Nasi Lemak Kukus
|
Namun, jika ada yang gemarkan kelainan pada nasi lemak kukus, mereka boleh mencubanya di sebuah gerai di tepi jalan raya Butterworth-Kulim-Baling, berdekatan Kampung Padang Setol, Tawar dekat sini.
Seorang anak muda berusia 25 tahun, Mohd. Hafiz Abdul Hamid mengusahakan nasi lemak kukus dengan lauk istimewa iaitu ayam goreng berempah yang menjadi 'kegilaan' penggemarnya setiap kali mereka singgah di gerai tersebut.Dengan dibantu ibunya, Zainab Hassan, 54, kakaknya, Haslina, 27 dan abang iparnya, Mohd. Fadlee Md. Rusdee, 27, gerai yang beroperasi dari pukul 6 petang hingga 1 pagi itu turut menyediakan lauk-pauk lain termasuk ikan keli bakar, sambal sotong, udang, daging dan ikan bilis.Mohd. Hafiz yang memulakan perniagaan sejak lima tahun lalu itu memberitahu, kebanyakan pelanggannya ialah pengguna jalan raya tersebut yang menghubungkan antara Pulau Pinang dan Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu selain pelanggan di sekitar kawasan berkenaan."Kebanyakan pelanggan yang pernah singgah akan datang semula jika mereka melalui jalan ini untuk menikmati nasi kukus ini," katanya.
Anak keempat daripada 11 beradik itu mempelajari kaedah membuat nasi lemak kukus istimewa itu semasa bekerja sebagai pembantu kedai bapa saudaranya di Kuala Lumpur sebelum ini.Menurutnya semasa memulakan perniagaan, dia berasa cukup sukar untuk menarik pelanggan.Bagaimanapun, katanya, aroma nasi lemak kukus tersebut sudah cukup untuk membuatkan pelanggan begitu tertarik merasai keenakan hasil usaha anak muda itu bersama keluarganya.Mohd. Hafiz berkata, nasi lemak kukus yang dihasilkan itu bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat Melayu, malah kini telah mendapat sambutan daripada golongan bukan Melayu.Selain keenakannya, nasi lemak kukus istimewa itu dijual dengan harga berpatutan iaitu antara RM2.50 sehingga RM5, bergantung kepada jenis lauk.
Kebiasaannya, pelanggan akan memilih lebih daripada dua jenis lauk kerana mereka sudah biasa dengan cita rasa daripada menu yang terdapat di gerai tersebut.
0 comments:
Post a Comment