Peniaga terpaksa lakukan promosi.

KUANTAN 2 Mac - Keunikan Malay Town di sini sebagai pusat perniagaan berasaskan kebudayaan tidak akan mencapai matlamatnya jika aktiviti promosi kurang diadakan.

Menurut mereka, aktiviti tersebut perlu rancak diadakan supaya orang ramai yang datang ke pasar raya besar yang beroperasi bersebelahannya akan turut berkunjung ke Malay Town.

Menurut seorang peniaga, Tuan Nurlaili Tuan Mat, 32, promosi yang berterusan amat diperlukan untuk menggalakkan lebih ramai pengunjung.''Ini kerana kebanyakan pengunjung yang datang tidak tahu mengenai konsep menarik yang ditawarkan di Malay Town ini.

''Rata-rata yang memasuki ke premis ini sekadar ingin tahu apa yang ada di sini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.Tambahnya, ramai pengunjung sering bertanya kenapa mereka tidak tahu adanya perniagaan yang menarik seperti ini.

''Malah, terdapat juga pengunjung yang datang ke sini selepas mendapat saranan daripada rakan yang pernah berkunjung ke Malay Town ini.''Justeru, saya berharap agar lebih banyak promosi diadakan untuk memperkenalkan kawasan perniagaan ini," ujarnya.

Seorang peniaga, Mimi Maina Hassan, 53, yang menjual kain sutera tenunan Diraja Pahang berkata, dia terpaksa membuat promosi sendiri dengan mengedarkan risalah kepada orang ramai.

''Saya berbuat demikian dengan harapan memperkenalkan produk jualan di samping mempromosikan Malay Town ini.''Dalam pada itu, saya juga menyediakan sebuah laman blog supaya mendapat lebih sambutan daripada orang ramai," katanya.Bagi peniaga yang menjual barangan berasaskan garam bukit, Sharatul Laini Sidek, 18, harap pihak pengurusan akan mengadakan pelbagai acara di kawasan perniagaan ini bagi memperkenalkan Malay Town.

''Konsep perniagaan ini cukup menarik. Sesiapa pasti akan menyukainya.''Dengan adanya pelbagai acara, secara tak langsung ia dapat memperkenalkan tempat ini kepada umum," ujarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: