Peniaga Melayu Kurang di KL? siapa perlu disalahkan ..

KUALA LUMPUR 1 Mac - Bilangan peniaga Melayu di ibu kota semakin berkurangan apabila kebanyakan mereka beralih kepada kawasan pinggir bandar dan kampung untuk menjalankan perniagaan.

Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Faudzi Naim Noh, bagaimanapun menyifatkan keadaan itu bukan disebabkan mereka gagal bersaing tetapi mencari tapak yang lebih selesa.Beliau berkata, walaupun satu demi satu peniaga Melayu keluar dari ibu kota, keadaan itu tidak membuktikan kegagalan, sebaliknya ia menunjukkan peniaga Melayu masih mempunyai daya tahan.''Ibu kota dan pusat bandar mempunyai kesesakan jalan raya dan kos penyelenggaraan yang tinggi menyebabkan ia mengundang rasa tidak selesa di kalangan peniaga Melayu.

''Walaupun mereka keluar dari pusat bandar, mereka tidak memberhentikan perniagaan, sebaliknya tetap meneruskan perniagaan,'' katanya.DPMM sehingga kini mempunyai 20,000 ahli berdaftar dan 300,000 ahli bersekutu.

Ditanya tentang kewujudan segelintir Melayu yang masih berkeupayaan menjalankan perniagaan di ibu kota, beliau berkata, golongan itu selain berdaya tahan tinggi, turut terbabit dalam kegiatan peruncitan.''Peniaga Melayu terkenal dan popular dengan perniagaan perkhidmatan seperti pengangkutan, perakaunan dan guaman,'' ujarnya.

Ditanya tentang kemungkinan konsep pengurusan perniagaan Persatuan India Muslim Malaysia (Pekima) diperkenalkan, beliau berkata, DPMM kini menggunakan pendekatan memperkemaskan pengurusan perniagaan, premis, perakaunan dan jaringan perniagaan.

Faudzi, pada masa yang sama mengakui kebolehan persatuan itu menguruskan ahli-ahli mereka dengan baik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: