Lemang tahan dua tahun?
NEGARA kita mempunyai pereka produk yang kreatif dan inovatif namun malangnya rekaan mereka tidak ditambah nilai ekoran kurang keyakinan syarikat tempatan mahupun antarabangsa memasarkannya.Pengerusi Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zainuddin memberitahu, bagi mengatasi masalah itu MRM akan membuat rancangan realiti televisyen ala American Inventor."Kita berharap rekaan pereka tempatan dapat diiktiraf serta diperkembangkan. Kita berikan bantuan modal dan promosi supaya idea tidak beku begitu sahaja,"Setakat ini semuanya telah bermula dan kita menjangkakan ia dapat direalisasikan tidak lama lagi," katanya.American Inventor dihasilkan oleh Simon Cowell. Program realiti televisyen ini mengisahkan pencarian pereka produk terbaik untuk Amerika Syarikat.
Ia disiarkan oleh stesen televisyen ntv7 setiap Sabtu pukul 1.45 pagi."Barangan automobil negara kita seperti kereta sudah mendapat pengiktirafan dunia namun rekaan produk negara kita masih lagi ditahap sederhana."Jika keropok pisang, ubi tetap dibungkus dengan plastik empat segi. Tidak cuba membuat seperti bentuk botol ala cip, lebih tahan lama pelbagai perisa dan menarik perhatian semua bangsa termasuk warga Eropah," ujar Ahmad Zainuddin.
Bicaranya lagi, ketupat, rendang, lemang kita mampu pergi jauh lagi jika terdapat kajian dan penyelidikan (R&D) makanan tradisional itu mampu bertahan lama sehingga dua tahun mungkin malah dengan pelbagai perisa."Finland yang hasil ekonominya hanya kayu kayan serta tiada sumber ekonomi lain mampu menjadi pengeluar telefon bimbit terutama dunia,"Mereka memegang prinsip falsafah rekaan dengan kuat dan kita perlu mencontohinya. Inovasi dan reka bentuk perlu berjalan seiring jika tidak pincanglah produk kita," ujar beliau.
0 comments:
Post a Comment