Herba Daun Kambing cari pengedar
|
Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Rozlan Nahar berkata, pihaknya yakin Johor bakal menawarkan potensi pasaran terbesar bagi produk itu memandangkan jumlah penduduknya yang ramai.
Menurutnya, permintaan terhadap produk tersebut ketika ini di luar jangkaan apabila terjual melebihi 5,000 kotak selepas empat bulan memasuki pasaran di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Kelantan.
""Langkah ini bertujuan memudahkan syarikat menumpukan kepada pengeluaran bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan memasarkan produk kami di samping dapat menjana pendapatan tambahan kepada mereka," katanya di sini.Rozlan yakin Herba Daun Kambing akan diterima baik di negeri ini memandangkan produk itu berkualiti tinggi dan mendapat sambutan amat baik di China.Jelasnya, berdasarkan sejarah, daun kambing atau nama saintifik Epimedium Sagittatum ditemui oleh gembala kambing di China apabila mendapati tingkah laku seksual ternakan mereka meningkat dan ia berkait rapat dengan pemakanan ternakan tersebut.
"Masyarakat China merujuknya sebagai perangsang nafsu berahi untuk lelaki dan wanita. Dalam ilmu perubatan mereka, Epimedium yang juga dikenali dengan nama Horny Goat Weed, Ying Yang Huo turut digunakan untuk merawat masalah buah pinggang, sendi, limpa dan sakit belakang serta masalah berat badan.
"Semua golongan dewasa kecuali wanita hamil digalakkan mengamalkan herba ini terutamanya mereka yang kurang keinginan terhadap seks kerana produk ini mempunyai nilai tambahan kepada tahap berahi yang tinggi," katanya.Beliau memberitahu, pengguna beragama Islam tidak perlu ragu-ragu kerana Herba Daun Kambing dihasilkan dengan menitikberatkan aspek kebersihan bermula dari ladang.
Katanya, hanya daun kambing berkualiti akan diimport dari China sebelum diproses untuk menjadi teh herba oleh kilang syarikat yang terletak di Sungai Buloh, Selangor."Kami mempraktikkan amalan pengeluaran produk yang baik dalam memastikan kebersihan produk terjamin."Ketika diproses, kami memastikan ia disediakan dalam keadaan yang bersih," katanya.Sekotak Herba Daun Kambing yang mengandungi 30 uncang dijual pada harga RM36.
Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar atau mendapat maklumat lanjut mengenai produk itu boleh menghubungi 012-7524249 (Nizam) atau layari laman web ww.idk2u.com.my.
0 comments:
Post a Comment