Kasut koleksi terbaru Jimmy Choo


rekaan berasaskan renda hitam terus menjadi pilihan.

Tiada siapa yang tidak mengenali jenama Jimmy Choo. Jenama fesyen eksklusif dari London itu khususnya paling terkenal dalam penghasilan kasut wanita buatan tangan.

Percaya atau tidak pereka asal jenama itu, Datuk Jimmy Choo, anak tempatan yang lahir dari keluarga pembuat kasut Pulau Pinang, telah mereka kasut pertamanya semasa berusia 11 tahun.Rekaan dan kehalusan hasil kerja tangannya mula menjadi sebutan di dalam dunia fesyen apabila tampil dalam lapan muka surat majalah Vogue pada 1988 yang segera melonjakkan namanya ke persada fesyen antarabangsa.

Minat mendiang Princess of Wales, Puteri Diana, terhadap hasil pereka asal itu, terus menaikkan imejnya ke peringkat lebih elit di kalangan kerabat diraja dan sosialit.

Kini, meskipun pereka hebat itu tidak lagi bersama jenama Jimmy Choo, jenama itu tetap unggul dan masih menjadi lambang status serta keanggunan wanita aristokrat.Daripada puluhan item yang direka untuk koleksi Jimmy Choo tahun ini, kasut tinggi Faye Lace Pump adalah item musim bunga dan musim panas tahun ini yang paling terkenal. Ia amat sempurna terutama bagi penggemar penampilan gothik dan klasik.Perincian renda yang unik apatah lagi warna hitam itu sendiri dan renda bercorak bunga menghasilkan aura dan seri kewanitaan pemakai.Ia mempunyai tumit langsing setinggi tiga suku inci, cukup selesa dan sesuai untuk terus menyerlahkan ketinggian pemakai yang boleh mengayakan kasut pump itu dengan yakin sepanjang hari hingga ke malam.Bagaimanapun, kasut yang berharga RM2,291 itu dihasilkan dalam edisi terhad yang mungkin menyebabkan ramai yang menggigit jari.

Untuk peminat jenama ini, koleksi pra-musim luruh, yang bertemakan rock glam termasuk sinambungan gaya renda, gaya neon dan gaya gladiator untuk jalur Loop boleh didapati di butik Jimmy Choo di Suria KLCC.Satu lagi produk paling terkenal untuk koleksi pra-musim luruh 2009 Jimmy Choo ialah beg gelandang Mandah Animal Print yang juga dihasilkan dengan perincian paling teliti dengan corak tapak harimau bintang.Walaupun ia boleh dikatakan sangat mahal, tetapi dijamin sebagai satu pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi. Ini kerana produk itu dihasilkan secara eksklusif dalam kuantiti terhad serta corak dan rekaannya tidak akan lapuk dek zaman.Bukan sekadar beg gelandang, beg tote jenama ini juga pasti menyerlahkan pemakai dalam sebarang situasi. Ia sesuai digunakan sama ada pada acara gala yang anggun atau majlis yang lebih liar tidak kira siang atau malam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: