Seminar tingkatkan kualiti setiausaha
SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, kemunculan April akan dinanti dengan penuh harapan khusus oleh para setiausaha untuk menjamu selera di samping menikmati halwa telinga dan mata dengan persembahan artis pilihan masing-masing. April juga akan memperlihatkan perhimpunan para setiausaha untuk bersantai di tempat-tempat eksklusif sambil berhibur.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) juga tidak terkecuali dalam mengisi kalender sempena minggu setiausaha ini. Namun, konsep yang diinisiatif oleh UP&D sejak tahun 2002 sangat berbeza dengan anjuran organisasi lain. Selaras dengan usaha menjana minda masyarakat, UP&D menampilkan persembahan majlis dengan gabungan antara nilai-nilai akademik serta maklumat dan persembahan hiburan.
Pada tahun 2009 ini iaitu kali yang kelapan, UP&D sekali lagi menganjurkan seminar setiausaha bagi merai dan menghargai sumbangan para setiausaha khususnya dalam pembentukan organisasi yang cemerlang. Seminar ini akan diadakan pada 27 April 2009 (Isnin), bertempat di Mahkota 3, Hotel Istana, Kuala Lumpur bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Seminar pada tahun ini mendapat kerjasama daripada D'Navechee, DCL dan Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan pembinaan sahsiah ilmu, seminar setiausaha ini diadakan untuk memberi penerangan, pengetahuan dan justifikasi bagaimana seseorang setiausaha berperanan. Tema seminar pada kali ini akan memberi fokus kepada peranan penting seseorang setiausaha dalam mempertingkatkan intergriti serta imej syarikat atau organisasi.
Penganjuran seminar ini bukan sahaja diadakan sebagai mengisi kalendar minggu setiausaha yang banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak, tetapi lebih daripada itu. Penganjuran ini akan berfokus kepada menyediakan pendedahan kepada para peserta (setiausaha khususnya) mengenai sikap dan perancangan masa depan dalam bidang kesetiausahaan.
Selain itu, sebagai setiausaha, mereka juga perlu mengetahui teknik dan petua komunikasi yang cemerlang dan petua penampilan diri yang anggun dan menawan. Sebagai pegawai penting dalam organisasi, setiausaha perlu bijak menggunakan kelebihan komunikasi dan penampilan ini bagi menyakinkan masyarakat atau pelanggan untuk terus berurusan dengan majikan masing-masing.
Melalui seminar ini juga para setiausaha akan diberi peluang untuk mengenali potensi diri dalam melakukan sesuatu tindakan agar ia lebih berkeyakinan kerana perubahan diri, minda dan sikap ke arah yang lebih dinamik sememangnya sedia ada dalam diri mereka, Cuma sesetengah mereka tidak berkeupayaan untuk menzahirkan kehebatan atau kebolehan tersebut.
Ahli panel yang ditampilkan untuk berkongsi pengetahuan, ilmu dan pengalaman dalam seminar sehari ini merupakan "model" yang seharusnya boleh dijadikan ikutan. Pengasas syarikat kecantikan D'Navechee dan juga pemenang anugerah Wanita Ikon anjuran majalah Wanita, Datuk Azlina Che Abdullah serta Puan Shariffa Rasheeda Al-Junied, perunding imej DCL adalah panel yang akan berkongsi petua dan pengalaman bersama peserta.
Selain itu, kehadiran Roslan Shah yang akan bertindak sebagai pengacara majlis dan Hattan yang akan menghiburkan para peserta semasa makan tengah hari secara tidak langsung dapat dijadikan hiburan santai kepada para setiausaha. Seminar ini juga akan dimeriahkan lagi dengan persembahan pertunjukan fesyen oleh De'Zain Boutique.
Setiap peserta hanya perlu membayar RM 300 untuk menyertai seminar ini termasuk kertas kerja seminar, sagu hati, cabutan bertuah, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Azizah Rashidi atau Ann Fara di talian 03-92856577 dan faks 03-9274645 atau dapatkan borang di www.mybooks.com.m
0 comments:
Post a Comment