gedung tekstil terkemuka Malaysia, Jakel,
Isteri pemilik gedung tekstil Jakel, Farah Haryani, 29, jarang memakai seluar dan blaus.
|
|
Apakah agaknya perasaan pemilik gedung tekstil yang perlu melakukannya untuk puluhan pelanggan dengan ribuan pilihan setiap hari?"Jenis fabrik, reka corak, warna kain, warna kulit dan jenis pakaian yang akan dihasilkan daripada kain itu adalah antara yang perlu dipertimbangkan semasa membantu pelanggan memilih kain."Kerana bukan semua jenis fabrik boleh dijahit untuk semua potongan dan bukan semua warna sesuai untuk semua warna kulit.
"Itu belum mengambil kira apa yang sedap dipandang pelanggan," ujar Farah Haryani Mohd. Philip, isteri Pengarah Urusan gedung tekstil terkemuka Malaysia, Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel, 37.
Kata orang, kalau sudah menjadi pemilik, kerjanya tentu goyang kaki. Namun, akui Farah, dia sama saja seperti wanita bekerjaya yang lain."Orang lihat kami mewah. Tetapi Tuhan itu Maha Adil. Walaupun kami memiliki semua ini (gedung tekstil dengan 18 cawangan di seluruh negara), kami tidak ada masa untuk bersenang-lenang atau bercuti seperti orang lain."Saya sendiri bekerja enam hari seminggu, dari kedai dibuka sehinggalah kedai ditutup. Berkejar ke sana ke mari di dalam gedung tujuh tingkat ini. Itu belum termasuk menjenguk butik Ariani," jelas Farah.Malah Wisma Jakel di Jalan Bunos, Kuala Lumpur itu sahaja sudah menggaji 300 pekerja, menambah cabaran mengendalikan perniagaan yang sudah sedia besar itu.
Kalau ada yang berpendapat pencapaiannya mengagumkan, Farah pula berpandangan sebaliknya."Saya sekadar membantu suami dan keluarga. Tetapi saya puas. Ia adalah kerja keras yang berbaloi," kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu.
|
|
"Menariknya, mereka tidak sombong ataupun terlalu cerewet. Namun yang pasti, gemuruh adalah perasaan pertama yang paling saya ingat setiap kali berdepan dengan mereka."Sehingga sekarang saya masih gemuruh," ujar Farah.Bagaimanapun, layanan Farah tidak terhad kepada VIP kerana skop tugasnya meliputi Pegawai Pemasaran untuk Jakel dan menjaga aras empat Wisma Jakel selain mengurus butik Ariani."Mana-mana yang sempat saya layan, saya layan sebolehnya. Tidak timbul isu memilih atau membezakan pelanggan," ujar wanita berketinggian 168 sentimeter itu.
Baju kurung
Ketara murah dengan senyuman, Farah yang berkulit putih gebu dan berlesung pipit tidak segan mengatakan beliau kurang gemar bersolek."Kalau sehari-hari bekerja, saya hanya mengenakan mekap yang nipis. Kalau boleh, saya hendak nampak natural dan biar pelanggan tak terasa kekok dengan saya. Biar mereka rasa saya sama seperti mereka," kata Farah.Namun, penampilan adalah aspek yang sangat dititikberatkan."Saya sukakan fesyen. Tetapi saya lebih cenderung untuk memilih fesyen yang selamat dan tak nampak canggung. Kerana terlibat dalam bidang tekstil, orang mungkin pandang apa yang saya pakai."Hampir setiap hari saya berbaju kurung, kecuali pada hujung minggu ataupun musim puncak ketika kedai dikunjungi ramai pelanggan, barulah saya memakai seluar dan blaus.
|
|
Mengajaknya kembali ke zaman remaja, Farah hanya tergelak kecil."Saya rasa hidup remaja saya membosankan kerana dipenuhi dengan sekolah dan kelas tuisyen."Emak saya seorang ibu tunggal yang tegas dan mementingkan pendidikan kerana kami terpaksa melalui kehidupan yang sukar setelah pemergian ayah ketika saya berumur lima tahun."Pada waktu itu kami tidak ada tempat bergantung. Emak terpaksa bekerja keras menyara kami sekeluarga, jadi saya fikir dia mahu memastikan kami berpendidikan," kata wanita berdarah kacukan Cina-Punjabi itu.
Bertemu bakal suami di Segamat
Kisah perkenalannya dengan Mohamed Feroz, kacukan India-Melayu, juga bermula daripada ibunya."Kedai kain Jakel dibuka di Segamat (Johor). Emak selalu mengajak saya untuk melihat kain-kain di kedai itu. Pada waktu itu saya berumur 19 tahun dan tidak berminat dengan kain atau baju kurung."Jadi dalam rasa terpaksa, saya ikut saja. Di situlah saya berjumpa dan berkenalan dengan suami. Dia meminta nombor telefon saya, tetapi saya menolak."Selepas melihat cara dia melayan pelanggan, saya mula tertarik kepadanya. Dia berbudi bahasa dan pandai melayan orang tua," kongsinya yang tidak menyangka Mohamad Feroz merupakan anak pemilik kedai itu.Perkahwinan yang hampir mencecah 10 tahun itu, kata Farah, bukan saja mengurniakan mereka dua orang anak, Shierryn Batrisyea, 5, dan Muhammad Farhad, 3, malah ia turut mengajarnya tentang kerja keras dan ikatan kekeluargaan yang kuat.
"Datang daripada keluarga yang besar, suami saya mempunyai 'pasukan' yang sangat kuat. Jakel berdiri hasil kesepakatan 11 adik-beradik (kecuali adik bongsu Mohamad Feroz yang masih bersekolah)."Mereka sentiasa memberi komen dan saling mengingatkan antara satu sama lain. Merekalah orang yang paling kuat berusaha yang pernah saya kenal. Mereka bukan keluarga yang banyak drama."Kata orang, besar periuk, besarlah keraknya. "Namun syukur saya dan suami sudah bersetuju, kerja adalah kerja dan keluarga adalah keluarga. Setiap kali balik ke rumah, kami tidak bawa masalah kerja."Walaupun kepala serabut dengan masalah 18 cawangan kedai, suami tidak pernah lagi sehingga tidak lalu makan memikirkannya," ujar graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu.
1 comments:
jakel hebat. ..baju melayu aaron laku
www.metrobestmom.com
Post a Comment