Ruang Pejabat di Rumah
|
Walaupun berkerja dari rumah, adalah lebih bijak jika mempunyai ruang pejabat yang khusus supaya keadaan lebih teratur dan profesional.Sebelum memutuskan apa yang diperlukan untuk diisi dalam 'pejabat' tersebut adalah penting untuk merancang dan menyusun rancangan dengan berhati-hati.Beberapa panduan di bawah ini mungkin berguna untuk anda memulakan kerja 'membina' pejabat sendiri.Pilih sudut yang sesuai untuk dijadikan tempat berkerja. Kalau boleh ruang tersebut jarang digunakan oleh ahli keluarga yang lain.
Pastikan juga ia jauh dari ruang atau bilik permainan anak-anak kerana bunyi bising ketika mereka sedang bermain mungkin menganggu tumpuan ketika berkerja.Ruang atau bilik tersebut haruslah mempunyai pencahayaan yang cukup dan selesa untuk bekerja. Apa yang penting suasananya memberi ruang kepada anda berkerja tanpa gangguan atau.Pilihan terbaik mungkin salah satu bilik di tingkat atas (jika rumah dua tingkat atau lebih) atau bilik yang agak terasing atau mana-mana ruang selagi anda berasa selesa.Tambah sempurna jika pejabat tersebut menghadap ke luar rumah agar dapat berkerja dengan suasana yang lebih segar.Selepas memilih bilik, fikirkan dengan berhati-hati barang keperluan untuk pejabat tersebut. Jangan habiskan duit dengan membeli barang-barang yang mahal, sebaliknya beli barang yang benar-benar perlu saja. Barangan terpakai pun boleh digunakan.Ketika menyusun peralatan pejabat, lakukan dengan bijak di mana anda boleh mencapai barang-barang yang diperlukan tanpa terlalu banyak bergerak ke sana-ke mari.Jika memilih kerusi beroda, lebih bijak susunan perabot dan peralatan dalam bentuk segi tiga atau L.Ketika membeli perabot untuk pejabat pastikan ia selesa dan dapat membantu mengekalkan postur tubuh yang baik ketika bekerja.Pejabat anda harus mempunyai sistem penyimpanan fail (failing) yang mesra pengguna.Beli peti simpanan suara bagi menyimpan mesej jika anda tidak ada di rumah. Pastikan juga segala fail yang disimpan dalam komputer mempunyai fail sokongan.Dengan sedikit ini anda akan mempunyai pejabat di rumah yang efisien dan efektif.
0 comments:
Post a Comment