Burger Lada Hitam


salah seorang pekerja Wendy's menunjukkan hidangan burger Pepper Stacker .

MENIKMATI hidangan burger berintikan daging lembu kisar yang segar sememangnya menyelerakan tambahan pula apabila daging dicelup dengan sos lada hitam yang pekat dan pedas.Tidak perlu menunggu lama kerana kini ia boleh diperoleh di rangkaian restoran Wendy's yang menampilkan produk terbarunya, burger Pepper Stacker.Ia didatangkan dengan hidangan istimewa bermula dengan dua hirisan daging sehinggalah lima hirisan daging segar.Lebih istimewa burger keluaran Wendy's ini menggunakan sos lada hitam dari Sarawak.

Pengarah Urusan Wendy's, Siow Mont Pin memberitahu, keistimewaan burger ini terletak pada sos lada hitamnya yang sememangnya lain daripada biasa.

Malah katanya, teknik memasak dan ramuan yang tersendiri juga menjadikannya resipi rahsia tersendiri.

''Di Wendy's, kami menggunakan sepenuhnya barangan keluaran Malaysia seperti lada hitam sebagai tanda sokongan kepada buatan Malaysia,'' ujarnya.Lebih menarik jelasnya lagi, di Wendy's, pelanggan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu pesanan. Ini kerana daging burger akan dimasak terlebih dahulu.Itu juga merupakan salah satu rahsia resipi Pepper Stacker untuk mendapatkan daging yang benar-benar garing.''Burger yang disajikan secara khusus oleh Wendy's ini direka khas bagi memenuhi cita rasa masyarakat yang menggemari keenakan burger,'' ujarnya lagi.Jelasnya, di Wendy's kami cuba menyediakan makanan segera yang sihat bagi membantu masyarakat kini yang sememangnya sibuk berterusan.''Memahami situasi masyarakat hari ini, kami cuba menyediakan yang terbaik kepada pelanggan maka lahirlah Pepper Stacker,'' ujarnya.

Menawarkan burger pada harga yang berpatutan dan bermula serendah RM4.99 untuk dua keping hirisan daging yang segar.Manakala bagi setiap hirisan daging tambahan, pelanggan akan dikenakan bayaran tambahan RM0.99.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: