Mesin Buah Rotan
|
Kebanyakan pengusaha kuih rotan atau kuih bijan pasti menghadapi masalah untuk menghasilkan kuih berkenaan dalam kapasiti yang besar bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Kuih bijan adalah kuih tradisonal masyarakat Melayu yang dihasilkan menggunakan tepung pulut, gula dan telur.Buat masa sekarang, kuih berkenaan dihasilkan secara manual yang melibatkan beberapa peringkat yang remeh.Pada peringkat permulaan, pengusaha perlu menyediakan doh, pembulatan doh, penyalutan doh dengan bijan dan akhirnya menggoreng.Peringkat paling sukar dan remeh adalah pembulatan doh yang bersaiz kecil kerana doh yang melekat menyukarkan proses pembulatan.Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rosnah Shamsudin berkata, biasanya pengusaha menghadapi masalah semasa proses membulatkan doh."Proses berkenaan agak remeh kerana memerlukan masa yang panjang dan kemahiran," katanya semasa ditemui di pejabatnya di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini.
Justeru, Dr. Rosnah mereka khusus sebuah mesin kuih bijan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha terutama industri kecil dan sederhana (IKS).Mesin kuih bijan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu penyemperitan doh, pemotongan doh, pembulatan dan penyalutan bijan."Mesin yang direka bersaiz kecil dengan 0.9 meter panjang, 0.35 meter lebar dan 1 meter tinggi amat mudah dikendalikan.
"Operasinya juga amat mudah, bermula dengan doh yang dimasukkan dalam bahagian penyerimperitan dan doh dibentuk menerusi acuan," katanya yang mengambil masa setahun untuk mereka bentuk sebuah mesin.Dalam alat berkenaan pisau pemotong digunakan untuk memotong doh dan bebola kuih bijan dihasilkan.Bebola tadi yang siap disalut dengan bijan dikeluarkan daripada drum dan terus boleh digoreng.Dr. Rosnah berkata, mesin kuih bijan boleh memproses sehingga 10 kilogram (kg) doh dalam masa sejam berbanding lebih kurang 1.5kg secara manual.Dengan adanya mesin ini pengusaha bukan saja mampu mengurangkan masa pengendalian, malah kuih yang dihasilkan juga lebih bersih dengan saiz yang sekata.
Malah penilaian yang dijalankan mendapati tiada perbezaan dari segi rasa dan tekstur jika dibandingkan dengan pembuatan manual.
Dr. Rosnah berkata, selain menyelesaikan masalah pengusaha kuih bijan, beliau juga mereka mesin memasak jem.Biasanya pengusaha kuih tat menghadapi masalah menghasilkan jem nanas dengan banyak."Kebanyakan pengusaha mengambil masa yang lama bagi memasak jem sehingga kering dan masalahnya perlu dikacau bagi mengelakkannya daripada hangit."Ini sememangnya membuang masa dan tenaga pengusaha yang menerima pesanan yang banyak," katanya.Oleh itu, mesin memasak jem direka sebagai usaha untuk membangunkan sebuah alat memasak jem yang lebih efektif daripada cara tradisional yang masih dipraktikkan hingga kini.
Ia amat sesuai dipraktikkan untuk kegunaan pengusaha-pengusaha IKS kerana saiznya yang kecil dan mudah alih.Mesin berkenaan terbahagi kepada dua fungsi utama iaitu proses memasak dan mengacau."Peralatan ini bukan saja boleh memasak pelbagai jenis jem tetapi juga pelbagai jenis sos dan kaya yang memerlukan pengusaha mengacau bancuhan dalam tempoh masa lama," katanya.Mangkuk masakan berbentuk silinder dan berkapasiti 20 liter atau 15kg bahan mentah serta dilengkapi dengan bilah pengacau yang boleh dilaraskan.Mesin yang dilapisi penebat mempunyai suhu memasak adalah antara 100 darjah Celcius hingga 125 darjah Celcius dan boleh mengacau pada kelajuan optimum 200 rpm dan masa memasak minimum selama 30 minit.Dr. Rosnah menambah, mesin yang dihasilkan menggunakan keluli tahan karat sesuai dengan perundangan makanan.Pengusaha yang ingin membeli atau mereka bentuk mesin makanan boleh menghubungi Dr. Rosnah di talian 89466366 atau 89466363 atau e-mel: rosnahs@eng.upm.edu.my
Selain mesin tersebut Rosnah sebelum ini pernah menghasilkan mesin yang memarut dan memerah santan secara serentak.Dengan menggunakan mesin tersebut, pengguna tidak perlu bersusah payah menggunakan kaedah memarut dan memerah santan secara konvensional sebaliknya dapat dilakukan secara serentak dan hasilnya lebih bersih.lPengawal suhu memasak secara digital.
lPengacau secara automatik.
lProduk dikeluarkan melalui injap khas.
lCiri double jacketed mengurangkan kehilangan haba.
lLebih bersih.
lJimat masa dan tenaga.
lMesin pelbagaiguna.
0 comments:
Post a Comment