Kenapa Kampung Losong jadi tarikan?
KUALA TERENGGANU 19 Julai - Keenakan keropok lekor Losong tidak perlu disebut-sebut lagi memandangkan ramai yang telah mengetahuinya.Namun mengapa ia menjadi begitu popular sedangkan masih banyak kawasan lain turut menghasilkan makanan tersebut.
Bagi penggemar keropok lekor, sudah pastinya Losong adalah lokasi pilihan mereka untuk membeli makanan tersebut.Bagi seorang bekas anggota polis dari Kuala Lumpur, Shamsuri Ali, 62, mengakui bahawa buah tangan keropok lekor Losong adalah menjadi satu kemestian membawa pulang untuk diberikan kepada rakan-rakan.Ujarnya, walaupun di Kuala Lumpur banyak terdapat pengusaha yang mengusahakan keropok lekor namun rasanya tidak sama seperti keropok lekor Losong.''Keluarga saya amat gemarkan keropok lekor Losong kerana bahan-bahan yang digunakan banyak mengandungi ikan dan sagu yang menjadikannya lembut dan enak.''Jadi ia menjadi kemestian bagi keluarga saya untuk singgah di Kampung Losong sekiranya ke Terengganu," jelasnya.Bagi pengusaha keropok lekor Losong, Lina Hussien, 51, kedatangan musim cuti sekolah adalah rezeki berganda baginya.Katanya, setiap kali musim perayaan atau musim cuti sekolah, dia dan rakan-rakannya mampu menjual 200 kilogram keropok lekor sehari.''Setiap kali musim cuti sekolah, Kampung Losong pasti menjadi tumpuan pelancong sama ada tempatan mahupun asing seperti ada pesta keramaian.
''Apa yang menarik, bagi pelancong asing mereka amat seronok apabila merasai pengalaman pertama mencuba keropok lekor yang mereka gelar sebagai 'sosej Melayu' ini," jelasnya.
0 comments:
Post a Comment