Jual Streamyx - ini pendapatannya.

Contoh pendapatan dari Streamyx

Perniagaan ini telah terbukti memberikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang sanggup berusaha.

Berikut satu contoh pendapatan usahawan, dengan menggunakan hanya satu produk sahaja, iaitu Streamyx.

Bagi streamyx, reseller menerima komisyen sebanyak 130% dari sewa sebulan, sementara distributor menerima komisyen bersamaan dengan 150% sewa sebulan (sekali bayaran sahaja). Jadi, jika pelanggan memasang streamyx pada kadar RM99 sebulan dari reseller, reseller itu akan menerima komisyen sebanyak 130% daripada RM99 = RM128.70 dan distributor akan menerima RM19.80 (sekali bayaran sahaja).

Ramai usahawan PKUT yang mendapat antara 300 hingga 500 pesanan streamyx sebulan, setiap bulan. Ada juga yang mendapat lebih dari ini, biasanya dengan melantik beberapa orang agen (masih ramai rakyat Malaysia yang sedang menganggur. Mereka boleh dijadikan agen jualan, dan dibayar komisyen yang sesuai).

Tapi, bagi contoh ini, kita cuma akan menggunakan 100 pesanan streamyx setiap bulan sahaja, pada kadar sewa RM99 sebulan, mendatangkan jumlah pendapatan 100 x RM99 = RM9,900 sebulan.

Pendapatan Reseller: RM9,900 x 130% = RM12,870 sebulan, atau RM154,440 setahun.

Untuk menjadi reseller, anda memerlukan modal sebanyak RM4,880 (termasuk Yuran Pengurusan sebanyak RM820).

Sekiranya "reseller" diganti dengan "distributor" dalam contoh diatas, maka pendapatannya (pendapatan distributor) ialah RM14,850 sebulan, atau RM178,200 setahun.

Setiap distributor akan mencari reseller. Jika distributor mempunyai 5 orang reseller yang menjual streamyx seperti contoh diatas, maka distributor itu akan mendapat tambahan RM1,980 x 5 = RM9,900 sebulan, atau RM118,800 setahun. Oleh itu, pendapatan distributor dalam contoh diatas ialah RM178,200 (komisyen sendiri) + RM118,800 (komisyen keatas jualan oleh 5 reseller) = RM297,000 setahun.

Untuk menjadi distributor, anda memerlukan modal sebanyak RM15,800 (tunai) atau RM16,800 (RM6,800 tunai + RM10,000 pinjaman MARA). Ini termasuk Yuran Pengurusan sebanyak RM2,400.

Jangan lepaskan peluang perniagaan ini.
Klik disini untuk maklumat lanjut

Contoh pendapatan dari eVoice

eVoice merupakan sistem talian tetap yang menggunakan internet. Penggunaan internet dapat mengurangkan kos, dan ini membolehkan Telekom Malaysia mengenakan caj yang lebih rendah kepada pengguna. eVoice dapat mengurangkan caj telefon talian tetap sehingga lebih dari 50%. Maksudnya, kalau pada hari ini sebuah syarikat menerima bil telefon sebanyak RM5,000 sebulan, dengan eVoice bil itu boleh dikurangkan kepada RM2,500 (atau kurang dari itu).

Distributor dan Reseller PKUT berpeluang membantu syarikat-syarikat Malaysia mengurangkan caj panggilan telefon mereka, disamping dibayar komisyen selagi syarikat-syarikat itu terus menggunakan eVoice.

Bayaran yang diperolehi oleh Distributor dan Reseller bergantung kepada nilai terkumpul bil pelanggan. Contohnya, jika tiga pelanggan masing-masing mempunyai bil bernilai RM2,000 sebulan, nilai bil terkumpul ialah RM6,000. Komisyen dibayar kepada usahawan mengikut jadual berikut:

Nilai bil
terkumpul (RM)
Distributor (%)
Reseller (%)
0 - 500,000
5
4
500,001 - 1,000,000
6
5
lebih dari RM1,000,001
7
6

Distributor juga dibayar 1% daripada nilai bil terkumpul reseller.

Contoh

Katakanlah seorang distributor mempunyai 5 orang reseller. Setelah berusaha bagi jangka waktu tertentu, distributor dan setiap reseller itu telah berjaya mengumpulkan nilai bil eVoice terkumpul sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Bayaran komisyen yang akan diterima ialah seperti berikut:

a) Setiap Reseller: 4% daripada RM200,000 = RM8,000 setiap bulan, atau RM96,000 setahun.

b)Distributor akan dibayar dari nilai terkumpul bil pelanggan-pelanggannya sendiri dan juga dari nilai terkumpul bil pelanggan-pelanggan reseller.

  • Dari pelanggan sendiri: 5% daripada RM200,000 = RM10,000 setiap bulan
  • Dari pelanggan reseller: 1% daripada RM200,000 x 5 reseller = RM10,000 setiap bulan
  • Jumlah komisyen distributor: RM10,000 + RM10,000 = RM20,000 sebulan setiap bulan, atau RM240,000 setahun..

Bayaran komisyen diatas akan diterima setiap bulan selagi pelanggan-pelanggan mereka menggunakan e-Voice.

Sebagai perbandingan, seorang agen saham amanah (unit trust) hanya akan dibayar sekali sahaja bagi pelaburan yang berjaya mereka kumpulkan, pada kadar komisyen yang lebih rendah. Seorang agen insuran pula akan dibayar selama hanya beberapa tahun, pada kadar yang kian berkurangan, keatas premium yang berjaya mereka kumpulkan. Tetapi bagi eVoice, bukan saja kita mengurangkan kos kepada pengguna, tetapi kita juga boleh menerima bayaran komisyen setiap bulan walau pun kita tidak lagi menjalankan perniagaan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Peluang Perniagaan TMBP / ITBP
TM Business Programme

TMBP (sekarang ITBP) merupakan satu program menarik dari Telekom Malaysia dan Faratech, dengan kerjasama MARA dan TMnet, dan diuruskan oleh FaraTech Sdn Bhd. FaraTech kemudiannya telah melantik beberapa syarikat, termasuk Acdra Sdn Bhd, untuk mencari individu atau syarikat yang berminat menyertai program ini. Program ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan penglibatan dan kekuasaan usahawan, terutamanya Bumiputera, dalam bidang telekomunikasi.

Melalui program ini, usahawan dilantik menjadi "Authorised Reseller for TM", yang membolehkan usahawan mempromosi dan menjual produk-produk TM dan TM Net seperti Streamyx dan Smart Call. Sekiranya tidak melalui TMBP/ITBP, agak susah untuk menjadi "Authorised Reseller for TM Net".

Usahawan TMBP/ITBP juga berpeluang menjual beberapa produk lain, seperti membina laman web, pendaftaran ePerolehan Kerajaan, produk-produk Celcom, handphone, komputer dan sebagainya.

Program ini:

  • Tidak memerlukan modal yang besar
  • Tidak memerlukan pengetahuan teknikal
  • Peluang bekerja dari rumah
  • Boleh di jadikan kerja sambilan

Untuk memudahkan usahawan bumiputera berjaya melalui peluang ini,

  • Faratech membantu meningkatkan "salesmanship"
  • MARA menyediakan kursus keusahawanan
  • MARA menyediakan wang pinjaman perniagaan kepada pemohon yang layak
  • Pinjaman juga disediakan oleh beberapa bank tempatan.
  • usahawan dibekalkan dengan pengetahuan yang mencukupi tentang setiap produk secara percuma

Senarai Produk PKUT

Hampir seperti mempunyai TM Point sendiri

Berikut adalah sebahagian dari produk yang didagangkan oleh usahawan PKUT:

dan lain-lain. Produk-produk yang diniagakan melalui PKUT mempunyai permintaan yang tinggi. Produk-produk baru akan ditambah dari masa ke semasa.

Tidak lama lagi, produk-produk berikut akan diniagakan oleh usahawan PKUT:

Pilihan: Reseller atau Distributor?

Usahawan boleh menyertai perniagaan ini pada salah satu dari dua tahap:

1. Sebagai Distributor

  • Membeli produk terus dari Faratech
  • Mendapat komisyen paling tinggi
  • Melantik seberapa ramai reseller yang diingini
  • Melantik wakil jualan dan agen yang diuruskan sendiri oleh Distributor
  • Memerlukan modal yang rendah (MARA menyediakan pinjaman sebanyak RM10,000 bagi pemohon yang layak).
2. Sebagai Reseller
  • Membeli produk dari distributor
  • Mendapat komisyen yang tinggi
  • Melantik wakil jualan dan agen yang diuruskan sendiri oleh Reseller
  • Memerlukan modal yang paling rendah (MARA menyediakan pinjaman bagi pemohon yang layak)
  • Reseller tidak boleh bertukar menjadi distributor (Pilih dengan tepat dari awal sama ada untuk menjadi distributor atau reseller)

Hubungan Distributor dan Reseller

hubungan distributor dan reseller

Setiap distributor dikehendaki membeli 5 set produk yang telah ditetapkan, pada harga RM2,760 satu set (jumlah = RM13,800) dan sedikit produk tambahan (yang juga telah ditetapkan) berharga RM600 (jumlah ini telah termasuk dalam modal RM15,800 yang diperlukan oleh distributor).

Apabila distributor mempunyai reseller, setiap reseller akan membeli satu set produk ini dari distributor pada harga RM4,032 satu set (jumlah ini telah termasuk dalam modal RM4,880 yang diperlukan oleh reseller).

Ini bermakna bahawa setelah mendapat 4 orang reseller, distributor akan mendapat balik RM16,128 (sudah pulang modal). Dengan 5 orang reseller, distributor akan mendapat RM20,160 (sudah mendapat keuntungan), dan dia akan kehabisan stok.

Apabila distributor mendapat reseller ke-enam dan seterusnya, Faratech akan membekalkan setiap reseller itu dengan satu set produk pada harga RM4,032 dan distributor akan menerima RM1,272 (RM4,032 - RM2,760).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Peluang Kerja Di Rumah dengan PKUT

Pada masa ini, ramai orang yang mencari peluang kerja sambilan di rumah, dan kemudahan untuk melakukannya pun semakin banyak, dibantu oleh kehadiran teknologi komputer, telefon bimbit dan internet. Teknologi ini telah meningkatkan bilangan "SOHO", yang bermaksud "Pejabat Kecil/Pejabat Rumah".

Dengan perlaksanaan Program Khas Usahawan Telekomunikasi (PKUT), hasil ilham Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan kerjasama MARA, wujud pula satu lagi peluang baru. PKUT benar-benar merupakan perniagaan yang dapat memenuhi kehendak mereka yang tercari-cari peluang untuk memulakan perniagaan dari rumah, dengan potensi pendapatan yang cukup menarik. Tetapi, perniagaan PKUT tidak terhad kepada mereka yang ingin mencari kerja sambilan atau penuh masa di rumah, malah boleh juga dijalankan dari ruang pejabat, kedai runcit dan sebagainya.

Secara ringkasnya, PKUT membolehkan para usahawan dan bakal usahawan meniagakan sebilangan besar produk-produk yang dikenali ramai dan dipinta ramai dari TMnet, dan ditambah pula dengan beberapa produk lain seperti telefon bimbit dan ASTRO.

Mudah Cari Pelanggan

Talian telefon tetap. Streamyx. Kad Ring-Ring dan i-Talk. Celcom Minutes Plan.

Produk-produk ini diketahui ramai dan dikehendaki ramai. Hampir setiap rumah dan premis perniagaan memerlukan talian telefon tetap, untuk membuat panggilan, mesin fax atau melayari internet.

Penggunaan streamyx pula kian bertambah. Lihat sajalah bilangan jurujual streamyx di gedung-gedung perniagaan di seluruh negara. Bilangan mereka semakin bertambah, bukan berkurang. Ini satu tanda bahawa permintaan untuk streamyx adalah tinggi. Jika tidak, sudah tentu jurujual-jurujual di gedung perniagaan itu menghentikan usaha mereka!

Permintaan untuk produk-produk lain yang diniagakan dibawah PKUT tidak kurang pula permintaannya. Oleh itu, bagi usahawan PKUT, untuk cari pelanggan bukanlah satu kerja yang sukar. Sebaliknya, peluang ada dimana-mana.

Pendapatan Berterusan Selepas Bersara

Salah satu peluang yang sangat menarik diantara produk-produk PKUT ialah eVoice. eVoice merupakan talian telefon tetap yang menggunakan internet. Dengan penggunaan internet, kos panggilan menjadi rendah. Kalau bil telefon pada hari ini berjumlah RM1,000 sebulan, dengan eVoice bil bulanan boleh turun menjadi tak sampai RM500 - satu penjimatan yang besar kepada pengguna! Tentu saja tidak susah cari pelanggan yang mahukan bil telefonnya dikurangkan dengan begitu banyak!

Usahawan dibayar diantara 4% hingga 7% dari jumlah terkumpul (dari semua pelanggan-pelanggan eVoice yang didapatinya) bil eVoice setiap bulan.

Kalau usahawan itu dapat cari 10 pelanggan baru setiap bulan, dan setiap pelanggan mempunyai nilai bil RM500 sebulan, maka selepas setahun usahawan itu akan mempunyai nilai bil terkumpul sebanyak: 10 pelanggan x RM500 setiap satu x 12 bulan = RM60,000 sebulan, dan layak menerima komisyen sebanyak 5% daripada RM60,000 = RM3,000 sebulan setiap bulan.

Selepas 2 tahun menjalankan perniagaan pada kadar yang sama, usahawan itu akan menerima RM6,000 sebulan. Selepas 5 tahun dia akan menerima RM15,000 sebulan setiap bulan, selagi pelanggan-pelanggannya menggunakan eVoice. Kalau usahawan itu berhenti kerja dan berehat di rumah pun, komisyen ini tetap akan diterimanya. Haruskah peluang ini dilepaskan begitu saja? Dapatkah kita cari banyak peluang lain yang begini?

Contoh diatas menggunakan angka yang kecil. Kalau usahawan itu berusaha lebih sedikit dan cari 2 pelanggan sehari dengan bil RM500 setiap satu, dan usahawan itu bekerja 20 hari sebulan, dia akan mengumpulkan RM20,000 sebulan, atau RM240,000 selepas setahun. Jadi, selepas setahun, dia akan menerima komisyen sebanyak 5% daripada RM24,000 = 12,000 sebulan setiap bulan. Sudah cukup untuk berhenti kerja dan berehat di rumah selepas bekerja hanya setahun!!

Angka-angka diatas tidaklah besar bagi seorang yang rajin berusaha. Angka sebegini boleh juga dicapai dengan melantik agen-agen jualan yang dibayar komisyen.

Ini baru pendapatan dari satu produk. Kalau diambilkira produk-produk yang lain, tentulah lebih tinggi hasil yang bakal dikumpul. Oleh itu, bagi mereka yang ingin berniaga atau yang cari peluang kerja di rumah, program PKUT ini harus dipertimbangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Iwani Frozen Food Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputra yang membekalkan makanan sejuk beku menawarkan peluang Perniagaan konsep KIOSK atau KEDAI yang telah terbukti menguntungkan.
Kiosk-kiosk kami berada di seluruh semenanjung Malaysia, dari Kedah sehingga ke Johor dan sehingga ke Kuantan dan Kelantan.

KEUNIKAN KIOSK IWANI
  1. Senang dibawa
  2. Untuk semua golongan
  3. Produk yang tidak ada di pasaran
  4. Makanan segera
  5. Makanan yang sihat
  6. Harga Menarik


(kemaman) /(compact5)

( Changloon) / ( NSK Rawang) / (Kemaman)

(Kuantan) / (MyDin) / (City Point Alor Star)

(Tesco Alor Star)

Sambutan yang mengalakkan pembukaan kiosk Iwani kerana berikut :
1. TERBUKTI : Konsep perniagaan yang telah terbukti menguntungkan
2. TERUS MULA : Konsep terus mula atau “Turn-key” . Syarikat akan menguruskan semua perkara /perkakas dan usahawan hanya datang terus menjalankan perniagaan 3.PENGHANTARAN : Penghantaran percuma untuk Lembah Kelang manakala di luar Lembah Kelang dikenakan caj yang sangat minima.
4. MUDAH : Produk yang mudah dipasarkan
5. HARGA : Harga produk yang menarik
6. SENANG : Tidak memerlukan kemahiran tinggi
7. BANTUAN : Promosi, Latihan diberikan
8. KEADAAN EKONOMI : Industri Makanan kurang terdedah kepada turun naik ekonomi semasa
Yang paling penting PINJAMAN DISEDIAKAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mahukah anda menjadi pengusaha TADIKA yang berjaya?

Sememangnya, terdapat 1001 masalah dalam memulakan apa jua perniagaan termasuklah perniagaan tadika. Dan sekarang, mahukah anda kalau saya tunjukkan PENYELESAIAN-PENYELESAIAN kepada 5 MASALAH PALING UTAMA dalam perniagaan tadika?
ebook

Masalah #1
"Saya tidak mempunyai pengetahuan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan tiada sijil prasekolah. Apa yang saya dengar, untuk memulakan perniagaan perkhidmatan tadika, ia memerlukan sijil prasekolah atau sijil yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Ia kelihatan agak rumit. Saya tidak tahu bagaimana cara mendapatkan sijil tersebut".

Penyelesaian #1
Tahukah anda sebenarnya anda boleh memulakan perniagaan tadika meskipun anda kurang pengetahuan dalam pendidikan kanak-kanak, tidak mempunyai sijil pra-sekolah dan bukan dari latar belakang pendidikan. Antara cara penyelesaiannya ialah, anda boleh membaca artikel, bulu-buku yang berkaitan dengan tadika, menghadiri kursus dan seminar yang dianjurkan oleh pihak yang berkaitan serta mempelajari dari pengalaman orang lain yang sudah berjaya di dalam perniagaan ini.

JALAN PENYELESAIANNYA: Ebook Rahsia Bisnes Tadika
mendedahkan dengan lebih terperinci bagaimana untuk menambahkan maklumat dan mendapat sijil yang berkaitan dalam bidang ini.

Masalah # 3

"Saya tidak tahu membuat kertas kerja bagi penubuhan tadika. Ada syarikat yang menawarkan khidmat membuat kertas kerja kepada saya tetapi mereka mengenakan bayaran yang terlalu tinggi antara RM500 -hingga RM1,500 bagi sebuah kertas kerja”

Penyelesaian #3

Ya, setiap perniagaan memerlukan kertas kerja lebih-lebih lagi apabila kita ingin memohon pinjaman dari pihak bank atau institusi seperti MARA, PUNB, dan sebagainya. Membuat kertas kerja untuk penubuhan tadika agak rumit sekiranya anda tidak tahu apa yang perlu ada dalam kertas kerja tersebut. Anda perlu belajar dan melakukan kajian bagaimana cara menyediakan kertas kerja yang betul dan lengkap. Ianya memerlukan banyak masa untuk melakukan semua ini, oleh yang demikian untuk memudahkan kerja anda, sekaligus menyelesaikan masalah anda, Pakej lengkap Superdeal Ebook Rahsia Bisnes Tadika bukan sahaja mendedahkan 7 langkah mudah penubuhan dan pengurusan tadika tetapi juga memberi bonus hebat contoh set kertas kerja permohonan penubuhan tadika yang telah diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri kepada anda.

Jika Tadika Internet boleh diwujudkan,

pasti saya akan mulakan!"

Jika Tadika Internet Boleh Diwujudkan Tanpa Perlu Kehadiran Kanak-kanak ke tadika, Pasti Saya Akan Mulakan!"

Selepas membaca ebook Rahsia Bisnes Tadika Pn Ummi Sofea, saya sangat teruja dan clear
dengan jelas potensinya. Berdasarkan panduan yang Pn Ummi Sofea berikan melalui ebook ini, saya teramat yakin untuk menguruskan sebuah tadika sendiri.

Yalah, sehingga template gurindam lagu kanak-kanak pun Pn Ummi Sofea sudah sediakan. Kertas Kerja Pendaftaran Tadika dan contoh kurikulum juga disediakan. Hanya tinggalikut satu persatu dan buka enrollment kepada ibu bapa sahaja.

Selok belok panduan pengurusan tadika dikongsi dengan jelas termasuk halangan-halangan yang mungkin terjadi di dalam perjalanan seharian tadika.

Ebook Rahsia Bisnes Tadika ini sangat komprehensif dan padat. Nasib baik tadika online tidak boleh dibuka, jika tidak saya sudah pasti jadi pelopornya dengan panduan Pn Ummi Sofea ini. Terima kasih sekali lagi kepada penulis Ebook Rahsia Bisnes Tadika Pn Ummi Sofea kerana berani memdedahkan rahsia-rahsia bisnes TADIKA dan berkongsi pengalaman perniagaan TADIKA beliau!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Angkasawan China cipta sejarah berjalan di angkasa lepas

RAKAMAN video menunjukkan Zhai Zhigang berjalan di angkasa lepas hari ini. - AP

BEIJING: Angkasawan China, yang menggunakan kapal angkasa Shenzhou VII, mencipta sejarah hari ini apabila berjaya berjalan di angkasa lepas, sambil menerima tepukan bergemuruh daripada berjuta rakyat yang menonton siaran langsung misi itu melalui televisyen.Ketua penerbangan Zhai Zhigang, terapung di angkasa selama 20 minit, di luar kapsul yang membawanya sebelum itu.Kejayaan itu, yang menguatkan lagi agenda angkasa lepas China, termasuk untuk membina stesen angkasa lepas menjelang 2020, turut disaksikan Presiden Hu Jintao dan beberapa pegawai kanan Parti Komunis.Sebaik saja keluar daripada pintu berbentuk bulat, Zhai, 42, melambai ke arah kamera yang dipasang pada kapsul berkenaan dan berkata: "Salam sejahtera kepada semua rakyat negara saya dan dunia!"Dengan keadaan tubuhnya terikat oleh dua utas kabel ke kapsul itu, Zhai mengibarkan bendera China yang dihulur kepadanya oleh angkasawan kedua Liu Boming, yang membantunya dari dalam kapsul itu, sebelum mengumpul sampel bahan yang terlekat di luar kapal angkasa berkenaan untuk tujuan penyelidikan.Zhai memakai pakaian 10 lapis berharga 30 juta yuan (RM13.7 juta) seberat 120kg, yang digelar "Feitian" (pakaian untuk terbang ke langit).

Pakaian buatan China ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.
Misi angkasa lepas ini, yang melibatkan tiga angkasawan dan menggunakan bantuan roket Long March 2F, berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Wilayah Gansu malam kelmarin.

Kapal angkasa berkenaan dijadualkan mendarat di Inner Mongolia esok setelah terlibat dengan perjalanan selama 68 jam, termasuk mengelilingi bumi setiap 90 minit.Zhai, bekas juruterbang jet pejuang, termasuk dalam senarai mereka yang berpotensi menyertai misi ke angkasa lepas sebanyak dua kali, tetapi tidak terpilih menyertai penerbangan solo pertama pada 2003 dan misi melibatkan dua juruterbang pada 2005.Kejayaan beliau mendorong China untuk memulakan kerja membina makmal angkasa lepas menjelang 2010 dan mempunyai stesen angkasa lepas sendiri menjelang 2020. China adalah negara ketiga yang menghantar manusia ke angkasa lepas, selepas bekas Soviet Union dan Amerika.Aksi berjalan di angkasa lepas pertama kali dilakukan oleh angkasawan Soviet Alexei Leonov pada 1965. BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Stevia mampu ganti gula

PENGGUNAAN gula sebagai bahan pemanis dalam makanan dan minuman seharian tidak dapat dipisahkan. Tanpanya, makanan dan minuman jadi tawar, payau dan hambar serta tiada nikmatnya langsung.

PENGGUNAAN gula sebagai bahan pemanis dalam makanan dan minuman seharian tidak dapat dipisahkan. Tanpanya, makanan dan minuman jadi tawar, payau dan hambar serta tiada nikmatnya langsung. Bagaimanapun, kesedaran individu terhadap penggunaan gula dalam diet seharian semakin bercambah berikutan saranan pihak kerajaan meminimumkan penggunaan gula dalam sajian seharian. Namun, antara sedar atau tidak, masyarakat sering disogokkan dengan berita gula amat berbahaya dan mampu menjadi pembunuh dalam diam. Dalam menikmati kemanisannya, masyarakat membenarkan diri dirosakkan dengan pengambilan kadar kandungan gula yang tinggi.

Justeru, penemuan baru Rigab Mekar Sdn Bhd (RMSB) ke atas sejenis daun manis semula jadi (stevia) yang dipercayai mampu menjadi pengganti kepada gula, wajar di dikomersialkan. Pengarah Urusannya, Hamidah Abdul Jalil, berkata penemuan itu memberi lembaran baru kepada industri makanan tempatan dan alternatif terbaik sebagai pengganti gula.Beliau berkata, daun manis dipercayai membantu mengelak risiko lebihan glukos dalam tubuh badan dan tidak menggunakan campuran sebarang bahan kimia.Katanya, biarpun hanya sehelai daun, stevia dapat memberikan rasa manis seperti gula serta dipercayai membantu menstabilkan kandungan gula dalam badan.“Stevia boleh dicampur dalam minuman lain sebagai pengganti gula, terutama untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis dan tidak boleh mengambil gula biasa. “Ia pemanis semula jadi tanpa kalori yang boleh dicampur dalam semua masakan dan minuman serta dapat mengurangkan pengambilan gula biasa,” katanya.

Selain itu, Hamidah berkata, berdasarkan sejarah, stevia dikatakan mula digunakan sebagai minuman dan produk kesihatan di beberapa negara Amerika Latin dan Eropah sejak ratusan tahun dulu.Pertama kali menemui tanaman itu di luar negara, Hamidah mengakui pelik kerana rasanya manis dan tidak pernah bertemu dengan daun begitu sebelum ini. Kata Hamidah, dia tertarik dengan prospek serta potensi stevia dan sejak itu, syarikatnya berusaha mencari kawasan sesuai mengkaji tanaman berkenaan. Katanya, ada lebih 150 klon stevia di seluruh dunia termasuk di Amerika Latin, Vietnam, India, Thailand, China dan Jepun.“Daun stevia asli mengandungi kandungan racun tetapi kami sudah melakukan banyak ujian untuk mencari kaedah melupuskan terus racun terkandung dalamnya.“Untuk membuang dan menyahkan kandungan racun berkenaan, RMSB mengambil masa tujuh tahun mengkaji serta menganalisis pokok berkenaan.“Hasilnya, kami menemui klon ‘Stevia Hayat’ yang selamat digunakan dan bebas racun. Kami aplikasikannya kepada minuman teh herba yang enak dan berkhasiat.“Kami melalui proses ujian di makmal Sirim serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan hasilnya seperti yang didapati pada minuman Hayat ini,” katanya. Hamidah mengakui mendapat maklum balas menggalakkan daripada orang ramai mengenai produk itu.“Lucu apabila pelanggan memberitahu daun itu disira dan kami menabur gula ketika proses penanaman. Bagaimanapun, saya bersyukur selepas dua tahun di pasaran, produk keluaran RMSB kini mendapat sambutan menarik.“Ia kaya dengan vitamin A membantu mengekalkan kesihatan kulit serta membran mukosa yang penting untuk mata manakala vitamin B pula melepaskan tenaga daripada karbohidrat dan vitamin C sebagai penyokong penyerapan zat besi daripada makanan. Katanya, minuman kesihatan itu sudah menembusi pasaran China, Singapura dan Brunei. “RMSB memperkenalkan dua produk terbarunya iaitu ekstrak cecair Hayat dan sabun pembersih Hayat bersempena MAHA 2008, baru-baru ini,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Landskap satu perniagaan yang lumayan.


BERMULA dengan bekerja sambilan di tapak semaian milik rakan, kini Pak Jab mempunyai tiga nurseri- iaitu dua di Sungai Buloh dan satu di Sungai Petani, Kedah.

Bidang semaian tanaman mengubah hidup Pak Jab sekeluarga

KIRA-KIRA 37 tahun lalu beliau tidak pernah terfikir bahawa bidang semaian tanaman yang diceburi boleh mengubah hidupnya sekeluarga sehingga mampu meraih pendapatan mencecah jutaan ringgit. Itulah yang berlaku kepada Md Rejab Hasanudin, 66, seorang bekas pengawal keselamatan sekolah di Kampung Melayu, Sungai Buloh yang kini mengusahakan syarikat landskap, Rumpun Damai Nursery. Md Rejab yang lebih dikenali sebagai Pak Jab adalah antara perintis landskap di kampung berkenaan sehingga menjadikan kawasan sekitar Sungai Buloh dan Kota Damansara dikenali sebagai bandar nurseri, tempat kunjungan peminat seni hias laman. “Saya hanya ‘jaga’ atau ‘guard’ di sekolah rendah ketika mula-mula menceburi bidang semaian. Saya berguru dengan Isa Bulat, orang pertama yang membuka nurseri di Sungai Buloh. “Pada awalnya, saya hanya bekerja dengan Isa secara sambilan pada siang hari untuk menambah pendapatan manakala pada malam saya bertugas menjadi jaga di sekolah,” katanya yang kini mempunyai tiga tapak semaian, dua di Sungai Buloh dan satu di Sungai Petani, Kedah.



Menyingkap rahsia kejayaannya itu, Md Rejab berkata, pada mulanya beliau tidak nampak bagaimana tapak semaian boleh memberikan pendapatan tambahan kepada keluarganya. “Mula-mula dulu, saya tanya Isa, mengapa dia menanam pokok yang tidak mendatangkan hasil seperti buah-buahan. Saya tidak nampak pokok yang berbunga dan berdaun ini boleh memberi duit. “Selepas diterangkan Isa bahawa pokok bunga turut membuka rezeki kerana dibeli pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk landskap bandar baru dan kilang perusahaan, baru saya faham. Selepas itu, saya mengambil kursus semaian Jabatan Perhutanan yang dibuka kepada kakitangan kerajaan pada masa itu,” katanya. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dikutip selama sembilan tahun bekerja sambilan di Nurseri Sungai Buloh milik Mohd Isa, Md Rejab akhirnya mengambil keputusan membuka tapak semaian sendiri pada 1980. Bermula dari situ, beliau terus mengembangkan perniagaannya dan kini menjadi kontraktor landskap untuk projek besar milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), swasta dan orang perseorangan.


Antara projek besar yang diusahakan syarikatnya ialah landskap untuk projek di bawah Arkib Negara dan Institut Perundangan dan Kehakiman Malaysia di Bangi. Terkini, syarikatnya yang mempunyai 10 pekerja tetap itu melakukan kerja landskap untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Projek Mengindahkan Sungai Gombak dengan kontrak jutaan ringgit bagi tempoh tiga tahun. Selain menjadi kontraktor landskap, syarikatnya juga menjadi pembekal pokok untuk landskap di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi cawangan syarikatnya di Kedah. Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, pada peringkat awal, agak sukar untuk menjual hasil tapak semaian tetapi dengan bantuan Isa, beliau banyak mendapat kontrak kerajaan dan swasta. “Pernah satu ketika, projek landskap yang dilaksanakan musnah akibat banjir. Saya menanggung rugi kerana selain pokok musnah, saya terpaksa menanam pokok baru yang kosnya ditanggung saya sendiri. “Dalam projek besar, kita biasanya ada perjanjian dan risiko akibat bencana alam adalah ditanggung pihak syarikat, maka mahu atau tidak, kerja mesti diteruskan. Oleh itu, walaupun pendapatan sedikit, saya lebih berminat melaksanakan projek jangka pendek dan kecil-kecilan. “Pendapatan yang sikit ini sebenarnya yang membawa kepada keuntungan lebih besar dan segera,” katanya

Selain menjual semaian dan membuat projek landskap untuk orang perseorangan, syarikatnya mula dikenali dan kini menawarkan pelbagai perkhidmatan lain termasuk menjual aksesori taman, membuat kolam, wakaf dan pegola. Menganggap perniagaan yang diusahakan sebagai ibadah selain tempat mencari rezeki, beliau mengakui tidak pernah menjadikan syarikat lain yang ada di Kampung Melayu itu sebagai saingan tetapi rakan kongsi untuk bekerjasama dan mencari pendapatan bersama. “Di kampung ini ada 18 kontraktor landskap dan nurseri tetapi kami semua bekerjasama bukannya bersaing. Jika syarikat saya terlalu banyak kontrak dan merasakan tidak mampu melaksanakannya, saya akan minta bantuan rakan lain, begitu juga sebaliknya. “Malah, pada satu ketika Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mencadangkan setiap rumah di kampung ini membuat semaian kecil-kecilan untuk menjadi pembekal kecil kepada syarikat landskap besar yang ada,” katanya .Kini, selain menjadi kontraktor landskap, Md Rejab, bapa kepada tiga cahaya mata dan enam cucu ini menjadi rujukan mereka yang ingin membuka tapak semaian serta menceburi bidang landskap.

Malah, nurseri miliknya juga menjadi tempat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) membuat latihan praktikal industri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perang' promosi servis kereta

Seperti sudah menjadi satu kebiasaan, perang promosi di antara bengkel-bengkel kereta sudah bermula sejak awal Ramadan lagi.

AWE merancang untuk mengadakan promosi bagi meringankan beban para pelanggannya.


KAIN rentang yang digantung tinggi itu memang menarik perhatian. Bukan kerana tulisan atau gabungan pelbagai warna yang digunakan, tetapi angka yang tertera di situ nampaknya begitu mengesankan."Promosi hebat! Tukar minyak hitam, penapis minyak, air bateri dan servis, cuma RM68". Begitulah 'jerit' kain rentang yang ditulis dalam dua versi, bahasa Melayu dan Mandarin. Ia seolah-olah melambai-lambai pengguna agar singgah di bengkel tersebut.Seperti sudah menjadi satu kebiasaan, perang promosi di antara bengkel-bengkel kereta sudah bermula sejak awal Ramadan lagi.Alasannya satu iaitu semua orang mahu membuat servis kereta menjelang Aidilfitri. Ini kerana tiada siapa yang ingin balik beraya dalam keadaan sakit hati kerana terpaksa menunggu berjam-jam di tepi lebuh raya apabila kereta 'buat hal'.

Keterujaan orang ramai untuk memastikan kereta masing-masing dalam keadaan terbaik untuk balik ke kampung menjadikan mereka 'mangsa' segelintir pemilik bengkel yang tidak beretika. Mereka sanggup menipu demi memperoleh keuntungan segera.Pemilik bengkel Abe Auto Garage, Ibrahim Mat Yaakob, 26, atau lebih mesra dipanggil Awe tidak menafikan ada segelintir bengkel sengaja mengambil kesempatan terhadap pengguna pada musim perayaan."Keadaan ini berlaku kerana sikap pengguna sendiri yang tidak lagi memikirkan kos pembaikan, asalkan kereta yang dipandu balik beraya ke kampung tidak buat hal di tengah perjalanan," ujarnya.

Beliau menambah : "Banyak juga bengkel yang mengadakan promosi melibatkan pelbagai penukaran alat ganti dan minyak enjin. Dengar macam bagus, namun pelanggan perlu tahu keperluan kereta masing-masing kerana mungkin alat ganti yang sedia ada tidak perlu ditukar baru."Menurutnya, ada kes yang mana promosi yang pada awalnya nampak murah, tetapi pada akhirnya menjadi sangat mahal."Ini belum lagi menyentuh tentang kualiti alat ganti atau minyak enjin yang digunakan. Tidak mustahil, mereka menggunakan alat ganti tiruan atau rendah kualitinya. Jadi, ketahanannya boleh diragui," tambah Awe sambil menyatakan pasaran alat ganti kini dibanjiri oleh barang klon dan dikitar semula.Sebenarnya, Awe masih merancang untuk membuat promosi melibatkan servis asas kenderaan seperti menukar minyak enjin, penapis udara, palam pencucuh serta air bateri pada harga RM100 dan ke bawah.

Pemilik bengkel Pun Car Cooler & Accessories Centre yang berlokasi di Taman Nirwana Ampang yang mahu dikenali sebagai Ah Pun, 46, menyatakan, dia tidak merancang membuat sebarang promosi kerana bayaran servis yang ditawarkannya sudah berpatutan."Saya berpendapat promosi hanyalah satu iklan untuk menarik minat orang ramai. Mungkin murah, tetapi pengguna tidak diberitahu apa barang yang ditawarkan. Ada juga pelanggan yang cuba servis promosi itu tidak berpuas hati. Bila periksa, alat ganti yang ditukar separuh sahaja."Tukar timing belt sahaja, oil seal tidak. Berapa lama boleh tahan? Lama-lama bocor, apa gunanya tukar baru," katanya yang menerima lebih 30 buah kereta sehari, terutamanya ketika Hari Raya semakin hampir."Lagi satu, kalau kereta rosak di tepi jalan, saya nasihatkan berhati-hati dengan tow truck. Biasanya, apabila kereta dibawa ke bengkel tertentu, enjin dan pelbagai lagi telah dibuka, sedangkan pemilik kereta tadi belum sampai di bengkel tersebut. Apa yang dikesalkan, kerosakan hanya sedikit sahaja. Jika ini berlaku, maknanya kita telah ditipu dan cajnya menelan kos beribu-ribu ringgit," pesan Ah Pun dengan wajah serius.

Sementara itu, mekanik sambilan, Zainuri Ahmad berkata, ada baiknya bengkel mengadakan promosi bagi menarik pelanggan. Namun, katanya, pengguna dinasihatkan menilai sendiri apa yang terkandung di dalam pakej iklan yang ditawarkan."Kalau setakat minyak hitam, penapis dan air bateri, harganya sekitar RM60 hingga RM70 sahaja. Jadi, pengguna perlu ambil tahu serba sedikit mengenai barang-barang ini,'' ujarnya.Sementara itu, seorang penjawat awam, Aziz Ibrahim, 39, memberitahu dia tidak percaya semua bengkel membuat promosi yang menipu pengguna.


KENAIKAN harga minyak pelincir tidak dapat dielakkan dan terpaksa diterima oleh para pengguna.

Menurutnya, apa yang penting, pengguna perlu tahu serba sedikit tentang kereta dan jangan bergantung sepenuhnya kepada mekanik.Sekurang-kurangnya, apabila mekanik cadangkan ada alat ganti yang perlu ditukar, mereka boleh lihat dahulu adakah kerosakan yang dikatakan itu betul-betul berlaku."Kes ini biasanya berlaku kepada pengguna wanita. Mekanik tidak bertanggungjawab mungkin menukar tayar dengan tayar lama. Sebagai pengguna, kita kena periksa sendiri kerana terdapat tarikh pada tayar," katanya sambil memberitahu kereta Kia Optima yang akan dipandunya untuk balik ke kampung sudah dihantar ke pusat servis Kia yang bertauliah.Shahrizad Mohamad, 30, pula memberitahu, andainya kereta diselenggara dengan baik dan mengikut jadual, ia tidak perlu diservis semata-mata kerana hendak balik ke kampung menyambut Raya. - AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Penyegar di Jonker Street




Keistimewaan seleksi jus buah di Limau-limau Cafe, Jalan Hang Jebat, Melaka, disampaikan dari mulut ke mulut.

SETELAH letih melangkahkan kaki di sepanjang Jalan Hang Jebat yang dipenuhi deretan kedai cenderamata dan barangan antik, tentu badan menjadi letih dan tekak berasa dahaga.Di jalan yang bertukar menjadi siar kaki bazar dengan jolokan popular Jonker Street pada hujung minggu ini, sesiapa pun mudah menemukan sebuah restoran dengan dinding bercat hijau muda terang.


PAPAN menu mencuri perhatian.


Sesuai dengan namanya, Limau-limau Cafe dihias sebegitu rupa untuk menarik kedatangan tetamu yang rata-ratanya pelancong asing. Penampilan kafe ini diperindah dengan gantungan karya lukisan, ornamen hiasan dan juga cenderamata hasil tangan yang kesemuanya boleh dibeli.Lebih menarik, di kafe bergaya bar ini juga, pelbagai maklumat pelancongan negeri dalam bentuk notis, risalah dan kad bisnes boleh didapatkan.


ORNAMEN lilin turut dijual di Limau-limau Cafe.


“Setiap pengusaha kafe atau rumah tumpangan di sekitar kawasan ini mempunyai kerjasama yang baik antara satu sama lain.

“Kami saling membantu mempromosikan perniagaan masing-masing atas kepentingan industri pelancongan di negeri ini,” kata pemilik kafe, Sharen, ketika ditemui EKSTRA.


SUASANA meriah di sepanjang Jonker Street boleh disaksikan secara langsung dari hadapan kafe.


Namun, bukan hanya itu yang membuatkan orang ramai berpusu-pusu ke kaunternya. Limau-limau Cafe terkenal kerana menghidangkan minuman jus buah segar. Percayalah, buah-buahannya dipilih dengan teliti hingga jusnya tidak perlu dicampur dengan air atau gula!Paling mencetus ‘fenomena’ adalah lassi mangga. Begitu juga dengan gabungan jus mangga dan pisang, serta banyak lagi minuman kisaran ais lain yang berasaskan kombinasi buah-buahan dan susu kocak.

Bagi penggemar kafein, seleksi kopi dan teh juga disertakan dalam senarai menunya. Tidak ketinggalan, perut yang kosong boleh diisi dengan hidangan seperti salad, sandwic, dan beberapa lagi snek enak.“Biarpun waktu operasi kami berakhir pada awal malam, kedatangan pengunjung pada siang hari tidak mengecewakan. Saya dan pekerja kafe sentiasa memastikan mereka gembira dengan kunjungan ke kafe ini dan Melaka amnya,” ujar Sharen.


LASAGNA daging yang menyelerakan.


Kalau anda berasa lapar dan mahu memesan sesuatu yang ringkas dan cepat mengenyangkan, EKSTRA menyarankan anda mencuba lasagna daging.Memang tidak dapat dinafikan selera akan tergoda apabila melihat dan menghidu daging cincang berempah berlapis pasta keju ini.Tapi awas, jangan terlalu gelojoh. Isi lasagna yang panas ketika dihidang itu boleh melecurkan lidah! – HAMZAH ABDUL HAMID

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bisnes tepi pantai




RESTORAN Aroma Ikan Bakar yang dibuka sejak Julai 2004 oleh pasangan guru-polis, Hazura Kusman, 41, dan suami, Mohd. Naim Omar, 43, semakin hampir kepada sasaran untuk menjenamakan Pantai Jeram, Kuala Selangor, sebagai destinasi makanan laut."Dulu orang teragak-agak untuk masuk (ke sini) sebab kawasan ini dilitupi hutan. Tapi sekarang sudah ada dua restoran makanan laut di sini yang dapat memuatkan sehingga hampir 500 orang pada satu masa."Orang ramai datang sejauh dari Subang Jaya, Rawang, Kajang dan Klang. Sampaikan ada sekumpulan veteran yang datang untuk makan di sini dengan kain pelikat," kata Mohd. Naim.


MOHD Naim dan Hazura berani meneroka industri makanan laut kerana percaya pada potensi Pantai Jeram.

Daripada tujuh orang pekerja, perkembangan perniagaan itu telah membolehkan mereka menggaji 42 pekerja termasuk lima tukang masak, tiga orang pembantu dan selebihnya pekerja separuh masa.Pengalaman menjemput pelanggan yang tidak jumpa jalan masuk ke sini juga memberi mereka ingatan yang menarik."Mereka telefon dan tanya di mana letaknya restoran kami. Setelah gagal mencari, kami minta dia tunggu di satu tempat dan kami pergi menjemput mereka," kata Mohd. Naim, tersenyum mengenangkan variasi pengalaman mereka melayan kerenah pelanggan.

KERANG BAKAR


Tidak kurang juga pelanggan yang terkejut menemui restoran makanan laut di sini semasa mereka tersesat jalan.Pasangan ibu bapa kepada empat orang anak yang berumur antara 10 hingga 17 tahun ini juga amat berterima kasih kepada para pelanggan, terutamanya yang menyenaraikan hidangan mereka dalam blog masing-masing, yang sekali gus membantu mengembangkan lagi pasaran perniagaan mereka.

"Testimoni yang seperti itu mungkin lebih meyakinkan kerana mereka tidak dibayar. Mereka buat ikut pandangan sendiri. Yang suka, mereka sertakan nombor telefon.


IKAN SIAKAP TIGA RASA


"Bila pelanggan telefon dan bertanyakan lokasi kami, kami pun tertanya-tanya juga dari mana mereka dapat nombor telefon kami sedangkan kami tidak pernah membuat iklan sehingga sejauh Rawang," ujar Mohd. Naim.Makanan laut yang dihidangkan termasuklah ikan bakar jenis siakap, kerapu, jenahak, pari, udang, sotong, dan kerang.


UDANG MENTEGA


Boleh juga dimasak pedas atau kari, hidangan pelengkap yang lain yang boleh didapati di sini ialah tomyam, nasi lemak, nasi goreng, kerabu mangga dan banyak lagi.

Satu hidangan istimewa yang menarik perhatian kami ialah kepah anak daranya yang menyamai kerang tetapi berkulit licin dan rasa seperti lala.Dimasak cili, keenakannya membuatkan kami terkenangkan rasanya sehingga hari ini biarpun kunjungan dibuat hampir dua bulan yang lalu.Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan, terutamanya untuk makanan laut yang dipastikan sentiasa segar dan diambil dari Bagan Pasar Penambang setiap hari, iaitu bermula serendah RM25 untuk set seorang, RM3.50 untuk nasi, RM2.50 untuk jus. - FATIMI NADIAH ZAINUDEEN




AROMA IKAN BAKAR
Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor
017-3163117

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Songkok jadi pelengkap


ABDULLAH HUSIN menyusun songkok-songkok yang telah siap di kediamannya di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.



SELAIN baju raya, songkok juga antara kelengkapan raya yang mendapat tumpuan untuk dipakai dengan baju Melayu pada pagi Syawal oleh golongan lelaki termasuk kanak-kanak.Biarpun songkok juga dipakai ketika menghadiri acara rasmi diraja dan protokol kerajaan, kenduri serta majlis perkahwinan, pemakaian songkok agak popular setiap kali musim hari raya.Justeru tidak hairanlah songkok berwarna gelap ini masih lagi digunakan sehingga sekarang biarpun fesyen pakaian tradisional sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.Menurut seorang pembuat songkok di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, Abdullah Husin, 60, rezekinya semakin bertambah setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal.Permintaan sangat menggalakkan dan kadangkala di luar kemampuan. Selain secara pukal, beliau juga bersedia membuat songkok yang ditempah khusus oleh individu.Pada musim perayaan, tempahan yang diterima berjumlah sekitar 5,000 hingga 6,000 buah, kebanyakannya daripada pemborong di sekitar negeri ini, Melaka dan Johor.

Abdullah yang dibantu isterinya, Laila Khamis, 45, membuat songkok sepenuh masa di rumahnya sejak 40 tahun lalu. Beliau mewarisi kemahiran itu daripada ayah dan bapa saudaranya.Modal permulaannya ialah RM10,000 untuk membeli enam buah mesin jahit, kain baldu dan peralatan lain."Walaupun saya mempunyai enam mesin jahit, jumlah tempahan terpaksa dibataskan kerana semua kerja hanya dilakukan oleh saya dan isteri."Dulu anak seramai lapan orang membantu namun kini hanya tinggal anak bongsu berusia 12 tahun, Musalmah, menolong membuat songkok kerana yang lain telah berpindah," ujarnya.Pembuat songkok berpengalaman itu menaruh harapan yang besar terhadap anak sulungnya, Ismail, 24, untuk mewarisi perniagaan membuat songkok pada masa akan datang.Beliau juga bersedia menurunkan kemahiran itu kepada sesiapa sahaja yang berminat namun seorang pembuat songkok perlu tekun dan mementingkan ketelitian masa membuatnya."Sekali pandang, memang nampak mudah. Tetapi jika tidak teliti, songkok yang dibuat itu berkemungkinan besar tidak sama pula dengan kehendak pelanggan," ujar Abdullah.Abdullah memberitahu, terdapat lima jenis kain baldu digunakan untuk membuat songkok orang dewasa iaitu '3-crown', super, kabul, kuda emas serta benang seribu.Songkok kanak-kanak dibuat daripada kain baldu Korea. Harganya ditentukan melalui jenis kain. Songkok yang tinggi harganya pasti lebih mahal berbanding songkok saiz biasa.

Ditanya tentang perancangannya, beliau berhasrat untuk mengembangkan operasi dengan berpindah ke sebuah bengkel dan menggaji pekerja bagi memajukan lagi perniagaannya.
Bercakap mengenai sejarah songkok, ia dipercayai berasal dari India dan Pakistan namun dipopularkan orang Indonesia beragama Islam dalam bentuk ala tarbus atau fez Turki.
Songkok mula menjadi antara pakaian pengikat kepala dalam dunia peradaban Melayu Nusantara seawal abad ke-20 kerana lebih selesa berbanding setanjak, semutar atau tengkolok.

Ini dapat dilihat daripada foto lama tokoh ulama pembaharuan seperti Syed Sheikh Al-Hadi, pengasas madrasah terkenal Al-Junid di Singapura dan Al-Mashoor Pulau Pinang.Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci dan menjadi pemakaian kepala rasmi sejak dipelopori oleh presiden pertama, Allahyarham Sukarno untuk setiap majlis rasmi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Lemang tahan dua tahun?


R&D membolehkan produk tempatan seperti lemang lebih sedap dan tahan lebih lama. - Gambar hiasan


NEGARA kita mempunyai pereka produk yang kreatif dan inovatif namun malangnya rekaan mereka tidak ditambah nilai ekoran kurang keyakinan syarikat tempatan mahupun antarabangsa memasarkannya.Pengerusi Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zainuddin memberitahu, bagi mengatasi masalah itu MRM akan membuat rancangan realiti televisyen ala American Inventor."Kita berharap rekaan pereka tempatan dapat diiktiraf serta diperkembangkan. Kita berikan bantuan modal dan promosi supaya idea tidak beku begitu sahaja,"Setakat ini semuanya telah bermula dan kita menjangkakan ia dapat direalisasikan tidak lama lagi," katanya.American Inventor dihasilkan oleh Simon Cowell. Program realiti televisyen ini mengisahkan pencarian pereka produk terbaik untuk Amerika Syarikat.

Ia disiarkan oleh stesen televisyen ntv7 setiap Sabtu pukul 1.45 pagi."Barangan automobil negara kita seperti kereta sudah mendapat pengiktirafan dunia namun rekaan produk negara kita masih lagi ditahap sederhana."Jika keropok pisang, ubi tetap dibungkus dengan plastik empat segi. Tidak cuba membuat seperti bentuk botol ala cip, lebih tahan lama pelbagai perisa dan menarik perhatian semua bangsa termasuk warga Eropah," ujar Ahmad Zainuddin.

Bicaranya lagi, ketupat, rendang, lemang kita mampu pergi jauh lagi jika terdapat kajian dan penyelidikan (R&D) makanan tradisional itu mampu bertahan lama sehingga dua tahun mungkin malah dengan pelbagai perisa."Finland yang hasil ekonominya hanya kayu kayan serta tiada sumber ekonomi lain mampu menjadi pengeluar telefon bimbit terutama dunia,"Mereka memegang prinsip falsafah rekaan dengan kuat dan kita perlu mencontohinya. Inovasi dan reka bentuk perlu berjalan seiring jika tidak pincanglah produk kita," ujar beliau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Rahsia Murtabak Babu sedap


AMRAN menyediakan Murtabak Babu yang popular di Bazar Ramadan, Kuala Klawang, Negeri Sembilan semalam.


MENYELERAKAN. Rempah ratus turun temurun menjadi resipi ‘rahsia’ sajian yang dikenali Murtabak Babu di Bazar Ramadan, Kuala Klawang, Jelebu.Pengusahanya, Amran Abdul Kalam, 40, berkata, kira-kira 200 keping murtabak dijual setiap hari sepanjang Ramadan ini.“Murtabak ini dihasilkan dengan menggunakan rempah-ratus terpilih dan setiap daging dan ayam yang digunakan untuk isi dalam murtabak dipastikan diperap dengan bahan-bahan berkualiti.

“Harganya juga berpatutan iaitu RM2.50 sekeping,’’ katanya.Beliau dibantu oleh isterinya, Julia Mohd. Yusof, 37, serta anak-anaknya dalam penyediaan bahan-bahan yang dilakukan sejak awal pagi bagi memastikan murtabak dapat memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Menjadikan "Keropok Lekor" Sebagai Sosej Sarapan Untuk Dunia

SEREMBAN, 28 Okt (Bernama) -- Seorang pakar hari ini berkata bukan perkara mustahil bagi pembuat makanan ringan "keropok lekor" yang kini hanya menumpukan kepada pasaran orang Melayu untuk beralih menjadi pengeluar sosej sarapan untuk pasaran dunia.Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Dr Mahani Zainal Abidin berkata mereka hanya perlu melihat pada skop yang lebih luas bahawa perniagaan tradisional mereka boleh mengalami pertumbuhan pesat menuju ke arah itu.Bagi membolehkan perkara itu berlaku, petani dan pekerja pertanian perlu meningkatkan kemahiran mereka untuk memodenkan sektor pertanian, termasuk mewujudkan konsep universiti terbuka bagi golongan itu, katanya semasa membentangkan kertas kerja pada Forum Khas Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 di sini hari ini.

Dr Mahani berkata kerajaan juga perlu memperkenalkan sistem pendidikan berasaskan kemahiran seperti vokasional yang mengambil kira pengalaman dan kemahiran dalam penganugerahan kelayakan.Katanya pada masa ini 70 peratus daripada petani dan pekerja tani mempunyai kelulusan setakat sekolah rendah dan seramai 68 peratus pekebun kecil berpendapatan kurang dari RM510 sebulan dan memiliki purata keluasan tanah 1.5 hektar.

Dr Mahani berkata pertanian moden sangat saintifik dengan pelbagai piawaian dan standard yang sukar difahami oleh petani yang tidak mempunyai pendidikan tinggi bagi mengeluarkan hasil pertanian yang boleh diterima pasaran antarabangsa.Katanya kerajaan juga perlu mewujudkan peluang pendidikan bagi golongan muda untuk menceburi sektor pertanian, terutama mereka yang belajar setakat Penilaian Menengah Rendah (PMR) supaya golongan pelapis dapat diwujudkan.Beliau berkata golongan itu sebaik tamat sekolah di Tingkat Tiga akan mencari kerja dan membeli motosikal tanpa melihat kepada peluang pekerjaan di sektor pertanian yang juga dapat memberikan pulangan yang sama atau lebih baik lagi.

Selain Dr Mahani, forum yang dikendalikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut disertai bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang juga pengerusi Synergy Drive Bhd, Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) Prof Ungku A Aziz dan Pengerusi PFM Capital Sdn Bhd Tan Sri Arshad Ayob.

Sementara itu, Arshad mencadangkan supaya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak tertumpu kepada aktiviti ketenteraan tetapi juga aktiviti pertanian bagi menanam minat di kalangan remaja bagaimana untuk menjadi usahawan tani yang berjaya."Baik dalam bidang perladangan, penternakan atau pengeluaran. Biar generasi ini jelas tentang hala tuju bidang ini yang sememangnya mampu menjadi sebagai satu profesion yang menjamin kehidupan mereka," katanya.Beliau berkata malah sekolah juga perlu menghidupkan semula mata pelajaran sains pertanian supaya generasi muda mempunyai asas dalam bidang tersebut.Konvensyen dua hari bertema "Melayu Dalam Pertanian: Dulu, Kini dan Akan Datang" yang bermula semalam, dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Biro Pertanian Umno dan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Ia bagi mencetus kesedaran dalam kalangan anggota Umno khususnya, mengenai pentingnya industri pertanian terhadap ekonomi orang Melayu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Orang Melayu Perlu Jadi "Kiasu" Untuk Berjaya - Ungku Aziz

SEREMBAN, 28 Okt (Bernama) -- Orang Melayu perlu mempunyai sifat "kiasu", iaitu sentiasa mahu menjadi nombor satu atau yang terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi, kata pakar ekonomi dan cendiakawan negara Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid.Beliau berkata walaupun sifat "kiasu", perkataan Hokkien yang bermakna "terlalu takut untuk kalah" mempunyai kebaikan dan keburukannya, dan orang Melayu perlu mengambil aspek keberaniannya dalam berusaha mencapai kecemerlangan dalam kehidupan mereka.

Sifat "kiasu" itu adalah antara tujuh kebaikan yang perlu dimiliki orang Melayu untuk berjaya yang digariskannya pada Forum Khas Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 yang bertemakan "Melayu Dalam Pertanian: Dulu, Kini dan Akan Datang" di sini hari ini.

Konvensyen dua hari mulai semalam, dianjurkan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Biro Pertanian Umno Malaysia dan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan. Ia bertujuan mencetus kesedaran di kalangan anggota Umno khususnya, mengenai pentingnya industri pertanian terhadap ekonomi orang Melayu.

Ungku Aziz berkata orang Melayu juga perlu mempunyai sikap berani serta berani menanggung risiko, selain sifat "siddique" yang bermakna "berkata benar" serta beramanah, telus dan mempunyai sifat ingin tahu.Beliau berkata sebelum zaman penjajahan, orang Melayu terkenal sebagai pedagang di rantau ini berikutan keberanian mereka mengembara menjaja barangan dagangan di peringkat antarabangsa serta berani mengambil risiko.

Malangnya dengan kedatangan British, orang Melayu telah ditindas dan minda serta pemikiran mereka dipengaruhi secara halus menyebabkan sehingga kini masih tidak mampu bangkit untuk mencapai kecemerlangan zaman Kesultanan Melayu, katanya.Bagaimanapun beliau yakin orang Melayu, terutama yang terlibat dalam bidang usahawan akan menggubah sikap mereka secara automatik dengan lebih menitik beratkan ilmu dan sentiasa berusaha bagi memajukan diri kerana wujudnya sikap "ingin tahu" untuk membangun dan memperluaskan bidang yang mereka ceburi.Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucaptamanya pagi ini turut menyentuh mengenai pentingnya orang Melayu mempunyai sikap "kiasu".

"Kita kena fikirkan, cari jalan dan kaedah, bagaimana kita boleh ubah minda dan fikiran orang Melayu terhadap diri mereka sendiri dan persekitarnnya supaya mereka boleh jadi Kiasu, aktif, gila kerja, tak suka duduk diam, sungguh-sungguh, setia, bertanggungjawab, cinta serta sayangkan bangsa dan agamanya," katanya.Naib Presiden Umno itu berkata: "Kita perlu membentuk satu pandangan hidup orang Melayu, memperbetulkan `world view' mereka dengan cara yang baru dan konkrit, sistematik dan praktikal."Beliau yang tidak menafikan kerajinan orang Melayu bagaimanapun berkata usaha perlu dilakukan bagi menjadikan mereka lebih rajin, serius dan bersungguh dalam kerjaya.

"Orang Melayu memang mahu jadi kaya tapi mahu ambil jalan yang mudah dan cepat, takut mengambil risiko dan hanya melakukan pelaburan yang paling minima. Mereka suka membina dunia fantasi, dibuai dengan membayangkan yang indah-indah dan seronok-seronok, tetapi hakikatnya mereka tidak serius dan bersungguh melakukan kerja dan tugasan," katanya.

Muhyiddin berkata akhirnya orang Melayu menjadi bangsa yang lemah, tidak berani, tidak agresif untuk mencapai kejayaan sehingga timbul cerita seperti `Angan-Angan Mat Jenin', iaitu jenaka yang menghina bangsanya sendiri.Beliau berkata orang Melayu secara relatifnya masih rendah dari segi produktiviti, malah lebih rendah daripada pendatang tanpa izin walaupun mereka tidak ada kemahiran."Adakah ini akibat penjajahan yang begitu lama, hampir lebih 500 tahun menyebabkan minda orang Melayu beku dan statik bagaikan tanah yang tidak berbaja dan tidak ditimpa hujan sehingga tanah menjadi gersang dan me"layu?" katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kecil-kecilan

Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secara kecil-kecilan dari rumah? Saya rasa ini satu soalan yang baik kerana antara matlamat saya menulis buku, menganjurkan kursus dan mewujudkan blog ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu kita menceburkan diri dalam perniagaan ini. Maklumlah rata-rata kita lihat,kedai kek dimana-mana bandarpun dimonopoli oleh satu kaum saja. Belum tentu apa yang dijual itu Halal. Sebagai umat Islam, persoalan halal haram adalah sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama melaksanakan Jihad Ekonomi.

Apa yang akan saya paparkan disini adalah dari pengalaman saya berniaga kecil-kecilan selama 10 tahun sejak saya meletakkan jawatan sebagai wartawan majalah. Saya mengambil tempahan kek dan biskut raya. Pernah tempahan biskut raya saya mencapai 35,000 biji sedangkan saya tiada pekerja, hanya bantuan ahli keluarga.Lain orang lain pengalamannya. Harap dapat dijadikan panduan sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah menjadi usahawan berjaya. Insyaallah.

1. Dapatkan ilmu

Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

3. Promosi

Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

4. Menjaga Pelanggan

Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

5. Sikap yang Positif

Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

6. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan

Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kak Yah ...

Gile Kepok

Macam budak asrama tunggu ration

This is a usual scene during long holidays at Kampung Losong, Kuala Terengganu.
The yummy yummy keropok lekor is the main attraction at Kg Losong, where the tourist and the local will flock to this area for best quality of keropok lekor.

Kak Yah is the most successful local Keropok Lekor enterprenuer. Along the 1 km stretch , there are not less than 20 keropok lekor stalls. However I guess their return, combined is at par to Kak Yah alone.
Some locals say that Kak Yah's is not the best. However because of her good bussiness planning, good marketing and good management, her name is very popular for west malaysia kepok lekor lovers.
One of Kak Yah biggest competitor..this one looks 10 years behind Kak Yah


Kak Yah is well equipped with proper tools

Her husband was a teacher. He is the most educated person compared to all these usahawan keropok lekor in Kg Losong. So the moral here, your product need not to be the best, but your creativity, knowledge and self-discipline (betui ke eja ni?) are more important.

It's all about management and reliability...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Penjenamaan Kereta Sewa LTSM -satu pencapaian membanggakan.

Seramai 33 pengusaha kereta sewa yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu menerima kunci kereta sewa berwajah baru model Proton Wira dan Waja. Kerajaan Negeri yakin ia mampu meningkatkan imej Terengganu menjelang beberapa festival menarik antaranya, Tahun Melawat Terengganu (TMT )2008 , Monsoon Cup dan Sukan Malaysia (Sukma) 2008 yang diadakan di Terengganu.

Untuk itu, sebagai langkah permulaan, usaha penjenamaan semula kereta sewa yang beroperasi di LTSM di jadikan perintis kepada program peningkatan imej dan kecekapan sistem pengangkutan awam Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Penjenamaan Kereta Sewa LTSM, di Perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam (31 Julai).

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Peniaga Kecil Negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said dan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Berhad (MAB), Dato’ Azmi Murad. Menurut Dato’ Seri Idris, sebanyak RM 10,000 diperuntukkan kepada setiap pengusaha kereta sewa dalam projek kali ini untuk meringankan beban pembiayaan kewangan bagi membolehkan pengusaha tersbut menukar kereta sewa yang berusia melebihi 10 tahun kepada kereta sewa yang baru.

“Kita juga menyediakan kursus yang sesuai untuk pengusaha tersebut dalam memastikan perkhidmatan mereka sentiasa ditahap yang terbaik sepanjang masa”, kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran tersebut. Sementara itu, pengusaha kereta sewa, Haji Salleh Abu Bakar, 75, dari Kg. Tok Jiring menceritakan pengalamannya telah menjadi pengusaha kereta sewa semenjak dari tahun 1982.

“Pada mulanya saya membawa kereta sewa menggunakan kereta keluaran Opel model Gemini, selepas itu saya tukar kepada model Toyota Crown. “Waktu itu, saya mengambil penumpang di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu dan setahun lepas baru menukar haluan untuk mengambil penumpang di LTSM”, katanya lagi. Sementara itu dalam perkembangan lain, para bakal Haji khususnya di Pantai Timur, akan mendapat kemudahan baru apabila landasan LTSM dipanjangkan dan diperlebarkan bagi memboleh pesawat termoden dan terbesar, Boeing 747 melakukan pendaratan seterusnya membolehkan digunakan untuk penerbangan jarak jauh termasuklah untuk terbang terus ke Jeddah atau Madinah disiapkan menjelang Oktober 2008.
Dato’ Seri Idris berkata, dengan siapnya kemudahan tersebut penerbangan jemaah haji tidak perlu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit telah memperlihatkan perkembangan positif, permohonan juga dihantar kepada Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar hasrat untuk menjadikan LTSM sebagai salah sebuah lapangan terbang yang boleh memuatkan menampung pesawat Boeing 747 dapat direalisasikan.

“Bagaimanapun, kos sebenar memanjangkan landasan terbabit masih lagi tidak diketahui, tetapi kita tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan dana khas untuk tujuan terbabit,” ujarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawan Harus Memahami pasaran.

Usahawan di negeri ini disarankan agar sentiasa memahami gelagat pasaran dan pembeli bagi memastikan produk yang diusahakan mendapat tempat dalam pasaran dan hasilnya tidak sia-sia.
“Perniagaan bukan suatu yang statik tetapi ianya suatu proses perubahan yang pragmatik,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera di majlis Perasmian Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, petang kelmarin (22 April).
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB Dr A Rahman Mokhtar; Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Mohd Hashim Abdullah dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan, Haji Mustafa Khalid.
Seramai 83 usahawan SDSI melibatkan 94 booth jualan menyertai ekspo kali ini, sekaligus memberi peluang usahawan SDSI terlibat lebih berdaya saing untuk memasarkan produk masing-masing. Katanya, Ekspo SDSI merupakan platfrom terbaik bagi memperkenalkan produk dari setiap daerah yang dibangunkan dan seterusnya memberi laluan kepada usahawan ini memasarkan hasil keluaran mereka kepada bilangan pelanggan yang ramai.
“Kerajaan akan berusaha membangunkan negeri ini sebagai satu destinasi perniagaan yang menarik dan produk-produk SDSI akan diberi nilai tambah dan daya kualiti bagi menempah nama sebagai produk global,” katanya.
Sementara itu, Setiu menampilkan kelainan dengan mengenengahkan urutan tradisional dan mandian wap herba melalui Pusat Rawatan Alternatif (PRA) yang beroperasi di Kampung Nyatoh, Setiu.
Encik Ali Salleh,63, adalah antara 21 tukang urut (12 lelaki dan sembilan wanita) yang bertugas sepenuh masa di PRA dan semua petugas mengikuti beberapa siri kursus berkaitan sebelum diterima bekerja.
Katanya, peluang menyertai Ekspo SDSI ternyata memberi ruang lebih luas kepada orang ramai mendapatkan khidmat urut dari PRA dan dalam tempoh dua bulan beroperasi PRA telah dikunjungi lebih 400 pelangan.
Puan Ruzilah Abu Bakar, 50, dari Kampung Rhu Muda, Marang juga turut melahirkan harapan untuk mendapat peluang lebih luas bagi memasarkan produknya iaitu batik dan barangan hasil laut seperti keropok, ikan bilis, ikan kering dan sebagainya yang selama ini hanya dibeli oleh penduduk tempatan.
“Hasrat meluaskan perniagaan sudah lama dipendamkan, namun sehingga ini masih tercari-cari peluang, moga dengan penyertaan di Ekspo SDSI hari ini, masa depan perniagaan saya lebih baik selepas ini,”katanya.
Unit Komunikasi Negeri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kerepek 7F ke luar negara

Usahawan kampung, Mahmudin Abas mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan usahawan ini?




BILA sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman 'makan ubi kayu' ketika penduduk Tanah Melayu berada di bawah penjajahan Jepun. Kesukaran mendapatkan beras ketika itu membuatkan penduduk menggantikan nasi dengan ubi kayu untuk meneruskan hidup.Kini, ubi kayu bukan sekadar satu hidangan yang penuh nostalgia. Kepelbagaian penyediaannya dinikmati oleh generasi muda dan lebih daripada itu, industri menghasilkan kerepek ubi kayu telah mengubah hidup Mahmudin Abas, 53, dari Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor.Bergelar usahawan kampung, beliau kini meraih pendapatan lumayan hanya dengan menghasilkan dan memasarkan kerepek ubi kayu. Beliau mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun daripada hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain yang diusahakannya sejak tahun 1983.

Perusahaan Fazz Enterprise Kerepek House, milik Mahmudin tidak bermula dengan modal yang besar atau memaksanya membuat pinjaman bank. Semuanya dibuat secara berdikit-dikit dan perniagaan yang diusahakan secara industri kampung ini semakin meningkat dari sehari ke sehari.Mahmudin kini boleh berbangga kerana produk kerepek ubi kayunya turut dipromosikan dan dipasarkan di Singapura; Dubai; Melbourne, Australia; Brunei dan Hong Kong.


MAKANAN ringan ini dipasarkan di bawah jenama kerepek 7F.


Kejayaan usahawan ini bukannya datang bergolek. Ia hasil kerja keras dan didorong rasa tanggungjawab untuk memberikan kehidupan yang lebih terjamin buat isteri dan tiga orang anaknya yang sedang membesar ketika itu.Semuanya bermula selepas anak kelahiran Kampung Kanchong Darat ini memutuskan untuk berhenti kerja selepas 12 tahun berkhidmat di sebuah kilang di Petaling Jaya bagi membuka perniagaan sendiri. Menurutnya, ketika itu pendapatan sebagai pekerja kilang tidak mencukupi untuk menyara isteri dan tiga orang anak.

Bekas juru teknik itu memberitahu, beliau tidak pula menyerahkan nasibnya kepada takdir semata-mata selepas berhenti kerja."Isteri saya, Tuminah Kamsah banyak memberi galakan kepada saya untuk membuka perniagaan kerepek pisang tandan dan ubi kayu secara kecil-kecilan. Dapur memasak pula terdiri daripada tungku dan kayu api."Bermula dengan sebuah tungku, saya kemudiannya mempunyai 10 tungku. Tetapi kini, saya lebih selesa menggunakan dapur gas,'' katanya kepada Kosmo!.Ketekunan dan kegigihan mengusahakan perniagaan kerepek ubi kayu ini kemudiannya mendapat perhatian orang ramai di sekitar kampungnya dan kampung berhampiran.


MAHMUDIN ABAS


"Daripada sebuah kuali, saya tambah dua lagi kuali besar untuk menggoreng bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat," katanya.Usaha-usaha pemasaran dilakukannya sendiri. Tanpa perasaan segan dan malu, beliau menemui pengusaha kedai di lebuh raya, stesen minyak serta pasar raya mini untuk memasarkan kerepek ubinya.

Bagi menjamin bekalan ubi kayu yang mencukupi, Mahmudin menanam pokok ubi sendiri di tanah terbiar sekitar kediamannya. Di samping itu, beliau juga membelinya daripada pembekal-pembekal lain yang mengeluarkan ubi kayu yang bermutu tinggi.Menurutnya, pokok ubi yang ditanam di sekitar rumahnya adalah daripada jenis yang menghasilkan ubi berwarna kuning yang sememangnya sesuai dijadikan kerepek."Untuk mendapatkan hasil ubi yang baik, pokok-pokok ini perlu dijaga dan dibaja. Baja yang saya gunakan ini diimport dari luar negara.

"Pokok ubi kayu mengambil masa kira-kira lapan hingga 10 bulan sebelum boleh dituai. Justeru itu, saya menanam secara berperingkat supaya bekalan ubi diperoleh sepanjang tahun," jelasnya sambil menyatakan, beliau mendapat keyakinan dan kepercayaan pembekal lain yang sentiasa menyalurkan bekalan tanpa sebarang masalah.


KILANG milik Mahmudin dilengkapi dengan mesin memotong, menggoreng dan mengering kerepek.


Tambahnya, faktor cuaca menjadi antara cabaran hebat yang perlu ditempuhi untuk menjamin bekalan mencukupi daripada pembekal."Persaingan semakin hebat kerana semakin ramai menceburi perniagaan makanan ringan ini. Ini ditambah pula dengan harga barangan seperti diesel, minyak masak dan plastik pembungkus yang telah meningkat," ujarnya.Dalam pada itu, Mahmudin memberitahu, aspek pemasaran juga penting dalam perniagaan."Katakan, saya berjaya menghasilkan makanan yang sedap tetapi kalau saya tidak tahu memasarkannya, produk saya hanya dapat dijual di keliling kampung atau kedai runcit yang kecil sahaja.

"Tetapi kalau saya bijak memasarkannya, saya boleh boleh pergi jauh sampai ke luar negara dan alhamdulillah, kerepek keluaran syarikat saya kini boleh dinikmati masyarakat antarabangsa."Ini kerana hotel-hotel terkemuka di ibu kota turut menjadikan kerepek sebagai makanan ringan dalam senarai menu hariannya," ujarnya.ahmudin yang tidak mempunyai pendidikan formal mengenai perniagaan, berkata, kejayaan beliau sudah tentunya boleh menjadi contoh generasi muda hari ini.

SEBAHAGIAN daripada pekerja menggoreng keropok jejari ubi.


Ternyata Mahmudin mempunyai falsafah perniagaannya sendiri yang boleh dijadikan panduan.

"Kalau hendak berniaga, kenalah ramah dengan orang. Pelanggan adalah tuan, tidak mengapa kalau kita merendah diri. Kerja juga mesti bersungguh-sungguh, jangan fikir hendak rehat banyak."Masa itu penting. Pada awal perniagaan dulu, saya dan isteri bekerja sampai pukul 12 malam, setiap hari. Semua pekerja sudah balik ke rumah tetapi kami berdua masih bekerja," katanya yang mendirikan sebuah kilang yang dilengkapi mesin memotong, menggoreng dan mengering kerepek.Sehingga kini, perusahaan Fazz Enterprise menghasilkan kira-kira 77 jenis makanan ringan. Untuk kerepek ubi kayu, di samping perasa masin, terdapat juga beberapa perasa lain.


SEORANG pekerja membersihkan kepingan ubi yang telah dipotong.


Antaranya ialah perasa pedas kering, pedas basah, manis, tawar lemak, barbeku (BBQ), selain turut menghasilkan kerepek jejari ubi.Makanan ringan lain termasuklah kerepek pisang, rempeyek, kerepek kentang, keropok kacang dal, keropok keju, kacang rani, bahulu Kemboja, bangkit kelapa dan lain-lain lagi.Makanan ringan ini dipasarkan di bawah jenama kerepek 7F yang diambil sempena nama anak-anaknya. Makanan ringan keluarannya juga dijual di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan pantai timur melalui ejen-ejen perniagaan.Setelah bertahun-tahun mengusahakan perniagaan kerepek dan menikmati kejayaan, apa perancangan Mahmudin seterusnya?"Sekarang, saya hanya bertindak sebagai penasihat. Isteri saya membantu menjaga kualiti produk dan saya berharap, anak-anak akan meneruskan usaha saya ini."Manakala kilang baru yang menelan perbelanjaan kira-kira RM780,000 diharap dapat disiapkan secepat mungkin. Ini penting kerana kilang yang ada sekarang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan," ujarnya.


UBI KAYU mengambil masa kira-kira lapan hingga 10 bulan sebelum boleh dituai hasilnya.


Aidilfitri tambah rezeki

RAMADAN dan Syawal biasanya dilihat sebagai masa paling sesuai untuk usahawan kecil mahupun yang telah berjaya menambah pendapatan.Ini kerana permintaan terhadap produk tertentu seperti kerepek meningkat sepanjang musim perayaan.Perusahaan Fazz Enterprise turut meraih pulangan berlipat kali ganda menjelang sambutan Aidilfitri pada setiap tahun.

Fazzly Mahmudin, 30, salah seorang anak kepada usahawan kerepek, Mahmudin Abas, mengikut jejak langkah ayah kesayangannya apabila beliau menunjukkan minat untuk membantu perniagaan kerepek ayahnya yang mendapat sambutan hangat di Kuala Langat.“Apabila tiba Ramadan, permintaan orang ramai akan melonjak tinggi dan kami terpaksa melipat gandakan pengeluaran bagi menampung permintaan yang luar biasa menjelang Hari Raya.“Jika pada hari biasa, kami hanya mengeluarkan dua tan kerepek sehari tetapi menjelang Hari Raya, jumlah pengeluaran ditingkatkan beberapa kali ganda,” katanya pada Kosmo!.


PELBAGAI jenis kerepek jenama 7F dijual di kedai runcit di seluruh negara.


Menurut Fazzly, syarikatnya agak beruntung kerana tidak perlu bersusah payah membuat promosi kerana pelanggan akan datang sendiri ke rumah atau menelefonnya untuk membuat tempahan.“Para pelanggan bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar, sebaliknya ada yang datang dari luar Selangor. Mereka sanggup meredah perjalanan yang jauh semata-mata mahu mendapatkan kerepek kami.“Kebanyakan mereka menempah dalam jumlah yang banyak kerana tidak sempat membuat kuih raya gara-gara kesibukan bekerja.“Dengan bantuan pekerja seramai 30 orang dan mesin-mesin, saban tahun kami dapat memenuhi permintaan pelanggan walaupun terpaksa bekerja dari pagi sehingga lewat petang. Pada masa yang sama, kami juga perlu melayan mereka yang berkunjung ke kedai sepanjang bulan Ramadan ini,”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments