Menu Sihat Starbuck

Menyesuaikan bisnes dengan situasi ekonomi semasa, sejak Januari lalu Starbucks memperkenalkan variasi minuman berasaskan teh dan sarapan sandwic.


LIMA pilihan sandwic dan tiga seleksi teh adalah menu baru yang ditawarkan Starbucks.



SYDNEY QUAYS

SECARA purata, berapa harga yang perlu dibayar untuk sarapan sebungkus nasi lemak atau bihun goreng. Tidak mustahil jika ditambah dengan beberapa lauk pauk, anda perlu membayar sehingga RM4 atau RM5.

Namun, jika anda bersarapan di rangkaian restoran Starbucks, anda boleh mendapat menu pagi yang lebih murah daripada harga sebungkus nasi lemak dan bihun goreng. Mungkin anda tidak percaya bukan?

Menyedari keadaan ekonomi yang memberi tekanan kepada masyarakat hari ini, Starbucks memikul tanggungjawab sosial untuk menawarkan produk yang mampu dibeli pengguna.

Sejak awal Januari lalu, Starbucks memperkenalkan lima seleksi sandwic untuk sarapan. Harganya hanya RM3.20 jika dibeli sebelum pukul 2 petang dan selepas waktu itu, harganya RM4.80.Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Starbucks, Sydney Quays berkata, seleksi sandwic itu diperkenalkan semula dengan penambahbaikan cita rasa ekoran permintaan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan apabila promosi sandwic itu tamat."Apa yang sangat mengujakan kami, selepas memperkenalkan lima jenis sandwic untuk sarapan, pelanggan meminta kami melanjutkan jualan sandwic itu sepanjang hari."Atas respons positif itu, kami melanjutkan tempoh waktu jualannya," ujar Sydney ketika ditemui di restoran Starbucks di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Disediakan untuk memenuhi cita rasa pelbagai lapisan masyarakat, seleksi sandwic Starbucks sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan atau tidak mengambil daging.Lima variasi sandwic yang ditawarkan ialah sandwic ayam, sandwic telur, sandwic sosej, sandwic cendawan tomato dan sandwic tomato basil.Menurut Sydney, setiap sandwic Starbuck disediakan menerusi penyelidikan dan pembangunan peringkat serantau termasuk ujian rasa dan pembuatannya sehingga tempoh enam bulan.

Penyelidiknya sangat teliti dalam menghasilkan sandwic terbaik. Sebab itulah, katanya, setiap sandwic menggunakan roti yang berbeza untuk memastikan kombinasi rasa dengan isi sandwic benar-benar bersatu.

Misalnya, sandwic telur disatukan bersama kepingan keju menggunakan roti gandum manakala sandwic ayam disertakan dengan herba Itali, cili merah dan daun bawang.

Mengenai pilihan minuman, ia sedikit berbeza kerana selain memberi fokus kepada seleksi kopi, Starbucks kini menawarkan tiga pilihan teh.

"Kami ingin mempromosikan sajian yang lebih sihat meliputi makanan dan minuman. Penggunaan soya, buah pelaga dan kayu manis dalam minuman teh pula menambahkan cita rasa dan kebaikan untuk kesihatan," ujar Sydney.

Sejak 6 Januari lalu, tiga variasi minuman teh dari kaunter Starbucks untuk pelanggan ialah teh hitam latte vanila, teh hijau latte soya dan teh chai latte.Teh hitam latte vanila dicipta daripada kombinasi lima jenis teh hitam iaitu assam, kenya, ceylon dimbulla dan uva serta darjeeling. Ia digabungkan dengan susu terpilih serta sirap vanila yang disatukan bersama susu stim dan buih di atasnya.Teh hijau latte pula manis dan ia dihasilkan daripada gabungan teh Jepun dengan susu soya dan buih di atasnya.Mengakui rasanya sangat enak dan menyegarkan semasa sesi cuba rasa baru-baru ini, bukanlah menghairankan apabila Syney memberitahu, teh hijau latte adalah antara yang paling laris.Rasanya sedikit 'keras' kerana ia menyerlahkan aroma buah pelaga, kayu manis, lada hitam dan bunga lawang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: