Jus akar kayu diproses moden
|
"Saya mendapati bukan saja tidak ramai yang gemar memasak akar kayu malah tidak menyukai bau dan rasanya yang pahit," katanya.Bagi memudahkan pengguna, Norazman menghasilkan jus akar kayu menggunakan teknologi moden dan dimasak selama empat hari.
Beliau menghasilkan jus akar kayu menggunakan 47 jenis herba yang didapati di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di utara tanah air."Saya berharap dengan adanya produk seperti ini generasi muda tidak melupakan warisan nenek moyang selain memudahkan pengguna," katanya.Segalanya bermula semasa Norazman menjadi penceramah di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Negeri Perak di bawah Kementerian Penerangan.Ketika itu, beliau banyak terlibat dengan program kebajikan bersama-sama masyarakat Orang Asli."Di sana masyarakat Orang Asli mengamalkan corak kehidupan seharian berteraskan prinsip harmoni dengan hasil alam iaitu menggunakan tumbuhan dan akar kayu dalam perubatan."Dari situ mula timbul idea untuk mengusahakan satu produk minuman herba tradisional memandangkan ia semakin dilupai dalam arus perubatan moden," katanya.
Berbekalkan pengalaman sebagai pengedar dan pengguna produk jualan langsung yang berasaskan kesihatan, ia turut memberikan kekuatan kepadanya untuk menceburkan diri dalam industri herba bagi mengembalikan kesihatan semula jadi."Saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan hanya menggunakan dapur di rumah dengan modal sebanyak RM100.
"Jus akar kayu yang saya jual, dibotolkan dalam bekas air mineral tanpa label kepada sahabat dan jiran-jiran sekeliling rumah sebelum memasuki pasaran lebih luas," katanya.Namun apabila produk mendapat sambutan yang luar biasa bukan saja penduduk setempat tetapi juga mereka yang datang berziarah, Norazman yang beroperasi secara kecil-kecilan selama lima tahun memutuskan membesarkan pasaran melalui jalinan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) cawangan Melaka.Kilangnya di Pusat Persediaan Produk FAMA (Puspro), Km 27 Air Tawar, Merlimau, Melaka berupaya mengeluarkan sehingga 10,000 botol sebulan mengikut permintaan.Selain menghasilkan jus akar kayu, Araz Sucess juga menyediakan pakej rawatan untuk kecantikan seperti mandian herba sauna Najiha."Kami juga menghasilkan produk krim Akasila dan pencuci muka Shahira Herba Block menggunakan teknologi terkini dan sesuai untuk semua jenis kulit," katanya sambil menambah pihaknya tidak membebankan pengguna dari segi harga berbanding khasiat dan produk yang halal.
Kini, selepas tiga tahun mengkomersialkan jus akar kayu, Araz Sucess telah merancang untuk membina sebuah lagi kilang di Kuching Sarawak.Ini bagi memenuhi permintaan bagi kawasan Malaysia Timur, Brunei dan Indonesia."Syarikat kami sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Kesihatan Indonesia bagi pasaran negara itu."Dan kami masih lagi menunggu kelulusan bagi Amalan Pengilang Baik (GMP)," katanya yang telah mendapat sijil Halal, kelulusan Jabatan Kimia dan Unipeq.Menyentuh mengenai golongan yang gemarkan jus akar kayu Araz Success, Norazman berkata, kebanyakannya berusia 30 tahun ke atas dan prihatin dengan kesihatan.
Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi Araz Success Nature Herbs Industry, Pusat Persediaan FAMA (Puspro) KM 27, Air Tawar, 77300 Merlimau Melaka atau di talian 019-7574346.
INFO
lGajah beranak
lGajah menyusu
lTongkat ali
lPanah arjuna
lGajah tarik
lTeja lawang
lLipan bara
lBelikat sulaiman
lTengkuk biawak
lHaji samad
lSerapat
lMata pelanduk
lSekecut
lTengkuk biawak
lSelusur ayam jantan/betina
0 comments:
Post a Comment