internet & pos ..satu kaedah perniagaan masa kini

Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran dalam mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara sah.

Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai orang yang ditipu oleh banyak program yang menjanjikan pulangan pendapatan lumayan tetapi pada akhirnya habuk pun tiada.

Ini telah di buktikan dengan kes-kes penipuan skim cepat kaya, dimana ramai orang yang sanggup berhabisan duit hanya kerana terpedaya dengan program yang menjanjikan peluang menjana pendapatan tanpa perlu bekerja atau berniaga.

Asasnya ramai orang yang membuat kesilapan dengan terpedaya dek kata-kata tidak perlu menjual atau tidak perlu bekerja tetapi boleh menjana pendapatan lumayan.

Ini yang menjadikan masalah besar oleh kebanyakkan orang.

Mengikut kajian anda hanya boleh menjadi kaya jika pandai berniaga dan tahu menjual! Noktah!

Mungkin di sebabkan kena menjual atau perlu berniaga ramai orang yang tidak sanggup menanggung risiko serta belajar untuk meniaga dan menjual.

  • Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja mudah percaya dengan program-program yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa membuat kajian dan penilaian terhadap program-program terebut.
  • Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja menolak untuk belajar menjual dan berniaga sedangkan ia merupakan salah satu kunci kejayaan dan kekayaan.

Jawapannya mungkin juga kita tidak suka untuk belajar mencari dan mendapatkan ilmu.

Kini persoalan menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan hampir sahaja boleh dicapai, ini telah di buktikan dengan wujudnya gabungan medium pemasaran gaya pos dan teknologi pemasaran internet.

  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual buku.
  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual produk ubat anda.
  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk mempromosikan perkhidmatan mendesain.

Walaupun begitu tidak semua produk atau perkhidmatan boleh dijual dan di niagakan melalui pos dan juga internet.

Apa yang lebih penting adalah anda dapat belajar memulakan perniagaan dan belajar menjual tanpa perlu keluar dari rumah, berjumpa dan bercakap dengan prospek.Inilah yang dikatakan proses menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan.Persoalan yang akan wujud bagi ramai orang adalah bagaimana menjalankan perniagaan dan menjual di internet ataupun pos?

Tetapi sebelum itu mari kita lihat mengapa anda perlu memilih pemasaran melalui pos dan internet sebagai tapak anda belajar menjual dan berniaga dari rumah.

Pertama sekali, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyewa kedai kerana anda boleh jalankan perniagaan ini dari rumah.

Kedua, pelanggan anda meliputi pelanggan dari seluruh dunia jika menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan pelanggan anda adalah yang mempunyai alamat rumah atau pejabat jika menggunakan medium pemasaran pos.

Ketiga, menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet memudahkan anda membuat follow up dengan kos yang murah berbanding penggunaan telefon.Itu hanya 3 kelebihan yang saya boleh senaraikan disini, tetapi hakikatnya lebih banyak kelebihan.Apa yang lebih penting anda perlu mencuba sedaya upaya untuk belajar menjalankan perniagaan melalui medium pemasaran pos dan internet.Persoalan lain yang menjadi tanda tanya bagi anda yang masih tercari-cari peluang menjana pendapatan daripada pos dan internet ini adalah produk atau perkhidmatan yang bagaimana boleh dijual.

Idea Menjana Pendapatan Dari Pos Dan Internet.

Perkara Pertama : Pilih produk atau perkhidmatan yang mahu di jual.

Menjual produk maklumat.

Pada masa sekarang menghasil dan menjual produk maklumat seperti e-book, buku, video dan audio menjadi pilihan oleh ramai orang. Anda juga boleh mencubanya.Asasnya untuk menjalankan model perniagaan sebegini anda hanya perlu pandai menulis.

Menjadi affiliate.

Jika anda malas untuk menghasilkan produk sendiri, anda boleh memilih untuk menjadi ahli affiliate kepada prorgram yang di jalankan di internet.Sebagai contoh dengan menjadi ahli affiliate anda akan diberikan 50% jika berjaya menjual.Perlu anda tahu bahawa menjadi affiliate memerlukan kemahiran dalam pemasaran di internet. Asasnya anda perlu mahir dalam menjana traffik.Kembali kepada pembelajaran kita pada kali ini.

Perkara Kedua : Kemahiran menulis surat jualan.

Untuk menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet anda memerlukan satu teknik khas untuk menjual tanpa perlu berjumpa dan bercakap dengan pelanggan.

Teknik jualan tersebut lebih dikenali sebagai menjual produk atau perkhidmatan melalui surat jualan yang ditulis.Jika anda memilih medium pemasaran gaya pos anda boleh menulis surat jualan kemudian pos kepada pelanggan.Jika anda memilih medium pemasaran internet anda boleh menulis surat jualan di laman web atau blog.

Perkara Ketiga : Promosi dan pengiklanan.

Dalam perniagaan atau proses menjual promosi dan pengiklanan adalah perkara yang sangat penting.

Pemasaran melalui pos dan internet juga memerlukan promosi dan pengiklanan.Walaupun begitu teknik promosi dan pengiklanan melalui internet lebih menjimatkan berbanding promosi dan pengiklanan di televisyen dan majalah.Apa yang mahu saya jelaskan dalam artikel ini adalah anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan jika mahu belajar dan sanggup berusaha.Semoga artikel ini dapat menjelaskan serba sedikit bagaimana anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan disamping mempunyai perniagaan anda sendiri yang boleh di jalankan dengan segera.

Kejayaan dan kekayaan pasti akan menyusul jika anda mula membuka mata dan minda untuk belajar dan mencari ilmu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Potensi Perniagaan Lintah


Senario Bidang Penternakan Masa Kini

Tahukah anda yang penternakan lintah merupakan satu bentuk bidang penternakan alaf baru yang begitu hangat sekali pada masa kini...namun ia masih lagi baru dan namun potensinya masih belum di sedari oleh ramai orang. Ramai orang masih lagi berminat untuk menceburi bidang penternakan sedia ada seperti kambing, lembu, ayam & lain-lain, yang mana penternakan ini semua memerlukan modal yang tinggi dan tidak semua orang yang pergi berkursus akan mampu merealisasikan apa yang di pelajari semasa kursus. Dan ramai peserta akan mengeluh kerana modal yang tidak mencukupi!!!. Kebanyakan pinjaman dari pihak kerajaan dan intitusi kewangan hanya akan disalurkan apabila penternak-penternak berjaya mengeluarkan hasil atau pun selepas 6 bulan menternak maka cita-cita tinggal kenangan, makan gaji lebih baik!!!!!!!!

Pemasaran Lintah
Tahukah anda lintah boleh dijual dengan harga puluhan ringgit dan kos bagi menghasilkannya hanya sekitar RM 1000++???

Tahukah anda dengan menternak hanya bermula 200 ekor induk dalam masa 5-6 bulan ia akan menjadi 16000 ekor dan mempunyai nilai sekitar RM 6000++.

Jangan takut tentang pemasarannya..Pihak Agri Farm Resources memerlukan sekitar 1 Tan - 3 Tan setiap bulan untuk di pasarkan di dalam dan luar negara. Rebutlah peluang i

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tahun 2009 - Fesyen Asia

TAHUN baru pastinya banyak memberi idea kepada pereka tempatan melahirkan idea serta inovasi baru fesyen. Namun, ketepatan selera tempatan yang lebih kontemporari patut diambil kira. Tidak hanya menampilkan ciri moden atau Barat tetapi identiti negara sendiri juga boleh dimasukkan ke dalam rekaan. Dalam hal ini, bukan bermakna potongan rekaan perlu tradisonal tetapi perincian lain juga memainkan peranan penting. Kelihatan moden dan elegan juga penting untuk membentuk personaliti si pemakai.Koleksi Iszal Ismail ketika Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia 2008 (M-IFW), anjuran Malaysian International Fashion Alliance ( MIFA) baru-baru ini antara yang perlu diambil perhatian. Koleksi yang dipersembahkan antara trend Asia 2009 yang patut dipuji. Menampilkan elemen feminin, masih menampilkan ciri Timur dalam kemewahan gaya busana.

Himpunan rekaan gaun malam jenama Citra ini banyak bermain dengan fabrik sifon, renda dan net yang menonjolkan keperibadian kewanitaan. Istimewanya ciptaan kali ini, banyak menguna pakai teknik draping daripada pola.Menurut Iszal, konsep romantik rondevous yang banyak memainkan unsur feminin dan warna yang pelbagai menunjukkan ciri Malaysia.“Saya menggunakan hampir 80 peratus teknik romance draping dalam rekaannya. Tetapi kali ini saya menampilkan konsep minimum anggun.Jika kita teliti, pakaian yang dihasilkan tidak mempunyai labuci dan glass bead yang sarat, perincian sekadar bermain dengan tatahan kristal Swarovski dan batu-batu berharga,” jelasnya yang pernah memenangi Anugerah Benang Emas (1997) dan Pesona Pengantin (2000).

Di samping itu, Iszal banyak menggunakan warna-warna palet kewanitaan.Rekaan Iszal yang boleh didapati di Ampang Point, Ampang dan SACC Mall, Shah Alam juga kelihatan istimewa dengan menampilkan unsur-unsur Andalusia, Arab dan Mesir.Dalam pada itu, pereka yang meminati hasil seni Ellie Saab, Prada dan Velentino, memberitahu, pada tahun 2008, perkembangan fesyen sangat memberangsang.“Ramai yang lebih menghargai fesyen dan rekaanbukan sahaja tertumpu kepada gaya tradisional tetapi masyarakat mula meminati gaya moden.

Misalnya, kaftan yang sering dipakai oleh masyarakat Melayu ketika tidur mula dipakai untuk menghadiri majlis dan bersiar-siar,” jelasnya.Iszal juga mengakui ramai pereka yang gemar mengetengahkan potongan moden tetapi baginya, ia merupakan perkembangan yang sihat.“Masyarakat mempunyai pilihan sama ada tradisional atau moden,” jelasnya.Sebagai persediaan 2009, Iszal bersedia menghadapi persaingan industri fesyen yang semakin kuat.“Persaingan memang kuat dan saya sebagai pereka senior perlu sentiasa hadir dengan idea yang baru,” jelasnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawan Kompang


Mohd. Iswan Abdul Rahim bersama deretan kompang pelbagai saiz dan alat-alat muzik tradisional lain di kedai menjual dan membaiki peralatan tradisional Wandarisnor Enterprise di Kampung Majidee, Johor Bahru semalam.
- Gambar RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 26 Dis. - Alat muzik tradisional iaitu kompang bukanlah sesuatu yang baru bagi kehidupan masyarakat Melayu dari dahulu hingga sekarang.Malah, paluan alat muzik itu terus kerap kedengaran apabila tibanya musim cuti sekolah semasa kenduri perkahwinan atau majlis berkhatan.

Bagaikan kehilangan seri sesuatu majlis terutama 'kenduri kahwin' sekiranya tiada paluan kompang bergema mengiringi ketibaan sang raja sehari.

Namun dalam kompang 'melayari' zaman kemasyhurannya, tiada siapa yang tahu bagaimana gendang itu diperbuat dan apakah bahan yang digunakan dan yang pasti, pembuat kompang seakan semakin 'pupus' di bumi ini.

Tidak ramai yang mempunyai minat sekaligus kepakaran dalam menghasilkan kompang yang bermutu dan mampu menghasilkan lantunan bunyi yang bagus.Atas rasa untuk meneruskan warisan zaman berzaman, Abdul Rahim Kasiman, 65, membuka sebuah syarikat yang menjual pelbagai saiz kompang dan alatan muzik yang lain.Menurutnya, dia telah menceburkan diri dalam pembuatan kompang itu sejak tahun 1995 dan pada waktu itu tempat beroperasinya hanyalah di kediamannya iaitu di Larkin Perdana di sini.Namun, itu cerita 13 tahun lalu, kini perusahaan warisan keluarga itu yang kini bernaung di syarikat Wandarisnor Enterprise dan bertapak di Kampung Majidee di sini semakin dikenali di seluruh negara.

Walaupun tiada publisiti yang dibuat, tetapi kualiti barangan yang dihasilkan menjadi 'azimat' pada kemajuan perniagaan itu.Kelantangan lantunan bunyi kompang buatan syarikat tersebut berjaya memikat hati siapa yang mendengarnya."Setiap bulan secara purata sebanyak 30 hingga 60 biji kompang dihasilkan dengan bantuan dua orang anak saya dan beberapa orang pekerja," katanya yang ditemui di sini hari ini.Bagaimanapun, jumlah itu bertambah apabila tiba musim cuti sekolah dan kenduri kahwin.

"Kadang kala tidak menang tangan dibuatnya apabila mendapat tempahan yang banyak," katanya.Menurutnya, seorang pembuat kompang perlu mempunyai kemahiran dalam menentukan kualiti kulit kambing dan kayu yang digunakan bagi memastikan kualiti kompang tersebut.Tambahnya, ketelitian amat dititikberatkan bagi menghasilkan kompang yang nyaring bunyinya.Katanya, bahan yang digunakan bagi membuat kompang adalah kulit kambing betina kerana kulitnya nipis dan kayu leban.Turut dijual di kedai tersebut ialah rebana, gabus dan hasil kraf tangan lain seperti bakul, sudip dan tong sampah yang diperbuat daripada rotan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawan Keledek


Salah seorang anak Hashim Abdul Latif, Hashimmudi turut membantu ayahnya membungkus ubi keledek untuk diedarkan kepada peniaga di Kampung Tembila, Besut, Terengganu.

BESUT 26 Dis. - Satu ketika dahulu, seorang petani, Hashim Abdul Latif, 51, tidak terfikir hidupnya yang sebelum ini 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' akan berubah selepas menceburi bidang perniagaan ubi keledek.

Jika selama ini pendapatan yang diperolehnya tidak seberapa daripada hasil tanaman cili, sawi dan timun, namun keputusannya untuk menceburi bidang perniagaan ubi keledek sebagai pemborong dan pembekal secara besar-besaran memberikannya pendapatan yang tidak pernah diimpikannya.

Hashim yang tinggal di Kampung Tembila dekat sini kini mampu tersenyum puas apabila dia mampu membekalkan ubi keledek sehingga melebihi 100 tan metrik setiap bulan kepada pelanggannya dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.Kejayaan itu melayakkan Hashim digelar usahawan ubi keledek tersohor di daerah ini.

Menurut Hashim, kejayaan yang dikecapi sekarang adalah berkat usaha serta sokongan anak-anaknya yang sentiasa memberi kerjasama bagi menjayakan perniagaan itu yang dimulakan empat tahun lepas.''Sebelum ini kami terpaksa melalui onak dan duri kerana biasalah dalam dunia perniagaan orang kurang yakin dengan kita apatah lagi jika baru mula berniaga.

''Namun, selepas empat bulan berniaga, para petani mula percaya untuk menjual ubi keledek kepada saya manakala pembeli pula yakin dengan cara saya berniaga menyebabkan tidak bermasalah untuk berurus niaga," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tembila baru-baru ini.Katanya, penglibatannya dalam perniagaan ubi keledek bermula selepas mendapat galakan dari beberapa rakannya yang mencadangkan dia menjadi pembeli dan pembekal ubi.
Sebelum itu, Hashim tidak berhasrat atau bercita-cita untuk menjadi pembekal utama makanan itu sebaliknya dia sekadar berminat untuk menjadi petani biasa.Bagaimanapun katanya, apabila mendapati jualan keledek begitu laris serta mendapat pasaran yang baik di kalangan orang ramai menyebabkan dia tidak ragu-ragu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan berkenaan.''Ubi keledek saya perolehi dari sekitar daerah Besut seperti Kampung Pengkalan Kubur, Gong Medang, Tembila, Kampung Keluang, Beting Lintang dan Bukit Tanah," ujarnya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 28 petani dari kampung-kampung berkenaan yang menjadi pembekal tetap keledek kepadanya.Hashim berkata, kebiasaannya keledek dibeli di kebun para petani terbabit tetapi ada juga di kalangan mereka yang datang sendiri menjual kepadanya di rumahnya.Menurutnya, harga keledek yang dibeli daripada penanam itu bergantung kepada pasaran semasa iaitu pada musim tengkujuh harganya RM1 sekilogram manakala musim kemarau pula ialah antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram.Jelasnya, harga pada musim banjir tinggi kerana kesulitan mendapatkan bekalan apabila kebanyakan tanaman itu yang ditanam di kawasan rendah ditenggelami air.''Akibat masalah ini, bekalan keledek di kawasan Besut terhad sedangkan permintaan di kalangan pembeli ketika itu amat menggalakkan," ujarnya.Sungguhpun begitu Hashim berkata, pada masa akan datang bekalan keledek dijangka tidak bermasalah kerana kebanyakan petani kini menanam tanaman tersebut di kawasan tinggi.

Dia memberitahu, pelanggan keledek keledeknya termasuk peniaga dari Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu; Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bahru dan Kuantan.Menurutnya, bagi Pasar Borong Gong Pauh dia terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya 50 tan metrik setiap bulan kerana permintaan di kalangan peniaga di pasar itu terlalu banyak.Bagi peniaga di pasar Kuantan pula jelasnya, dia menghantar empat tan atau lima tan metrik bekalan keledek dalam masa seminggu.''Pemintaan di kalangan penjual di Pasar Wakaf Che Yeh juga memuaskan kerana dalam sebulan, purata saya menjual ubi keledek kepada mereka melebihi 20 tan metrik," katanya.Hashim memberitahu, peniaga kecil dari beberapa daerah di negeri ini turut datang sendiri membeli keledek di rumahnya.Mengenai bekalan yang diperolehnya peniaga itu memberitahu, kawasan seluas 0.4 hektar mampu mengeluarkan hasil keledek antara tujuh hingga lapan tan metrik dan kebanyakan petani di kampung-kampung terbabit mengusahakan tanaman mereka di kawasan satu hektar hingga dua hektar setiap seorang.

''Tanaman keledek tidak begitu cerewet jika dibandingkan dengan tanaman lain dan ubi ini matang dalam masa tiga bulan menyebabkan bekalan sentiasa ada," ujarnya lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Keunikan kapal layar


Mohd. Zabidi Desa tekun mencipta kraf tangan berbentuk kapal layar menggunakan sabut kelapa dan tongkol kayu di rumahnya di Kangar, semalam.
- Gambar FAIZAL ABU HASSAN

KANGAR 26 Dis. - Menghasilkan kraf tangan bermutu tinggi memerlukan penelitian terperinci bagi memastikan barangan yang bakal dijadikan buah tangan para pelancong sebagai sesuatu yang bermakna selepas sesuatu lawatan.Kraf tangan yang dihasilkan itu perlu mempunyai sentuhan seni dan pembuatnya perlu kreatif menghasilkan sesuatu produk terutama apabila membabitkan hasil kerja tangan 100 peratus.

Namun begitu, penghasilan kraf tangan bermutu tinggi tidak semestinya memerlukan barangan yang mahal sebaliknya bahan terbuang sekiranya dicorakkan dengan baik dapat menghasilkan kraf tangan yang menarik.

Bagi pereka kraftangan kreatif, Mohd. Zabidi Desa, 44, yang tinggal di Taman Cahaya, di sini, dia membuktikan bahawa tempurung kelapa, sabut dan bahan lain daripada pokok kelapa amat bermanfaat dalam menghasilkan kraftangan.Kayu terbuang yang hanyut di dalam laut atau sungai juga boleh dimanfaatkan jika seseorang itu mempunyai kehendak dan imaginasi yang tinggi dalam menjadikan bahan terbuang itu satu produk yang mempunyai nilai seni jika bijak mengabungkan elemennya.Apa yang dikatakan oleh Zabidi terbukti apabila tempurung kelapa, sabut dan kayu hanyut yang ditemuinya digabungkan menjadi pelbagai kraf tangan menarik termasuk kapal layat, ikan buntal, keris, bunga, tabung, kayu penghias rumah dan pelbagai lagi.

Dengan berbekalkan pisau, gunting, gam, pahat, penukul, kaca dan imaginasi, bahan terbuang yang tidak berguna pada dasarnya boleh 'ditukarkan' menjadi kraftangan berseni yang menarik perhatian ramai.Melihat kepada kraf tangan yang dihasilkan, tidak hairan mengapa lot gerainya yang dibuka di Pasar Tani Pelancongan di Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis, di sini setiap hari Sabtu dan Ahad, sering mendapat perhatian pengunjung.Menurut Zabidi, dia menghasilkan kraftangan lebih daripada 10 tahun lalu dan suka menggunakan bahan terbuang terutama daripada pokok kelapa.Katanya, penghasilan kraf tangan dibuat sendirian bagi memenuhi minatnya yang suka menghasilkan kapal perhiasan terutama jenis kapal layar.

''Sebelum ini saya menetap dan menjalankan perniagaan di Pantai Chenang, Pulau Langkawi sambil menjual hasil kraf tangan, layang-layang, melukis serta membuat persembahan busking kepada pelancong dalam dan luar negara.

''Tetapi selepas pulang ke Kangar, semua hasil kraf tangan ini saya buat untuk mengisi masa lapang sahaja tetapi apabila wujud pasar pelancongan yang diilhamkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) minat saya dalam membuat hasil kraf tangan ini kembali semula serta dijadikan sumber pendapatan sampingan," katanya.

Zahidi berkata, dalam menghasilkan sesuatu kraf tangan, minat yang mendalam diperlukan untuk menjadikan hasil kraf tangan itu cantik bukan sahaja untuk dijual tetapi untuk kepuasan diri.

''Seperti saya, apabila ilham tiba untuk membuat sesuatu kraf tangan, saya akan terus membuatnya selepas terjaga daripada tidur dan akan membuatnya sehingga ia selesai walaupun hingga dinihari.

''Mungkin sebab itu bagi sesetengah hasil kraf tangan yang saya hasilkan terasa amat berat untuk dijual, walaupun ada pelanggan yang berkenan dan mahu membelinya," ujarnya.

Kebiasaannya Zabidi akan menghabiskan waktu malamnya dengan menghasilkan kraf tangan bermula 12 malam sehingga tiba waktu Subuh dan kebiasannya bagi kapal bersaiz sederhana, dia boleh menyiapkan dua atau tiga buah dalam tempoh tersebut.Selain menghasilkan barangan kraf tangan, Zabidi juga mahir membuat layang-layang pantai yang dijualnya di kawasan pantai Kuala Sungai Baru bagi menampakkan suasana lebih ceria.''Saya memang sukakan suasana pantai dan itu merupakan punca utama saya memilih Pasar Pelancongan Kuala Sungai Baru sebagai tapak untuk menjual hasil kraf tangan saya.

''Dalam penghasilan sesuatu kraf tangan daripada sabut, bahan khas perlu disembur bagi memastikan ia tidak cepat rosak dan bagi mencantikkan lagi hasil kraf tangan tersebut," jelasnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Taman Gula Melaka istimewa


DUA pekerja menuangkan nira yang telah disejukkan ke dalam cetak yang diperbuat daripada kayu dan buluh.

JASIN 26 Dis. - "Kalau semuanya berjalan seperti dirancang, saya mahu menjadikan ladang kelapa seluas kira-kira 2.4 hektar yang diusahakan untuk menghasilkan gula Melaka sebagai 'Taman Gula Melaka'."Benarlah seperti dikata, pada sebatang pokok kelapa, semua yang dicipta ada kegunaannya, daripada buah, batang hinggalah kepada pelepahnya."Itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut Talib Yusof, 50, yang mewarisi perusahaan gula Melaka dari bapanya sejak hampir 20 tahun lalu.

Menurutnya, dia mahu menjadikan ladang kelapanya sebagai satu kawasan perkampungan yang menampilkan pembuatan gula Melaka secara tradisional.

"Kemudian, saya bercadang membukanya kepada pengunjung dari dalam dan luar negara untuk melihat secara lebih dekat perusahaan tradisional ini.

"Ia juga secara tidak langsung akan dapat menambah satu lagi produk pelancongan di negeri ini," katanya.

Tambahnya, dalam perancangannya juga, dia mahu mempelbagaikan lagi produk dari air nira kelapa selain bergantung pada gula Melaka.

"Saya akan cuba menghasilkan cuka dan juga pelbagai air minuman termasuk minuman kecergasan daripada air nira bermula tahun depan.

"Kalau dahulu, arwah bapa boleh menghasilkan gula Melaka, saya juga boleh mempelbagaikannya," kata beliau.Menceritakan kesukarannya ketika mula mengambil alih perniagaan itu daripada arwah bapanya, dia terpaksa memanjat sendiri pokok kelapa untuk mengambil air nira bagi menghasilkan gula melaka."Masa itu, umur baru lingkungan 30 tahun, semuanya saya buat sendiri sehingga perlu panjat lebih 10 batang kelapa sehari."Untuk menghasilkan 25 hingga 30 kilogram gula Melaka, ia memerlukan 200 liter air nira kelapa.

"Sebatang pokok kelapa pula cuma dapat menghasilkan kira-kira lima liter air nira sahaja," katanya.Tambahnya, berkat kesabaran itu, dia kini berasa bangga kerana menjadi satu-satunya pengusaha gula Melaka di kampungnya daripada berpuluh pengusaha yang wujud sebelum ini.

Kini, dengan menggunakan khidmat enam pekerja berpengalaman, menurut Talib, kerja-kerja memungut air nira di kebun kelapanya berjalan lebih lancar.

"Setiap mayang kelapa akan dipotong hujungnya untuk mengeluarkan air nira yang ditadah menggunakan botol plastik.

"Biasanya air nira akan diambil sebanyak dua kali sehari dan setiap pokok kelapa berupaya mengeluarkan empat hingga lima liter dalam sehari.

Katanya, air nira yang telah dikumpul akan dibawa ke tempat memproses di rumahnya sebelum di masak untuk dijadikan Gula Melaka."Air nira akan ditapis terlebih dahulu sebelum dimasak selama dua hingga tiga jam sehingga menjadi pekat dan kemudian ia disejukkan selama kira-kira setengah jam serta dituangkan ke dalam cetak yang diperbuat daripada kayu dan buluh."Setelah itu, gula Melaka itu tadi akan dipaketkan mengikut pelbagai jenis dan gred," katanya.

Tambahnya, gula Melaka asli akan dijual di pasaran dengan harga sekitar RM8 ke RM10 sekilogram manakala gula melaka yang dicampur harganya lebih murah.

Sebarang keterangan lanjut mengenai hasil gula Melaka boleh menghubungi Talib Yusof di talian 019-6850248.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

RISDA hendak lahirkan 10,000 usahawan.

MELAKA 26 Dis. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berhasrat melahirkan sebanyak 10,000 usahawan pekebun kecil berdaya maju menjelang tahun 2010, di bawah Pelan Pembangunan Usahawan Pekebun Kecil.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, sejak pelan itu diperkenalkan pada 2005 sehingga sekarang, RISDA telah melahirkan lebih 3,000 usahawan di kalangan pekebun kecil.

"Bidang keusahawanan meliputi pembangunan dan pengurusan ladang, pembekalan input pertanian, pemasaran, tapak semaian, ternakan, tanaman dan industri desa," katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abd Jabar Che Nai, ketika merasmikan Karnival Desaria RISDA 2008 di Melaka Mall di sini, hari ini.Muhammad berkata, program keusahawanan yang diperkenalkan Risda itu untuk meningkatkan pendapatan keluarga pekebun kecil.Beliau berkata, mekanisme bagi merangka pelan berkenaan adalah melalui empat program iaitu pembudayaan keusahawanan, tambah nilai produk, pemasaran dan promosi, dan integrasi keusahawanan.Katanya, Karnival Desaria RISDA merupakan antara platform bagi memperluas jaringan perniagaan yang telah bertapak atau bagi usahawan yang baru melangkah ke alam perniagaan.

Karnival tiga hari yang bermula hari ini, disertai 30 usahawan di bawah bimbingan RISDA, Felcra, Kemajuan Masyarakat (Kemas), dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bazzar SDSI

KOTA KINABALU 19 Dis. - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM23 juta untuk membiayai program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di negeri ini bagi tahun 2009 dan 2010.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Ewon Ebin berkata, dana tersebut merupakan suntikan bagi meningkatkan lagi kualiti, kuantiti, jenis, promosi dan pemasaran produk SDSI."Kita yakin program SDSI akan lebih berdaya saing dan maju dalam masa dua tahun ini iaitu tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kita ada banyak perancangan untuk memajukan SDSI."Ini kerana sebelum ini, program-program SDSI yang diperkenalkan pada 2006, hanya menerima peruntukan RM550,000 yang disumbangkan kerajaan negeri bagi tempoh 2006 hingga 2008," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Bazar SDSI di Wisma Tun Fuad Stephens di sini hari ini.Ewon berkata, bagi memastikan peruntukan itu sampai kepada golongan sasar, semua pejabat daerah diminta mengenal pasti potensi-potensi yang ada di tempat mereka untuk diketengahkan.Sehingga kini kata Ewon, pihaknya hanya menerima 17 kertas cadangan dan permohonan dari beberapa pejabat daerah untuk membangunkan produk yang berpotensi di tempat mereka."Sekiranya tidak keberatan semua pejabat daerah termasuk pejabat daerah kecil digalakkan untuk mengemukakan cadangan atau sebarang keperluan mereka secepat mungkin," katanya.

Selain itu, katanya, jawatankuasa SDSI di peringkat kementerian perlu turut memainkan peranan proaktif dalam menyelaras, menangani dan memantau pelaksanaan program-program SDSI.Jawatankuasa itu, katanya, dianggotai oleh semua pegawai daerah dan juga dari pelbagai jabatan serta agensi kerajaan bagi memastikan program SDSI mencapai sasaran.Kerajaan juga katanya, sedia membantu usahawan SDSI melalui Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia (MARDI) Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Mara, dan Koperasi Pembangunan Desa (KPD).

Jelasnya, bantuan pihak MARDI ialah mesin dan teknologi pemprosesan makanan, SIRIM (teknologi pembungkusan dan mesin), Matrade (pasaran antarabangsa), Mara (pembiayaan kewangan) dan KPD (usahawan contoh)."Bagi membantu usahawan-usahawan SDSI untuk meningkatkan keupayaan dan pengetahuan, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan bersama MARDI turut menganjurkan kursus tertentu.

"Kursus-kursus ini adalah khusus tentang teknologi pemprosesan makanan dalam produk-produk yang dikeluarkan di daerah, hasil daripada kursus ini kita telah berjaya melahirkan usahawan SDSI baru," katanya.Menurutnya, antara produk baru yang berjaya dilahirkan melalui kursus tersebut ialah bahan makanan yang berasaskan nenas, halia, tauhu, kerepek dan ikan yang dipelbagaikan."Selain itu, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) melalui Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. turut memberi bantuan dengan menganjurkan kursus dalam pembuatan produk-produk makanan tertentu," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru berwajah baru

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang bermula dengan sebuah gerai 35 tahun dulu, hari ini tampil menerusi kafe pertamanya di Platinum Walk, Danau Kota di sini sesuai dengan gaya hidup masyarakat moden.Pengarah Shaha Corporation Sdn. Bhd., Abdul Halim Jamaludin berkata, ia bagi membolehkan lebih ramai peminat Nasi Lemak Antarabangsa menikmati makanan tersebut di luar Kampung Baru dalam keadaan yang lebih selesa.

Beliau berkata, selain membuka sebuah lagi kafe di Ampang Point di sini minggu depan, pihaknya menyasarkan untuk membuka 10 lagi kafe yang sama di Lembah Klang sepanjang tahun depan."Ia diikuti pembukaan cawangan Nasi Lemak Antarabangsa di luar negara pada 2011," katanya ketika berucap sempena perasmian Kafe Nasi Lemak Antarabangsa Danau Kota yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Sementara itu, Noh dalam ucapannya berkata, kejayaan Shaha Corporation membuktikan usahawan bumiputera yang dibimbing mampu bersaing dengan orang lain."Pengusaha gerai yang ada pada hari ini perlu mengikut contoh kejayaan Nasi Lemak Antarabangsa yang mampu membuka kafe sendiri berkonsep moden," katanya.Kafe Nasi Lemak Antarabangsa di Platinum Walk menghidangkan lauk-pauk terkenalnya seperti sambal kerang, sambal sotong, ayam dan daging rendang.

Menu tambahan yang dihidangkan ialah mi rebus, mi kari, asam laksa, goreng pisang, kuih tradisional dan rojak buah.Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru bermula dengan perniagaan gerai yang diasaskan oleh ibu mertua Abdul Halim, Normi Tandoh di Jalan Raja Muda Musa pada 1973.Ia diilhamkan daripada kehadiran ramai pelanggan pelbagai bangsa dan budaya. Hari ini, ia disenaraikan oleh Pelancongan Malaysia sebagai destinasi yang harus dikunjungi pelancong.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

T Brand Shop - satu usaha Idea YPU.

KUALA TERENGGANU Kerajaan negeri akan mewujudkan jenama T.Brand Shop yang berkonsepkan kedai 24 jam untuk memperkenalkan dan memasarkan produk makanan dan kraftangan tempatan di setiap daerah mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, sebagai permulaan dua daerah telah dikenal pasti untuk diwujudkan T.Brand Shop iaitu di Kuala Terengganu dan Kemaman selewat-lewatnya Mei depan.Menurut beliau, melalui kedai itu, masyarakat berpeluang mendapatkan produk makanan dan kerja tangan daripada pengusaha kecil yang akan dijual sebagai produk utama.''Kedai itu turut menjual pelbagai barangan keperluan harian pengguna termasuk minuman dan majalah untuk menarik pengunjung," ujarnya selepas merasmikan Seminar Produk Halal anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di sini semalam.

Menurut beliau, kerajaan negeri melalui YPU telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kedai itu serta sedang mencari ruang yang sesuai dan strategik untuk penubuhan di setiap daerah.''Bagi memperkenalkan jenama T.Brand Shop, YPU akan menggunakan sistem francais yang diberikan kepada seorang usahawan untuk menggunakan jenama tersebut," katanya.

Menurut Mohamed, YPU juga akan mewujudkan pusat pengumpulan produk di setiap daerah bagi memudahkan pengusaha industri kecil dan sederhana terutama makanan ringan memasarkan produk mereka di samping meningkatkan mutu pembungkusan.Katanya, kerajaan negeri melalui YPU memperuntukkan kira-kira RM150,000 bagi membeli mesin pembungkusan produk untuk memastikan makan ringan yang dihasilkan setanding pembungkusannya dengan makanan oleh syarikat besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Keusahawanan Atasi Pengangguran.

UTUSAN Malaysia semalam memilih laporan bertajuk 4,749 bakal diberhenti sebagai tajuk utama di muka depan akhbar. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berkata, pada Januari ini sebanyak 35 majikan akan memberhentikan 3,111 pekerja diikuti Februari, tiga majikan memberhentikan 1,523 pekerja manakala Mac, 64 majikan bakal memberhentikan 115 pekerja.

Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengulas isu itu berkata, kerajaan kini dalam perancangan untuk menyediakan program latihan semula kepada pekerja yang diberhentikan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan baru.Timbalan Perdana Menteri mengakui wujudnya penurunan permintaan terhadap produk elektronik negara berikutan krisis ekonomi global yang dihadapi kini. "Memang ada penurunan permintaan dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) khususnya dan ini menyebabkan sesetengah syarikat memikirkan untuk mengecilkan jumlah pekerja mereka bagi mengurangkan kos," jelas beliau.

Sikap bergantung kepada pekerjaan dan kurang minat kepada bidang keusahawanan sebenarnya menjerumuskan seseorang di dalam situasi yang tidak menentu seperti ini.

Kebanyakan individu terutamanya siswazah lebih bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka pekerjaan daripada 'mencipta' pekerjaan sendiri dengan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka.Ini sebenarnya telah mewujudkan tekanan kepada pasaran pekerjaan terutamanya kerajaan yang terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan rakyat mempunyai pekerjaan.Kita ambil satu ilustrasi untuk membolehkan kita memahami situasi ini. Kita ambil sebuah negara yang kita namakan negara Y. Dalam negara Y ini ada dua jenis majikan iaitu kerajaan atau pun sektor awam dan syarikat atau pun sektor swasta.

Katakan terdapat 70 syarikat di negara Y dan setiap syarikat boleh menampung 10 pengambilan pekerja baru setiap tahun. Dengan itu keseluruhan sektor swasta negara Y boleh menampung seramai 700 orang pekerja baru setiap tahun.Kerajaan berkenaan pula boleh menampung sebanyak 300 orang pengambilan pekerja baru setiap tahun. Jadi jumlah pekerjaan baru yang boleh ditampung oleh kedua-dua sektor kerajaan dan swasta di negara Y ialah seramai 1,000 orang.Setiap tahun akan muncul kumpulan-kumpulan yang memerlukan pekerjaan dari lepasan sekolah dan lepasan universiti. Katakan pada satu-satu masa dalam pasaran pekerjaan terdapat 1,000 orang yang memerlukan pekerjaan baru. Maka pasaran pekerjaan negara Y dapat menampung rakyatnya yang memerlukan pekerjaan.

Tetapi katakan dalam satu-satu masa terdapat 1,500 orang yang memasuki pasaran pekerjaan maka akan wujud pengangguran seramai 500 orang. Ini adalah kerana pasaran pekerjaan hanya boleh menampung seramai 1,000 orang sahaja.Kerap kali berlaku kerajaan akan dipersalahkan kerana gagal memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Kadangkala kerajaan sesebuah negara akan mewujudkan pekerjaan baru di sektor awam bagi membolehkan ramai rakyat bekerja.

Tetapi keadaan ini sebenarnya tidak baik kepada makro ekonomi sesebuah negara dalam jangka panjang. Ini kerana pekerjaan yang diwujudkan itu sebenarnya tidak diperlukan.Ini hanya akan menambahkan kos kepada kerajaan dan menjadikan kerajaan sesebuah negara itu tidak efisien. Pekerja yang ada terlalu ramai dan kerja pula sedikit. Dan ramai yang akan berehat ketika bekerja.

Tetapi sebenarnya sekiranya rakyat sesebuah negara itu tidak bergantung penuh kepada peluang pekerjaan semata-mata dan 'mencipta' sendiri pekerjaan melalui keusahawanan maka masalah ini akan dapat di atasi. Sekali lagi kita ambil contoh negara Y tadi.Katakan dari kalangan 500 rakyatnya yang gagal mendapatkan pekerjaan terdapat 250 orang memilih untuk membuka perniagaan maka pengangguran dapat dikurangkan daripada 500 orang kepada 250 orang.Dan dari 250 orang yang menjalankan perniagaan ini tadi, katakan setiap seorang memerlukan seorang pekerja sebagai pembantu maka mereka pula akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada baki 250 orang yang menganggur tadi. Ini akan mewujudkan pengangguran sifar.

Sebenarnya sekiranya seseorang itu melibatkan diri dengan keusahawanan, mereka bukan sahaja dapat mewujudkan pekerjaan untuk diri sendiri malah dapat memberi pekerjaan kepada orang lain yang bekerja dengan mereka.Seorang yang berniaga burger di pasar malam contohnya sekurang-kurangnya memerlukan seorang pekerja untuk membantunya menjalankan perniagaan tersebut.Ini adalah lebih baik daripada merungut-rungut di sana sini dan meratapi kegawatan ekonomi yang menyebabkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan.

Golongan siswazah sepatutnya telah bersedia untuk menjadi majikan dan bukan mencari majikan. Binalah perniagaan sendiri. Selain mencipta pekerjaan sendiri anda juga boleh memberi pekerjaan kepada orang lain. Kalau kita kaji seseorang yang memilih untuk menjadi usahawan sebenarnya membantu masyarakat, negara dan ekonomi secara keseluruhannya. Mereka boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan meringankan beban kerajaan untuk memikirkan langkah mengatasi pengangguran ini.Tetapi penulis percaya ramai siswazah yang berasa lebih mulia 'terperuk' di rumah dan memegang gelaran penganggur terhormat dengan duit dalam poket satu sen pun tidak ada daripada bermandi peluh berniaga di pasar malam. Dan masalah ini sebahagian besarnya wujud di kalangan siswazah Melayu yang kurang berminat dengan bidang keusahawanan.

Walaupun selalu orang berkata "berniaga banyak risiko, nanti rugi". Ini menjadikan mereka memilih untuk bekerja makan gaji. Tidak ada risiko rugi. Setiap bulan pasti dapat gaji.Tetapi apabila situasi sekarang yang menyebabkan majikan terpaksa membuang beribu-ribu pekerja maka kerja makan gaji juga ada risiko diberhenti. Jadi apa bezanya risiko menjadi usahawan dan makan gaji?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tiga langkah bantu IKS bumiputera hadapi kegawatan


SAIFUDDIN Abdullah (kiri) bersalaman dengan sebahagian peserta seminar ketika merasmikan penutup Seminar Dana Kewangan Untuk Usahawan IKS di Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 24 Dis. - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) melaksanakan tiga langkah bagi membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera di negara ini menghadapi impak kegawatan ekonomi global pada tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah-langkah yang diambil termasuk menyegerakan proses permohonan pembiayaan, melonggarkan syarat-syarat permohonan pinjaman tambahan serta menambah baik program latihan keusahawanan.

Jelas beliau, setiap agensi di bawah MeCD perlu memproses permohonan pembiayaan dalam masa yang lebih pendek daripada tempoh ditetapkan dalam piagam pelanggan masing-masing.

''Kita perlu bertindak pantas dalam berdepan dengan iklim ekonomi dunia yang gawat dan tidak menentu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Dana Kewangan Untuk Usahawan IKS di Klana Resort dekat sini semalam.Hadir sama Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Negeri Sembilan (DPMMNS), Datuk Ahmad Yusof.Saifuddin memberitahu, syarat-syarat permohonan pinjaman tambahan perlu dilonggar atau dipermudah supaya tidak membebankan usahawan IKS bumiputera.

Menurut beliau, kelonggaran sewajarnya dipertimbangkan untuk usahawan-usahawan IKS bumiputera yang terpaksa memohon pinjaman tambahan bagi menampung kenaikan mendadak kos bahan mentah.

Di samping itu, katanya, agensi-agensi terbabit perlu memberi pertimbangan khusus terhadap usahawan-usahawan IKS bumiputera yang terpaksa mengubah konsep perniagaan akibat kegawatan ekonomi global.''MeCD turut memperkenal Program Penempatan Keusahawanan bagi melatih pekerja-pekerja di sektor IKS yang diberhentikan oleh majikan serta graduan menganggur.''Program selama setahun itu melatih peserta dari segi teori selama enam bulan dan tempoh selebihnya dari segi praktikal," jelas Saifuddin.Beliau berkata, pada masa ini, seramai 100 graduan lepasan universiti sedang mengikuti latihan perunding produk halal di bawah program berkenaan.

Menurutnya lagi, MeCD bercadang untuk mempelbagaikan bentuk latihan di bawah Program Penempatan Usahawan di samping mengkaji kaedah mempermudah peserta memohon pembiayaan perniagaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Medium pengiklan LCD

OOH Media Digital Interaktif Out Of Home (OOH) adalah skrin iklan digital terbaru sesuai dengan trend masa kini.


PAPARAN televisyen LCD yang menyediakan ruang pengiklanan dan sembang.


Dalam kehidupan hari ini, manusia lebih kerap berada di luar rumah berbanding di kediaman sendiri. Disebabkan itu, pengiklanan melalui televisyen barangkali bukanlah satu medium yang cukup berkesan.Habis sahaja waktu pejabat, sesetengah orang lebih suka bertemu dengan rakan-rakan sambil melepak di restoran atau pusat beli-belah, berbanding terus pulang ke rumah. Itu sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masa kini.Justeru itu, perkhidmatan terkini Pengiklanan Media Digital Interaktif Out Of Home (OOH) yang diperkenalkan di negara ini, merupakan satu trend baru yang amat bersesuaian dengan situasi masyarakat hari ini.

Bersifat interaktif, perkhidmatan OOH adalah satu medium pengiklanan elektronik menerusi skrin iklan digital yang ditempatkan di kawasan tumpuan seperti di restoran dan pusat beli-belah. Bagaimanapun buat masa ini, ia hanya terdapat di 16 lokasi di Lembah Klang termasuk di Restoran Kayu Nasi Kandar Taipan USJ, Subang Jaya, Selangor.

Teknologi tersebut dibawa oleh anak syarikat Kumpulan Emkay, MKN At-Life Sdn. Bhd. Setelah trend tersebut diperluas dengan jayanya di Singapura, kini teknologi tersebut dibawa ke Malaysia.MKN At-Life Sdn. Bhd. merupakan syarikat kerjasama Kumpulan Emkay dengan sebuah syarikat pengiklanan media digital popular di Singapura, At-Life Pte. Ltd.At-Life Singapura cukup berpengalaman dalam pengiklanan media digital dan sudah memasang sebanyak 260 skrin di negara tersebut.Memulakan operasinya di Singapura sejak tahun 2005, para pelanggannya terdiri daripada McDonald's, Delifrance dan Koufu. OOH turut diletakkan di bangunan-bangunan pencakar langit.


DARI kiri: Sirajudin, Azmil Khuzaid dan Prakesh Bell pada majlis pelancaran OOH di Restoran Kayu Nasi Kandar Taipan USJ, Selangor baru-baru ini.


Dilaporkan, iklan media digital At-Life ditonton 4.8 juta golongan muda, 4.8 juta profesional dan 4.6 juta rangkaian penonton berkeluarga setiap bulan.

OOH beroperasi dengan meletakkan televisyen LCD di lokasi-lokasi berkenaan. Melalui televisyen LCD , pengiklan atau pengunjung restoran boleh mengiklankan sesuatu iklan hanya dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ia akan terpapar pada skrin.

"Ia bukan sahaja untuk pengiklanan, bahkan pengunjung juga boleh memberikan komen secara terus kepada pengusaha restoran menerusi SMS dan dipaparkan terus di skrin. Dengan cara itu, pengusaha restoran dapat mengetahui tindak balas pelanggan dengan pantas.

"Tambah mengujakan para pengunjung, mereka juga boleh berkomunikasi atau bersembang dengan rakan mereka yang berada di restoran lain yang juga dilengkapi perkhidmatan ini," kata Pengarah Urusan MKN At-Life, Azmil Khuzaid Zakaria pada majlis pelancaran tersebut.

Menyentuh tentang pengiklanan luar rumah, Azmil berkata, ia kini menjadi wahana berkesan buat syarikat-syarikat mempromosikan produk mereka.

"Gaya hidup masyarakat hari ini yang suka menghabiskan masa di luar rumah seperti duduk-duduk sambil minum-minum di restoran menyebabkan banyak syarikat memilih kaedah pengiklanan seumpama ini.

Bagaimana dengan kandungan iklan yang bakal dipaparkan melalui pengiklanan OOH itu? Azmil Khuzaid memberitahu, segalanya bergantung kepada kehendak pelanggan.

Tambahnya, melalui OOH, mereka yang ingin mengiklankan perkhidmatan seperti kelas berenang, kelas tuisyen dan sebagainya boleh mengiklankannya menggunakan SMS pada harga yang lebih murah, berbanding mengiklankannya di media lain.

"Itu satu lagi kelebihan yang dimiliki melalui kaedah ini," ujarnya.

Menyentuh tentang perancangan syarikat itu dalam memperluaskan OOH, Azmil berkata, untuk permulaan mereka ingin mengembangkan perkhidmatan ini di Johor memandangkan ia berdekatan dengan Singapura yang telah pun menikmati kemudahan tersebut.

"Kemudian, barulah ia akan dikembangkan secara berperingkat-peringkat di selatan, utara serta Pantai Timur Semenanjung Malaysia, sebelum memasuki Sabah dan Sarawak," ujarnya yang mensasarkan 300 lokasi OOH seluruh negara, menjelang hujung tahun depan.


SALAH sebuah paparan media digital OOH yang dipasang di Restoran Kayu Nasi Kandar Taipan USJ, Selangor.


Azmil berkata, syarikatnya juga merancang untuk memperluaskan rangkaian perniagaannya ke negara Asia Tenggara yang lain termasuk di Thailand, Brunei dan Indonesia.Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Maklumat At-Life Pte Ltd, Prakash Bell dan Ketua Eksekutif Kayu Nasi Kandar, Sirajudin Mohemed Mydin.Sirajudin berkata, rangkaian Kayu Nasi Kandar kini bekerjasama dengan MKN At-Life untuk mewujudkan sistem interaktif berkenaan di semua 10 cawangan restoran Kayu Nasi Kandar."Setiap Restoran Kayu Nasi Kandar akan dilengkapi dengan lima paparan televisyen OOH yang menyiarkan pelbagai iklan dalam bentuk visual dan SMS," katanya.

Dana yang diperuntukkan untuk seunit OOH ialah kira-kira RM2,000 termasuk kos membeli seunit televisyen bersaiz 42 inci.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Menternak itik Khaki Campbell


SEORANG pekerja syarikat Bella Projek Sdn. Bhd memberi makan itik di ladang ternakan di Kesang Pajak, Jasin, Melaka.

JIKA diberi pilihan untuk bekerja di bilik berhawa dingin atau berpanas terik di bawah mentari, tentu ramai yang lebih rela bekerja di bilik berhawa dingin. Namun begitu, masih terdapat segelintir siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik.

Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini."Saya pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor.
"Saya belajar teknik memelihara itik mulai anak yang baru menetas sehingga itik bertelur," katanya ketika ditemui di ladang ternakan itiknya di Kesang Pajak, Jasin, Melaka.

Beliau memilih untuk menternak itik kerana haiwan itu tahan serangan penyakit dan tidak banyak kerenah."Saya memilih ternakan itik kerana hasilnya (telur) boleh dipungut setiap hari, berbanding ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu," katanya.Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban seperti ternakan ayam.Cuma, katanya, sesebuah ladang itu harus mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain.Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lalu.Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor. Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur.Beliau dibantu 12 orang pekerja bagi mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh dari penempatan awam dan dikelilingi kebun getah serta hutan.

Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik pada setiap bulan dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan itik dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras hancur.Elly Yuza berkata, kaedah Efektif Mikro Organisme (EM) digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan pencemaran lain.Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi khidmat nasihat dan melawat ladangnya dua kali seminggu.

Apabila matahari beransur menerangi kawasan ladangnya pada setiap hari dan dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu, pekerja Elly Yuza akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak.


ELLY YUZA menyusun telur itik yang telah dibersihkan sebelum diproses menjadi telur masin.


Mereka perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana terdapat juga itik bertelur di situ.Telur yang dikutip itu kemudiannya dikumpul di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan secara manual dan juga menggunakan mesin.Telur yang telah dibersihkan tanpa menggunakan air itu, kemudiannya akan disusun di dalam rak telur.Elly Yuza berkata, melalui syarikatnya, Bella Projek Sdn Bhd, telur berkenaan dijual di seluruh negara. - Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawan SPA - Resepi Kejayaan.

Sanggupkah anda merapi bulu pubik pelanggan di salon kecantikan? Mungkin ada yang berasa geli mendengarnya tetapi khidmat ini ada disediakan di sebuah pusat kecantikan di Kuala Lumpur.




KALA diberitahu bahawa dia akan melakukan kerja-kerja berkaitan dengan pembersihan bulu badan termasuk merapi bulu kemaluan, Serene Tam agak terkejut mendengarnya. Jika sebelum ini, dia pernah terlibat dalam kerjaya yang memerlukannya membuat rawatan kecantikan di bahagian muka dan bahagian badan yang lain, kali ini Serene dapat menduga bahawa apa yang bakal dilakukannya memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

"Bukan kerana kerjanya susah. Dengan adanya latihan mengenai langkah-langkah penggunaan lilin (waxing) yang betul, pasti tidak sesukar mana. Tetapi apabila kita berhadapan dengan hal-hal sensitif seperti membersihkan dan merapi bulu pubik, kita perlu banyak bersabar dan bijak mengurus perasaan hampir setiap masa," ujarnya ketika ditemui di pusat kecantikan Strip yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Memikul tanggungjawab sebagai seorang penggilap lilin profesional sejak enam tahun lalu, Serene menerima kira-kira 10 orang pelanggan dalam sehari yang datang kepadanya untuk mendapatkan perkhidmatan membuang bulu badan. Antaranya ialah di bahagian ketiak, seluruh tangan dan kaki dan yang paling intim ialah merapi bulu di bahagian kemaluan.


"KEBERSIHAN dan profesionalisme amat dipentingkan."


Jika ramai daripada kita berasa geli dan meluat mendengarnya, ada pula yang terbeliak kedua-dua biji matanya sebaik mendengar apa yang dikatakan tadi. Harus diingat bahawa mereka memilih kerjaya ini bukan hanya kerana duit tetapi kesanggupan menawarkan khidmat penjagaan dan kecantikan diri yang dikatakan susah dilakukan sendiri oleh segelintir orang.

Di luar negara, perkhidmatan sebegini sudah lama wujud dan mudah dibincangkan secara terbuka memandangkan budaya negara barat agak berbeza dan tidak terbatas. Di Malaysia atau kebanyakan negara Asia, mereka yang melakukan kerja-kerja seumpama ini dianggap tidak senonoh atau tidak beradab. Bagi mereka yang beragama Islam, keadaannya lebih rumit.


"MEMERLUKAN ketabahan dan kesabaran yang tinggi."


Jenawati Abd. Shukor tidak terlepas daripada stigma itu. Ketika dia mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai seorang jurutera pelan yang menjanjikan pendapatan empat digit yang lumayan, dia mula merasakan tamparan hebat yang bakal diterimanya daripada masyarakat sekeliling. Maklumlah, kerja mengurus sebuah pusat kecantikan dan mengurut sentiasa mendapat konotasi yang negatif.

Sampai sekarang pun, banyak kes-kes dan serbuan mengejut diadakan di pusat-pusat mengurut di ibu kota dan pinggir kota selepas pihak berkuasa tempatan menerima aduan daripada orang ramai mengenai perkara yang tidak elok berkaitan tempat tersebut.




Di pusat Sports Massage Centre, Equal Fitness, Jenawati atau Jena yang merupakan salah seorang pengarah yang aktif sejak lapan tahun lalu mempraktikkan konsep 'selamat' iaitu dia hanya menawarkan tukang urut mengikut jantina.

Ini bermakna jika seorang lelaki mahu pengurut wanita, ia sama sekali tidak dibenarkan. "Memang ada kalanya, pelanggan lelaki yang datang meminta khidmat tukang urut perempuan tetapi saya tegas mengatakan bahawa khidmat seperti itu tidak disediakan di sini. Kalau mereka mendesak, mereka boleh cari di tempat lain," jelasnya.

Jena yang mendapat restu suaminya dan lima anak-anaknya yang berusia antara lapan hingga 17 tahun, merasakan tugasnya agak berat untuk dipikul apabila ia dipandang serong oleh komuniti luar. Bak kata pepatah hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jena yakin persepsi ini dapat diubah sekiranya dia dan rakan tukang urut yang lain bersikap profesional serta menanamkan sifat disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas.

"Sejak pusat ini dibuka lapan tahun lalu, kami telah melatih kira-kira 5,000 orang pelajar khusus untuk urutan sukan. Ini tidak termasuk 24 orang tukang urut separuh masa yang bekerja di sini," katanya yang mempunyai satu lagi cawangan di Sooka Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur.


"PADA waktu kecemasan, ilmu urut badan boleh menyelamatkan nyawa."


Di Sports Massage Centre juga, mereka mengamalkan urut yang menyelitkan sains sukan dan bukannya tradisional. Sambil mengenal pasti dan memahami secara menyeluruh anatomi badan manusia, Jena dan tukang urut lain akan 'membantu' secara saintifik.

Namun, dalam kerja-kerja yang melibatkan sentuhan manusia secara langsung, ada kalanya perkara-perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Hanya dengan bersikap waspada dan tidak mudah panik, anda dapat menghadapi masalah dalam masa sebenar.

Serene pula pernah beberapa kali berdepan dengan situasi yang genting. Oleh kerana rasa sakit tidak dapat dielakkan dalam teknik menggilap lilin terutamanya di bahagian sulit, ada seorang pelanggannya menangis.


"MERAPI bulu badan bagi kedua-dua perempuan dan lelaki."


Oleh kerana Strip turut menerima pelanggan lelaki sejak tahun lalu, kes-kes pelik juga berlaku dari semasa ke semasa. "Kes pelanggan lelaki menitiskan air mata masih lagi okey tetapi ada kes di mana apabila kami membersihkan bahagian sulit pelanggan lelaki, mereka mula berfikiran 'kuning'. Jika ini berlaku, kami akan suruh mereka keluar. Tiada tolak ansur!," jelasnya yang menyatakan jika pelanggan itu berdegil, mereka akan memaklumkan kepada pihak pengurusan syarikat. Ternyata tugas ini amatlah berat!

Dalam pada itu, Jena yang mula bekerja sepenuh masa pada awal tahun ini, melahirkan hasrat murni yang ingin dikongsi bersama orang ramai.

Menurutnya, pada waktu kecemasan, ilmu urut badan boleh menyelamatkan nyawa.

"Bapa saya yang berusia 69 tahun adalah seorang pesakit dan dia pernah diserang strok. Oleh kerana abang dan isterinya tahu mengurut, kesihatan bapa saya tidak tergugat teruk," ujar Jena.

Selain itu, kanak-kanak yang membawa beg sekolah yang berat, tidak terkecuali memperoleh rawatan mengurut bahu bagi menghalang sakit kepala yang berterusan sehingga membawa kepada migrain.


"JIKA seorang lelaki mahu pengurut wanita, ia sama sekali tidak dibenarkan."


Pernah sekali, Jena yang merawat seorang wanita yang baru bersalin tidak lama dahulu, menghadapi kesulitan bernafas. Jena memujuknya supaya menghela dan menghembuskan nafas perlahan-lahan berulang kali sehingga keadaannya kembali normal. Ketika itu, baru dia sedar pelanggannya yang datang jauh dari Teluk Intan, Perak mempunyai masalah lelah.

"Saya menasihatinya supaya melonggarkan otot-otot di belakang badan dan bahu yang terlalu tight disebabkan stres dan baru lepas bersalin," katanya yang beberapa minggu kemudian menerima panggilan penghargaan daripada wanita tersebut atas kemujaraban seni mengurut yang dimilikinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawan Jambu Air


Tan Jui Seng menunjukkan buah jambu yang terdapat di ladangnya di Muar.

MUNGKIN menyedari masa depannya dalam dua pekerjaan bergaji tetap tidak sebaik mana kerana bersekolah setakat umur 13 tahun sahaja, maka keputusan yang diambil menceburi bidang pertanian sebagai jalan terakhir.

Namun, faktor sampingan lain juga tidak boleh diketepikan kerana keputusan memilih tanaman jambu air sebenarnya bermula sebagai hobi.

Chua Yap Keng dan Tan Jui Seng sebenarnya rakan kongsi yang mengusahakan tanaman jambu air dan mengabadikan nama mereka pada ladang yang diberi nama Keng Seng Nursery sebagai tanda keakraban dan perkongsian harapan dalam bidang pertanian.

Yap Keng berkata, dia pada mulanya dipertemukan dengan seorang rakan dari Taiwan ketika berurusan dalam perniagaan perabot yang memperkenalkannya baka jambu air dari Taiwan.Dia mengambil baka tersebut yang hanya disebut sebagai baka warna hijau, merah dan loceng lalu cuba menanamnya di kawasan rumah di Muar.

Namun akhirnya dia menggunakan baka warna merah memandangkan jambu air hijau itu susah hendak ditanam manakala baka loceng mudah gugur.Meskipun mereka mengetahui kos untuk membiayai projek satu ekar sahaja mencecah RM10,000, namun bertekad untuk mencuba sesuatu yang baru.Yap Keng berkata, dia tidak mahu masalah tersebut merencatkan minatnya untuk menceburkan diri dalam penanaman buah-buahan, memandangkan itulah minatnya sejak kecil.

''Sebab itu saya banyak kali mencuba menanam benih jambu, (sebab) mahu tengok yang mana sesuai,'' katanya.Katanya, rakan tersebut memperkenalkan benih jambu itu dan dia membawa pulang kira-kira 10 pokok untuk ditanam di kawasan rumahnya di Jalan Ismail, Muar.Benih pokok tersebut kemudiannya ditanam di ladang mereka di Batu 23, Lenga, Pagoh di Muar Johor bermula 2003 membabitkan 70 pokok jambu.Yap Keng, 43 dan Jui Seng, 38, kemudian memulakan penanaman di kawasan tersebut yang berkeluasan dua hektar di Bukit Pasir Muar,Menurutnya, jambu tersebut yang dikenali sebagai jambu Johor, mudah untuk dijaga kerana tidak banyak masalah.

Mereka hanya perlu memastikan baja diberi mengikut kadar yang ditetapkan iaitu kira-kira 40 pokok bagi satu beg.Harga baja tersebut pada mulanya RM200 satu beg kini turun kira-kira 20 peratus.Pada masa sama, dia juga beruntung kerana Jui Seng pakar dalam menyediakan benih jambu tersebut, menjadikannya mereka gandingan yang baik untuk memajukan projek tersebut,Ketika ini, tiga ladang mereka yang keseluruhannya berkeluasan lapan hektar (20 ekar) ditanam dengan 1,000 pokok jambu.

Menurutnya, jambu tersebut matang dan boleh dipetik selepas 18 bulan ditanam.Ladang mereka kini mampu mengeluarkan antara 10 dan 15 tan buah sebulan dan dipasarkan di kawasan sekitar pada harga RM4.50 sekilogram.Untuk memastikan jambu telah mencapai saiz pasaran, setiap kilogram mengandungi antara lima dan tujuh biji.Jambu tersebut menurut Yap Keng, amat menarik kerana bukan sahaja rasanya yang manis tetapi warnanya yang merah pekat dan senang untuk dijaga.Bagaimanapun untuk mengekalkan rasa manis, jambu perlu dipetik pada waktu cuaca panas.

Untuk menjaga kesegaran dan memastikan jambu selamat dimakan, dia tidak menggunakan racun untuk mengawal serangga sebaliknya membungkus buah jambu pada pokok.Pokok jambu tersebut dikatakan mempunyai jangka hayat sehingga 33 tahun.Katanya, terdapat rakannya yang dikatakan mengeksport buah tersebut ke negara Arab tetapi setakat ini dia hanya menjual untuk pasaran tempatan.Selain itu, agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga membeli hasil tanaman tersebut.

Ketika ini, selain tanaman jambu, ladang mereka juga ditanam dengan ciku, durian dan dokong secara kecil-kecilan.Usaha mereka walaupun bermula dengan kepayahan dan terpaksa melalui proses mencuba tanpa asas pertanian yang kuat, kini sudah mula menampakkan hasil.Jumlah pekerja seramai 10 orang tidak menjadikan mereka malas, sebaliknya selalu 'turun padang' memeriksa tanaman kerana minat yang mendalam tersemat di dalam jiwa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawanita Baja Kompas


orang kuat di belakang Program Rakan Korporat Vermi sentiasa bersedia memberikan bimbingan kepada RK.

Senario ekonomi dunia yang tidak menentu sedikit sebanyak tentu saja memberikan kesan kepada ekonomi negara dan seterusnya kepada rakyat.

Ia menimbulkan keresahan kerana peningkatan harga barang yang tidak seiring dengan pendapatan akan mengurangkan kuasa beli pengguna.

Justeru, sebagai jalan keluar ramai telah memikirkan langkah penyelesaian mengurangkan beban tersebut termasuk mencari pendapatan sampingan.Usaha tersebut bagaimanapun sedikit terencat kerana kekangan masa menyebabkan mereka yang bekerja terutama kakitangan awam tidak dapat menjana pendapatan sampingan.

Justeru sebuah pusat pembangunan industri pertanian dan asas tani, Perintis Agrotech Centre (PAC) telah memperkenalkan Program Rakan Niaga Vermi (cacing) bagi membantu koperasi yang berminat menjana pendapatan sampingan dengan produk berasaskan pertanian.Program yang dijalankan oleh PAC banyak dibantu dan disokong oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.Pengurus Program Rakan Korporat Vermi, Norzana Rafie berkata, program berkenaan dilancarkan oleh PAC berdasarkan potensi pasaran vermi-kultur (ternakan cacing) dan vermi-kompos (baja cacing) yang sangat tinggi.

Projek mega

"Bagi projek jangka masa panjang, Perintis telah melancarkan Projek AgroHUB 2008 - 2011 yang terdiri daripada beberapa projek mega pertanian termasuklah Rakan Niaga Benih, Rakan Niaga Vermi, Rakan Niaga Serai dan Rakan Niaga Biotech.

"Projek AgroHUB meletakkan sasaran penjanaan pendapatan melalui pertanian sebagai agenda pembangunan ekonomi masyarakat," katanya semasa ditemui di kilang baja dan pusat ternakan di Kampung Nakhoda Kiri, Selayang, Selangor.Sebagai syarikat yang telah lama berkecimpung dalam industri bioteknologi dan produk pertanian, Perintis telah mengembangkan sayap perniagaan dalam industri baja vermikompos melalui ternakan cacing - Rakan Korporat Vermi (RKV).Projek RKV dilancarkan baru-baru ini bertujuan membuka peluang kepada koperasi, badan atau syarikat untuk membuat projek ternakan cacing secara usahasama dengan Perintis.

Projek vermi-kultur dan vermi-kompos dipilih berdasarkan permintaan baja kompos yang tinggi, cacing untuk makanan ternakan kerana penyumbang kepada protein paling tinggi dan untuk produk kesihatan dan kosmetik.Pasaran baja kompos atau organik semakin berkembang ekoran peningkatan mendadak harga baja berasaskan kimia.Di bawah projek RKV, Perintis anak syarikat Perintis Dagangan Sdn. Bhd. menyediakan prasarana, infrastruktur, peralatan, teknologi, khidmat penjagaan dan pemantauan pakar kepada rakan korporat yang menyertainya.Kesemua projek akan dikumpulkan di satu pusat ternakan bagi tujuan ternakan, penghasilan baja dan penjualan cacing bagi makanan ikan.

Hak penjagaan

Melalui pendekatan ini, pihak koperasi yang mempunyai dana berpeluang menceburi ternakan cacing tanpa komitmen tinggi di mana Rakan Korporat menyerahkan hak penjagaan cacing kepada Perintis yang mempunyai tenaga kerja mahir bagi menguruskan dan menjaga.Bagi menampung permintaan baja kompos yang tinggi, Perintis membuka 300 plot ternakan koperasi, badan atau syarikat.

Aktiviti Perniagaan Perintis adalah makanan cacing berkualiti, vermi-kompos, induk cacing, latihan dan konsultan, booster untuk lintah dan produk Bio-Ternak untuk cacing.Program ini bukan satu skim atau pelaburan tetapi satu projek pertanian biasa menggunakan pendekatan yang lebih sistematik dan tidak membebankan rakan korporat.Ia sangat sesuai untuk sesebuah koperasi atau syarikat untuk menyertai sektor pertanian dan menjana pendapatan ahli atau syarikat.Dengan penyerahan hak penjagaan dan pemantauan kepada pekerja mahir, risiko dapat dikurangkan dan diuruskan sebaik mungkin.Tambahnya lagi, ramai yang menyertai program ini berpuas hati dengan penawaran tiga kelebihan sebagai Rakan Korporat iaitu berpeluang berkongsi pasaran dan keuntungan dengan syarikat induk, dapat menjalankan perniagaan terhadap produk berasaskan cacing keluaran Syarikat Induk dan dapat menjalani latihan praktikal selama tempoh kontrak dua tahun.

Permintaan tinggi

PAC yang mempunyai kilang baja dan pusat ternakan di Kampung Nakhoda Kiri, Selayang akan membuka sebuah lagi kilang di sekitar Lembah Klang dalam masa terdekat bagi meningkat pengeluaran baja dan menampung permintaan yang tinggi.Rakan Korporat yang membuat usahasama dengan Perintis akan ditempatkan di plot ternakan dan penghasilan baja yang ditetapkan.Perintis akan menerima mana-mana pihak yang ingin membuat usahasama terutamanya koperasi meletakkan had maksimum bagi memberi peluang kepada lebih ramai pihak untuk terlibat.Berdasarkan perjanjian usahasama, agihan keuntungan dibuat selepas tamat satu tempoh tuaian iaitu setiap tiga bulan setelah Perintis menjual baja dan cacing yang telah terhasil.

Baja yang berkualiti tinggi hanya akan terhasil selepas dua bulan diberikan kepada cacing ternakan.Usahasama di antara Rakan Korporat dan Perintis akan berterusan selama tempoh dua tahun dan selepas tamat kontrak, modal belian cacing akan dikembalikan.Perintis berharap agar Rakan Korporat dapat menjalankan ternakan sendiri selepas tamat tempoh tersebut dan telah mahir tentang teknik penjagaan dan penghasilan baja.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi 03-6187 3796 atau layari www.agrohub.net atau di pejabat urusan di Business Suite B-17-G, The Medan Selayang, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Skill-Tech ILKS pertama tawar SKM pertanian


pELATIH SEDANG DIBERI BIMBINGAN CARA MENGHASILKAN BAJA KOMPOS.

Keperluan kepada modal insan yang semakin mendesak dalam sektor pertanian memerlukan sokongan pelbagai pihak khususnya institusi latihan untuk melahirkan lebih ramai graduan terlatih.Selain institusi pengajian tinggi dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), hampir tidak ada syarikat yang sudi melabur dan menawarkan program latihan kemahiran dalam pertanian secara menyeluruh bagi mencapai matlamat murni ini.

Namun kewujudan Institut Skill-Tech yang terletak di Durian Tunggal, Melaka telah berjaya membuka mata masyarakat untuk melahirkan lebih ramai tenaga terlatih dalam bidang pertanian, sekali gus menyahut matlamat kerajaan memperkasa sektor tersebut.

Syarikat bumiputera terbabit berjaya membuktikan bahawa persepsi masyarakat selama ini yang menuduh generasi muda tidak meminati kerjaya berasaskan pertanian adalah tidak tepat.

Ini terbukti apabila ambilan pertama pelatih di bawah Skim Kluster Latihan Kemahiran Sumber Manusia untuk Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Bumiputera berjaya menarik lebih 200 pelajar mengikuti pelbagai bidang pertanian.

Menurut Pengerusi Eksekutif Skill-Tech, Nordin Abdul Malek, skim tersebut yang menawarkan pembiayaan percuma kepada semua belia bumiputera ternyata mendapat sambutan hebat pelatih dari seluruh negara.Amat memeranjatkan beliau apabila ramai pelatih dari Sabah dan Sarawak juga sanggup meninggalkan kampung halaman semata-mata ingin mengejar impian menjadi tenaga kerja pertanian terlatih dan usahawan tani."Ini membuktikan bahawa belia kita memang berminat dalam bidang pertanian, sekiranya diberi peluang yang sewajarnya.

"Malah mereka juga sudah mula melihat pertanian sebagai satu peluang perniagaan yang lumayan," ujar beliau.Skim yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, pada 30 Oktober lalu, memilih Institut Skill-Tech sebagai peneraju dalam bidang pertanian.Skim tersebut dilaksanakan dan dipantau oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkifli A Hassan.

Jawatankuasa tersebut turut dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan, MeCD dan Mara yang bertujuan untuk menjamin kualiti dan pencapaian skim kluster berkenaan.

Difahamkan, Skill-Tech merupakan ILKS pertama yang menjalankan kursus pertanian sepenuhnya menggunakan Standard Latihan Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan NATC."Memandangkan kursus menggunakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, pensijilan dan modul pelatih adalah sama dengan kolej latihan pertanian di bawah pusat latihan awam, " tambahnya lagi.

Nordin menambah, Skill-Tech menyasarkan pelatih seramai 2,000 orang, bermula tahun ini hingga tahun hadapan.Mereka menawarkan pelbagai bidang iaitu tanaman makanan (sayuran/buah-buahan), akuakultur (ikan air tawar), seni bina landskap, penyeliaan ladang, pemasaran pertanian, pemprosesan makanan, herba, bio-teknologi, pelancongan tani (agro-tourism), ternakan ayam (poltri) serta ternakan ruminan."Kepelbagaian bidang kursus membolehkan lebih ramai penyertaan belia kerana mereka boleh memilih kursus pertanian mengikut minat dan cita rasa masing-masing," katanya lagi.

Pusat latihan ini berkonsepkan ladang integrasi (integrated-farm) yang menggabungkan tanaman makanan, akuakultur dan pelancongan pertanian. Malah mulai tahun hadapan, ladang poltri dan ruminan akan diwujudkan untuk melengkapkan konsep integrasi tersebut.

Sebaik sahaja tamat latihan selama setahun, mereka akan dianugerahkan SKM Tahap 1 dan Tahap 2.Sebagai tambahan, mereka juga akan menerima Sijil Keusahawanan daripada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), MeCD.Selepas tamat latihan, graduan digalakkan untuk mengusahakan pertanian sendiri sebagai usahawan yang akan dibantu oleh MeCD dengan pelbagai kemudahan perniagaan.Malah dalam tempoh latihan setahun, mereka juga diajar asas keusahawanan dengan menggunakan modul yang disediakan bersama Skill-Tech dan INSKEN.

Selain internship, pendedahan perniagaan hasil pertanian juga turut diberikan oleh pengusaha dan usahawan dalam bidang berkaitan melalui ceramah tetap bulanan.Pengalaman usahawan tersebut membolehkan mereka mengetahui strategi perniagaan berasaskan pertanian, disiplin serta tip-tip yang menjadi kunci kejayaan usahawan pertanian.Bagi mencapai Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) yang ditetapkan kerajaan, Skill-Tech turut merancang mewujudkan skim inkubator usahawan tani bagi membolehkan graduan mereka terus dibimbing hingga mampu menjadi usahawan berdikari yang berjaya.

"Kami telah berunding dengan beberapa kerajaan negeri bagi mendapatkan tanah yang sesuai diusahakan sebagai ladang tanaman makanan komersial, " katanya.Kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang pertanian, memberi keazaman kepada Skill-Tech untuk menggalakkan graduannya menyambung latihan ke peringkat yang lebih tinggi.Ini bertujuan untuk menyahut cabaran masa depan bidang pertanian yang berteraskan kecekapan bekerja, kemahiran berteknologi serta berpengetahuan tinggi agar pengeluaran pertanian dapat dioptimumkan.

"Kita tetap menggalakkan sebahagian daripada mereka supaya menyambung kursus ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia pada masa depan," tambahnya.Selain latihan di dalam kampus, pelatih diwajibkan menjalani latihan industri di syarikat-syarikat berasaskan pertanian untuk memantapkan pengetahuan serta memberikan pengalaman sebenar alam pekerjaan pertanian. Justeru itu, Skill-Tech turut menjalinkan kerjasama industri dengan syarikat perladangan serta anak-anak syarikat milik kerajaan.
Graduan ini diyakini akan mudah mendapat pekerjaan, memandangkan kini sudah ada permintaan industri pertanian yang menempah mereka untuk bekerja apabila tamat latihan nanti.

Selain kemudahan latihan mengikut standard NOSS, Skill-Tech turut menyediakan pelbagai kemudahan lain di kampus seperti kolam renang, pusat rekreasi pertanian, surau terapung, dan pelbagai kemudahan berasaskan pertanian untuk keselesaan pelatih.Memandangkan kerajaan telah menyediakan peluang keemasan ini, Nordin menasihati para belia Bumiputera supaya merebut peluang mengikuti kursus pertanian di institut berkenaan.Lebih-lebih lagi, skim yang dibiayai menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini tidak memerlukan pelatih membayar balik pembiayaan selepas tamat latihan.Malah, bagi memberi peluang yang lebih ramai, kerajaan hanya mengenakan syarat minimum boleh menulis, membaca dan mengira (3M) dengan baik bagi kebanyakan kursus (kecuali kursus bioteknologi, herba, pemasaran, pemprosesan makanan dan pelancongan pertanian) sebagai syarat minima kelayakan akademik."Syarat minima tersebut tidak bermakna kursus ini adalah untuk mereka yang tercicir atau lemah akademik kerana ada sebahagian pelatih kami adalah lulusan ijazah dari IPTA dalam dan luar negara," jelas Nordin lagi.Ternyata skim ini juga bertujuan untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya pilihan utama generasi muda kerana syarat umur peserta kursus yang ditetapkan oleh kerajaan adalah antara 16 hingga 35 tahun.

Bagi mencapai sasaran yang ditetap- kan kerajaan, Skill-Tech mempelawa belia Bumiputera menyertai kursus percuma ini bagi pengambilan Disember tahun ini yang masih dibuka untuk pendaftaran serta-merta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Petani peroleh RM2,000 sebulan tanam kenaf


BIDUZODIN Ibrahim menunjukkan tanaman kenaf di kebunnya di Kampung Tiak Kupang, Baling, semalam.

BALING 25 Dis. - Sikap berani mencuba sesuatu yang baru dalam diri seorang petani, Biduzodin Ibrahim, 60, dengan menanam kenaf di atas tanah seluas 0.8 hektar di Kampung Tiak Kupang, di sini sejak dua tahun lalu kini menghasilkan pulangan lumayan kepadanya.

Warga emas tersebut yang tidak pernah mengenali kenaf sebelum mengusahakannya kini boleh berbangga apabila mengecap hasil sehingga RM2,000 sebulan dengan jualan tanaman berkenaan.Biduzodin berkata, meskipun dia tidak pernah mengenali kenaf, namun minat dan perasaan ingin mengetahui sejauh mana potensinya telah mendorongnya mencuba mengusahakan tanaman itu.

"Saya gembira kerana pada mulanya sekadar ingin mencuba, tetapi kini ia telah membawa hasil lumayan,"katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kebunnya di sini hari ini.

Menurut Biduzodin, dia mendapat peruntukan dari Lembaga Tembakau Negara (LTN) termasuk khidmat nasihat dan kredit untuk mengusahakan kebunnya dengan tanaman berkenaan.Katanya, dia menyediakan sebanyak 10 kilogram benih kenaf yang mampu membuahkan hasil sehingga 400 kilogram semusim."LTN telah menyediakan kemudahan baja, racun dan benih melalui skim kredit," jelasnya.

Katanya lagi, tanaman kenaf tidak sukar untuk diusahakan kerana ia sukar mendapat serangan penyakit dan serangga.Bapa kepada enam anak itu memberitahu, kenaf ditanam dengan menggunakan mesin tanpa perlu membuat batas seperti tanaman sayuran lain.

Biasanya, kata Biduzodin, tanaman itu mampu mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter pada peringkat matang."Kenaf yang matang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh enam bulan selepas ditanam."Selain batang kenaf, biji bunganya juga boleh dijual pada harga RM20 sekilogram," katanya.Menurutnya lagi, dia kini telah menanam kenaf untuk peringkat kedua dan menunjukkan hasil yang amat menggalakkan.Saya sedang berusaha untuk mendapatkan satu kawasan tanah terbiar untukdibangunkan dengan tanaman itu secara komersil tidak lama lagi", katanya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawan perlu ada pelan pemasaran.

KOTA TINGGI 25 Dis. - Golongan usahawan perlu mempunyai pelan pemasaran yang lebih agresif bagi memastikan mereka sentiasa berdaya saing dalam bidang perniagaan semasa yang semakin mencabar ekoran situasi ekonomi global.Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia boleh dicapai jika setiap usahawan sentiasa bekerja keras, memiliki jati diri tinggi di samping minat mendalam dan kesediaan menambah ilmu dari semasa ke semasa."Dengan cara itu, seterusnya pengurusan pemasaran yang agresif akan memastikan segala usaha serta pelaburan yang dibuat mencapai matlamat dan sasaran keuntungan," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Myportal dan Program Strategic Entrepreneur Executive Development System (Seeds) di Akademi Kemahiran dan Latihan Insan (AKLI) Jalan Johor di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Institut Keusahawanan Negara (Insken), Porozi Yahya; Pengerusi Eksekutif Edorey Technologies, Mohmad Nazri Ab. Rahman; Pengetua Seeds, Kapten Kamarulzaman Al Marwan dan Pengarah Urusan Edorey Marketing, Ahmad Zakir Abdul Rahman.Saifuddin berkata, pelan yang tersusun dan melangkaui masa dalam pasaran akan menjadikan usahawan sentiasa bersedia terhadap sebarang kemungkinan pada masa depan dalam pasaran.Justeru, menurutnya, ia memerlukan sikap proaktif dan ketajaman fikiran dengan dimantapkan lagi dengan kemahuan, kesungguhan dan komitmen berterusan dalam diri mereka.Katanya, ia akan memberi kekuatan untuk berdepan dengan masalah semasa termasuk krisis kewangan global yang dikhuatiri turut memberi kesan kepada negara.

Sementara itu, Kamarulzaman berkata, Myportal merupakan sebuah aplikasi laman web Do It Yourself (DIY) mesra pengguna pertama di dunia.Di Malaysia, katanya, ia mula beroperasi sejak 17 Ogos lalu setelah menjalani proses pembangunan dan penyelidikan (R&D) selama 7 tahun yang diterajui oleh tim Edorey Technologies.Menurutnya, ia dilengkapi sistem pengurusan kandungan (content management system - CMS) dengan pakej pasang siap yang mudah dikendalikan.Beliau berkata, Myportal memiliki ciri-ciri yang membolehkan pemiliknya yang tahu menggunakan MS Word mampu mengemaskinikan laman web dengan mudah dan pantas tanpa memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi."Laman web ini sesuai untuk kegunaan peribadi, kerjaya, keluarga, sektor kerajaan, swasta, syarikat, agensi, perniagaan, perkhidmatan, persatuan dan sekolah dengan yuran tahun yang rendah," katanya.Dalam pada itu, Kamarulzaman berkata, setakat ini seramai 16 orang dipilih menjadi pelatih sulung program Seeds yang merupakan program latihan keusahawanan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Katanya, ia bermatlamat untuk melahirkan kumpulan usahawan pintar peringkat eksekutif yang diselia Kumpulan Edorey.

"Kursus selama sebulan itu dengan sokongan Inskens adalah program realiti pembangunan usahawan bertaraf eksekutif pertama diadakan di negara ini."Pelajar akan dinilai setiap minggu dan hanya yang mencapai kepiawaian tertentu akan meneruskan kerjaya usahawan peringkat amali seterusnya," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

MENGENAL 10P dalam PSIKOLOGI MARKETING

Salam Psikologi Marketing dari saya, Marbusan !
Saudara, mungkin saat kita kuliah Manajemen Pemasaran dulu sudah pernah mendengar istilah 4P yang kemudian berkembang menjadi 7P, 9P dan terakhir adalah 10P. Apa yang dimaksud dengan 10P dan apa kaitannya dengan ilmu Psikologi ? Semoga pembahasan singkat ini dapat bermanfaat !


Saudara marilah kita mulai pembahasan kita .
1. PRODUCT
Saudara , sebenarnya apakah yang disebut dengan product itu . Ingat bahwa product tidak selalu berkonotasi dengan benda fisik , pelayanan jasa pun juga termasuk dalam kategori ini . Mungkin pendekatan definisi terdekat product dalam dunia Psikologi adalah “Sesuatu hal , baik produk maupun jasa yang secara ideal diciptakan untuk mencapai keterkesanan pelanggan atau pasar “ .Dari definisi awalpun saya sudah menggarisbawahi bahwa product bukanlah sesuatu sekedar “thing” tapi lebih kearah “unique and valuable thing “ dimana tujuannya bukan lagi sekedar kepuasan pelanggan atau pasar ( Not only to reach the Customer or market satisfaction , but more to the Delighment) tapi sudah kearah bagaimana membuat pelanggan Terkesan . Terbukti hanya produk yang berkualitas dan unique yang bisa bertahan lama di dalam pasar ( Baca kembali tulisan saya yang berjudul “Don’t Change, be Unique ! )

2. PRICING
Saudara , masalah harga memang salah satu factor yang sangat penting karena hal tersebut menggambarkan posisi perusahaan kita dalam membidik pelanggan dan Segmentasi pasar mana yang kita ingin peroleh . Contoh mudah adalah Mercedes Benz yang memang berharga “wah” dibandingkan dengan kelas Kijang , namun dalam hal ini harga yang mahal bukanlah menjadi penghalang namun bisa menjadi suatu identity yang kemudian dikaitkan dengan hal yang intangible , yaitu gengsi . Tentunya dari sudut pandang Psikologi dapat kita bayangkan bagaimana pendekatan terhadap golongan customer seperti ini yang pastinya menurut hierarchy needs of Maslow’s berada dalam kisaran ke 4 atau ke-5 yang merupakan puncak tertinggi keinginan manusia .

3. PROMOTION
Saudara dalam tulisan saya sebelumnya, unsur be Unique ada unsur Exceed of the Box dimana anda harus berani keluar dari kungkungan pemikiran yang kaku bila anda ingin berhasil . Tahukah anda bahwa semakin canggih pola pikir manusia saat ini, semakin tidak logis pula mereka . Contoh mudah adalah betapa larisnya film Lord of the Rings atau Harry Potter yang hanya fiksi . Dalam Promosi anda , mengapa tidak berpikir sedikit tidak rasional seperti itu ? Carilah kegiatan yang unique , namun ingat bahwa prinsip dasar promosi yang baik adalah yang singkat dan mudah dimengerti , apalagi secara Psikologi Sosial penduduk Indonesia bukanlah orang yang suka berpikir secara rumit.

4. POSITIONING
Saudara , istilah positioning yang pertama kali dikenalkan oleh Al Ries and Jack Trout pada tahun 1969 adalah pola pandang atau pola pikir bagaimana kedudukan atau posisi produk atau perusahaan anda dipandang baik dari value product maupun dari kedudukan anda dibandingkan kompetitor di bidang yang sama . Menyitir judul buku mereka yang pertama yaitu :"Positioning: The Battle for Your Mind" , maka peranan Psikologi amatlah penting untuk bisa memberikan identitas bagi perusahaan maupun produk anda . Contoh yang saya berikan adalah penggunaan psikologi warna dalam memberikan identitas anda ,identitas yang akan melekat dalam persepsi konsumen .Ingat bahwa persepsi didasarkan pada rumus S = R atau Stimulus akan menghasilkan Respon sehingga unsur dominan dalam hal ini adalah penyampaian stimulus atau rangsang . Contohnya sebuah produk sepatu olahraga wanita memilih warna pink atau biru yang mayoritas digemari oleh kaum wanita .

5. PUBLICITY
Dalam dunia marketing, pasti tidak akan pernah terlepas dari kegitan publisitas demi lebih terkenalnya nama perusahaan ataupun produk kita .Promosi sendiri adalah juga bagian dari publisitas dimana sebetulnya publisitas mengarah ke suatu kegiatan yang bersentuhan langsung dengan public , misalnya kegiatan seminar atau kegiatan pengibatan gratis , misalnya . Disatu sisi , Publisitas merupakan upaya untuk menanamkan nama dimasyarakat , yang juga bisa wujud CSR ( Corporate Social Responsibility ) . Dari sudut Psikologi , tips yang bisa saya berikan adalah dalam kegiatan tersebut hendaknya merupakan kegiatan yang didasarkan pada hierarchy needs of Maslow’s.Contohnya , secara Psikologis orang akan mengingat atau menghargai perusahaan yang “murah hati” pada lingkungannya. Misalnya , sebuah laboratorium yang ingin dikenal sebagai laboratorium yang ilmiah , akan lebih bisa diterima dan diingat bila menjadi pendukung seminar ilmiah kedokteran .Tentunya , kegiatan publicity harus disesuakan dengan tujuan maupun karakteristik produk anda .

6. PACKAGING
Coba anda bayangkan bila anda mendapatkan hadiah dari teman yang berisi jam tangan mewah namun dibungkus dengan Koran saja dan dibungkus seadanya . Saya yakin anda tetap senang , namun alangkah lebih senangnya anda bila jam tangan tersebut dibungkus dengan kemasan yang indah . Beberapa pelaku usaha rupanya kurang memperhatikan aspek ini , sehingga customer delightment susah didapatkan . Namun jangan pula terjebak kedalam mempercantik kemasan tapi tidak memperbaiki kualitas dari isinya . Anda bisa memberikan suatu paket produk anda dengan keringanan biaya , misalnya .

Saudara , demikian seri tulisan saya yang pertama.
Dalam tulisan saya berikutnya akan saya ulas kembali 4P yang lain.
Semoga bermanfaat !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

"JAPLISH"... JAPANESE ENGLISH

1. Very difficult to make up what it is about ?






2. Maybe in Japan , there are Males who are not ' Man '




3. Bring ur own tissue....I think

I've got an idea – to sell used tissues – tatz a good business!!!





4.. Cheese Fair or ' Afraid of Cheese '





5. This is better than Singapore . They can contruct their own WATER.....





6... U jump on the Elevator = Jail ?





7. Japlish "L" is substituted with "R" ... and this is what happens!!!





8. They even have a room for this....





9. U will need a smoke after reading this...





10. The best so far....





11. The even advertise their price hike...





12. Their mags need refrigeration. ...






13. Maksudnya SOLD OUT gitu ..




14. Untuk orang beriman... doa terus !!!





17. Shud consider doing business with this Co.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments