Stevia mampu ganti gula
PENGGUNAAN gula sebagai bahan pemanis dalam makanan dan minuman seharian tidak dapat dipisahkan. Tanpanya, makanan dan minuman jadi tawar, payau dan hambar serta tiada nikmatnya langsung. |
PENGGUNAAN gula sebagai bahan pemanis dalam makanan dan minuman seharian tidak dapat dipisahkan. Tanpanya, makanan dan minuman jadi tawar, payau dan hambar serta tiada nikmatnya langsung. Bagaimanapun, kesedaran individu terhadap penggunaan gula dalam diet seharian semakin bercambah berikutan saranan pihak kerajaan meminimumkan penggunaan gula dalam sajian seharian. Namun, antara sedar atau tidak, masyarakat sering disogokkan dengan berita gula amat berbahaya dan mampu menjadi pembunuh dalam diam. Dalam menikmati kemanisannya, masyarakat membenarkan diri dirosakkan dengan pengambilan kadar kandungan gula yang tinggi.
Justeru, penemuan baru Rigab Mekar Sdn Bhd (RMSB) ke atas sejenis daun manis semula jadi (stevia) yang dipercayai mampu menjadi pengganti kepada gula, wajar di dikomersialkan. Pengarah Urusannya, Hamidah Abdul Jalil, berkata penemuan itu memberi lembaran baru kepada industri makanan tempatan dan alternatif terbaik sebagai pengganti gula.Beliau berkata, daun manis dipercayai membantu mengelak risiko lebihan glukos dalam tubuh badan dan tidak menggunakan campuran sebarang bahan kimia.Katanya, biarpun hanya sehelai daun, stevia dapat memberikan rasa manis seperti gula serta dipercayai membantu menstabilkan kandungan gula dalam badan.“Stevia boleh dicampur dalam minuman lain sebagai pengganti gula, terutama untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis dan tidak boleh mengambil gula biasa. “Ia pemanis semula jadi tanpa kalori yang boleh dicampur dalam semua masakan dan minuman serta dapat mengurangkan pengambilan gula biasa,” katanya.
Selain itu, Hamidah berkata, berdasarkan sejarah, stevia dikatakan mula digunakan sebagai minuman dan produk kesihatan di beberapa negara Amerika Latin dan Eropah sejak ratusan tahun dulu.Pertama kali menemui tanaman itu di luar negara, Hamidah mengakui pelik kerana rasanya manis dan tidak pernah bertemu dengan daun begitu sebelum ini. Kata Hamidah, dia tertarik dengan prospek serta potensi stevia dan sejak itu, syarikatnya berusaha mencari kawasan sesuai mengkaji tanaman berkenaan. Katanya, ada lebih 150 klon stevia di seluruh dunia termasuk di Amerika Latin, Vietnam, India, Thailand, China dan Jepun.“Daun stevia asli mengandungi kandungan racun tetapi kami sudah melakukan banyak ujian untuk mencari kaedah melupuskan terus racun terkandung dalamnya.“Untuk membuang dan menyahkan kandungan racun berkenaan, RMSB mengambil masa tujuh tahun mengkaji serta menganalisis pokok berkenaan.“Hasilnya, kami menemui klon ‘Stevia Hayat’ yang selamat digunakan dan bebas racun. Kami aplikasikannya kepada minuman teh herba yang enak dan berkhasiat.“Kami melalui proses ujian di makmal Sirim serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan hasilnya seperti yang didapati pada minuman Hayat ini,” katanya. Hamidah mengakui mendapat maklum balas menggalakkan daripada orang ramai mengenai produk itu.“Lucu apabila pelanggan memberitahu daun itu disira dan kami menabur gula ketika proses penanaman. Bagaimanapun, saya bersyukur selepas dua tahun di pasaran, produk keluaran RMSB kini mendapat sambutan menarik.“Ia kaya dengan vitamin A membantu mengekalkan kesihatan kulit serta membran mukosa yang penting untuk mata manakala vitamin B pula melepaskan tenaga daripada karbohidrat dan vitamin C sebagai penyokong penyerapan zat besi daripada makanan. Katanya, minuman kesihatan itu sudah menembusi pasaran China, Singapura dan Brunei. “RMSB memperkenalkan dua produk terbarunya iaitu ekstrak cecair Hayat dan sabun pembersih Hayat bersempena MAHA 2008, baru-baru ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment