Strategi Pemasaran : Tingkat Dayasaing Melalui Penggabungan Strategik

Kebanyakan strategi pemasaran menghendaki syarikat menjalankan usaha secara bersendirian untuk maju dan mencapai kelebihan dayasaing. Strategi-strategi tersebut memerlukan syarikat bersaing sesama mereka dalam menguasai segmen pasaran sesuatu industri.

Dalam pada itu, terutamanya di era liberalisasi perdagangan di abad ini, terdapat juga paradigma yang berbeza dalam persaingan perniagaan. Syarikat-syarikat mengambil pendekatan berkerjasama untuk menambah keupayaan dan mencapai prestasi yang lebih baik. Dari itu, konsep penggabungan strategik (strategic alliance) telah digunapakai secara meluas sebagai strategi meningkatkan lagi dayasaing, khususnya dalam pemasaran produk.

Secara umum, penggabungan strategik dimaksudkan sebagai dua atau lebih syarikat mengadakan kerjasama untuk mencapai objektif perniagaan yang tidak mampu dilakukan secara bersendirian. Melalui kerjasama ini mereka bergabung tenaga (teknologi, pengetahuan, kepakaran, kewangan, lojistik, dsb.) dalam melaksanakan misi perniagaan yang masing-masing mempunyai kepentingan tertentu daripadanya.

Antara tujuan utama syarikat melaksanakan penggabungan strategik ialah untuk mempelajari atau memperoleh sesuatu teknoloji baru, menambah keupayaan dalam menjalankan operasi (spt. pengeluaran & pemasaran), memudahkan laluan ke pasaran baru, mengurangkan risiko kewangan, dan mencapai serta mempastikan kelebihan dayasaing dalam industri.

Pada masa ini, kita boleh lihat berbagai aktiviti berkenaan penggabungan strategik dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di negara kita. Antaranya seperti contoh umum berikut:

~ Selain di dalam negara, pengeluar kereta nasional juga melantik wakil-wakil pengedar internasional untuk meluaskan pasaran / jualan keretanya ke luar negara.

~ Kolej tempatan menjalankan program pembelajaran samaada secara program-berkembar (twinning), collaboration atau affiliate, dsb. dengan universiti tempatan dan juga dengan universiti luar negara.

~ Syarikat-syarikat kejuruteraan dan IT bekerjasama melaksanakan satu projek mega.

~ Pengeluar produk kesihatan melantik agen-agen di setiap negeri untuk memasarkan produknya.

Bagi aktiviti pemasaran, terdapat empat kategori penggabungan strategik yang biasa dilaksanakan oleh syarikat-syarikat, iaitu:

Kategori Penggabungan Ciri-Ciri
Produk / Perkhidmatan Syarikat mengeluarkan lesen (licensed) kepada syarikat lain untuk mengeluarkan produknya / menjalankan perkhidmatannya.
Promosi Syarikat melaksanakan aktiviti mempromosi produk / perkhidmatan syarikat lain.
Lojistik Syarikat menawarkan khidmat lojistik kepada syarikat lain.
Harga Dua atau lebih syarikat berkerjasama dalam penetapan harga produk.

Samaada ianya joint venture, partnership, twinning, collaboration, affiliate dan sebagainya, kerjasama demikian akan dapat mengatasi keupayaan syarikat yang terhad. Terdapat banyak potensi faedah daripada perkongsian bijak melalui pernggabungan strategik ini, antaranya seperti yang telah disebut di atas (tujuan melaksanakan penggabungan strategik) dan juga seperti yang saya nyatakan dalam Five Potential Benefits of Strategic Alliance di blog ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: