KopieSatu jenama semakin popular.


(dari kiri) Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Sharif Abdul Aziz bersama Ahmad Shafeez Ibrahim, Shikh Maidin Abdul Kadir dan Badruddin Amiruldin pada pelancaran pengedaran KopieSatu di Restoran Seri Bidara, Petaling Jaya baru-baru ini.


KOPI merupakan minuman yang dinikmati di seluruh dunia. Kenikmatan minuman ini dikongsi bersama oleh semua orang daripada pelbagai negara dan budaya.

Menurut edisi 2010 Laporan Statistik Kopi, minuman ini berada di belakang petroleum sebagai komoditi paling banyak di urusniaga di dunia, iaitu lebih kurang 400 bilion cawan diminum setiap tahun.

Minat terhadap kopi sudah menapak di Malaysia sejak sekian lama. Jenama kopi tempatan sudah lama memenuhi pasaran.

Namun kini, ia diperkuatkan lagi dengan kehadiran jenama-jenama antarabangsa selain kopitiam yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

Tarikan terhadap kopi kerana bau harum biji kopi yang baru digiling selepas direndang dengan dicampur gula, marjerin dan tepung.

Selepas itu, ia dibancuh menjadi kopi yang pekat dan dihidangkan dengan cawan-cawan tembikar.

Sementara warga desa dan peminat kopi veteran berpuas hati dengan keenakan kopi tanpa mengendahkan jenama di samping kurang memberi perhatian kepada persekitaran untuk menikmati kopi, penduduk bandar-bandar - khasnya golongan muda ada cita rasa tersendiri.

Mereka suka bergaya - beratur panjang di francais-francais kopi seperti San Francisco, Gloria Jeans, Starbucks, dan Coffee Bean, yang menawarkan pelbagai jenis kopi berjenama bersama pelbagai perisa eksotik.

Pelanggan mewah ini kini mempunyai satu pilihan jenama tempatan iaitu KopieSatu, satu adunan kopi premium istimewa yang cipta oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), yang semakin boleh dilihat di bistro dan kafe popular di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Bagaimana ia bermula?

Pada 1974, semasa industri kopi menghadapi kesukaran, FAMA membuka sebuah kilang kopi di Banting, Selangor, yang membawa harapan bagi penanam kopi di Kedah, Selangor dan Johor.

Kilang itu membeli kesemua biji kopi Liberica yang dikeluarkan oleh warga tempatan, bersama biji kopi Robusta yang dimport dari Indonesia dan memprosesnya menjadi serbuk kopi yang diedarkan ke kedai-kedai kopi di seluruh Semenanjung.Operasinya kemudian diperluaskan dengan mengeluarkan uncang kopi Anggerik 3-in-1 menggunakan biji kopi robusta yang ditanam di Sabah dan Sarawak.KopieSatu adalah hasil ilham mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mahu melihat satu jenama tempatan bersaing dengan tawaran kopi istimewa yang didominasi oleh francais asing di negara ini.Kopi istimewa itu pula boleh dikatakan tidak berdasarkan adunan daripada sejenis biji kopi sahaja.Amalan lazim ialah mengadun biji kopi berlainan yang berlawanan rasa untuk mendapatkan rasa yang lebih lembut.

Proses adunan, yang kini telah menjadi satu seni, mewujudkan rasa yang lebih hebat daripada setiap satu jenis kopi yang diadun itu.“Walaupun biji Arabica adalah yang terbaik dan menawarkan rasa yang kaya dan berperisa tinggi, rahsia dalam menghasilkan rasa yang unik dan tersendiri bergantung kepada proses adunan dan teknik rendang”, kata Pengerusi Hab Operasi KopieSatu, Shikh Maidin Abdul Kadir.Katanya, mencari satu lagi kopi istimewa yang mempunyai perisa serta kualiti tersendiri merupakan tugas yang sukar.Ia mengambil masa hampir tiga tahun untuk mendapatkan formula bagi adunan yang tepat serta teknik merendang untuk menghasilkan KopieSatu”, tambah Shikh Maidin.

Akhirnya, KopieSatu, yang diadun daripada campuran tiga jenis biji kopi Arabica yang diimport dari Indonesia, pertama kali muncul pada 2003 bersama enam menu kopi.

Perkenal rasa kepada orang ramai

KopieSatu diperkenalkan kepada umum di konvensyen-konvensyen kebangsaan dan peringkat negeri serta pameran seperti Hari Petani, Penternak dan Nelayan (HPPNK).

Untuk mengukur penerimaan antarabangsa, minuman itu juga dihidangkan pada acara sukan bermotor antarabangsa dan acara-acara sukan, termasuk pameran antarabangsa seperti acara dwi-tahunan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan baru-baru ini.Di ibu pejabatnya, FAMA menjalankan sesi ujian rasa bersama pakar-pakar perasa kopi dan para diplomat untuk mendapatkan pendapat mereka berhubung perisa, warna dan aroma pelbagai kopi istimewa. Minuman ini menerima sambutan baik daripada mereka.Hasil daripada penyelidikan insentif dan pembangunan produk, KopieSatu kini dihidangkan dalam 23 menu dengan slogan Good taste that comes to you (Rasa hebat yang datang kepada anda)

Galak penyertaan bumiputera

“Sebagai satu inisiatif untuk membangunkan sebuah pasaran bagi kopi Malaysia dan menggalakkan industri pertanian tempatan, KopieSatu merupakan platform paling baik untuk menceburi industri kopi bagi usahawan Bumiputera yang terbabit dalam industri kecil dan sederhana,” kata Pengerusi FAMA Datuk Paduka Badruddin Amiruldin di pelancaran pengedaran KopieSatu di Restoran Seri Bidara di Bandar Sunway, baru-baru ini.

Restoran Seri Bidara merupakan kedai makan pertama menawarkan keseluruhan 23 menu KopieSatu. Pemiliknya, Ahmad Shafeez Ibrahim, 23, berkelulusan diploma dalam Pengurusan Perniagaan dan Seni Masakan, merancang untuk membuka lima lagi kedai kopi yang sama dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam perniagaan KopieSatu, FAMA telah menyediakan tiga mod penyertaan yang disediakan khusus untuk memenuhi keperluan berbeza bagi mereka yang berminat dalam perniagaan minuman kopi.Mereka yang baru mahu bermula mempunyai pilihan sama ada untuk melabur dalam satu warung tetap yang memerlukan pelaburan sebanyak RM35,000, atau pelaburan RM150,000 bagi karavan bergerak.Selain daripada kiosk atau kenderaan bermotor dan pengubahsuaian bagi karavan; kos itu turut mengambil kira pakaian seragam, mesin untuk bru kopi, peralatan lain, dan latihan intensif seminggu bagi dua orang, yang dijalankan di Pusat Hab Operasi KopieSatu FAMA di Puchong.

Mereka yang sudahpun mempunyai kedai hanya perlu melabur RM30,000 bagi peralatan, pakaian seragam serta latihan sebelum mereka boleh menghidangkan KopieSatu di permis perniagaan mereka.Bukan seperti jenama kopi gourmet yang lain, usahawan KopieSatu tidak dikenakan bayaran deposit francais yang tinggi.

Untuk memastikan setiap bru itu unggul dan kepuasan pada setiap cawan, kesemua kedai KopieSatu dilengkapi secara profesional Mesin Espresso Mairali yang dikilangkan di Singapura di bawah lesen Quality Espresso di Sepanyol. Bersama pakej pelaburan yang menarik ini, FAMA telah menetapkan sasarannya untuk mewujudkan 50 orang usahawan KopieSatu menjelang hujung tahun ini.

Dalam gaya hidup pesat hari ini, menikmati segelas kopi panas yang menyegarkan sambil membaca buku, mendengar muzik yang diminati atau berbual bersama rakan-rakan karib; mungkin sesuatu yang begitu hebat rasanya. Dengan lebih ramai pengguna menemui tahap kualiti dan perisa pada KopieSatu, banyak pertanyaan diterima daripada pelabur dan usahawan yang berminat.

Selain itu operasi peruncitan sedia ada merentasi kawasan-kawasan perumahan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang; termasuk agro-bazaar di kawasan R&R di sepanjang lebuh raya PLUS, FAMA telah menerima permintaan daripada Terengganu, Kelantan, Johor dan Sabah.

Terdapat rancangan untuk memperkenalkan KopieSatu di luar negara. Menurut Shikh Maidin, rundingan untuk memulakan sebuah kedai Kopiesatu di Perth, Australia sedang dijalankan.

“FAMA akan mencari jalan bersama Perbadanan Pembangunan Pelancongan (TDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk menggunakan kelebihan daripada Kempen Global Dapur Malaysia dan memperkenalkan KopieSatu di arena antarabangsa”, kata Badruddin.

Sementara itu, mereka yang berminat untuk menjadi usahawan KopieSatu boleh sama ada menghubungi terus ibu pejabat FAMA di 03-61262020 atau Pusat Operasi Hab FAMA di Puchong Jaya di 03-58824172. – BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kopi Gantang warisan asli.


SERBUK kopi yang telah diproses dibungkus mengikut kandungan berat yang berbeza menggunakan mesin khas.


APA pun jenamanya, apa juga campuran dalam setiap ramuan, kopi mempunyai kumpulan penggemar tersendiri. Keunikan rasa dan aromanya telah menjadikan ia sebagai minuman yang sangat popular di seluruh dunia.

Malah, khasiat kopi yang kaya dengan bahan antioksida turut menambahkan keistimewaan minuman harian berkenaan.

Kesempurnaan dan kelazatan rasa kopi sebenarnya dipengaruhi oleh teknik pemprosesannya seperti memanggang, menggoreng, mengisar dan diadun bersama-sama bahan-bahan penambah perisa.

Justeru, banyak syarikat perusahaan minuman itu berusaha mencari formula terbaik untuk menghasilkan ramuan kopi yang lain daripada lain.

Di sebalik kemunculan pelbagai jenama kopi di pasaran, kita tentunya pernah menyedari satu jenama tempatan dikenali sebagai Kopi Gantang yang semakin mendapat perhatian terutama di utara tanah air.

Kopi ini unik kerana dihasilkan secara tradisional menggunakan arang. Kopi Gantang sebenarnya telah mula dihasilkan secara kecil-kecilan sejak tahun 1990.

Menurut pengusahanya, Mohamad Hasan Mohamed Rawther, 45, sebelum memulakan perniagaan tersebut, dia telah berkerja di sebuah kilang kopi Cap Songkok di Baling, Kedah selama enam tahun bermula tahun 1984.

‘‘Bermula dari situ, pada tahun 1990 saya mula terfikir untuk cuba menghasilkan ramuan kopi dengan resipi sendiri. Waktu itu, semua proses dijalankan secara tradisional.

‘‘Serbuk kopi yang siap diproses akan dibungkus dalam pek seberat 150 gram sebelum dijual menggunakan motosikal di sekitar kawasan kampung dengan harga seringgit satu paket,’’ katanya ketika ditemui di kilangnya di Baling, Kedah baru-baru ini.

Selepas tiga tahun, Mohamad Hassan yang berasal dari kampung Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah kemudian mendaftarkan syarikat perusahaan kopinya di bawah nama Gantang Enterprise.

Dengan bermodalkan RM1,500, dia membeli beberapa peralatan sokongan untuk membantu aktiviti perusahaan kopinya di bangunan kilang sementara di Kampung Kuala Pegang, Baling.

Pada tahun 2002, kilang kopinya berpindah ke kawasan tapak tetap seluas tiga ekar di Kampung Mengkuang Hujung, Baling.

Melihat sambutan pasaran yang memberansangkan, pada tahun 2009, Mohamad Hassan telah membuat pinjaman modal sebanyak RM20,000 daripada Agrobank menerusi Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M) dan RM50,000 pada tahun 2010.

Kini, kilangnya telah mempunyai beberapa peralatan utama seperti empat kuali menggoreng, dua buah mesin pengisar dan dua mesin pembungkus.Bagi bekalan biji kopi pula, Mohamad Hassan menggunakan jenis Robusta yang diimport dari Indonesia selain diperolehi daripada penanam tempatan.‘‘Sebelum ini saya pernah cuba untuk menanam sendiri kopi tetapi ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.‘‘Lebih mudah membelinya melalui orang tengah terutama daripada Indonesia dengan harga RM5,000 untuk satu kontena,’’ katanya yang mempunyai lapan orang anak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Virtual Scope bantu usahawan IKS bina laman web promosi produk


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kesukaran usahawan tempatan untuk memasarkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) menjadi antara punca perniagaan tersebut kurang berjaya di negara ini.Rata-rata mereka yang terdiri daripada usahawan bumiputera tidak mahir memasarkan produk mengikut cara moden dan masih menggunakan kaedah pemasaran lama termasuk jualan rumah ke rumah.Justeru sebuah syarikat milik bumiputera, Virtual Scope Sdn. Bhd. tampil menawarkan perkhidmatan perisian untuk membantu usahawan IKS membina laman web bagi mempromosikan produk mereka sehingga ke peringkat global.Pengarah Eksekutifnya, Zawahir Abdullah berkata, dengan perkhidmatan perisian itu, usahawan IKS dapat membina laman web untuk mempromosi serta memasarkan produk keluaran mereka secara dalam talian.

''Kami telah mengenal pasti masalah utama usahawan IKS tempatan adalah tidak mahir dalam memasarkan produk mereka. Kebanyakannya tidak mahir membina laman web perniagaan untuk mempromosikan produk walaupun sedar ia merupakan medium pemasaran terbaik pada masa kini.

''Jadi, kami cuba membantu mereka dengan menawarkan produk berbentuk perisian komputer iaitu MyOwnWeb2u.com yang membantu menyediakan laman web perniagaan dengan mudah dan boleh dilakukan sendiri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zawahir, perisian yang dicipta oleh syarikatnya itu amat mudah digunakan kerana ia mengaplikasikan kaedah 'Do It Yourself' (DIY) yang menyediakan tapak laman web dan usahawan hanya perlu memasukkan maklumat serta gambar produk sahaja.Katanya, idea untuk membina perisian tersebut timbul apabila mendapati kebanyakan usahawan IKS tempatan terdiri daripada masyarakat kampung yang kurang mahir mengendalikan laman web.

''Pada zaman serba canggih yang segalanya boleh dilakukan menerusi Internet, usahawan IKS sepatutnya menggunakan peluang yang ada ini untuk meluaskan lagi perniagaan mereka sehingga ke peringkat global.''Kami membina perisian ini juga bagi menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Internet dapat digunakan sebagai medan bagi mempertingkatkan ekonomi dengan menjalankan aktiviti perniagaan secara dalam talian,'' jelasnya.

Beliau menyasarkan seramai 100,000 usahawan IKS akan menggunakan perkhidmatan tersebut tahun depan.Zawahir berkata, perkhidmatan perisian berharga RM365 itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Disember ini.Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkhidmatan tersebut boleh menghubungi Mohd. Rayus Abdul Rahim di talian 010-423772 atau Hasrol Amri Abu Yazid di talian 012-2592759.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Wujudkan segera Kementerian Perusahaan Kecil dan Sederhana.

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn. Bhd. (Komita) menggesa kerajaan agar mewujudkan segera Kementerian Perusahaan Kecil dan Sederhana sekiranya mahu melihat golongan usahawan kecil bumiputera berdaya saing dan maju di negara ini.Presidennya, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohammad berkata, langkah itu wajar kerana segala permasalahan yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera selama ini akan dapat ditangani dengan lebih efektif.

''Komita juga yakin dengan kewujudan kementerian itu, segala permasalahan golongan usahawan kecil sudah tentu dapat diatasi dengan lebih berkesan kerana ia mempunyai menteri dan juga agensi khusus di bawahnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau diminta mengulas komen Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan hari ini yang bangga dengan kejayaan Komita mempromosikan produk usahawan kecil di luar negara seperti di Perth, Australia baru-baru ini, walaupun tidak mendapat tempat di negara sendiri.Awang juga turut mempersoalkan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan produk-produk keluaran bumiputera adalah tidak bermutu, justeru ada antaranya gagal mendapat tempat di pasar raya besar.

Sambil menyokong ulasan Awang itu, Ahmad Dusuki juga menafikan perkara itu dan ini dibuktikan dengan pengiktirafan pihak kuarantin Australia yang cukup dikenali dengan peraturan ketatnya.

Beliau seterusnya berkata, cadangan mewujudkan kementerian itu adalah jalan terbaik kerana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum ini sebenarnya banyak membantu usahawan bumiputera sebelum ia dibubarkan.Sementara itu, Ahmad Dusuki menambah, sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula kelulusan lesen untuk mendirikan pasar raya besar atau pasar raya di negara ini.Beliau menegaskan, kelulusan lesen pasar raya yang tidak dikawal atas alasan pelaburan langsung asing (FDI) negara tidak boleh dijadikan alasan kerana kehadiran mereka tidak membantu PKS.''Tidak ada gunanya jika pasar raya besar dan pasar raya yang diberi lesen, tetapi kemudiannya menyisihkan produk usahawan kecil daripada memasuki pasaran, ini akhirnya tidak membantu usahawan PKS untuk memasarkan produk mereka," tegas beliau.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kerajaan agar membantu peniaga runcit bumiputera terutamanya di luar bandar dengan kursus kemahiran komunikasi dan menyediakan geran bagi meningkatkan sistem dalam kedai runcit mereka dengan peralatan komputer.

Sementara itu, Setiausaha Komita, Suriati Abd. Rahman berkata, komen Awang Selamat mengenai perkara itu ada kebenarannya dan diharapkan pasar raya besar di negara ini melihat sendiri pengiktirafan Australia terhadap produk bumiputera.Beliau juga berkata, kementerian yang dipertanggungjawabkan perlu memainkan peranan lebih proaktif membantu golongan usahawan PKS bumiputera yang kini semakin tidak bermaya.

''Kementerian terbabit perlu memainkan peranan kerana jika produk bumiputera diterima di negara asing, kenapa tidak di negara sendiri.''Saya rasa ada rakyat di negara ini tidak kenal pun produk kita sendiri," katanya yang memuji langkah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sentiasa membantu usahawan PKS bumiputera memasarkan produk mereka ke luar negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengkalan data usahawan Bumiputera diwujudkan

JOHOR BAHRU 12 Dis. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mahu mewujudkan pengkalan data yang komprehensif tentang usahawan bumiputera, kata Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.Menurutnya, pengkalan data yang tepat serta komprehensif akan digunakan untuk tujuan perancangan serta mengubal polisi bagi membangunkan usahawan bumiputera pada masa depan.Beliau berkata demikian di dalam teks ucapannya pada majlis penutup Program Transformasi Usahawan Bumiputera Berdaya Saing Peringkat Negeri Johor anjuran bersama MITI dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor di sini.Teks ucapannya dibacakan oleh penasihat MITI. Datuk Abdul Hadi Othman.MITI, katanya sedang memperkemaskan sistem pengurusan data bagi membantu pengutipan, penganalisaan dan penggunaan data dalam perancangan dan pembangunan dasar serta di dalam membuat keputusan.

"Program Tranformasi Usahawan Bumiputera Berdaya Saing merupakan satu Model Pembangunan Usahawan Bumiputera yang menjurus kepada menyediakan pengkalan data tahap daya saing usahawan bumiputera mengikut tahap tinggi, sederhana dan rendah yang mengambil kira dimensi usahawan," katanya.Beliau berkata kerajaan sangat memerlukan masyarakat usahawan bumiputera yang berdaya saing.Masyarakat usahawan bumiputera yang berdaya saing katanya, adalah satu Komuniti Perindustrian Usahawan Bumiputera yang komersial dan dinamik dengan jumlah dan bilangan yang besar serta berjaya menembusi pasaran global.Komuniti usahawan bumiputera yang berjaya perlu memiliki ciri-ciri seperti tahap ketahanan yang tinggi, mampu berdikari dan memiliki ketahanan dalaman tanpa bantuan kerajaan, kata Mustapa.Ia juga perlu bersaing dalam pasaran atas merit, kemampuan dan keupayaan sendiri tanpa bergantung kepada status atau keistimewaan bumiputera.Beliau juga mahu melihat usahawan bumiputera terus berkembang dengan mengambil peluang potensi-potensi baru dalam pertumbuhan ekonomi negara terutamanya di dalam sektor seperti industri, perdagangan dan perkhidmatan.

Selain itu, Mustapa berkata syarikat usahawan bumiputera perlu turut memberi tumpuan yang secukupnya kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memudahkan peralihan kepada aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi."Ini adalah penting supaya usahawan bumiputera turut memiliki kelebihan berbanding dengan pesaing, dari segi kualiti, inovasi dan daya tarikan produk dan perkhidmatan," katanya. - Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perlu kenal pasti peluang PKS

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Institusi sokongan Bumiputera perlu mengenal pasti peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera memain peranan penting dalam pembangunan 12 sektor dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) hari ini, hari ini berkata, pembangunan kapasiti dan kebolehan PKS harus diarahkan terhadap usaha memenuhi potensi mereka dalam 12 NKEA ini.

Katanya, keberkesanan institusi sokongan bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan lain-lain, perlu diperbaiki melalui rasionalisasi dan penyelarasan untuk mengurangkan duplikasi dan mencapai akauntabiliti yang besar.

Program pembangunan kapasiti dan kebolehan untuk tujuan kebolehmampanan, hendaklah terus diperuntukkan kepada PKS bumiputera dan bukan bumiputera berdasarkan prinsip-prinsip mesra pasaran yang sama.Menurut MPEN, strategi untuk melahirkan bumiputera PKS yang berdaya saing, perlu jelas dari peringkat permulaan.Untuk tujuan ini, MEB mencadangkan peruntukan perolehan oleh pihak Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (BCIC) perlu diteruskan, tetapi disasarkan kepada PKS bumiputera sahaja.

Katanya, PKS bumiputera perlu menjadi usahawan yang berdaya saing tinggi memandangkan peruntukan tersebut akan dikurangkan secara berperingkat apabila perolehan perbelanjaan kerajaan menurun selaras dengan keadaan fiskal kerajaan.

MPEN mengambil maklum mengenai Rancangan Malaysia ke-10 yang mengekalkan 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera sebagai sasaran pada peringkat makro.Sebahagian daripada tugas bagi mencapai sasaran pemilikan ini akan diberikan kepada badan tujuan khas seperti Ekuiti Nasional Bhd. (EKUINAS), PNB, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Urusan Tabung Haji, PUNB dan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.Menurut MPEN pendekatan baharu ini memupuk perbincangan mengenai peningkatan pemilikan harta yang melewati ekuiti korporat, termasuk aset-aset yang lain terutama aset nyata dan hartanah serta sumber kewangan terkumpul dan pelaburan oleh institusi.

Kerajaan memberi keutamaan kepada peningkatan penyertaan bumiputera dalam pekerjaan dan profesion yang berpendapatan tinggi,, kata MPEN.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mutabak Raja


SHEIKH Ahmad Dusuki Sheikh Mohammed menunjukkan murtabak raja sejuk beku keluaran syarikatnya di MAHA 2010, Serdang, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Dis - Murtabak raja terkenal di Kelantan tetapi mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama dan berpeluang merasai keenakannya.

Bersaiz besar dan mempunyai inti yang banyak, ia sememangnya menjadi makanan yang cukup popular di kalangan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Bagi mengembangkan populariti makanan itu ke serata Malaysia, Muslim Best Food Industries Sdn. Bhd, mengambil inisiatif menjadikannya sebagai produk sejuk beku yang mampu disimpan lama.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohammed, sejak dilancarkan kira-kira enam bulan lalu, produk yang mempunyai ketebalan dua inci dan berat melebihi 600 gram itu nyata membawa pulangan memberangsangkan.

"Paling membanggakan, sewaktu kami menyertai Karnival 1Malaysia Best di Perth baru-baru ini, semua 300 kotak yang dibawa habis dijual dalam masa hanya dua hari.

"Maklum balas diterima juga menggalakkan. Ia kerana kami amat mementingkan kualiti dengan menggunakan 100 peratus daging lembu tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerainya di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) dekat sini hari ini.Murtabak itu boleh dimiliki dalam tiga perisa iaitu sardin berperisa nanas, kari ayam dan daging lada hitam.

Sheikh Ahmad menambah, sempena MAHA 2010, pengunjung berpeluang membeli murtabak tersebut pada harga RM14 berbanding harga biasa RM16."Produk ini tidak dijual di mana-mana pasar raya dan ia hanya dijual melalui stokis kami di seluruh negara. Kami juga sedang mencari stokis baru dan jika ada yang berminat mereka boleh hubungi saya di talian 03-80622781," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nostalgia nasi lemak Tanglin


Restoran Nasi Lemak Tanglin yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.


SENARIO orang beratur panjang untuk membeli nasi lemak Tanglin pada setiap pagi menjadi nostalgia manis bagi sebilangan warga Kuala Lumpur.

Nama nasi lemak Tanglin diperoleh daripada tempat ia dijual, iaitu Poliklinik Komuniti Tanglin. Terletak tidak jauh dari Bukit Aman, Masjid Negara dan Sekolah Menengah Perempuan Methodist.

Ia cukup popular bukan saja di kalangan mereka yang bekerja atau tinggal berdekatan. Malah, ada yang datang sejauh Petaling Jaya, Shah Alam, Selayang dan sebagainya.Sekali pandang nasi lemak Tanglin sama sahaja seperti nasi lemak lain. Tetapi bagi yang mencubanya dapat merasakan kelainan pada sambal tumis yang cukup enak.Sambal tumisnya dimasak lama antara tiga atau empat jam sehingga bawang hancur dan sebati dengan kuah serta warnanya berubah menjadi merah kehitaman.Apa yang pasti, nasi lemak ini merupakan resipi tradisional pengasasnya, Suryati Jawirunnah sejak ia pertama kali dijual sekitar tahun 1948 di Kuala Lumpur.

Kini perniagaan tersebut telah diambil oleh anak-anaknya. Nasi lemak Tanglin masih lagi dijual secara tradisional di gerai di Tanglin pada waktu pagi.

Oleh kerana ramai yang membeli maka ia cepat habis.

Bagaimanapun kini penggemar nasi lemak tersebut boleh menikmatinya pada bila-bila masa selepas pembukaan Restoran Nasi Lemak Tanglin di Bangsar (berhadapan Bangsar Village).

Restoran milik Norain Abdul Jalil itu baru dibuka sejak bulan Februari lalu dan merupakan rakan niaga bersama anak Suryati, Zainal Abidin Hassan yang bertujuan untuk mempopularkan lagi nasi lemak Tanglin.

Pengurus restoran, Eizham Zulkifli berkata, lauk-pauk nasi lemak yang dijual di restorannya itu masih dimasak sendiri oleh Zainal Abidin dan akan dihantar ke restoran setiap hari. Cuma nasi lemak sahaja yang dimasak di restoran.

‘‘Keistimewaan nasi lemak ini adalah sambal ikan bilisnya. Apabila pelanggan membeli, sambal ini akan dicampurkan sekali dengan kuah hitam daging. Itu yang membuatkannya begitu sedap.‘‘Rasa sambal ini memang konsisten dan tidak berubah-ubah. Pelanggan memang sukakan sambal tersebut,’’ katanya yang menerima pelanggan pelbagai kaum.Selain sambal, terdapat banyak lagi lauk lain seperti sotong, rendang daging, rendang ayam, ayam goreng, limpa berlada, bergedil, sambal kerang dan paru goreng.Selain nasi lemak terdapat juga bermacam jenis makanan lain seperti mi rebus, kuay teow, asam laksa dan pelbagai jenis snek, makanan pencuci mulut, sup dan minuman yang menyelerakan.

Restoran yang mula dibuka sejak pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah malam itu mengenakan harga yang amat berpatutan.Nasi lemak biasa dijual pada harga RM4.50, nasi lemak paru goreng RM9.45, nasi lemak sambal kerang RM10.45 dan nasi lemak rendang ayam atau daging RM12.45.Jika ditambah dengan lauk-pauk lain, harganya ditambah sedikit lagi dan hidangan ini memang cukup mengenyangkan dan memuaskan hati.Terdapat juga hidangan kombo, iaitu nasi lemak dengan satu lauk dan minuman teh limau cuma berharga RM10.Begitu juga kombo mi dan minuman teh limau yang berharga sama. Bagi kombo roti bakar hainan dengan telur setengah masak dan teh tarik atau kopi berharga RM5.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Siri jelajah Forest Secret Terengganu dilancar.


Mohamed Awang Tera (empat dari kiri) menyempurnakan pelepasan kenderaan jelajah Forest's Secret Terengganu Roadshow di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Cakna Sdn. Bhd. yang memiliki jenama rangkaian kedai serbaneka 24 jam, T'Shoppe akan menjalinkan kerjasama pasaran dengan pengeluar produk herba, Forest's Secret Sdn. Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, ia merupakan satu langkah yang dapat memperluaskan pasaran lebih 240 produk syarikat berkenaan melalui premis-premis runcitnya.

Cakna, sebuah anak syarikat Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) milik kerajaan negeri mempunyai rangkaian kedai di hampir seluruh daerah di negeri ini.

''Cakna dalam masa yang sama juga memiliki 51 peratus pegangan saham dalam Forest's Secret.

''Jalinan ini bakal memberi peluang kepada kedua-dua perniagaan bekerjasama dalam membentuk satu rakan niaga yang lebih berjaya pada masa akan datang," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan 'Forest's Secret Terengganu Roadshow' di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Malaysia International Franchise Sdn. Bhd., Datuk Shalimin Shaffie, Pengurus Besar Forest's Secret, Intan Hyriatee Mohd. Zawai dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik.Program 22 hari ini antara lain bertujuan untuk mempromosi dan mencorakkan kesedaran umum terhadap produk-produk keluarannya di samping memperluaskan rantaian pengedaran melalui program francais mikro.Siri jelajah ke seluruh negeri ini dijayakan dengan kerjasama YPU, Pusat GiatMara, Bank Rakyat dan Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA).

Forest'Secret yang diperkenalkan pada 2007 merupakan jenama herba terbaik dari hutan hujan tertua di dunia yang menawarkan kepelbagaian pilihan produk berasaskan sumber semula jadi.

Ia merangkumi kosmetik warna, penjagaan badan dan kulit, makanan dan minuman kesihatan, aromaterapi dan spa.

Dalam masa tiga tahun beroperasi, syarikat ini mempunyai lapan buah premis, lima daripadanya di Lembah Klang dan setiap satu di Johor Bahru, Melaka dan Kuala Terengganu.

Bersandarkan kualiti produk, Forest'Secret telah menerima anugerah jenama terbaik dalam kategori penjagaan badan dan kulit untuk tiga tahun berturut-turut bermula dari 2007 hingga 2009 oleh Brand Laureatte.Sementara itu, Pengurus Besar syarikat berkenaan, Intan Hyriatee Mohd. Zawai berkata, program ini juga bakal melatih usahawan-usahawan francais mikro yang akan menyokong perkembangan produk Forest's Secret di negeri ini."Pelancaran ini merupakan Program Francais Mikro pertama di negara ini yang bakal memberi peluang kepada usahawan tempatan yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri dengan mudah.

"Dengan modal permulaan sebanyak RM3,000 yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS), lebih ramai usahawan dapat dilatih khususnya di kalangan wanita muda," jelasnya.Serentak dengan siri jelajah ini juga, pasukan promosi 'Forest's Secret Mobile' turut dilancarkan dengan kerjasama media iaitu Utusan Malaysia dan Terengganu.fm serta melalui interaktif khidmat pesanan ringkas (SMS).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Batek Tulen Terengganu.


Mohamed Awang Tera (tengah) melihat logo bagi batik tulen Terengganu sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan, Azmi Razik (kanan) dan Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, Zahir Ahmad (kiri) pada perasmian Festival Songket, Batik dan Kraf Terengganu 2010 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Batik keluaran usahawan negeri ini pada masa depan akan dikenali melalui logo Batik Tulen Terengganu sebagai bukti ia penghasilan sebenar anak negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, ia bagi memudahkan pelanggan dalam dan luar negara mengenal pasti produk negeri ini.

''Ia bagi membezakannya dengan begitu banyak produk yang dibawa masuk dari negeri lain atau negara luar agar pelanggan tidak terkeliru," katanya.

Katanya, produk batik Terengganu yang terbaik di negara ini sering menjadi tarikan dan pilihan pelanggan sehingga ada produk dari luar yang dijual di negeri ini dikatakan keluaran tempatan bagi melariskan ia.

Menurut beliau, dalam usaha mengekalkan identiti dan imej produk negeri ini, pihak kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dengan kerjasama Persatuan Pembatik Terengganu menggunakan logo atau cop pada produk keluaran ahli.Malah katanya, penggunaan logo itu boleh merangsang usahawan tempatan terus berusaha meningkatkan imej produk mereka dan sekali gus memperluaskan pasaran.Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Festival Songket, Batik dan Kraf Terengganu (Fesbak 2010) di Pusat Dagangan Terengganu di sini hari ini. Turut hadir timbalan beliau, Datuk Rosol Wahid.Logo itu dilancar dan diperkenal kepada umum sempena majlis itu.

Fesbak selama 11 hari itu merupakan program kali keenam anjuran kerajaan negeri sebagai tanda komitmen kerajaan negeri memperkasa dan memartabatkan lagi industri tekstil dan kraf warisan negeri.Beliau juga menarik perhatian, bahawa penggunaan logo bagi menunjukkan ketulenan produk akan turut diperluaskan kepada hasil songket kelak.''Sekarang ini, berlaku lambakan songket dari negara-negara yang dipasarkan dengan harga begitu rendah dan memberi saingan terhadap perusahaan tempatan.''Dalam keadaan itu, kita kalah. Namun mutu produk tempatan jauh lebih tinggi setimpal dengan hasil pembuatan dan reka coraknya," kata beliau.Di samping itu, katanya, dalam usaha menerobos pasaran luar negara dan menjadikan produk batik serta songket sebagai suatu fesyen lebih global, usahawan tempatan perlu bersifat kreatif.

Katanya, dalam rangka promosi di Eropah tidak lama dulu, beberapa syarikat fesyen ternama dunia menunjukkan minat untuk berkerjasama apabila melihat produk yang dibawa.''Namun reka corak perlu disesuaikan dengan cita rasa masyarakat di negara-negara berkenaan termasuk dengan mengambil kira kecenderungan pilihan yang berubah mengikut musim.''Bagaimana mereka mengingatkan betapa perlunya kita terus mengekalkan keadaan pembuatan tradisional kerana hasil kerja tangan melambangkan keunikan tersendiri.

''Jika kita terus kekal dengan reka corak lama dan tidak peka dengan citarasa, mereka mengingatkan bahawa kita tidak akan berjaya," katanya.Sementara itu ketika berucap pada majlis tersebut, beliau berkata, aspek pemasaran dan penjenamaan masih menjadi hambatan bagi mengembangkan industri tekstil.''Kita tekah meninjau banyak negeri dan negara bagi meneliti produk-produk seperti yang dihasilkan di negeri ini dan terbukti, produk kita lebih baik," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Anwar bukan Aung San Suu Kyi


TULISAN Motte mengenai Anwar yang dimuatkan dalam blog The New Ledger. Gambar kecil Suu Kyi.


LAGAK pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti akan menarik perhatian setiap kali beliau membuat lawatan ke luar negara.

Baru-baru ini beliau membuat kunjungan ke Australia dan sekali lagi Anwar menunjukkan beliau semakin terdesak untuk mencari sokongan dari negara luar.

Menurut sebuah rencana yang ditulis oleh Rachel Motte dalam sebuah blog yang dikenali sebagai The New Ledger, Anwar berada di Australia minggu ini dan berucap mengenai keadilan sosial, demokrasi dan masalah perundangan yang dihadapinya.

Menurut Motte, Anwar turut menyatakan pandangan tentang pembebasan pemimpin pembangkang di Myanmar Aung San Suu Kyi, dimana pembebasan itu tidak memberi apa-apa makna sehinggalah Suu Kyi dibenarkan kembali memimpin negara itu.

"Anwar nampaknya telah menggunakan isu pembebasan Suu Kyi untuk mengaitkan dengan masalah politiknya dengan mendakwa Asutralia sepatutnya lebih lantang bersuara dalam kekejaman yang berlaku di Myanmar dan Malaysia," tulis Motte.

"Menurut beliau dalam satu kenyataan Anwar telah menyatakan, "Saya merasakan kerajaan Australia telah mendapat pandangan yang silap jika terus bersikap seperti ini... Saya tidak mencadang anda (kerajaan Australia) perlu campur tangan, tapi anda perlu melahirkan pandangan, anda perlu mempromosikan masyarakat sivil, sebagai asas demokrasi yang penting, anda mempunyai tugas yang perlu dilakukan...

"Saya berpandangan isu seperti demokrasi, hak asasi manusia, pelaksanaan undang-undang, ia bukanlah perkara yang anda boleh ketepikan, kata Anwar.

Ujar Anwar lagi, "Saya pasti sangat berterima kasih kepada Menteri Luar Kevin Rudd, yang sudi meluangkan masa dan kami telah berbincang tentang perkara bermanfaat dalam isu berkait dengan kedua-dua negara dan sudah tentu termasuk kesusahan dan masalah yang berlaku kepada saya.

Perhatian

"Saya akan terus memberi keutamaan bahawa anda perlu terus memberi perhatian tentang isu seperti kebebasan dan hak asasi manusia. Ia adalah menjangkaui kes peribadi Anwar," katanya.

Berdasarkan penilaian Motte, masalahnya di sini adalah ia merupakan kes peribadi Anwar dan adalah sangat berbeza apa yang berlaku terhadap Suu Ky,i malah lanskap politik Malaysia dan Myanmar tidak langsung mempunyai persamaan.

Ujar Motte, Suu Kyi pernah dinobatkan dengan Anugerah Nobel pada 1991 atas usaha perjuangan tanpa keganasan untuk demokrasi dan hak asasi manusia di Myanmar. Ayah beliau, Aung San yang terlibat dalam proses perundingan kemerdekaan Burma dari jajahan British pada 1947, telah dibunuh oleh musuh politiknya ketika Suu Kyi berumur dua tahun.

"Apabila ibunya yang berkhidmat sebagai duta meninggal dunia pada 1989, Suu Kyi telah menghambakan diri dalam memperjuangkan demokrasi seperti mana keluarganya. Beliau aktif dalam pergerakan pro-demokrasi di Myanmar yang kemudian mengakibatkan Suu Kyi dikenakan tahanan rumah pada 1989 tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan dilakukan.

"Bagaimanapun di sebalik kesukaran yang dihadapi, partinya telah memperoleh majoriti yang besar dalam pilihan raya 1990 malah berpeluang menjadi Perdana Menteri jika pihak tentera tidak campur tangan,: kata Motte.

Katanya lagi, Suu Kyi yang dibebaskan dari tahanan rumah pada 13 November lepas telah menderita akibat dikenakan tahanan rumah dalam tempoh 15 tahun dari 21 tahun lepas selain terpaksa berpisah dari keluarga. Beliau hanya berpeluang menemui suaminya Michael Aris sebanyak lima kali dalam 10 tahun terakhir sebelum kematiannya.

"Walaupun terdapat campur tangan dari tokoh seperti bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan dan Pope John Paul II, ia tidak mampu mengubah pendirian pihak junta supaya Aris diketemukan dengan Suu Kyi.

"Beliau juga telah terpisah sejak sekian lama dari dua orang anaknya selain terpaksa hidup dalam keadaan kesempitan dan kesusahan dan adakalanya tanpa bekalan elektrik," tulis Motte..

Menggadai

Menurut Motte yang juga seorang blogger dan pernah menulis di CNN.com, Suu Kyi tetap memilih untuk hidup dalam keadaan sukar daripada menggadaikan usaha memimpin demokrasi di Mynmar malah pernah ditawarkan pembebasan sebagai pertukaran beliau ke luar negara. Namun semua usaha kotor ini ditolak.

"Jika ada sesiapa yang tersiksa dalam usaha menegakkan demokrasi, orang itu adalah Suu Kyi tetapi bukan Anwar. Beliau telah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan untuknya seperti faedah perbicaraan, sepasukan peguam, kemudahan kepada perhubungan media sama ada tempatan dan luar negara, memiliki parti politiknya sendiri malah berpeluang mengembara ke seluruh dunia tetapi tiba-tiba memberitahu rakyat Australia minggu ini bahawa peranannya perlu menjadi lebih jelas dalam memperjuangkan demokrasi..

"Jika tidak anda mempunyai kedudukan yang kukuh di Myanmar tetapi tidak dalam hal kekejaman di Malaysia," katanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)..

Ujar Motte lagi, Anwar tidak sama dengan Suu Kyi. Malah tindakan nya sebagai antara pengasas sebuah pertubuhan Global Muslim Brotherhood menunjukkan beliau sebenarnya menolak idea mengenai demokrasi tidak seperti Suu Kyi yang telah banyak berkorban untuk demokrasi.

Tulisnya, pada tahun 70-an dan 80-an ketika Suu Kyi sibuk dengan kerja-kerja yang mengakibatkan beliau dihumban ke penjara, Anwar pula berkhidmat pemegang amanah World Assembly of Asian Youth. The Pew Forum pula menggambarkan perhimpunan tersebut sebagai mempunyai hubungan dengan Muslim Brotherhood.

"Pada 2002, Suu Kyi telah mengambil peluang dari pembebasan sementara untuk menyambung kerja-kerja berkaitan pembebasan Myanmar.

"Manakala Anwar pula melalui International Institute of Islamic Thought (IIIT) telah dikenakan saman bagi pihak mangsa dan keluarga yang terkorban dalam peristiwa 9 September 2001, yang dilancar terhadap pertubuhan yang didakwa membantu dana kumpulan radikal Islam," tulis Motte yang juga graduan dari Biola University dan Torrey Honors Institute dalam pengajian Sejarah.

Menurut Motte, pada 2007, apabila Suu Kyi membuat kenyataan nasional media, yang pertama dalam tempoh empat tahun dari tahanan rumah, Muslim Brotherhood pula menamakan IIIT yang dikaitkan dengan Anwar dalam senarai ke 29, "pertubuhan kami dan pertubuhan untuk rakan kami" (our organizations and the organizations of our friends).

" Walaupun secara terang-terangan Anwar cuba menyamakan masalah politik dan perundangan yang dihadapinya di Malaysia dengan penyalahgunaan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Suu Kyi di Myanmar, namun tiada siapa pun boleh menyamakan mereka.

"Anwar dan Suu Kyi mungkin menjadi pemimpin pembangkang di negara masing-masing tetapi persamaan antara mereka hanya setakat itu saja," akhiri Motte.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Apa agenda ekonomi Melayu?

Saya mengajukan persoalan ini kepada orang Melayu dan juga keseluruhan rakyat Malaysia. Apakah agenda ekonomi orang Melayu? Soalannya ringkas tetapi jawapannya mungkin tidak semudah yang disangka.

Mencabar dan menguji keupayaan kita untuk berbicara mengenai sesuatu yang amat penting secara terbuka. Mungkin bukan sahaja orang Melayu, tetapi rakyat berbangsa Cina, India, dan lain-lain juga ingin tahu.

Bukan perkara asing lagi untuk semua rakyat Malaysia. Kedudukan ekonomi Melayu adalah perkara pokok dalam proses pembangunan negara. Sejauh mana kemajuan yang dicapai dianggap memuaskan sebahagian besarnya secara langsung atau tidak tertakluk kepada sejauh mana ia mampu melonjakkan status sosio-ekonomi orang Melayu. Apa tidaknya, asalnya Malaysia adalah Tanah Melayu. Sekitar 54 peratus penduduk Malaysia berbangsa Melayu.

Sejarah telah menempatkan orang Melayu dan beberapa bangsa yang lain sebagai masyarakat bumiputera tanpa mengenepikan hak rakyat Malaysia dari bangsa lain. Pastinya sebarang perubahan yang dilaksanakan semestinya mengambil perhatian yang besar kesannya ke atas orang Melayu. Tajuk ini tajuk negara. Ia wajar dibincangkan di pelantar utama di Putrajaya bukan sekadar di medan-medan kecil dan terpinggir. Semua rakyat Malaysia khususnya barisan pemimpin harus memahami, berasa selesa dan bertanggungjawab membincangkan tajuk ini.

Dalam setiap aspek pembangunan; sistem pendidikan, pembangunan industri, kemajuan wilayah, pembangunan keusahawanan, dasar kewangan, proses globalisasi dan sebagainya, penilaian bagaimana ia mengesani masyarakat Melayu sering menjadi pengukur penting, dalam menggubal dan membuat keputusan sama ada untuk diteruskan ataupun sebaliknya.

Begitulah hakikatnya rentak pembangunan negara kita. Tiada apa yang perlu diselindungi. Di samping konteks negara, polisi pembangunan sememangnya perlu dianalisis dalam konteks kemajuan bangsa Melayu. Adakah kita mempunyai kepakaran untuk melaksanakan penilaian ini? Secara sistematik dan profesional didasari pada asas ekonomi dan fakta yang kukuh.

Kesepakatan dalam pembangunan

Namun, ini bukannya lesen untuk membantutkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini bukan juga lesen untuk menghalang rakyat berbangsa lain dari terus melonjak ke hadapan. Dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia, semangat maju bersama mesti dipupuk dan dipegang kukuh. Perhatian utama ialah bagaimana kek ekonomi negara dapat diperbesarkan. Sebaik yang boleh semuanya menang belaka, Melayu suka, Cina gembira, India ceria, Kadazan girang, Iban riang.

Pengukuhan ekonomi negara memerlukan kesepakatan. Umpama dalam peperangan, yang nak ditewaskan musuh bukannya rejimen yang lain. Malaysia berhadapan dengan cabaran besar. Arus globalisasi dan kemajuan teknologi yang begitu pantas menghambat kita. Strategi perlu diatur segera. Sedar atau tidak, negara Vietnam yang dahulunya di tahun 1980 hampir tidak langsung ( 0 peratus) menerima pelaburan asing yang melabuh ke Asia Tenggara kini sudah menerima pelaburan asing yang hampir sama jumlahnya dengan jumlah yang diterima oleh Malaysia. Terkejut, gundah, pedih, risau, semuanya ada.

Malaysia kini di persimpangan yang amat penting. Model Baru Ekonomi (MEB) menjadi pertaruhan besar kita. Tahun 2020 hanya tinggal 10 tahun lagi, tempoh yang pendek bagi tujuan pembangunan. Sejarah mengatur medan politik negara berdasarkan kumpulan bangsa. Selagi ini medannya, maka wajarlah setiap bangsa mengatur strategi masing-masing tetapi bersyarat mesti seiring dengan strategi pembangunan negara. Kemudiannya diharmonikan agar jangan ada yang tertembak sesama sendiri. Mungkin ini satu cabang 1 Malaysia yang perlu digembelengkan.

Strategi 'co-opetition', berkerjasama dan bersaing secara serentak secara sihat baik untuk Malaysia. Dengan 53 tahun kemerdekaan, Malaysia sudah cukup matang untuk membangun secara majmuk, berkompromi dan memenuhi kehendak semua pihak secara saksama. Di sudut mata dunia, inilah antara keunikan dan kekuatan Malaysia yang disegani. Serata dunia kita menjaja Malaysia Truly Asia. Kalau ia berjaya untuk pelancongan, mengapa tidak untuk kemajuan semua bangsa. Jangan beremosi tetapi meletakkan fakta dan asas yang jelas bagi menterjemahkan sesuatu hasrat.

Ke manakah ekonomi orang Melayu?

Ke mana agaknya nak kita tuju? Apakah hasrat ekonomi orang Melayu? Apakah ukuran terbaik mengukur kejayaan ekonomi orang Melayu? Kalau ditanya sebahagian besar rakyat Malaysia, jawapannya, 30 peratus! Versi terkini ada pula yang kata 50 peratus, 60 peratus dan bermacam lagi. Benarkah kalau penguasaan ekuiti 30 peratus dicapai kita dianggap berjaya dan selesa? Bagaimanakah semua ini akan tercapai? Apakah strategi dan agenda kita? Masih tidak jelas. Apa pun pengiraan dan kewajaran di sebalik angka-angka peratusan penguasaan ekuiti ini, apa yang perlu dilaksanakan masih samar untuk diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan.

Kalau kita membina rumah tentu ada pelan dan susun atur pembinaannya. Sebelum mula membina kita sudah mula melakar dan membayangkan bagaimanakah bentuknya apabila siap nanti. Pembinaan dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat. Cepat atau lambat bergantung pada usaha kita. Mesti ada koordinasi yang baik. Tidak boleh dibina bumbung tanpa ada tiangnya. Tidak boleh dibina tiang tanpa ada tapaknya. Siapakah yang melakar pelan rumah ekonomi orang Melayu? Bagaimanakah rupanya rumah ekonomi orang Melayu yang hendak dibina? Siapa yang bertanggungjawab membina dan memantau pembinaannya? Di manakah tiang dan tapak rumah ekonomi orang Melayu?

Kita memerlukan satu pelan strategik yang komprehensif dengan terjemahan keberhasilan yang jelas, difahami dan disokong semua. Kita seharusnya mempunyai kesepakatan dalam pelan ini. Rumah ekonomi orang Melayu besar sifatnya-bagai istana. Banyak 'pekerja' yang terlibat-pendidik, usahawan, ilmuan agama, ahli sains dan teknologi, pakar kewangan, perancang pembangunan, pembina infrastruktur, aktivis budaya, dan sebagainya. Setiapnya berfungsi secara berbeza tetapi dengan pelan yang jelas kita mampu membina, memantau, menilai dan menyemak kemajuan sepanjang pembinaan istana ini. Tidaklah istana yang diharap tetapi pondok jadinya.

Agenda Strategik Ekonomi Melayu: Penyertaan-Pemilikan-Penguasaan (3P)

Dalam tempoh 53 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memberi impak yang besar kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Jangan dinafikan kemajuan yang dicapai. Hidup kita lebih selesa. Pada tahun 2009, pendapatan bulanan purata isi rumah bumiputera ialah RM3,624. Benar, dari segi jumlah masih lebih rendah dari bangsa China (RM5,011) dan India (RM3,999). Ini bukan bererti kita lemah. Jangan salah tafsir data purata ekonomi ini. Bumiputra merupakan komposisi terbesar dan begitu tersebar sifatnya. Yang lebih penting walaupun komposisi kita besar, dalam tempoh lima tahun yang lepas (2004-2009), berbanding bangsa lain, pertumbuhan tahunan purata pendapatan bumiputra mencatat kadar tertinggi iaitu enam peratus (China: 2.5 peratus dan India:3.0 peratus). Ini petanda yang amat baik menuju ke arah keserataan nilai.

DEB serampang bermata dua. Yang pertama jelas kemajuannya. Pada tahun 2009 kadar kemiskinan ialah 3.8 peratus jauh menurun dari lebih dari 50 peratus awal 70-an. Usaha membasmi kemiskinan perlu diteruskan. Perhatian dan tenaga kita perlu dikerah pada yang mata yang kedua, perihal struktur dan penguasaan kek ekonomi rakyat Malaysia.

Agenda ekonomi Melayu perlu bersifat strategik. Keberhasilan apa jua langkah memajukan ekonomi orang Melayu perlu menuju ke matlamat akhir yang sama iaitu mencapai kedudukan ekonomi yang mantap dan lestari, mempunyai organiknya yang tersendiri untuk terus mengukuh. Dengan pencapaian ini kita perlu secara teratur dan dan terancang berani melepaskan tongkat polisi afirmatif kerajaan tanpa menjejaskan apa yang telah dicapai. Polisi afirmatif jangan dibuang langsung tetapi digunakan sebagai jaringan keselematan bagi yang memerlukan. Untuk menjadi strategik dan membenih sifat organik, agenda ekonomi Melayu perlu mensasarkan kepada 3P: Penyertaan, Pemilikan, dan Penguasaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

IK

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs544.snc3/29834_110821132293559_100535749988764_65402_4623374_n.jpg

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

menarik

http://platform.ak.fbcdn.net/www/app_full_proxy.php?app=4949752878&v=1&size=o&cksum=9bafeb696ff98e6028f56072edba2f8d&src=http%3A%2F%2Fwww.rahsiainternet.com%2Fhadiah%2Fik_fb_like3.gif

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tip Pilihan: 5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Berikut adalah antara 5 tip motivasi TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;) :

  1. Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!

  2. Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!

  3. Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in...san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

  4. Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

  5. Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi..., akan terkena percikan api

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

poster IK

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mengapa menjalankan perniagaan Internet affiliate?

Tiada kos produksi
Dengan menyertai program affiliate, anda dapat menjual sesuatu produk tanpa sebarang kos untuk mencipta produk terebut. Sesuatu produk telah sedia ada oleh usahawan lain dan anda boleh memulakan perniagaan ‘menjual’ produk yang sama tanpa perlu melalui penat lelah serta kos menghasilkannya.

Perniagaan sedunia!
Perniagaan affiliate mempunyai potensi yang besar. Oleh kerana ianya adalah cabang daripada perniagaan Internet, maka, perniagaan affiliate juga boleh mengsasarkan pelanggan sedunia!

Bergantung kepada produk atau perkhidmatan program affiliate yang anda sertai, anda boleh mendapatkan jualan dari mana-mana sahaja.

Perniagaan di mana sahaja!
Perniagaan Internet seperti perniagaan program affiliate, anda boleh lakukan dari mana-mana sahaja. Boleh lakukan dari rumah, ataupun boleh dijalankan bila anda balik kampung- sekiranya laptop anda boleh berhubung dengan Internet!

Tiada pekerja
Menyertai program affiliate adalah satu-satunya cara termudah memulakan perniagaan di mana anda tidak perlukan pekerja! Usahawan Internet yang memiliki perniagaan affiliate tersebut akan mengendalikan penyimpanan, memproseskan pesanan dan penghantaran produk. Anda sebagai ahli affiliate, hanya mengesyorkan produk mereka sahaja.

Risiko rendah
Menyertai program affiliate adalah percuma. Memulakan laman web sendiri untuk menjalankan perniagaan affiliate juga boleh dilakukan secara percuma. Oleh kerana tiada modal yang diperlukan maka tiada risiko pelaburan anda!

Sebagai tambahan, terdapat berbagai-bagai program affiliate di Internet, dan anda bebas memilih ingin menyertai program apa sahaja sama ada produk atau perkhidmatan secara percuma. Dalam erti kata lain, ianya mustahil untuk seseorang muflis akibat menyertai perniagaan berbentuk affiliate!

Buat duit ketika tidur
Perniagaan affiliate anda dibuka 24jam sehari. Sesiapa sahaja bebas memasuki laman web anda ataupun blog anda untuk melihat apa yang anda syorkan. Ini bermakna, walaupun anda tidur, tidak mustahil untuk seseorang membeli produk atau perkhidmatan yang anda syorkan. Terima kasih kepada Internet yang buka 24jam sehari!

Promosi PERCUMA
Dengan mempelajari kaedah promosi perniagaan Internet yang percuma, perniagaan affiliate boleh dijalankan 100% tanpa sebarang modal. Ini merupakan peluang untuk sesiapa sahaja memulakan perniagaan Internet dari rumah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mulakan perniagaan Internet hari ini tanpa modal!

Adakah terdapat caranya memulakan perniagaan tanpa sebarang modal? Bunyinya agak mustahil bukan?
Artikel saya kali ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet tak kira, menjual apa sahaja, sama ada kamera, permainan, komputer, buku, apa sahaja tanpa modal. Dan yang lagi menarik, ia boleh dilakukan hari ini!
Bagaimanakah caranya?
Caranya adalah menjalankan perniagaan berbentuk affiliate. Perniagaan affiliate dalam kata mudahnya bermaksud, anda menjual produk dan perkhidmatan perniagaan yang sedia ada, dan anda menerima komisyen atas setiap jualan.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjual kamera, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual kamera, dan menjual kamera mereka. Anda akan mendapat komisyen.
Sekiranya anda ingin menjual komputer, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual komputer, dan menjual komputer mereka. Anda akan mendapat komisyen.
Sekiranya anda ingin menjual buku, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual buku, dan menjual buku mereka. Anda akan mendapat komisyen.
Tak kira apa sahaja produk atau perkhidmatan yang anda ingin jual di Internet, kini, terdapat berbagai-bagai program affiliate yang anda boleh sertai dan memulakan perniagaan anda!
Terdapat banyak perniagaan besar-besaran yang menjankan perniagaan berbentuk affiliate. Terdapat banyak lagi perniagaan yang lain yang juga turut memberi pulang komisyen yang lebih tinggi.Program affiliate adalah percuma untuk disertai, oleh itu, tiada modal diperlukan. Apabila anda telah mendaftar secara percuma mana-mana program affiliate yang anda berminat (bukan sekadar contoh di atas sahaja), anda boleh mempromosikannya di blog, laman web, facebook dan juga email anda!
Dengan hanya menyertai progam affiliate, anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal, hari ini!
Sekiranya ingin tahu strategi dan kaedah untuk berjaya dalam perniagaan berbentuk affiliate, pada ahad ini, saya akan kendalikan seminar untuk kumpulan yang kecil dan terhad kepada 10 peserta sahaja. Seminar ini akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh memilih perniagaan affiliate yang terbaik, dan membina laman web terbaik secara percuma untuk mendapatkan pelanggan. Bukan sekadar itu sahaja, ia juga akan mendedahkan kaedah-kaedah promosi perniagaan affiliate anda secara percuma dan efektif! Maklumat lanjut di bawah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mardi Mendaya Kemajuan IKS Pertanian.


Bangunan yang menempatkan test bed teknologi MARDI di Stesen MARDI, Kuching, Sarawak.

Sebagai institusi penyelidikan pertanian terkemuka di negara ini , Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sentiasa berusaha membantu membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Salah satu khidmat sokongan teknikal yang dianjurkan di bawah Program Pembangunan Usahawan MARDI adalah sistem test bed teknologi MARDI.

Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, sistem test bed teknologi MARDI merupakan premis atau makmal pemprosesan yang lengkap dengan mesin dan peralatan untuk pengeluaran skala kecil bagi industri makanan terpilih."Bermula pada tahun 2006 semasa Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) , sistem dibina dalam bangunan atau premis yang baru atau diubahsuai sebelum dilengkapkan dengan mesin, diuji lari dan diberikan Prosedur Piawaian Operasi (SOP) dan barulah boleh menerima usahawan," katanya semasa ditemui di pejabatnya., baru-baru ini.Buat masa ini, jelas Dr. Masri terdapat sembilan sistem tersebut tetapi hanya lapan saja yang beroperasi dan boleh menerima usahawan.

Setiap sistem test bed teknologi MARDI khusus bagi mengeluarkan produk-produk tertentu.

"Dari segi konsep, ini merupakan kaedah memindahkan teknologi MARDI yang lebih berkesan," katanya.

Usahawan yang terlibat dengan MARDI boleh membina perniagaan berasaskan teknologi yang memerlukan teknologi tinggi di samping perlu menguasai teknologi supaya boleh berkembang dan bersaing.

Di sini katanya, usahawan akan menggunakan rumusan sendiri, menguruskan mesin yang ada serta memasarkannya sendiri."Ini bagi memberikan keyakinan kepada usahawan untuk melabur membeli peralatan dengan bantuan dan tunjuk ajar MARDI" kata Dr. Masri.Selain itu usahawan juga didedahkan dengan Akta Makanan bagi memudahkan mereka membawa produk lebih jauh seperti pasar raya dan global.Usahawan makanan boleh memohon ke sistem test bed teknologi MARDI asalkan mematuhi syarat seperti mempunyai syarikat berdaftar, usahawan baru atau mereka yang mempunyai perniagaan makanan yang berpotensi. Bagaimanapun pengusaha bimbingan atau anak angkat MARDI atau usahawan bimbingan agansi lain juga digalakkan memohon.Biasanya seorang usahawan menggunakan sistem test bed teknologi MARDI dalam tempoh sebulan.Kini sistem test bed teknologi MARDI dalam proses mendapatkan pengiktirafan ISO9001 (2008) dari SIRIM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Fenomena Bisnes Burung Walit


Sarang burung walit yang baru dituai.

Selain menjadi satu industri yang menguntungkan, perniagaan sarang burung walit di Pulau Mutiara juga merupakan satu produk pelancongan.

Kemusnahan yang berleluasa pada habitat semulajadi burung itu telah memaksa ia mencari habitat baru yang lebih selamat di bangunan-bangunan konkrit yang terletak di kawasan bandar.Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan burung-burung itu telah mempunyai tempat perlindungan di kawasan bandar yang terdiri dari rumah-rumah burung konkrit yang dibina pengusaha industri sarang burung berkenaan.

Di tengah-tengah Georgetown, bandar yang diisytihar mempunyai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco, AeroBio (M) Sdn. Bhd. telah membina satu pusat sehenti di Jalan Pasar bagi mempamerkan perusahaan sarang burung walit.

Menurut N.S.Yong, Penasihat Perniagaan Strategik dan Perancangan Korporat syarikat tersebut, pusat berkenaan terletak di kawasan zon warisan di Georgetown, Pulau Pinang .

Pusat tersebut mempunyai kemudahan membersih serta memproses sarang burung selain kedai yang menjual barangan dan produk sarang burung dan kafeteria yang menawarkan minuman sarang burung.

"Di pusat ini pengunjung akan diberi maklumat, antara lain tentang penternakan burung walit serta pembersihan sarang burung," Yong memberitahu Bernama yang berkunjung ke pusat tersebut.

Di pusat AeroBio ini, burung-burung walit akan muncul dan membuat sarang burung dengan kerelaan sendiri kerana pusat itu tidak menggunakan sistem bunyi yang biasa digunakan rumah burung yang lain bagi menarik perhatian burung-burung itu.

"Kami hanya menyediakan satu suasana yang punya lebih kelembapan serta kemalapan yang sesuai bagi burung walit menyediakan sarang mereka dalam premis di pusat ini," kata beliau.Menurut Yong, burung-burung itu telah berada di situ semenjak beberapa tahun sebelum pusat tersebut dibina dan itulah sebabnya beliau merasakan tidak perlu menggunakan sistem bunyi bagi menarik perhatian burung walit.Menurut Yong, yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam industri ini, burung walit memerlukan 40 hingga 60 hari untuk membina sarang sebelum sarang itu boleh dikumpul.

''Kebiasaannya waktu puncak adalah pada pukul 7.00 petang hingga 7.30 petang di mana burung walit akan pulang ke sarang", kata beliau, sambil menambah proses pembersihan serta pengadunan sarang burung mengambil masa sehingga tiga bulan.

Beliau berkata, pusat tersebut boleh mengeluarkan 8.0 kg sarang burung setiap hari dan kebanyakan pelanggannya adalah dari Taiwan, China dan Hong Kong.

Di pusat tersebut pelawat mempunyai peluang melihat "terbang lalu" burung walit di atas kepala mereka kerana burung-burung tersebut bebas berterbangan dalam premis itu."Pengunjung akan mengalami satu situasi unik seolah-olah mereka berada di habitat burung walit dan mengetahui rahsia tentang sarang burung atau dikenali juga sebagai Kaviar dari Timur," kata beliau. Pusat tersebut juga dilengkapi makmal di mana pelawat boleh melihat proses pembersihan sarang burung."Produk penjagaan kesihatan kami adalah dari pusat penternakan kami, termasuk pati dari sarang burung," katanya lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Wanita Semakin Ramai Berniaga.


Antara peniaga wanita yang kini boleh berbangga memiliki kedai berkonsepkan busana muslimah di KM Plaza Jalan Tuanku Munawir, Seremban.

SEREMBAN 4 Nov. - Kuasa wanita dalam sektor perniagaan tidak boleh dipandang sepi, sebaliknya transformasi yang berlaku hari ini telah melonjak perubahan besar terutama dalam membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Hakikat itu menyebabkan semakin ramai golongan wanita yang dahulunya menghabiskan masa sebagai suri rumah, meneroka bidang perniagaan kecil- kecilan untuk menangkis persepsi kononnya mereka tidak mampu bersaing dalam sektor mencabar ini.

Justeru kini ramai wanita dilihat semakin berani menerobos perniagaan secara kecil-kecilan.

Ini diakui oleh seorang peniaga, Norlida Abd. Hamid, 30, yang berpendapat keadaan seperti ini bukan sesuatu yang janggal malah, ia juga dilihat sebagai satu cara bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

''Saya fikir adalah baik wanita menceburi bidang perniagaan berbanding menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ada masa yang terluang tidak salah bagi mereka untuk berniaga.

''Banyak tanggungan yang perlu di bayar seperti persekolahan anak-anak oleh sebab itu jugalah wanita dilihat perlu menerokai bidang perniagaan walaupun berskala kecil," katanya.

Bagi peniaga Mariah Arshad, 62, yang mengusahakan perniagaan pisang goreng berkata, dia kini mampu menyara kehidupan keluarganya sejak suaminya tidak lagi bekerja.

''Saya sudah mengusahakan perniagaan ini hampir 40 tahun. Desakan hidup menjadi faktor utama saya menceburi bidang ini.''Kebetulan pula suami tidak mempunyai sebarang bantuan dan duit pencen, sebab itu saya perlu memikirkan sesuatu untuk menyara keluarga.

''Alhamdulillah, walaupun ada masanya perniagaan tidak begitu memberangsangkan, bolehlah menyara keluarga," ujarnya.Bagi peniaga Yati Abu Bakar, 44, beliau memulakan perniagaan dengan berbekalkan sedikit modal dan minat yang mendalam.''Saya mula berniaga secara kecil-kecilan sejak lima tahun yang lalu di pasar malam Kuala Lumpur dan kini saya dapat membuka sebuah kedai, hasil titik peluh sendiri.''Kini impian saya telah tercapai untuk memiliki kedai berkonsepkan busana muslimah, yang di berikan nama An Najihin Collection di KM Plaza Jalan Tuanku Munawir,'' katanya.Jelasnya, ini merupakan salah satu cabang utama untuk wanita terus berjaya walaupun kerjaya itu sangat mencabar.Anaknya, Nuraini Nabila Adrizal, 22, turut menceburi bidang perniagaan itu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Suka Duka Usahawan Jahitan Menjelang Hari Raya.


ARMA Muda menjahit pakaian yang ditempah pelanggan di kedainya di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU 27 Ogos - Setiap kali Ramadan tiba, Arma Muda, 44, melalui hari-hari yang amat sibuk dan terpaksa bersaing dengan masa.

Ia tentunya meletihkan tetapi rezeki pada bulan ini yang lazimnya menyamai apa yang diperoleh sepanjang tiga atau empat bulan tidak harus dilepaskan.

Arma bersyukur kerana masih diberi keupayaan kesihatan dan semakin diyakini hasil kerjanya oleh kalangan wanita.Pengusaha kedai jahit AB Fashion itu yang beroperasi di tingkat atas Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di pusat bandar ini menerima tempahan menyiapkan hampir 300 pasang baju raya.''Tempahan sudah tidak dapat diterima dua bulan sebelum Ramadan kerana bimbang baju-baju itu tidak dapat disiapkan sebelum ketibaan Aidilfitri.''Apatah lagi tenaga kerja cuma saya dan seorang pembantu dalam ruang kedai yang sempit ini," ujarnya.Katanya, kebanyakan pelanggan tidak menunggu saat akhir untuk menempah baju raya kerana mereka juga bimbang tempahan tidak lagi diterima.Menurut Arma, dia akan memastikan tempahan pelanggan yang kebanyakannya baju kurung dapat disiapkan dalam keadaan sempurna dan memuaskan untuk dipakai pada hari raya.

Upah yang dikenakan untuk sepasang baju kurung adalah RM35 hingga RM45.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang jahitan, hasil kerja tangan ibu kepada tiga orang anak itu terus meniti dari bibir ke bibir.Pelanggannya bukan sahaja ramai pada musim perayaan tetapi juga pada musim cuti sekolah ketika banyak tempahan diterima bagi baju pengantin.''Pelanggan yang berpuas hati dari segi mutu jahitan, tentunya akan mengesyorkan nama saya kepada rakan atau kenalan mereka," katanya.Mengimbas kembali sejarah penglibatannya dalam bidang jahitan, dia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 1990 dengan modal cuma RM4,500.Kini setelah 20 tahun, Arma bercadang untuk memperbesarkan perniagaan dengan membangunkan premis yang selesa dan dapat menampung beberapa pekerja.Pembinaan premis sendiri di Bukit Tunggal dekat sini yang telah dimulakan dijangka siap tahun depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bisnes yang kita minat atau bisnes yang kita tidak minat?

Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat…

  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!

Kalau buat perkara yang kita TAK minat…

  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan…
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh…
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelaka akan gagal…

Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat… ataupun tak minat? ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Penipuan dalam bisnes

Pernah tak anda jumpa penipu dalam perniagaan? Tip kali ni bukan nak sentuh mengenai menipu dalam perniagaan tu tak baik, berdosa, tak dapat berkat… sebab tu, saya pasti semua pembaca tahu.

Tetapi kita lihat aspek implikasi usahawan penipu atas perniagaan sendiri. Mengapa usahawan penipu tak akan pergi jauh?

  1. Pernah saya tulis mengenai penyelidikian Dr Thomas Stanley mendapati, faktor utama #1 dalam senarainya untuk menjadi jutawan ialah “Being honest with all people”. Iaitu jutawan-jutawan yang ditemubual oleh Dr Thomas Stanley dalam buku Millionaire’s Mind, mengatakan kejujuran adalah faktor #1 memastikan kejayaan sesuatu perniagaan.
  2. Ianya dikatakan 60% daripada promosi perniagaan datang daripada “word of mouth”. Iaitu, promosi mulut ke mulut- selalunya daripada pelanggan yang berpuas hati. Masalahnya, berita buruk, lagi mudah tersebar daripada berita baik. pelanggan yang tak berpuas hati, lagi akan menghebahkan pengalaman mereka kepada orang ramai berbanding dengan pelanggan yang berpuas hati. Oleh itu, sekiranya pelanggan menjadi mangsa usahawan penipu, maka, pastinya berita tersebut akan tersebar dan perniagaan tersebut akan mengalami kerugian. 60% daripada promosi menjadi promosi yan gtak baik!
  3. Dalam perniagaan, kita perlu lihat keuntungan jangka panjang. Menjalankan perniagaan bukan untuk sebulan dua, atau setahun dua… tetapi, 10 tahun… 20 tahun.. dan lebih lagi! Usahawan penipu mungkin akan terlepas dengan keuntungan jangka pendek. Sebab menipu pelanggan memang mudah. Apabila pelanggan terjumpa usahawan penipu, maka, pastinya mereka tidak akan lagi berurusan dengannya. Dalam perniagaan, untuk memaksimakan keuntungan jangka panjang, pelanggan yang sedia ada adalah aset yang amat penting!

Jauhkan daripada menipu dalam perniagaan. Kalau kita sendiri pernah kena dengan usahawan penipu, apa perlu kita buat? Selain daripada aduan kepada pihak2 berkuasa seperti Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau Persatuan Pengguna Pengguna Islam, banyak-banyak bersabar oleh kerana usahawan penipu pastinya tidak akan berjaya di dunia dan akhirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dulu minat herba, kini jual pokok kurma.


KURMA menjadi makanan pilihan sepanjang Ramadan.- Gambar hiasan

BUAH kurma bukan lagi asing bagi masyarakat di negara ini khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi apabila pada bulan Ramadan.

Namun pernahkah anda terfikir untuk menanam pohon kurma atau memiliki sendiri ladang kurma di negara ini?Atau memiliki sebuah tapak semaian benih kurma untuk dijual secara komersial? Atau sekadar menanam pokok kurma di halaman sebagai hiasan yang indah?Usahlah berasa hairan jika berhasrat demikian kerana ia kini bukanlah sesuatu yang mustahil!

Selama ini, apa yang diketahui umum ialah pohon kurma hanya terdapat di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsinya ialah pokok itu tidak akan berbuah.

Namun kajian menunjukkan pokok kurma boleh ditanam dan mengeluarkan buah di mana-mana sahaja jika diusahakan dengan cara yang betul.

Selain itu, tanggapan terhadap pokok kurma juga tidak seharusnya dilihat dari segi penghasilan buah semata-mata kerana ia juga cukup indah jika dijadikan hiasan di halaman.

Menyedari potensi besar tanaman pokok kurma, seorang guru matematik, Mohd. Rahof Abdul, 48, di Kampung Tehel Bemban, Melaka nekad mengeluarkan benih anak pokok kurma untuk dijual secara komersial sejak tiga tahun lalu.

Berbekalkan sedikit modal, dia mula menanam 1,200 benih pokok kurma sebagai permulaan di tapak semaian yang terletak bersebelahan rumahnya dengan keluasan sekitar separuh gelanggang badminton.Ternyata, kegigihannya ternyata tidak sia-sia bahkan memberi pulangan lumayan apabila hasil jualan anak-anak pokoknya mendapat sambutan menggalakkan.Ia dijual kepada orang ramai dengan harga sekitar RM250 sepokok bergantung kepada saiz dan usia.Mohd. Rahof memberitahu, permintaan tinggi terhadap pokok tersebut menyebabkan kini hanya tinggal kira-kira 300 anak pokok kurma yang masih boleh dijual.

‘‘Daripada 300 anak pokok itu, sebanyak 250 adalah jenis baka Tunisia manakala baki 50 lagi dari jenis Ajwa yang berusia antara enam bulan hingga dua tahun setengah,” katanya ketika ditemui Mega di Bemban Melaka baru-baru ini.Bapa kepada lima anak itu berkata, beliau memilih untuk menjual anak pokok dalam polibeg kerana lebih mudah berbanding menjual pokok kurma dewasa yang harganya lebih mahal dan lebih sukar untuk dipindahkan.

Dengan cara itu, pembeli boleh menjaga sendiri dan melihatnya membesar sehingga mencecah usia dewasa .Jika dijaga dengan baik mengikut kaedah pendebungaan yang betul maka ia mulai mengeluarkan buah ketika berusia antara lima hingga tujuh tahun.Mengimbas semula bagimana timbul minat terhadap anak pokok kurma, Rahof berkata, beliau asalnya gemar menanam pokok herba.Bagaimanapun selepas menyaksikan sendiri sebuah syarikat kontraktor berjaya menjual sebatang pokok kurma dengan harga RM2,000 kepada sebuah resort di Melaka untuk dijadikan hiasan, minatnya mula timbul.

Katanya, hasrat untuk membuka tapak semaian anak pokok kurma semakin membuak-buak apabila berkunjung ke Madinah dan Mekah.‘Di Madinah kita boleh lihat hotel menjadikan pohon kurma sebagai hiasan, ia bertambah cantik bila disapu syalek.“Selain itu, di sana juga kita boleh lihat pokok kurma sungguh cantik dijadikan hiasan di kaki lima jalan raya,” katanya yang juga guru di Sekolah Menengah Teknik Jasin.

Maka sekembali di tanah air, dia melihat terdapat ruang dan peluang yang luas untuk rakyat negara ini menceburi bidang penanaman pokok kurma secara komersial khususnya bagi masyarakat Islam yang amat dekat kehidupan mereka dengan kurma.

Lebih-lebih lagi, katanya, pohon kurma bukan sahaja disebut beberapa kali dalam al-Quran tetapi juga terbukti terlalu mempunyai banyak khasiat.Bagi tujuan hiasan, keindahan pokok kurma tidak dapat dinafikan lagi untuk dijadikan hiasan bagi menggantikan pokok palma atau kelapa sawit atau tanaman biasa lain.Ini kerana, katanya, ia akan lebih menampakkan imej Islam dan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan menenangkan khususnya untuk lokasi seperti masjid, surau, pusat Islam, universiti, lokasi awam dan sebagainya.Selain itu, debunga kurma juga boleh digunakan bagi meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki untuk pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata.

Allah s.w.t menjadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.Allah pelihara dan memuliakannya manakala pokok kurma mesti disenyawakan oleh tangan manusia.Di Madinah hanya orang Arab sahaja yang sanggup memanjat dan turun naik ke atas pokok kurma untuk melakukan pencantuman ini.‘‘Pendebungaan secara manual oleh manusia dengan mengambil debunga jantan lalu diketuk ke mayang pokok betina,” kata Mohd. Rahof.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan anak pokok kurma boleh menghubungi beliau di 013-6476591 atau emel di rahofmra@yahoo.com.my.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Telekung bersulam renda.



DALAM pada mencari baju yang khusus dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri ini, kita jangan pula lupa untuk memiliki sepasang pakaian sembahyang atau telekung yang juga cantik.

Janganlah kita hanya mementingkan keindahan baju yang kita pakai sedangkan telekung yang kita ada sudah selayaknya digantikan dengan yang baru.

Pada masa kini terdapat pelbagai rekaan telekung yang dibuat daripada bermacam-macam jenis fabrik mengikut pilihan individu.

Keindahan telekung membuatkan ramai yang memiliki lebih daripada sepasang telekung. Terdapat telekung bersulam, renda, dibuat daripada kain kapas, potongan bulat, bersarung tangan dan sebagainya.Selain itu, banyak pula yang disiapkan dengan begnya sekali bagi memudahkan menyimpannya.

Bagi yang ingin mencari telekung dengan rekaan baru pasti akan tertarik dengan telekung daripada Annum Collection.

Pemilik dan perekanya, Faridah Hanum Khairuddin, 50 tahun, berkata, banyak keistimewaan yang terdapat pada telekung jenama ini.

''Salah satu daripadanya ialah jahitan smocking yang terdapat pada bahagian atas dahi. Jahitan smocking ini mengemaskan lagi pemakaian telekung dan anak-anak rambut akan tersorok di dalamnya. Ini membuatkan kita lebih berkeyakinan apabila bersolat,'' kata Faridah semasa ditemui di rumahnya di Keramat, Kuala Lumpur.

Menurutnya kepandaian menjahit telekung dan smocking ini diwarisi daripada ibu saudara yang telah memulakannya sejak tahun 1985 lagi.Bekas akauntan di sebuah syarikat swasta ini menambah, telekung Annum Collection mempunyai ciri-ciri istimewa yang membezakannya daripada telekung-telekung lain di pasaran.

Di antaranya ialah jahitan smocking pada bahagian dahi telekung melekap kemas pada dahi dan menutup aurat dengan lebih sempurna. Ini bermakna telekung boleh digunakan terus tanpa anak tudung. Apabila si pemakainya sujud, ia tidak menutup dahi dan boleh bersolat dengan yakin.''Selain itu, lapisan dalam dijahit menutupi dada supaya telekung tidak jarang dan pemakainya tidak perlu menggunakan anak telekung. Lapis dagu telekung lebih lebar untuk menutup aurat dengan lebih sempurna dan selesa dipakai.

''Saya menggunakan fabrik dan renda daripada kapas yang berkualiti tinggi dengan pelbagai corak dan sesuai dengan cuaca panas. Fabrik pilihan ini ringan dan sesuai dibawa dalam bagasi yang terhad,'' ujar Faridah.Kata Faridah lagi, selain menjual telekung yang sudah siap, beliau banyak menerima tempahan pelanggan yang mahukan telekung mengikut cita rasa mereka sendiri.

Bagi sehelai telekung, dijual pada harga antara RM130 hingga RM180 sementara bagi sepasang telekung pula ialah di antara RM200 hingga RM300.

Bahagian muka telekung juga mempunyai saiz kerana setiap orang mempunyai bentuk muka yang berbeza, iaitu lebar, bujur sirih, panjang dan empat segi. Justeru beliau menyediakan beberapa saiz bagi dicuba oleh pelanggan.''Wanita Malaysia sukakan telekung berbentuk bulat yang cantik, tidak besar dan tidak menggeleber,'' tambah Faridah yang memiliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).Selain telekung, Annum Collection juga menjual produk-produk lain yang diperlukan semasa menunaikan haji dan umrah seperti jubah putih, sejadah kecil, beg sedondon untuk menyimpan selipar, kasut serta beg untuk mengisi batu kecil semasa ibadat melontar.Kepada yang berminat boleh menghubungi Faridah di 016-397740.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Resipi peribadi Mastura


Mastura (tudung putih) memerhatikan pekerjanya menyiapkan tempahan biskut raya.

KEDATANGAN hari raya menjanjikan pendapatan yang lumayan bagi sesetengah orang. Mereka yang memiliki kemahiran menjahit pakaian, menjahit langsir, membuat biskut raya dan sebagainya memang tidak menang tangan pada ketika ini bagi menyiapkan tempahan pelanggan.Bagi yang menjahit pakaian, ada yang telah menutup tempahan kerana hendak memberikan tumpuan kepada tempahan yang sedia ada.

Begitu juga dengan mereka yang mengambil tempahan menjahit langsir. Tempahan sudah tidak diterima pada waktu ini kerana awal-awal lagi pelanggan telah menghantar langsir untuk dijahit sebagai persiapan menjelang raya.

Tidak kurang sibuk ialah pengusaha biskut raya kerana mereka telah pun membuat sampel biskut untuk diedarkan bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan.Pada kita yang tidak terlibat pastinya merasakan bahawa hari raya lambat lagi dan belum teringin untuk menempah biskut. Namun diam tak diam, masa berjalan begitu pantas dan akhirnya tiba bulan Ramadan di mana pada ketika itu barulah sibuk mencari siapa yang berniaga biskut raya.Dalam kunjungan ke rumah Mastura Yusof di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor baru-baru ini, aroma biskut raya menerjah hidung sebelum tiba di rumahnya.

Di ruang letak kereta rumah Mastura, para pekerjanya sedang sibuk menerap pelbagai bentuk biskut raya. Beberapa dulang besar yang berisi biskut tersedia menunggu masa untuk dibakar.Mastura yang telah 26 tahun mengusahakan perniagaan membuat biskut raya berkata, setiap tahun, iaitu dua bulan sebelum tiba bulan Ramadan dia sudah mula membuat biskut raya untuk jualan dan tempahan pelanggan yang mula masuk mencurah-curah.Produk biskut keluarannya yang dinamakan Mass Delight memang cukup popular apatah lagi di kalangan mereka yang telah biasa merasai biskut Mastura.Menurutnya, terdapat 12 jenis biskut yang dibuat di bawah nama Mass Delight dan semuanya adalah hasil resipi Mastura sendiri.

Antaranya ialah tat blueberry, snow almond, suji salju, coklat almond roche, strawberry moist dan tar gunting.''Paling mendapat permintaan sejak dulu hingga sekarang ialah tat gunting. Biskut ini memang popular sejak dahulu dan memang tidak menang tangan hendak membuatnya. Selain tat bluberry juga cukup disukai pelanggan.

''Resipi biskut ini dan bahan-bahannya memang sama daripada dulu hingga sekarang. Walaupun harga barangan membuat biskut naik namun saya tidak mengurangkan bahan atau menggantikan dengan bahan yang lebih murah. Kualiti dan rasa amat saya utamakan demi kepuasan pelanggan.''Saya tidak mengharapkan pekerja untuk menyiapkan biskut ini. Pekerja hanya mengisi inti dan saya bersama anak akan menggunting bahagian atas tat,'' ujar ibu kepada dua orang anak perempuan ini.Tambah Mastura, harga berpatutan menjadi antara faktor dia mengekalkan pelanggannya daripada dulu sehingga sekarang.

Dibantu oleh lapan orang pekerja yang memulakan kerja membuat biskut dari pagi hingga 12 malam, biskut keluaran Mass Delight bukan hanya popular di kalangan pelanggan Melayu atau ketika hari raya sahaja malah dia juga menerima tempahan untuk hari perayaan bangsa lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.Selain biskut, kata Mastura, dia turut menerima tempahan membuat kek, coklat untuk cenderahati, hamper dan hantaran, kuih tradisional kering seperti rempeyek dan sebagainya.Dia juga kerap menganjurkan kelas masakan pelbagai jenis makanan (makanan Barat, nasi, kuih talam dan sebagainya) selain menerima tempahan katering untuk apa sahaja majlis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengusaha biskut kongsi rezeki.


Asiah Hashim (dua dari kanan) dibantu oleh anaknya, Aimi Anuar (kanan) dan kawan-kawannya menyusun biskut tempahan ke dalam kotak.

BUKAN setakat tukang jahit dan peniaga-peniaga bazar, rezeki Ramadan turut dikongsi oleh para pengusaha biskut raya yang tumbuh bagai cendawan di musim hujan apabila menjelangnya Syawal.Antara yang tidak jemu-jemu mengusahakan biskut raya sejak 35 tahun lalu ialah Asiah Hashim.

Sebagaimana pengusaha kedai jahit, Asiah juga 'dihujani' dengan tempahan yang melimpah ruah sejak sebelum Ramadan lagi.

"Saya dah tak terima lagi tempahan biskut raya sebab takut tak dapat penuhi,'' kata Asiah ketika ditemui di kedainya di Prima Kajang, Selangor baru-baru ini.Asiah yang telah mengusahakan perniagaan biskut raya sejak umurnya 22 tahun lagi kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang masakan.Saban tahun ibu kepada dua orang anak yang telah meningkat dewasa itu tidak pernah menolak tempahan pelanggan terutamanya pelanggan tetapnya sejak mula dia melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Bercerita mengenai awal pembabitan membuat kuih raya, kata Asiah, pada mulanya dia hanya membuat kuih batang buruk dan tiga jenis biskut, di antaranya tat.''Permintaan memang banyak daripada kawan-kawan, jiran dan kemudian diketahui pula oleh orang luar.

" Sejak itu, terasa seronok pula membuat kuih apa lagi apabila pelanggan memuji kuih yang saya buat,'' kata wanita yang berasal dari Muar, Johor ini.Bermula dari situ, Asiah menambah beberapa jenis biskut lagi yang dicipta sendiri dan menjadi kegemaran ramai.''Setiap tahun saya akan membuat lapan atau sembilan jenis biskut yang paling mendapat tempahan daripada pelanggan. Pelanggan yang telah mencuba biskut-biskut ini tetap mahukan jenis biskut yang sama.

''Biskut-biskut tersebut ialah snow white chocolate, chocolate snowy, suji Brunei, ice nestum, caterpillar, chocolate amos, cornflake crispy dan ditambah dengan dua jenis biskut terbaru, iaitu almond slice dan meringue cornflake. Selain biskut, tahun ini saya juga buat kek kukus dan kek coklat yang seberat satu kilogram setiap sebiji.

''Biskut yang paling disukai pelanggan ialah snow white chocolate yang ditempah sebanyak 120,000 keping oleh pelanggan. Sudah lapan tahun saya membuat biskut ini. Tempahan saya tutup sebulan sebelum bulan puasa lagi,'' ujar Asiah yang banyak dibantu oleh anaknya, Aimi Anuar.Katanya, biskut resipi sendiri itu enak kerana di antara bahan-bahan campurannya ialah emping jagung, serbuk badam, susu tepung, coklat putih dan dihiasi kelapa bakar.

Bagi memastikan rasa yang enak, dia menggunakan susu tepung serta bahan-bahan lain yang berkualiti.Menurutnya, biskut keluarannya tidak dicampurkan dengan bahan pengawet. Pun begitu, ia tetap tahan selama tiga bulan. Ini kerana proses membakar biskut adalah selama 45 minit dengan api perlahan bagi memastikan biskut benar-benar masak dan rangup.''Tiga minggu sebelum puasa baru saya akan buat biskut dan berterusan setiap hari hingga ke malam. Saya akan berhenti buat biskut tiga hari sebelum raya.''Bagi saya, jika hendak berniaga lama kena ikhlas. Resipi jangan diubah-ubah walaupun harga barang naik. Contohnya bila orang dah suka dengan biskut kita, kita mula kurangkan bahan.

"Rasa sebenar biskut pun hilang. Tahun depan mesti orang tak beli lagi dengan kita,'' katanya yang dibantu oleh tujuh orang pembantu,Dia juga menerima tempahan biskut untuk dimasukkan ke dalam hamper, untuk cenderahati perkahwinan, kenduri kecil dan sebagainya.Asiah yang telah mengkomersialkan perniagaannya dengan jenama Asiah Food and Beverages itu juga menganjurkan kelas masakan di kedainya pada setiap hari Sabtu dan Ahad.Pelbagai jenis masakan lauk-pauk dan kuih-muih boleh dipelajari. Di antaranya ialah kelas biskut, kek, makanan Barat, makanan sejuk beku, puding, menu katering dan banyak lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tukang jahit



SUATU fenomena biasa apabila menjelang Aidilfitri antara golongan yang paling sibuk adalah tukang jahit. Bayangkan mereka terpaksa menyiapkan beratus-ratus pasangan pakaian yang ditempah supaya pelanggan dapat bergaya di pagi 1 Syawal.Ada pula pelanggan yang menghantar tempahan pada 'waktu kecemasan' iaitu pada awal atau pertengahan puasa. Hendak ditolak kesian terutama jika membabitkan pelanggan tetap. Jika diambil bimbang tidak dapat disiapkan.

Itu antara dilema yang dialami tukang jahit saban tahun setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.Tinjauan di beberapa kedai jahit sekitar Kuala Lumpur mendapati sejak sebelum Ramadan lagi mereka sudah menutup tempahan.Ada sesetengahnya pula satu atau dua bulan sebelum Ramadan sudah tidak menerima tempahan baju raya gara-gara bimbang tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Seorang tukang jahit yang ditemui, Ramlah Ibrahim, 40, yang berniaga di bawah jenama R.I Collection berkata, dia terpaksa menutup tempahan sejak dua bulan lalu kerana tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi untuk menjahit baju raya sama ada baju kurung atau baju Melayu.''Setakat ini sudah ada 700 tempahan pakaian untuk disiapkan sebelum Syawal ini,'' ujarnya ketika ditemui di kedainya di Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur baru-baru ini.Ramlah yang sudah 10 tahun menjalankan perniagaan kedai jahit memberitahu, memang setiap tahun keadaan seperti ini.Malah masih ramai yang datang walaupun tempahan sudah ditutup.''Biarpun ada yang merayu-rayu agar menerima tempahan mereka tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana jika diambil juga bimbang lambat siap.

''Biarlah kami ambil setakat yang termampu sahaja. Nanti kalau pakaian tidak siap mereka juga yang marah," katanya.Berbanding tahun lepas kata Ramlah, tempahan tahun ini lebih menggalakkan sehingga dia terpaksa mengupah pekerja tambahan.Ssemua tempahan pakaian biasanya kata Ramlah, akan disiapkan seminggu sebelum Syawal kerana selepas itu dia perlu menumpukan perhatian kepada persiapan keluarga sendiri pula termasuk membuat kuih raya.Katanya, selain menjahit pakaian wanita dia juga menerima tempahan baju Melayu.Ditanya rutin hariannya sepanjang musim Ramadan ini, Ramlah memberitahu, setiap hari dia akan memulakan kerja-kerja memotong dan menjahit kain seawal pukul 9 pagi.

''Biasanya dua bulan sebelum raya kami sudah memulakan 'operasi' untuk raya. Jadi tidaklah kelam kabut sangat,'' ujarnya.

Walaupun hampir separuh tempahan disiapkan sebelum bulan Ramadan, dia tetap berkerja keras sehingga kadang kala hingga ke dinihari.''Saya lebih selesa jika semua tempahan disiapkan awal supaya tidak ada rungutan daripada pelanggan pakaian mereka tidak siap," katanya yang turut dibantu oleh suami.Ditanya mengenai cabaran memenuhi tempahan sepanjang bulan Ramadan dia mengakui, konsentrasi ketika menjahit mungkin berbeza dengan musim biasa.''Sebab itu, kami mulakan dari awal kerana kadang-kadang pada bulan puasa badan mudah letih jadi tumpuan ketika menjahit sedikit sebanyak terganggu,'' ujarnya lagi.

Sementara itu, pengurus Nomono Design, Norizan Mohd. Noor, 45, pula berkata, tahun ini dia menerima hampir 500 tempahan baju raya .Kedainya juga sudah tidak mengambil tempahan kecuali daripada pelanggan-pelanggan tetap."Kami mula buka tempahan baju raya sejak April lalu. Tetapi ia mula rancak dan datang mencurah-curah pada akhir bulan lepas.

"Memang beginilah keadaannya setiap tahun. Tempahan baju akan bertambah berlipat kali ganda setiap kali menjelang Hari Raya sehingga terpaksa menambah pekerja dan mesin jahit.

"Buat masa ini saya ada 10 mesin jahit yang beroperasi sepenuhnya. Pada masa sama saya juga menggunakan tiga khidmat tukang jahit yang bekerja dari rumah dan kami menggunakan 10 mesin jahit lagi," katanya sambil tangan ligat menggunting kain.

Menurut Norizan, sepanjang musim Ramadan ini rutin hariannya juga berubah di mana dia akan memulakan kerja menjahit pada tenghari dan membawa hingga menjelang sahur.Supaya keadaan tidak kelam-kabut dan kerja lebih tersusun, dia akan membuat jadual dengan menetapkan hari-hari tertentu untuk menjahit atau memotong sahaja.Katanya, kerja lebih masa memang tidak dapat dielak setiap kali bulan Ramadan kerana tempahan akan meningkat tiga kali ganda berbanding hari biasa."Kadang-kadang kami terpaksa berkerja sehingga 12 jam sehari. Waktu makan dan rehat pun terpaksa dilupakan bagi menyiapkan tempahan.


Nadiatul Idawiah Baharudin menyiapkan tempahan baju raya di kedainya di bangunan Medan Mara, Kuala Lumpur.

''Saya tidak kisah bersengkang mata asalkan semua tempahan dapat disiapkan. Lagi pun ini periuk nasi saya dan keluarga. Selain itu perlu juga jaga kepercayaan yang diletakkan pelanggan.

''Saya khuatir jika tempahan tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, pelanggan akan marah. Jadi kerja lebih masa pun tak kisah," katanya.

Menurut Norizan, dalam sehari seorang pekerja boleh menyiapkan hingga 10 pasang baju raya pelbagai fesyen.

''Disebabkan terlalu banyak tempahan, seorang tukang jahit terpaksa menyiapkan sehingga 10 pasang baju sehari berbanding hanya empat pasang pada hari-hari biasa,'' katanya.Menurutnya, baju kurung paling senang dibuat tetapi jika guntingan kain silap, ia akan mencacatkan pakaian, begitu juga dengan baju kebaya yang mengikut badan.''Setakat ini tidak pernah gagal memenuhi tempahan pelanggan. Semuanya siap sebelum Syawal tiba.''Ini juga memudahkan saya menentukan waktu yang sesuai untuk memberi ruang kepada pelanggan bagi menghantar tempahan di kedai kami supaya mengelakkan kelewatan.''Kebiasaannya pelanggan tetap akan menghantar lebih awal, berbeza dengan pelanggan yang belum kenal la gi. Oleh itu saya mengehadkan tempahan untuk pelanggan tetap sahaja," katanya.

Sementara itu, bagi Nurul Fiza Abd. Karim dari Sewing House yang terletak di Damansara, dia terpaksa berkorban dalam menyiapkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pelanggan.Oleh itu bagi memastikan tempahan dipenuhi, beliau yang dibantu oleh seorang lagi pekerja lain terpaksa menjahit sehingga lewat malam.''Dalam bulan Ramadan ini, kadang-kadang saya terpaksa tidur di kedai untuk menyiapkan tempahan baju raya," katanya.Menurutnya, setiap hari sebanyak lima hingga tujuh pasang baju raya boleh disiapkan mengikut corak dan rekaan baju tersebut.Dia yang sudah berpengalaman lebih lima tahun terlibat dalam dunia jahitan berkata, antara tempahan yang selalunya diterima adalah baju kurung moden, baju kurung asli dan baju kebaya.

''Upah yang dikenakan sama seperti tahun lepas iaitu RM60 sepasang manakala bagi baju Melayu RM90 sepasang bergantung pada corak dan rekaan.''Jika coraknya agak rumit dan susah serta menggunakan manik, saya akan mengenakan bayaran lebih tetapi berpatutan," katanya.Menurut Nurul Fiza, dia sentiasa peka dengan kedatangan Ramadan dan Syawal dengan melakukan persiapan lebih awal supaya keadaan tidak menjadi kucar-kacir.Ditanya mengenai pendapatan musim raya, dia memberitahu ia mencecah sehingga dua kali ganda berbanding musim biasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments