Cerita ‘Duit Kecik
Saya percaya perkara ini telah lama dan biasa berlaku, cuma kita anggap ia sebagai perkara remeh. Namun akhir-akhir ini sering terjadi kepada saya sehingga terdorong saya menulis mengenainya di sini.
Saya ni amat gemar pergi ke pasar malam atau pasar tani. Pantang terjumpa, pasti saya singgah! Selain seronok tengok pelbagai juadah dan jualan, saya gemar melihat telatah para peniaga kita. Macam-macam!
Namun apa yang ingin dikongsikan di sini ialah sikap sesetengah peniaga yang tidak ambil berat atau sering terlupa menyediakan duit kecil secukupnya bagi tujuan pemulangan wang baki kepada pelanggan.
Memang tak selesa bila membeli tapi menghadapi kesukaran kerana peniaga tiada wang kecil secukupnya untuk memulangkan baki. Jika peniaga ada inisiatif tukar duit dengan gerai sebelah takpelah juga… tapi ada yang berani menyuruh kita cari duit kecil dahulu dan datang semula bayar kepadanya! Padahal harga bihun sup tu harganya RM3 dan saya menghulurkan not RM5 sahaja!
Perkara ini saya alami sendiri beberapa kali 2-3 minggu kebelakangan ini. Bukan satu gerai sahaja, tetapi beberapa gerai di beberapa lokasi. Ada satu ketika, seorang pemuda Cina hanya mampu menggelengkan kepala dan meletakkan kembali satay yang dipesannya kerana peniaga tersebut tiada wang tukar bagi harga satay RM7.50 sedangkan pemuda tersebut hanya memberikan not RM10! Kan dah hilang satu pelanggan!
Rasanya sudah jadi kebiasaan orang kita akan bawa beberapa keping not RM10 ke pasar malam, paling besarpun not RM50. Jadi sewajarnyalah para peniaga buat persediaan menyediakan wang tukar yang secukupnya sebelum memulakan bisnes pada hari tersebut.Sediakan duit kecil secukupnya juga sebahagian dari khidmat pelanggan.
Kepada peniaga yang tidak pernah memberi masalah kepada pelanggan dalam hal duit tukar ini, saya ucapkan tahniah! Anda memang peniaga yang cekap!
0 comments:
Post a Comment