yang dikeluarkan menggunakan bahan mentah tempatan manakala bakinya merupakan bahan mentah yang diimport.
0 comments:
Post a Comment