Kerepek 7F ke luar negara

Usahawan kampung, Mahmudin Abas mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan usahawan ini?




BILA sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman 'makan ubi kayu' ketika penduduk Tanah Melayu berada di bawah penjajahan Jepun. Kesukaran mendapatkan beras ketika itu membuatkan penduduk menggantikan nasi dengan ubi kayu untuk meneruskan hidup.Kini, ubi kayu bukan sekadar satu hidangan yang penuh nostalgia. Kepelbagaian penyediaannya dinikmati oleh generasi muda dan lebih daripada itu, industri menghasilkan kerepek ubi kayu telah mengubah hidup Mahmudin Abas, 53, dari Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor.Bergelar usahawan kampung, beliau kini meraih pendapatan lumayan hanya dengan menghasilkan dan memasarkan kerepek ubi kayu. Beliau mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun daripada hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain yang diusahakannya sejak tahun 1983.

Perusahaan Fazz Enterprise Kerepek House, milik Mahmudin tidak bermula dengan modal yang besar atau memaksanya membuat pinjaman bank. Semuanya dibuat secara berdikit-dikit dan perniagaan yang diusahakan secara industri kampung ini semakin meningkat dari sehari ke sehari.Mahmudin kini boleh berbangga kerana produk kerepek ubi kayunya turut dipromosikan dan dipasarkan di Singapura; Dubai; Melbourne, Australia; Brunei dan Hong Kong.


MAKANAN ringan ini dipasarkan di bawah jenama kerepek 7F.


Kejayaan usahawan ini bukannya datang bergolek. Ia hasil kerja keras dan didorong rasa tanggungjawab untuk memberikan kehidupan yang lebih terjamin buat isteri dan tiga orang anaknya yang sedang membesar ketika itu.Semuanya bermula selepas anak kelahiran Kampung Kanchong Darat ini memutuskan untuk berhenti kerja selepas 12 tahun berkhidmat di sebuah kilang di Petaling Jaya bagi membuka perniagaan sendiri. Menurutnya, ketika itu pendapatan sebagai pekerja kilang tidak mencukupi untuk menyara isteri dan tiga orang anak.

Bekas juru teknik itu memberitahu, beliau tidak pula menyerahkan nasibnya kepada takdir semata-mata selepas berhenti kerja."Isteri saya, Tuminah Kamsah banyak memberi galakan kepada saya untuk membuka perniagaan kerepek pisang tandan dan ubi kayu secara kecil-kecilan. Dapur memasak pula terdiri daripada tungku dan kayu api."Bermula dengan sebuah tungku, saya kemudiannya mempunyai 10 tungku. Tetapi kini, saya lebih selesa menggunakan dapur gas,'' katanya kepada Kosmo!.Ketekunan dan kegigihan mengusahakan perniagaan kerepek ubi kayu ini kemudiannya mendapat perhatian orang ramai di sekitar kampungnya dan kampung berhampiran.


MAHMUDIN ABAS


"Daripada sebuah kuali, saya tambah dua lagi kuali besar untuk menggoreng bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat," katanya.Usaha-usaha pemasaran dilakukannya sendiri. Tanpa perasaan segan dan malu, beliau menemui pengusaha kedai di lebuh raya, stesen minyak serta pasar raya mini untuk memasarkan kerepek ubinya.

Bagi menjamin bekalan ubi kayu yang mencukupi, Mahmudin menanam pokok ubi sendiri di tanah terbiar sekitar kediamannya. Di samping itu, beliau juga membelinya daripada pembekal-pembekal lain yang mengeluarkan ubi kayu yang bermutu tinggi.Menurutnya, pokok ubi yang ditanam di sekitar rumahnya adalah daripada jenis yang menghasilkan ubi berwarna kuning yang sememangnya sesuai dijadikan kerepek."Untuk mendapatkan hasil ubi yang baik, pokok-pokok ini perlu dijaga dan dibaja. Baja yang saya gunakan ini diimport dari luar negara.

"Pokok ubi kayu mengambil masa kira-kira lapan hingga 10 bulan sebelum boleh dituai. Justeru itu, saya menanam secara berperingkat supaya bekalan ubi diperoleh sepanjang tahun," jelasnya sambil menyatakan, beliau mendapat keyakinan dan kepercayaan pembekal lain yang sentiasa menyalurkan bekalan tanpa sebarang masalah.


KILANG milik Mahmudin dilengkapi dengan mesin memotong, menggoreng dan mengering kerepek.


Tambahnya, faktor cuaca menjadi antara cabaran hebat yang perlu ditempuhi untuk menjamin bekalan mencukupi daripada pembekal."Persaingan semakin hebat kerana semakin ramai menceburi perniagaan makanan ringan ini. Ini ditambah pula dengan harga barangan seperti diesel, minyak masak dan plastik pembungkus yang telah meningkat," ujarnya.Dalam pada itu, Mahmudin memberitahu, aspek pemasaran juga penting dalam perniagaan."Katakan, saya berjaya menghasilkan makanan yang sedap tetapi kalau saya tidak tahu memasarkannya, produk saya hanya dapat dijual di keliling kampung atau kedai runcit yang kecil sahaja.

"Tetapi kalau saya bijak memasarkannya, saya boleh boleh pergi jauh sampai ke luar negara dan alhamdulillah, kerepek keluaran syarikat saya kini boleh dinikmati masyarakat antarabangsa."Ini kerana hotel-hotel terkemuka di ibu kota turut menjadikan kerepek sebagai makanan ringan dalam senarai menu hariannya," ujarnya.ahmudin yang tidak mempunyai pendidikan formal mengenai perniagaan, berkata, kejayaan beliau sudah tentunya boleh menjadi contoh generasi muda hari ini.

SEBAHAGIAN daripada pekerja menggoreng keropok jejari ubi.


Ternyata Mahmudin mempunyai falsafah perniagaannya sendiri yang boleh dijadikan panduan.

"Kalau hendak berniaga, kenalah ramah dengan orang. Pelanggan adalah tuan, tidak mengapa kalau kita merendah diri. Kerja juga mesti bersungguh-sungguh, jangan fikir hendak rehat banyak."Masa itu penting. Pada awal perniagaan dulu, saya dan isteri bekerja sampai pukul 12 malam, setiap hari. Semua pekerja sudah balik ke rumah tetapi kami berdua masih bekerja," katanya yang mendirikan sebuah kilang yang dilengkapi mesin memotong, menggoreng dan mengering kerepek.Sehingga kini, perusahaan Fazz Enterprise menghasilkan kira-kira 77 jenis makanan ringan. Untuk kerepek ubi kayu, di samping perasa masin, terdapat juga beberapa perasa lain.


SEORANG pekerja membersihkan kepingan ubi yang telah dipotong.


Antaranya ialah perasa pedas kering, pedas basah, manis, tawar lemak, barbeku (BBQ), selain turut menghasilkan kerepek jejari ubi.Makanan ringan lain termasuklah kerepek pisang, rempeyek, kerepek kentang, keropok kacang dal, keropok keju, kacang rani, bahulu Kemboja, bangkit kelapa dan lain-lain lagi.Makanan ringan ini dipasarkan di bawah jenama kerepek 7F yang diambil sempena nama anak-anaknya. Makanan ringan keluarannya juga dijual di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan pantai timur melalui ejen-ejen perniagaan.Setelah bertahun-tahun mengusahakan perniagaan kerepek dan menikmati kejayaan, apa perancangan Mahmudin seterusnya?"Sekarang, saya hanya bertindak sebagai penasihat. Isteri saya membantu menjaga kualiti produk dan saya berharap, anak-anak akan meneruskan usaha saya ini."Manakala kilang baru yang menelan perbelanjaan kira-kira RM780,000 diharap dapat disiapkan secepat mungkin. Ini penting kerana kilang yang ada sekarang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan," ujarnya.


UBI KAYU mengambil masa kira-kira lapan hingga 10 bulan sebelum boleh dituai hasilnya.


Aidilfitri tambah rezeki

RAMADAN dan Syawal biasanya dilihat sebagai masa paling sesuai untuk usahawan kecil mahupun yang telah berjaya menambah pendapatan.Ini kerana permintaan terhadap produk tertentu seperti kerepek meningkat sepanjang musim perayaan.Perusahaan Fazz Enterprise turut meraih pulangan berlipat kali ganda menjelang sambutan Aidilfitri pada setiap tahun.

Fazzly Mahmudin, 30, salah seorang anak kepada usahawan kerepek, Mahmudin Abas, mengikut jejak langkah ayah kesayangannya apabila beliau menunjukkan minat untuk membantu perniagaan kerepek ayahnya yang mendapat sambutan hangat di Kuala Langat.“Apabila tiba Ramadan, permintaan orang ramai akan melonjak tinggi dan kami terpaksa melipat gandakan pengeluaran bagi menampung permintaan yang luar biasa menjelang Hari Raya.“Jika pada hari biasa, kami hanya mengeluarkan dua tan kerepek sehari tetapi menjelang Hari Raya, jumlah pengeluaran ditingkatkan beberapa kali ganda,” katanya pada Kosmo!.


PELBAGAI jenis kerepek jenama 7F dijual di kedai runcit di seluruh negara.


Menurut Fazzly, syarikatnya agak beruntung kerana tidak perlu bersusah payah membuat promosi kerana pelanggan akan datang sendiri ke rumah atau menelefonnya untuk membuat tempahan.“Para pelanggan bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar, sebaliknya ada yang datang dari luar Selangor. Mereka sanggup meredah perjalanan yang jauh semata-mata mahu mendapatkan kerepek kami.“Kebanyakan mereka menempah dalam jumlah yang banyak kerana tidak sempat membuat kuih raya gara-gara kesibukan bekerja.“Dengan bantuan pekerja seramai 30 orang dan mesin-mesin, saban tahun kami dapat memenuhi permintaan pelanggan walaupun terpaksa bekerja dari pagi sehingga lewat petang. Pada masa yang sama, kami juga perlu melayan mereka yang berkunjung ke kedai sepanjang bulan Ramadan ini,”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

5 comments:

mohd ayub said...

MEMBEKAL PISANG TANDUK
harga:2.80 kg
berat :10 tan
penghantaran:ambik sendiri.
area:tangkak,johor
berminat sila call :012-9786905(En Fendy)....

Unknown said...

Adakah anda memerlukan pinjaman yang! Kami menawarkan semua jenis pinjaman segera pada kadar 2% kepentingan
kadar, Sila email kami untuk maklumat lebih lanjut tentang aplikasi hari ini jika
yang berminat. Pinjaman kami juga diinsuranskan untuk keselamatan maksimum yang
keutamaan kami melalui e-mel: (wanye.felix.loan@gmail.com)

nama:
jumlah:
jangka masa:
Pin Telefon:
negara:

irawati dian said...

Nama saya Dian Irawati dari bandar usaha, indonesia. i mahu menggunakan media ini untuk memberi amaran kepada semua rakan-rakan saya dalam malaysia.Who akan di sekeliling untuk pinjaman, anda hanya perlu berhati-hati. satu-satunya tempat dan syarikat yang boleh menawarkan pinjaman adalah kewangan global syarikat pinjaman terhad. Saya mendapat pinjaman-Ku terhadap mereka melalui Puan Emiliana wilson, pemberi pinjaman global, seorang ibu yang memiliki hati dan pemahaman yang baik. dia adalah satu-satunya pemberi pinjaman sah di internet. Lain-lain adalah semua pendusta, saya menghabiskan hampir RM4350 di tangan pemberi pinjaman palsu. Tetapi Puan Emiliana memberikan saya mimpi saya kembali dengan jumlah pinjaman sebanyak RM62,000.

i dihubungi Mrs.Emiliana beberapa bulan yang lalu selepas pengalaman buruk saya dengan pemberi pinjaman palsu di phillippine, i hampir meninggal dunia ketika saya kehilangan jumlah wang yang besar untuk pemberi pinjaman palsu tanpa mendapat pinjaman daripada dia, perniagaan saya mendapat scrumbled dan dalam proses itu saya terpaksa penjualan beberapa aset saya.

supaya pada hari yang setia ini saya hanya akan melalui blog pinjaman dan saya mendapati satu iklan pinjaman mengenai Puan Emiliana yang telah menjadi bantuan yang baik kepada pelanggan lain, walaupun i thaught ia adalah satu penipuan, tetapi saya sumorned keberanian dan dihubungi Puan Emiliana dan memohon jumlah pinjaman RM62,000 dan selepas banyak pertimbangan dalam borang permohonan pinjaman saya diserahkan kepada Puan Emiliana, permintaan pinjaman saya telah diluluskan dan saya telah diminta oleh Puan Emiliana untuk mendapatkan sijil perjanjian pinjaman sebagai cagaran dan bukti bukti yang saya lakukan dan dalam kira-kira 2 jam, saya menerima amaran dari bank saya bahawa akaun bank saya telah dikreditkan dengan RM62,000, pada mulanya ia adalah seperti mimpi ketika saya mendapat berjaga-jaga, jadi saya terpaksa pergi ke bank saya untuk mengesahkan dan wang yang ada dalam akaun saya.

Jadi saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa Puan Emiliana adalah syarikat pinjaman yang tulen dan ibu yang baik kerana saya adalah seorang kesaksian hidup Puan Emiliana loan.so i nasihat faedah semua rakyat Malaysia yang memerlukan pinjaman untuk mendaftar dengan Puan Emiliana melalui email: emilianawilson111@gmail.com

sekali lagi nama saya Dian Irawati dari bandar usaha, di Indonesia, anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel: irawatidianna@gmail.com lebih infromation.

aditya.aulia139@gmail.com said...

Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY (ISKANDAR LENDERS) via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

e_mail:::[aditya.aulia139@gmail.com]
[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp:::[+44] 7480 729811[Chats Only]
Telephone Number☎[+44] 7480 729811[Calls Only]

Manis Ibu said...

BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN SAYA
Saya Abdullah Nofia yang tinggal di Papua, saya di sini untuk memberi kesaksian seorang Lender Pinjaman yang baik yang menunjukkan cahaya kepada saya setelah ditipu 3 kali berbeda di Internet oleh beberapa pemberi pinjaman yang tidak lain adalah palsu,
Mereka semua berjanji untuk memberi saya pinjaman setelah membuat saya membayar banyak kepada mereka sebagai biaya yang tidak menghasilkan apa-apa dan sebesar tidak ada hasil positif. saya kehilangan uang hasil kerja keras saya dan itu sangat membuat frustrasi.

Suatu hari ketika menelusuri internet saya menemukan kesaksian seorang wanita yang juga ditipu dan akhirnya dikaitkan dengan perusahaan pinjaman yang sah, ONE BILLION RISING FUND  dan di mana dia akhirnya mendapatkan pinjamannya, saya memutuskan untuk menghubungi dia dan menjelaskan tekanan keuangan saya. kepadanya dan jika dia bisa membantu saya untuk berbicara dengan perusahaan,

 Saya kemudian menceritakan kepada mereka kisah saya tentang bagaimana saya ditipu oleh 3 pemberi pinjaman yang berbeda yang tidak melakukan apa pun selain merampok uang saya. Saya menjelaskan kepada perusahaan melalui surat dan semua yang mereka katakan kepada saya adalah untuk tidak menangis lagi karena saya akan mendapatkan pinjaman saya di perusahaan mereka dan saya juga telah membuat pilihan yang tepat dengan menghubungi mereka. Saya mengisi formulir permohonan pinjaman dan melanjutkan dengan semua yang diperlukan dari saya dan saya terkejut, saya diberi pinjaman sebesar Rp 200 juta oleh perusahaan besar ini, ONE BILLION RISING FUND, semua berkat JAMES (direktur transfer), seorang yang takut akan Tuhan. pria dan mentor dan di sini saya hari ini bahagia karena perusahaan ini telah memberi saya pinjaman jadi saya bersumpah pada diri sendiri bahwa saya akan terus bersaksi tentang pekerjaan baik mereka dalam hidup saya tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya.
 Jika Anda mencari cara mendapatkan pinjaman, silakan hubungi

NAMA ::ONE BILLION RISING FUNDGmail ::: onebillionrisingfund@gmail.com

                                          HUBUNGI SAYA

Namaku ::::::::: Abdullah Nofia
Gmail::::::::::::::abdullahnofia@gmail.com
Instagram::::::::Abdullah_Nofia
Facebook:::::::::Abdullah Nofia

Bijaksanalah saat Anda mencari pinjaman online

semoga harimu menyenangkan