Krisis ekonomi masa terbaik promosi jenama
KUALA LUMPUR 5 Julai - Krisis ekonomi adalah masa terbaik untuk terus mempromosi jenama atau produk terutama melalui pemasaran sukan, kata ESPN Star Sport (ESPN).
Naib Presiden Kanan Jualan Pengiklanan, Charles Less berkata, pemasaran sukan merupakan cara popular untuk menarik minat pelanggan.''Dalam pemasaran sukan tiga cara dapat dilakukan dalam mempromosi jenama seperti mencipta sesuatu sukan atau aktiviti dengan menggunakan jenama mereka sebagai penaja utama sukan itu.''Cara lain adalah menaja pasukan dan juga mengiklankan jenama atau produk melalui papan iklan semasa sesuatu kejohanan atau sukan berlangsung,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.Secara keseluruhannya, pemasaran sukan di peringkat global telah meningkat sehingga 300 peratus sejak 10 tahun lalu dan akan terus berkembang pada masa hadapan.''Perkara ini berlaku kerana melalui sukan semua lapisan masyarakat dapat menontonnya kerana ia tidak mengenal usia dan status sosial. Sukan juga mampu menyatukan semua.
''Apa yang penting dalam pemasaran sukan adalah objektif mereka, kumpulan sasaran dan juga berapa bajet yang diperuntukkan untuk mendapatkan hasil positif,'' katanya.Antara contoh syarikat yang menggunakan aktiviti sukan untuk memasarkan jenama adalah Kia yang telah menganjurkan acara sukan lasak, manakala contoh syarikat menaja pasukan adalah Petronas untuk Formula-1.Less berkata, ketika krisis ekonomi ini, kebanyakan syarikat memilih untuk melakukan strategi pemasaran jangka sederhana iaitu untuk tempoh enam hingga sembilan bulan.Di Asia, katanya, sukan bola sepak merupakan acara yang paling popular dan telah mempunyai pengaruh yang besar untuk pemasaran jenama, oleh itu syarikat telekomunikasi tempatan Maxis telah memasarkan jenama mereka melalui penajaan bagi siaran televisyen secara langsung.''Dengan berbuat demikian, Maxis telah berjaya menarik minat orang ramai untuk mendapatkan produk mereka,'' jelasnya.
Selain itu, dalam usaha untuk menggalakkan pemasaran sukan, ESPN Asia memperkenalkan Promosi Mega Cup iaitu pertandingan terbuka kepada industri media yang memerlukan perancangan kreatif, pemikiran dan idea baru pada kos minimum.Ia merupakan yang pertama di Asia untuk pengiklan dicabar menghantarkan cadangan untuk pelanggan mereka menggunakan penajaan siaran langsung perlawanan bola sepak Piala FA Inggeris bagi mengukuhkan sesuatu jenama.Hadiah utama yang bakal diterima adalah penajaan siaran langsung perlawanan bola sepak tersebut.Less berkata, pertandingan ini merupakan cara unik diberikan kepada pengiklan untuk memasarkan produk melalui rekaan kempen mereka sendiri.
Sementara itu, ESPN Asia juga akan memperkenalkan beberapa program baru yang memberi pengkhususan terhadap program tempatan.''Ia bertujuan untuk mendekatkan penonton Malaysia dengan acara sukan kegemaran mereka, selain turut memperkenalkan aktiviti sukan di negara ini bagi memberikan pendedahan yang diperlukan, katanya.Less berkata, selain Malaysia, ESPN turut membuat pelaburan di India dan Taiwan dalam masa terdekat.
0 comments:
Post a Comment