Dari pejabat ke majlis rasmi
|
|
Misalnya, butik ID Perempuan Zaiton Alias Collections (IDPZAC) yang sentiasa berusaha memahami cita rasa wanita dengan menyajikan rekaan-rekaan menarik.Musim ini, ia masih mengekalkan corak-corak abstrak, floral dan batik bagi rekaan pakaiannya yang masih mendapat sambutan ramai.Menurut pengurusnya, Zaiton Alias, walaupun sejak dua atau tiga tahun ini mereka telah mempopularkan kurang Pahang di kalangan masyarakat dengan corak dan warna menyerlah namun permintaan terhadap fesyen ini masih belum berkurangan.
''Cuma pada setiap kali keluaran, kami akan cuba menghasilkan corak yang berlainan mengikut arus fesyen semasa. Begitu juga dengan pemilihan warna, kami menyediakan pelbagai pilihan warna yang terang dan lembut.
''Terdapat pelanggan yang menyukai warna-warna terang dan ada juga yang sukakan warna-warna lembut. Jadi setiap orang boleh memakai mengikut warna yang mereka sukai,'' jelas Zaiton yang ditemui di butiknya di Damansara baru-baru ini.Katanya, selain kurung Pahang, pelanggan mempunyai beberapa pilihan lain kerana turut menghasilkan rekaan dres labuh, jubah, kurung pesak dan kebarung.''Pilihan kain seperti krep dan syifon yang lembut bersesuaian dengan rekaan kami yang membuatkan si pemakai nampak langsing. Jahitan manik dan labuci pada bahagian leher, belahan depan baju dan hujung lengan menjadi trade-mark kami.''Ini yang membuatkan pelanggan lebih suka membeli baju yang sudah siap daripada kami kerana jika hendak menempah jahitan manik ini pun, harus membayar mahal.''Justeru, pakaian kami bukan sahaja sesuai untuk ke pejabat malah cantik jika dipakai ke majlis perkahwinan dan sebagainya,'' ujar wanita yang berasal dari Kelantan ini.
0 comments:
Post a Comment