Air asam istimewa Parit Buntar


Zamri Ishar menunjukkan hidangan istimewa air asam dan acar buah, dua menu yang dikatakan mengandungi kicap cair dan sos tomato yang hanya terdapat di Parit Buntar, Perak. - Gambar BERNAMA

SEKIRANYA anda mendapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan atau sebarang majlis keramaian di mana-mana tempat di Parit Buntar, Perak, pastikan anda tidak menolak jemputan itu.

Ini kerana jika ditolak pelawaan itu, anda akan menyesal kerana terlepas menikmati makanan seperti kari daging, daging masak hitam, kurma ayam atau daging dan yang paling istimewa ialah air asam.

Entah apa istimewanya air asam Parit Buntar kerana anda akan sentiasa teringatkan rasa sedapnya bila pulang ke rumah dan bila mencuba sendiri membuat air asam seperti itu, ia tidak akan sama seperti di sana.

Peluang yang penulis peroleh untuk berkunjung kali kedua ke daerah itu tidak dilepaskan begitu sahaja walaupun penulis tinggal di Kelantan , satu jarak yang agak jauh.

Penulis baru-baru ini dijemput seorang pesara Jabatan Pertanian, Abdul Halim Sulaiman, 56, ke rumahnya di Parit Lebai Akhil di sini bagi menghadiri majlis cukur jambul dua cucu barunya memang diibarat seperti "orang mengantuk disorongkan bantal".Hajat hati untuk makan sepuas-puasnya air asam yang kali pertama dirasai penulis pada akhir tahun lepas di rumah Abdul Halim yang ketika itu melangsungkan perkahwinan anak perempuannya kini memang berbaloi."Sedap sungguh air asam Pak Halim ni. Apa ramuannya yang sedap macam ni," kata abang penulis Zamri Ishar yang turut serta ke rumah Abdul Halim.

Sememangnya air asam merupakan menu makanan yang 'wajib' ada pada sebarang majlis perkahwinan atau keramaian di Parit Buntar.Uniknya air asam di Parit Buntar bukan dimakan bersama ikan bakar pada lazimnya tetapi air asam itu sebenarnya adalah menu bagi menggantikan sambal belacan.'Memang di Parit Buntar tidak sah kenduri atau apa sahaja majlis kalau tidak ada air asam.

"Air asam di Parit Buntar ini istimewa kerana keenakannya tidak sama seperti di tempat lain," kata Abdul Halim memulakan perbualan mengenai air asam itu.Pada mulanya Abdul Halim agak keberatan untuk menceritakan ramuan istimewa air asam itu kerana masih merendah diri air asam yang dibuatnya tidaklah sesedap mana tetapi apabila terus diasak penulis barulah Abdul Halim menerangkan mengenai resipi air asam Parit Buntar.

Antara ramuan asas air asam di sini masih sama di tempat lain iaitu cili, tomato, bawang, kerisik, belacan dan air asam jawa, namun sebenarnya ada ramuan khusus bagi masyarakat Parit Buntar untuk menyediakan air asam."Kami memasukkan sejenis kicap cair dan sos tomato yang hanya terdapat di Parit Buntar sahaja."Kicap cair dan sos tomatonya sangat berlainan rasanya dan tidak terdapat di luar Parit Buntar," kata Abdul Halim yang disifatkan penduduk sekitar antara pakar pembuat air asam.

Beliau berkata pernah rakannya yang tinggal di negeri lain cuba membuat air asam itu sendiri yang akhirnya mengakui ia tidak sesedap seperti di sini."Buat air asam ini tidak susah tetapi ramuannya kena betullah dan sebab itulah Parit Buntar terkenal dengan air asamnya," kata Abdul Halim dengan tawa.Bagi seorang pensyarah Zamri Mohd. Akhir, 40, dari Selangor berkata, beliau sebelum ini bukanlah penggemar air asam.

"Tapi sejak kali pertama saya makan air asam pada satu kenduri di sini, saya dah jatuh hati pada air asam Parit Buntar."Air asam di tempat lain memang tidak sesedap di sini dan sebab itu saya seboleh-bolehnya tidak akan menolak jemputan untuk ke sini," kata Zamri.Selain air asam, resipi lain yang turut terkenal di Parit Buntar ialah kari daging serta acar limau atau buah yang semestinya ada dalam menu makanan pada setiap majlis."Agaknya orang Parit Buntar ni memang pandai masak," kata adik Zamri, Siti Norlida, 38 tahun.

Promosi daerah, melalui makanan

Siti Norlida berkata air asam, acar buah dan kari daging itu sebenarnya sudah cukup untuk menaikkan nama Parit Buntar dan agensi pelancongan boleh mempromosikan daerah ini melalui makanan.Antara promosinya adalah melalui penginapan inap desa yang semakin popular dan penduduk di Parit Buntar boleh memanfaatkan program itu untuk menarik pelancong ke daerah ini.

"Jika tempat lain mungkin daya tarikannya lain tetapi di Parit Buntar daya tarikannya adalah melalui makanan dan kediaman kampung yang terletak di tengah sawah," katanya.Memang benar kata Siti Norlida itu kerana selain keistimewaan makanan, antara tarikan lainnya adalah merasai kedamaian berada di tengah sawah.Selain itu anda akan kagum dengan sikap gotong-royong penduduk kampung untuk menyediakan makanan pada setiap majlis.Jika di tempat lain kaedah bufet semakin mendapat tempat tetapi di Parit Buntar, penduduk kampung masih mengamalkan sikap bergotong-royong.Mungkin inilah trademark Parit Buntar dan jika anda sememangnya penggemar air asam jangan segan untuk ke sana bagi menikmatinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Vermikompos tingkat kesuburan tanah


Vermikompos kaya dengan nutrien yang sesuai untuk tanaman.


VERMIKOMPOS merupakan baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput, dan lain-lain sisa bahan tanaman.

Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanaman.

Selain itu, ia juga membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

Cara membuat vermikompos

a. Bahan-bahan

i. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput.

ii. Najis haiwan (tahi lembut) atau tahi ayam)

iii. Cacing merah (cacing kompos)

b. Cara membuat

i. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas.

ii. Masukkan 300 kilogram (kg) jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam tapak kompos dan gaulkan.

iii. Masukkan empat kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni

iv. Lakukan penyiraman setiap dua hari sekali supaya campuran sentiasa dalam keadaan lembap.

v. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah dilakukan bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti tikus, semut dan burung.

vi. Hasil vermikompos boleh diambil dalam masa sebulan.

Pengutipan hasil

Vermikompos boleh dituai selepas tiga atau mepat bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman bari ditempatkan di sebelahnya.

Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

i. Memperbaiki struktur tanah

ii. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.

iii. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.

vi. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kenapa pertanian Thailand berjaya?


Kegigihan petani Thailand mengusahakan dan memasarkan hasil tanaman mereka sememangnya diketahui ramai.


RAKYAT Malaysia kadangkala terlupa bahawa banyak produk pertanian yang dihasilkan anak tempatan sebenarnya berkualiti. Apa yang sering kali kedengaran ialah mereka teruja dengan produk pertanian dari negara jiran di sebelah utara iaitu Thailand.

Beras siam, mangga siam dan durian siam adalah antara produk pertanian keluaran negara itu yang kerap kali kita dengar.

Mengapa demikian? Adakah kerana produk pertanian kita seperti durian dengan baka D24 dan sebagainya serta benih padi MR219 sebagai contoh, belum begitu berdaya saing.

Ada beberapa persoalan yang timbul dan ini dijawab jelas oleh seorang usahawan pertanian yang juga Konsul Kehormat Diraja Thailand yang berpejabat di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Pada pertemuan dengan Mega di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada 2004 berkongsi beberapa persoalan untuk direnungi bersama.

Antaranya, kenapa buah dan sayur Thailand lebih baik dan kenapa sayur negara berkenaan mampu bersaing dalam pasaran eksport.

Persoalannya yang tidak kurang pentingnya ialah kenapa keluaran padi negara berkenaan cukup berkualiti dan mampu memnuhi keperluan eksport?

Persoalan-persoalan tersebut berada dalam lingkungan sektor agro makanan dan selanjutnya beliau membawa kepada persoalan lain iaitu kenapa kita mampu berada dalam kedudukan pertama dalam industri kayu getah.

Beliau yang berasal dari Kedah, menjelaskan terdapat beberapa perkara yang mendukung kejayaan Thailand dalam bidang pertanian.

Pertama, ia berkaitan dengan tenaga kerja yang mana mereka komited, tidak ortodoks dan menguasai teknologi baru.

''Kerajaan Thailand sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian serta asas tani kepada golongan petani mereka'' ujarnya.

Perkara kedua berkaitan dengan sistem atau pendekatan pertanian di negara berkenaan. Shazryl Eskay merujuk kepada sikap petani yang menganggap pertanian adalah satu industri.

Katanya, oleh kerana sumber tanah adalah terhad, petani mengeksploitasi setiap inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam.

''Di Malaysia, kita memberi tumpuan kepada pokok sehektar demi sehektar berbanding tumpuan kepada sepokok demi sepokok.

Setiap petani juga, katanya, diajar bahawa untuk berjaya dalam pertanian, amalan secara holistik adalah penting kerana kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran bergantung kepada pokok yang sihat.

Pokok yang sihat pula bergantung kepada tanah yang subur, manakala tanah yang subur bergantung kepada kandungan atau sistem biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan hidupan lain dalam tanah.

Pada masa sama, kerajaan negara berkenaan juga meningkatkan infrastruktur pertanian dengan menyediakan pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap daerah dan sistem silo (simpanan bijirin).

Faktor ketiga yang beliau kongsi ialah penggunaan benih yang bermutu.Katanya, klon benih memainkan peranan penting kerana yang menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan lama, saiz sesuai, manis dan cantik.Keseragaman klon juga penting dalam industri buah khususnya untuk pengetinan, selain kualiti tahan penyakit.

Faktor keempat yang tidak kurang pentingnya ialah baja.Menurut beliau, baja yang baik mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan tanaman dan tidak memudaratkan tanah serta mikroorganisme.''(Kebanyakan) baja yang berada di pasaran kini tertumpu kepada keperluan tanaman sahaja," katanya.Beliau mempersoalkan kenapakah pokok yang yang telah diberi baja masih mengalami masalah seperti penyakit, tidak mengeluarkan getah dan buah tidak berkualiti,

Apa yang berlaku dakwanya ialah masalah 'defiseinsi nutrin' kerana pokok tidak mendapat kuantiti dan baja yang diperlukan.

''Pokok perlu 16 jenis nutrien tapi yang dapat hanya baja N.P.K. sahaja sedangkan (nutrien) yang lain diabaikan," katanya.Katanya, negara berkenaan memanfaatkan baja untuk melakukan transformasi industri pertanian dan nama baja yang digunakan ialah Silicon 23 iaitu sejenis baja mineral dan natural dari negara berkenaan.Faktor kelima ialah sistem pemasarannya yang mana ia melibatkan syarikat penerbangan Thai Airways, amalan menggunakan koperasi pengangkutan dan pembungkusan yang berkualiti.

Oleh itu, katanya, faktor-faktor tersebut wajar diberi perhatian sekiranya industri pertanian negara hendak ditransformasikan bersungguh-sungguh.Beliau bagaimanapun berkata, sektor pertanian tempatan telah memperkenalkan banyak klon benih dan baka untuk meningkatkan kualitinya.Bagaimanapun, tanaman tersebut perlu nutrien yang lengkap dan berkesan untuk mencapai sasaran pengeluarannya.Shazryl Eskay menjelaskan, pembajaan penting kerana ia mampu menggantikan nutrien dan melengkapkan apa yang kurang Katanya, kadangkala berlaku kes yang mana tanaman masih bermasalah meskipun telah diberi baja.Kelapa sawit sebagai contoh merupakan jenis monoecious yang mampu menghasilkan bunga betina atau jantan."Waktu pembentukan jantina adalah sangat penting bagi tanaman itu dan sekiranya berlaku stres, penghasilan bunga betina terbantut," katanya.Katanya, keadaan itu akan menyebabkan pembentukan bunga jantan yang antara lain disebabkan tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap.Tanaman yang tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap mengalami masalah kekurangan zat. Ia disebabkan oleh dua faktor iaitu apabila tanaman tidak mendapat kuantiti nutrien yang diperlukan dan tanaman tidak mendapat jenis nutrien yang diperlukan.Kuantiti nutrien pula bergantung kepada jenis tanah sama ada berpasir tanah liat atau berasid.

Jika berpasir, baja akan hilang melalu proses larut resap dan jika tanah liat , baja akan hilang menerusi proses pemeruwapan dan hilang apabila dalam proses larian permukaan semasa hujan.

Pembajaan di tanah berasid pula akan menyebabkan fosfat terikat dan tidak dapat digunakan oleh tanaman.Justeru, waktu menabur baja penting bagi mengelakkan masalah tersebut.Bagi jenis nutrien pula, beliau menjelaskan. tanaman memerlukan 16 jenis nutrien untuk proses tumbesaran dan pengeluaran yang baik.Nutrien yang sentiasa digantikan melalui proses pembajaan adalah NPK dan magnesium sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Penyaman udara jenama sendiri




SEPERTI dijanjikan minggu lepas, keluaran kali ini memaparkan inovasi yang tidak kurang hebatnya iaitu penyaman udara buatan sendiri.

Cuba jangan membayangkan jenama sedia ada di pasaran kerana harganya mahal, tetapi inovasi ini memberi satu pilihan terbaik untuk mereka yang suka melakukan sendiri.

Pada akhirnya, matlamat yang anda ingini ialah menyejukkan bilik atau ruang rehat tanpa memikirkan bil elektrik yang mungkin meningkat daripada biasa.

Kalau hendak berbangga juga dengan ciptaan anda, letakkan jenama kesukaan supaya anda berbangga kerananya.

Alatan yang digunakan:

*Kipas ( kipas meja )

*Papan tebal lima inci lebar x 1.5 kaki panjang x 10 milimeter (mm) tebal> dua keping

*Papan tebal 5 incilebar x dua kaki panjang x 10mm tebal > dua keping

*Jaring nyamuk ( 2 kaki x 1.5 kaki ) - sekeping

*Kain lampin

*Paku

*Bekas takung air

Langkah 1

Bina bingkai kayu dari papan lima inci hasil kotak berukuran 1.5 kaki x 2 kaki x 5 inci

Langkah 2

Tutupkan bahagian belakang kotak kayu dengan meletakkan jaring nyamuk menggunakan paku.

Pastikan jaring berada dalam keadaan tegang .

Langkah 3

Basahkan kain lampin kemudian tutup bahagian belakang jaring tadi dengan kemas.

Langkah 4

Gunakan bekas takungan air yang dapat memuatkan saiz kotak kayu, isi air sehingga separuh bahagian takungan.

Masukkan bingkai kayu yang telah siap dipasang dengan jaring dan lampin tersebut ke dalam bekas takungan air.

Pastikan bahagian bawah kain lampin sentiasa berada dalam air supaya ia sentiasa berada dalam keadaan basah.

Langkah 5

Letakkan kipas menghadap ke depan seperti gambar rajah.

Hidupkan suis kipas untuk melihat hasil yang di peroleh .

Setelah kipas dihidupkan, kita akan dapati udara panas akan di sedut melalui kain lampin tersebut .

Penyerapan haba akan berlaku apabila kain lampin menyerap air di dalam takungan dan mengeluarkan udara sejuk melalui kipas .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perfect Fresh & Frozen majukan francais daging


di Perfect Fresh & Frozen pelanggan boleh mendapat khidmat nasihat mengenai pemotongan dan kesesuaian masakan berasaskan daging.

SETELAH berjaya membuka dua outlet menjual daging segar di Saujana Impian Kajang dan Shah Alam, kini Perfect Fresh & Frozen (PFF) membuka outletnya yang ketiga di Ampang Waterfront.

Berkonsepkan sistem francis, jenama PFF dimiliki oleh KMJ Supplies Sdn Bhd, salah satu sayap Kumpulan Major Transglobal Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat 100 peratus milik Bumiputera.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Aziz Jamaluddin berkata, metamorfosis yang dilakukan oleh MTG yang bermula dengan ternakan kambing perlu dijadikan contoh.

"Bermula dengan sifar dalam ternakan kambing kemudian MTG bergerak kepada pengimport sehingga kepada memasarkan produk daging terus kepada pengguna," katanya semasa majlis pelancaran outlet PFF ke tiga di Ampang, Selangor baru-baru ini

Sementara itu Pengarah Urusan MTG, Dr. P. Azhar Zakaria berkata, PFF dibina berkonsepkan kedai serbaguna yang menjual pelbagai produk daging sama ada segar, sejuk atau sejuk beku."Di sini terdapat pelbagai produk daging daripada lembu, kambing (goat meat, chevon), biri-biri (lamb/mutton), ayam serta ayam kampung.

"Selain itu terdapat juga daging haiwan eksotik seperti puyuh, arnab, unta, burung unta, rusa, ayam belanda dan itik," katanya.Bagi pengguna yang mahukan makanan laut, PFF juga menyediakan makanan laut yang diimport serta produk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.Di PFF juga, kata Dr. P. Azhar, pengguna boleh mendapatkan pelbagai produk yang telah diperap atau marinate yang menepati cita rasa Asia dan Barat."Bagi memudahkan pelanggan mendapatkan ramuan masakan, PFF menjual pelbagai sos dan rempah ratus keluaran IKS tempatan dan antarabangsa.

"PFF juga menyediakan khidmat pemotongan daging dan penghantaran bagi pelanggan katerer, restoran dan kantin," katanya.Dr. P. Azhar berkata, antara khidmat paling popular adalah BBQ kambing atau kambing panggang.Bagi menambah baik produk dan perkhidmatan sedia ada, PFF sentiasa berbincang dengan pengusaha IKS untuk memasarkan produk baru.

"Terkini kami memasarkan produk susu kambing keluaran Ladang Anglo Nubian Sdn Bhd yang merupakan produk susu premium yang telah menjalani proses homogenisis, pasteur dan dibotolkan."Manakala produk Fruittie dengan pelbagai perisa buah-buahan mendapat sambutan menggalakkan terutama di kalangan kanak-kanak," katanya.Pada masa ini, PFF sedang dalam proses memperkukuhkan jenamanya dengan promosi secara berterusan.Ini dilakukan dengan dengan menjaga kualiti produk dan perkhidmatan bagi menjadikan pelanggan bercerita kepada sahabat dan saudara serta melalui iklan dalam bentuk banner, banting serta media cetak dan elektronik.

Pemilik PFF cawangan Ampang Waterfront, Norhelmi Zulkafly, 30, pada mulanya bercadang menjalankan ternakan kambing.

Bagaimanapun segalanya berubah apabila beliau dicadangkan melibatkan diri dalam perniagaan franchis produk daging segar dan hasilan daging.Melihat pasaran di Ampang yang terdiri daripada warga asing beragama Islam seperti dari benua Arab yang memerlukan bekalan daging halal dan bermutu, Norhelmi menceburkan diri dalam perniagaan francais."Di sini kami bukan memberikan perkhidmatan katering BBQ tetapi juga menghantar produk sampai ke rumah pelanggan," katanya.Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk daging segar, hasilan laut dan IKS boleh berkunjung ke cawangan PFF di Ampang Waterfront atau menghubungi 03-42963554.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kenapa pertanian Thailand berjaya?


Kegigihan petani Thailand mengusahakan dan memasarkan hasil tanaman mereka sememangnya diketahui ramai.

RAKYAT Malaysia kadangkala terlupa bahawa banyak produk pertanian yang dihasilkan anak tempatan sebenarnya berkualiti. Apa yang sering kali kedengaran ialah mereka teruja dengan produk pertanian dari negara jiran di sebelah utara iaitu Thailand.

Beras siam, mangga siam dan durian siam adalah antara produk pertanian keluaran negara itu yang kerap kali kita dengar.

Mengapa demikian? Adakah kerana produk pertanian kita seperti durian dengan baka D24 dan sebagainya serta benih padi MR219 sebagai contoh, belum begitu berdaya saing.

Ada beberapa persoalan yang timbul dan ini dijawab jelas oleh seorang usahawan pertanian yang juga Konsul Kehormat Diraja Thailand yang berpejabat di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Pada pertemuan dengan Mega di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada 2004 berkongsi beberapa persoalan untuk direnungi bersama.

Antaranya, kenapa buah dan sayur Thailand lebih baik dan kenapa sayur negara berkenaan mampu bersaing dalam pasaran eksport.

Persoalannya yang tidak kurang pentingnya ialah kenapa keluaran padi negara berkenaan cukup berkualiti dan mampu memnuhi keperluan eksport?

Persoalan-persoalan tersebut berada dalam lingkungan sektor agro makanan dan selanjutnya beliau membawa kepada persoalan lain iaitu kenapa kita mampu berada dalam kedudukan pertama dalam industri kayu getah.

Beliau yang berasal dari Kedah, menjelaskan terdapat beberapa perkara yang mendukung kejayaan Thailand dalam bidang pertanian.

Pertama, ia berkaitan dengan tenaga kerja yang mana mereka komited, tidak ortodoks dan menguasai teknologi baru.

''Kerajaan Thailand sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian serta asas tani kepada golongan petani mereka'' ujarnya.

Perkara kedua berkaitan dengan sistem atau pendekatan pertanian di negara berkenaan. Shazryl Eskay merujuk kepada sikap petani yang menganggap pertanian adalah satu industri.

Katanya, oleh kerana sumber tanah adalah terhad, petani mengeksploitasi setiap inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam.

''Di Malaysia, kita memberi tumpuan kepada pokok sehektar demi sehektar berbanding tumpuan kepada sepokok demi sepokok.Setiap petani juga, katanya, diajar bahawa untuk berjaya dalam pertanian, amalan secara holistik adalah penting kerana kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran bergantung kepada pokok yang sihat.

Pokok yang sihat pula bergantung kepada tanah yang subur, manakala tanah yang subur bergantung kepada kandungan atau sistem biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan hidupan lain dalam tanah.Pada masa sama, kerajaan negara berkenaan juga meningkatkan infrastruktur pertanian dengan menyediakan pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap daerah dan sistem silo (simpanan bijirin).

Faktor ketiga yang beliau kongsi ialah penggunaan benih yang bermutu.

Katanya, klon benih memainkan peranan penting kerana yang menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan lama, saiz sesuai, manis dan cantik.

Keseragaman klon juga penting dalam industri buah khususnya untuk pengetinan, selain kualiti tahan penyakit.Faktor keempat yang tidak kurang pentingnya ialah baja.

Menurut beliau, baja yang baik mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan tanaman dan tidak memudaratkan tanah serta mikroorganisme.

''(Kebanyakan) baja yang berada di pasaran kini tertumpu kepada keperluan tanaman sahaja," katanya.Beliau mempersoalkan kenapakah pokok yang yang telah diberi baja masih mengalami masalah seperti penyakit, tidak mengeluarkan getah dan buah tidak berkualiti,Apa yang berlaku dakwanya ialah masalah 'defiseinsi nutrin' kerana pokok tidak mendapat kuantiti dan baja yang diperlukan.''Pokok perlu 16 jenis nutrien tapi yang dapat hanya baja N.P.K. sahaja sedangkan (nutrien) yang lain diabaikan," katanya.

Katanya, negara berkenaan memanfaatkan baja untuk melakukan transformasi industri pertanian dan nama baja yang digunakan ialah Silicon 23 iaitu sejenis baja mineral dan natural dari negara berkenaan.

Faktor kelima ialah sistem pemasarannya yang mana ia melibatkan syarikat penerbangan Thai Airways, amalan menggunakan koperasi pengangkutan dan pembungkusan yang berkualiti.

Oleh itu, katanya, faktor-faktor tersebut wajar diberi perhatian sekiranya industri pertanian negara hendak ditransformasikan bersungguh-sungguh.

Beliau bagaimanapun berkata, sektor pertanian tempatan telah memperkenalkan banyak klon benih dan baka untuk meningkatkan kualitinya.Bagaimanapun, tanaman tersebut perlu nutrien yang lengkap dan berkesan untuk mencapai sasaran pengeluarannya.Shazryl Eskay menjelaskan, pembajaan penting kerana ia mampu menggantikan nutrien dan melengkapkan apa yang kurangKatanya, kadangkala berlaku kes yang mana tanaman masih bermasalah meskipun telah diberi baja.Kelapa sawit sebagai contoh merupakan jenis monoecious yang mampu menghasilkan bunga betina atau jantan."Waktu pembentukan jantina adalah sangat penting bagi tanaman itu dan sekiranya berlaku stres, penghasilan bunga betina terbantut," katanya.Katanya, keadaan itu akan menyebabkan pembentukan bunga jantan yang antara lain disebabkan tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap.Tanaman yang tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap mengalami masalah kekurangan zat. Ia disebabkan oleh dua faktor iaitu apabila tanaman tidak mendapat kuantiti nutrien yang diperlukan dan tanaman tidak mendapat jenis nutrien yang diperlukan.Kuantiti nutrien pula bergantung kepada jenis tanah sama ada berpasir tanah liat atau berasid.

Jika berpasir, baja akan hilang melalu proses larut resap dan jika tanah liat , baja akan hilang menerusi proses pemeruwapan dan hilang apabila dalam proses larian permukaan semasa hujan.

Pembajaan di tanah berasid pula akan menyebabkan fosfat terikat dan tidak dapat digunakan oleh tanaman.Justeru, waktu menabur baja penting bagi mengelakkan masalah tersebut.Bagi jenis nutrien pula, beliau menjelaskan. tanaman memerlukan 16 jenis nutrien untuk proses tumbesaran dan pengeluaran yang baik.Nutrien yang sentiasa digantikan melalui proses pembajaan adalah NPK dan magnesium sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tudung corak abstrak


Tudung bercorak jalur warna ungu ini mudah dipadankan dengan beberapa warna baju.

CORAK-CORAK abstrak dengan warna-warna pastel dan terang merupakan himpunan terbaru tudung pasang siap Al-Habshee.

Warna pastel seperti coklat dan gabungan warna-warna terang seperti biru firus, hijau, kuning, ungu dan jingga merupakan warna-warna yang sedang menjadi trend terkini untuk tudung segera.Jika semasa tudung pasang siap mula-mula direka, ramai yang menyukai tudung polos tanpa corak namun kini tudung-tudung bercorak menjadi kegemaran.

Himpunan terkini tudung Al-Habshee dibuat dengan saiz-saiz berbeza mengikut bentuk wajah. Ini bagi memberikan keselesaan kepada pemakainya.

Ada yang berwajah lebar atau persegi sudah tentu tidak selesa dengan tudung yang mempunyai ukuran kecil. Wajah terasa seperti dicengkam jika memakai tudung yang kecil.

Pada masa ini kebanyakan himpunan tudung ini diperoleh dengan saiz M. Pun begitu terdapat banyak permintaan bagi menyediakan tudung yang bersaiz L.Keistimewaan himpunan tudung ini ialah bahagian hadapan tudung atau awning dibuat separuh supaya tidak mudah patah dan merosakkan bentuk tudung.Selain menjual tudung siap, Gedung Al-Habshee yang terletak di No. 15, Off Persiaran Pusat Bandar 2, Bandar Baru Bangi, Selangor, turut menerima tempahan tudung.Pelanggan boleh membawa kain mereka sendiri untuk ditempah atau dihias dengan jahitan manik Jepun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ubahsuai tudung ikut bentuk wajah


Tudung yang dijahit sedikit manik sesuai juga untuk ke pejabat.


PADA masa kini perniagaan tudung mampu memberi pendapatan yang memuaskan hati. Sesiapa sahaja yang berniaga tudung atau lebih khusus, tudung mudah pakai atau tudung pasang siap akan memperoleh keuntungan.

Tudung mudah pakai menjadi pilihan wanita masa sekarang kerana mudah dan ringkas cara pemakaiannya. Sebab itu tudung jenis ini sentiasa mengalami perubahan dari segi potongan dan corak fabrik.

Bagaimanapun ketika membeli tudung, setiap wanita pasti akan mencuba terlebih dahulu bagi mempastikan ia selesa, sesuai dengan bentuk muka dan mempunyai warna dan corak yang sesuai dengan setiap orang.

Bagaimana pula jika tudung yang anda sukai atau tudung yang dihadiahkan kepada anda tidak selesa dipakai dan tidak nampak cantik kerana terlalu ketat di bahagian muka. Hendak disimpan, sayang pula kerana fabriknya cantik dan menjadi kesukaan anda.

Oleh itu, jangan risau kerana anda boleh mengubahsuai tudung anda itu di An Nuur Collections yang terletak di Plaza Alam Central, Shah Alam. Jadi, dapatlah anda memakai tudung yang disukai itu dengan rasa selesa dan senang hati.

Pemilik An Nuur, Juhara Ibrahim berkata, kedainya boleh mengubahsuai pelbagai jenis tudung daripada pelanggan.

''Ramai yang menjual tudung tetapi saya rasa belum ada lagi kedai yang mengubahsuai tudung. Terdapat pelanggan yang membeli tudung namun apabila pulang ke rumah dirasakan tudung itu tidak selesa dipakai kerana ukuran yang tidak sesuai pada bentuk muka atau awning yang terlalu tebal. Lebih terasa sayang jika tudung tersebut mahal dan dibeli di butik ternama.

''Bentuk muka seseorang tidak sama. Ada yang mempunyai bentuk muka bulat, empat segi, bujur, panjang atau tulang pipi tinggi. Namun, tudung yang dijual, sama sahaja untuk semua jenis bentuk muka.

''Tudung sama seperti baju. Mungkin orang lain pakai nampak cantik tetapi bila kita pakai, nampak kurang menarik atau membuatkan kita nampak lebih tembam atau tua,'' kata Juhara yang ditemui di kedainya di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Juhara, pengalamannya sendiri yang berasa tidak selesa memakai tudung bawal memberikannya idea untuk membuat dan menerima tempahan tudung.

''Dahulu ketika masih bekerja, saya mengambil masa lama untuk bersiap selepas sembahyang kerana rumit memakai tudung bawal. Kena pin kiri kanan, kemaskan betul-betul tetapi belum lama, tudung itu nampak comot semula,'' kata bekas pekerja di bahagian jualan dan pemasaran di sebuah firma Jepun ini.

Selain boleh mengubahsuai tudung yang telah siap, kata Juhara, keistimewaan An Nuur ialah menerima tempahan membuat tudung mengikut fesyen terkini

''Pelanggan boleh memilih jenis kain seperti kain jersi, sutera sifon dan kain renda. Untuk bahagian awning, mereka boleh memilih kain sutera shantung yang nampak berkilat, mudah dijaga dan boleh dibasuh.

''Kemudian kami akan meminta pelanggan mencuba dahulu tudung yang telah siap untuk mempastikan saiz muka pelanggan sesuai dengan tudung tersebut. Dari situ kami dapat melihat keselesaan dan kesesuaian atau mana yang perlu dibaiki.

''Sehelai tudung boleh disiapkan dalam masa satu jam.

''Kadang-kadang ada pelanggan yang tidak tahu jenis tudung yang sesuai dengan bentuk mukanya. Ada yang nak tudung yang macam Siti Nurhaliza pakai. Masalahnya tudung seperti itu tidak sesuai dengannya. Jadi kami akan mencadangkan kepadanya tudung yang cantik padanya,'' jelasnya.

Juhara menambah, harga tempahan adalah berbeza-beza. Pelanggan yang membawa kain sendiri dikenakan harga tempahan sebanyak RM25, jika kain daripada An Nuur RM59 sementara tudung bermanik lebih RM100. Maklumat lanjut, hubungi 013-3626505.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pendapatan lumayan berniaga kerepek, biskut raya


Iskandar Mohd. Ali (kanan) melihat isterinya, Norazizah Chening menyiapkan kuih tiram untuk memenuhi tempahan ketika ditemui di Kampung Kelemak, Alor Gajah, Melaka, semalam.

MELAKA 16 Okt. - Minat dalam bidang perniagaan, mendorong Iskandar Mohd. Ali dari Kampung Kelemak di sini menceburi bidang yang penuh risiko itu biarpun tanpa mendapat bantuan modal daripada mana-mana pihak.

Bermula berniaga katering makanan dalam usia 19 tahun, Iskandar tekad meninggalkan kerja tetapnya dalam bidang kejuruteraan selepas beberapa tahun menimba pengalaman bekerja dengan majikan berbangsa Cina yang dianggapnya sebagai guru.Dia yang kini berusia 37 tahun mencuba pelbagai jenis perniagaan termasuk francais makanan nasi lemak dan perkhidmatan dobi namun perniagaan kecil-kecilan itu terjejas ekoran kegawatan ekonomi pada 1998.

Namun, ia tidak menjadi halangan kepada Iskandar untuk terus berusaha dan dengan bermodalkan simpanan RM2,000, dia menyewa sebuah kereta bagi menjalankan perniagaan kereta sewa pula.

''Bagaimanapun, saya terpaksa melupakan perniagaan itu kerana masalah peribadi dan membawa diri ke Pontian, Johor, saya kemudiannya bertemu jodoh dengan isteri, Norazizah Chening dan membina keluarga di Johor," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.Menurutnya, setelah hampir setahun tanpa membuat apa-apa pekerjaan, keinginan Iskandar untuk berniaga semula berputik kembali.Katanya, hatinya tersentuh melihat keazaman dan ketekunan ibu mertuanya mengusahakan kedai runcit dan pada masa sama menjaja kuih kacang bersendirian.''Saya kagum dengannya yang amat tekun sekali berniaga tanpa bantuan sesiapa, seolah-olah berniaga itu satu seni yang amat tinggi nilainya dan tidak sama dibandingkan dengan wang ringgit jika berniaga semata-mata mahu untung sahaja.

''Kesedaran itu yang mendorong saya kembali berniaga dan menyambung perusahaan kuih kacang sampai hari ini dengan modal RM2,000 yang saya pinjam daripada jiran di Pontian," katanya.Jelasnya, sejak itu, dia dan isteri tidak lagi menoleh ke belakang dan mengusahakan jualan kuih kacang dengan menjaja dari sebuah kedai kecil hingga ke kompleks perniagaan yang besar di Johor Bahru.Katanya, berkat kesungguhan itu, perusahaannya mendapat sambutan menggalakkan dan perniagaan itu kini diteruskan di Kelemak dengan menumpang operasi perniagaan di bangunan Balai Raya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kelemak sejak tiga tahun lalu.''Alhamdulillah, usaha ini mendapat bantuan dan sokongan wakil rakyat dan sidang kampung di sini, mereka sudi menumpangkan bangunan JKKK ini untuk membolehkan saya meneruskan perniagaan," katanya yang kini mempunyai empat pekerja bagi membantu operasi niaga harian.

Akhirnya, kegigihan dan pengorbanan anak muda ini membuahkan hasil kerana mampu menikmati pendapatan kasar kira-kira RM120,000 untuk tempoh masa tiga bulan.Dia menjual serta memborong kuih raya dan pelbagai jenis kerepek yang dihasilkan melalui syarikatnya sendiri, Perusahaan Makanan Norazizah.Menariknya, kuih biskut raya dihasilkan sepenuhnya melalui tenaga kerja manusia dan hanya sedikit sahaja biskut dibuat melalui mesin, oleh itu rasa biskut dihasilkan masih asli dan enak.

Kata Iskandar, perniagaannya itu akan dikembangkan apabila dia membuka bangunan baru untuk perusahaan itu yang terletak kira-kira 100 meter dari bangunan JKKK sedia ada serta bakal dijadikan pusat sehenti jualan produk Satu Kampung Satu Industri.Orang ramai yang berminat untuk mencuba biskut raya dan kerepek pelbagai rasa yang dihasilkan melalui Perusahaan Makanan Norazizah ini, dipelawa berkunjung di alamat Balai Raya JKKK Kelemak Alor Gajah atau hubungi talian 013-7878575 atau 013-6818577.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usahawan Perlu sikap Malu untuk berjaya.


DR. Mahathir Mohamad melihat buku Building Passion With Mustapha Kamal sambil ditemani isterinya, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, disaksikan Mustapha Kamal Abu Bakar (dua dari kiri) dan Puan Sri Wan Nong Wan Ibrahim (kiri), sewaktu merasmikan pelancaran Menara Mustapha Kamal di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Usahawan bumiputera yang menjalankan perniagaan perlu mempunyai sikap 'malu' untuk berjaya," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Katanya, sikap tersebut merupakan rahsia kejayaan yang perlu diikuti oleh usahawan terutama para peniaga dan pengusaha Melayu.

''Orang Jepun berjaya sebab mereka 'malu'. Maksudnya jika mereka gagal, mereka akan malu, jadi, mereka akan terus berusaha sehingga berjaya.''Sebaliknya di Malaysia, sikap begini tidak diamalkan, sebagai contoh apabila berlaku sesuatu isu dalam kerajaan yang melibatkan ekonomi atau politik yang merudum menteri tak nak letak jawatan, tak ada rasa malu langsung," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Menara Mustapha Kamal (MMK), Galeri Emkay dan pelancaran buku Building Passion With Mustapha Kamal di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.Dr. Mahathir berkata, usahawan bumiputera perlu bijak untuk mengambil peluang yang diberikan bagi memperolehi kejayaan yang diingini.''Saya bangga berjumpa orang seperti Mustapha Kamal yang merupakan seorang yang serius dalam tugasnya dan bersungguh-sungguh untuk berjaya.''Sebenarnya, kita boleh lakukan apa sahaja kalau kita betul-betul lakukannya dan pasti kita akan berjaya.''Kalau modal RM1,000, jalankan perniagaan berdasarkan modal yang ada. Ini tidak modal RM1,000 nak perniagaan RM10,000, bila gagal tak tahu malu pula," katanya.

Sementara itu, Mustapha Kamal dalam ucapannya berkata, MMK menggambarkan kemuncak perjalanan perniagaannya secara keseluruhannya yang ditubuhkan sejak 1983.''Kejayaan ini merupakan usaha sama yang diberikan seluruh warga Kumpulan Emkay dan anak syarikat," katanya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mesin mengasing biji durian


Menggunakan mesin membolehkan kerja-kerja mengasingkan biji durian dilakukan dengan lebih mudah dan bersih.

RAJA buah, durian (Durio zibethinus L). adalah salah satu buah yang sangat digemari di kalangan rakyat negara ini. Aromanya yang menggoda, menjadikan buah ini menjadi popular dimakan segar.

Selain itu, isi durian diproses untuk menghasilkan bermacam-macam jenis makanan seperti dodol wajik, coklat, gula-gula, sos dan bahan perisa.

Bagaimanapun, apabila tiba musimnya buah menjadi terlalu banyak dijual di tepi-tepi jalan dan harganya akan merudum.

Pada masa sama, industri durian lebih tertumpu kepada penjualan buah mentah dan tidak ada mesin khas atau alat khas untuk pemprosesan secara besar-besaran.Pemprosesan besar-besaran merujuk kepada bagaimana mengasingkan biji durian dengan isinya yang selama ini dilakukan secara manual.Kerja-kerja ini memerlukan tenaga yang ramai dan mengambil masa yang lama dan rumit.Di samping itu, pes durian yang diperoleh cara ini juga kurang bersih dn sudah tentu tidak menepati piawaian kebersihan makanan yang ditetapkan.

Oleh itu, selaku, peneraju dalam teknologi dan mekanisasi pertanian dan teknologi makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya menghasilkan satu inovasi mesin yang dikenali sebagai Mesin Pengasing Biji Durian.

Ciri-ciri mesin

Mesin dibangunkan untuk memekanisasikan proses pengasingan biji durian. Durian telah digunakan dalam penghasilan pelbagai produk makanan yang berperisa durian seperti dodol durian, ais krim, kuih dan sebagainya.*Bahagian utama mesin ialah mekanisme drum yang diperbuat daripada jaringan rod keluli tahan karat. Drum yang berputar ini menggunakan prinsip daya emparan untuk melepaskan biji daripada isi tersebut.

*Sistem penyembur angin berkelajuan tinggi digunakan untuk membersihkan isu durian yang melekat pada rod-rod tersebut.*Mesin ini hanya memerlukan seorang pengendali dan tidak memerlukan kemahiran tinggi untuk mengendalikannya.*Mesin ini digerakkan oleh motor dengan kelajuan boleh laras.*Bahagian-bahagian mesin mudah dipasang dan dileraikan serta mudah dicuci dan diselenggara.*Pemprosesan boleh dilakukan secara berterusan untuk pengeluaran pes yang maksimum.*Boleh memproses sehingga 150 kilogram (kg) isi (ulas) dalam masa sejam.

Penggunaan

*Pengendali memasukkan lebih kurang lima kg ulas durian ke dalam bekas (hopper) pengisian.*Kemudian, mesin dihidupkan dengan kelajuan yang dimasukkan sederhana tadi akan berguling di dalam drum yang berputar.*Selepas lebih kurang lima minit, sebahagian daripada biji durian akan terkeluar dengan sendirinya daripada mesin ini bekas (hopper) outlet biji.*Isi durian atau pes dikumpulkan dalam hopper outlet.*Biji-biji durian yang tertinggal boleh dikeluarkan secara manual dan proses ini diulangi untuk ulas-ulas seterusnya.

Keistimewaan

*Mesin ini direka khas untuk pemprosesan is durian kerana kebanyakan mesin pengasing biji yang terdapat di pasaran di reka untuk pelbagai jenis buah, tetapi jika digunakan untuk durian, hasilnya tidak begitu memuaskan.*Pes durian yang hasilkan tidak mengandungi serpihan biji-biji durian.*Pes durian yang dihasilkan lebih bersih. Mesin inj mengelakkan berlakunya pencemaran pada pes, dengan meminimumkan pengendalian secara terus.*Kadar perolehannya lebih tinggi berbanding penggunaan mesin pengasingan serbaguna yang terdapat di pasaran.*Lebih kurang 60 peratus biji durian dapat dikeluarkan daripada mesin dengan sendirinya.

Potensi komersial

Mesin ini sesuai digunakan oleh usahawan kecil dan sederhana (IKS) yang juga berperanan sebagai sebagai peraih/penjual buah durian mentah.Pemprosesan buah durian kini boleh dijalankan untuk dibekalkan kepada industri pemprosesan hasilan durian di pasaran.Kos pengeluaran boleh dikurangkan kerana mesin ini sangat mudah digunakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Keistimewaan Jeli Kelapa To' Wan


WAN Yahya (kanan) bersama produk jeli kelapa yang semakin mendapat permintaan tinggi.

BERMACAM-MACAM jenis pekerjaan pernah dilakukan oleh Wan Yahya Wan Abdullah, 46, sebelum beliau terlibat secara serius dalam perniagaan jeli kelapa. Beliau yang berasal dari Kelantan pernah bekerja di kedai runcit selama sepuluh tahun, menjadi jurujual dan juga berkhidmat bersama syarikat Pernas Edar.

Walau apa pun kerja yang dilakukan, baginya keikhlasan merupakan elemen paling penting agar rezeki yang halal dapat diperolehi bagi menyara diri dan keluarga.

Mengakui gaji yang diperoleh ketika melakukan kerja-kerja tersebut tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga, Wan Yahya mula memikirkan cara bagaimana untuk menambah pendapatan agar taraf hidupnya meningkat ke tahap yang lebih baik.Idea menghasilkan jeli kelapa sebenarnya tercetus pada tahun 2004 setelah beliau mendapati terdapat banyak pokok kelapa terbiar di sekitar taman perumahannya di Gua Musang, Kelantan.Beliau mengambil peluang menggunakan kelapa-kelapa itu untuk menghasilkan jeli kelapa dan dijual di pasar yang berhampiran.Pada peringkat awal, hasil jualannya telah menyumbang pendapatan sebanyak RM60 sebulan.Selepas beberapa bulan berniaga, beliau mendapati produk tersebut menerima sambutan yang sangat menggalakkan.Akhirnya, pada awal tahun lepas, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Rawang, Selangor bagi mengkomersialkan perniagaannya dengan lebih serius.

Bermodalkan RM250, Wan Yahya telah membeli segala peralatan seperti membeli bekas penyejuk, membuat banner, pelekat dan juga mendaftarkan syarikat di bawah penjenamaan Jeli Kelapa To' Wan.''Selama enam bulan saya perlu berjimat cermat kerana keuntungan yang diperoleh perlu digunakan untuk pusingan modal perniagaan ini.''Selain itu, saya juga perlu membayar sewa dua buah rumah sebanyak RM150 sebulan yang digunakan sebagai tempat operasi penyediaan jeli kelapa,'' katanya ketika di temui di rumah tersebut di Bukit Beruntung, Selangor baru-baru ini.Pada peringkat awal, beliau memasarkan jeli kelapa di sekitar Pasar Taman Sentosa dan juga Damansara.

Beliau turut mendapat tempahan daripada sekolah-sekolah dan juga restoran-restoran di sekitar kawasan perumahannya selain membekalkannya kepada Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Untuk memenuhi permintaan tersebut, Wan Yahya dibantu oleh dua orang rakannya bagi kerja-kerja mengupas, memasak, memasukkan ke dalam bekas, menghantar kepada pelanggan serta menjual di pasar.Secara purata, beliau menghasilkan sebanyak 600 hingga 700 gelas jeli kelapa sehari yang dijual dengan harga RM1 untuk gelas besar dan 60 sen untuk gelas kecil.

Untuk pasaran di koperasi sekolah-sekolah pula, beliau menjualnya dengan harga 80 sen segelas dengan penghasilan sebanyak 200 gelas sehari.''Selain itu, kita juga ada menerima tempahan membekalkan jeli kelapa untuk majlis perkahwinan serta kenduri dengan harga 30 sen satu gelas.''Biasanya, pesanan akan meningkat ketika bulan puasa dan juga hari raya di mana lebih kurang 1,500 gelas sehari akan dihasilkan sehari,'' kata ayah kepada empat orang anak ini.Dari segi bekalan kelapa, Wan Yahya memperolehinya daripada dua orang pengusaha ladang kelapa yang terletak berhampiran rumahnya dengan harga RM1.30 sebiji.Untuk memastikan kelapa yang berkualiti digunakan untuk membuat jeli berkenaan, stok kelapa akan di simpan untuk jangka masa dua hingga tiga hari sahaja.

Bagi mengekalkan keenakan dan keaslian rasa jeli kelapa, Wan Yahya mempunyai petua serta resipinya tersendiri.Ketika menyediakan jeli tersebut, beliau akan memasak dengan sukatan satu tong penuh air kelapa yang di campur dengan setengah tong air masak, agar-agar, gula mengikut rasa, sedikit garam serta di kacau bersama daun pandan.Jeli yang siap di masak akan dituang ke dalam bekas yang telah dimasukkan isi kelapa dan dibiarkan membeku sendiri sebelum dimasukan ke dalam bekas ais.Wan Yahya memberitahu, antara cabaran membuat jeli tersebut adalah untuk mengekalkan rasa buah selain mengekalkan harganya yang murah.''Bagi saya apa yang paling penting adalah perhubungan baik dengan pelanggan agar mereka berpuas hati dengan produk kita.''Biarlah kita tawarkan harga murah asalkan kualitinya baik. Dengan cara itu, saya yakin pelanggan akan terus menyokong dan membeli produk ini.'' katanya.Di samping itu, beliau juga berpegang kepada prinsip bersedekah kepada pelanggan agar perniagaannya terus diberkati.

Bagi memudahkan pelanggan, jeli kelapa yang telah siap akan dihantar terus ke rumah atau kedai mereka.Dari segi pemasaran, beliau mengambil pendekatan menampal pelekat nama syarikatnya serta cara untuk dihubungi agar orang ramai mudah untuk membuat tempahan.

Bagi menambah kemahiran dalam perniagaannya, beliau ada menghadiri kursus latihan dan bimbingan anjuran persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO).''Kita perlu selalu belajar tentang sesuatu yang baru kerana jika kita rasa kita sudah pandai, sebenarnya ada orang lebih pandai daripada kita,'' katanya.Selain itu, pada masa akan datang, beliau juga bercadang untuk membuat pinjaman perniagaan daripada Agrobank untuk memperluaskan perniagaannya.Dana tersebut akan digunakan untuk menyediakan tapak kedai yang lebih luas dan selesa serta membeli peralatan yang lebih moden untuk mempercepatkan proses penghasilan jeli kelapa.Ketika ini, beliau sedang mencari wakil jualan di setiap kawasan sebagai usaha membantunya memperluaskan pasaran.Justeru, mereka yang berminat untuk menjadi wakil jualan atau membuat tempahan, Wan Yahya boleh dihubungi melalui talian 019-2031749 atau 017-4388674.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mempelbagaikan hasil kelapa


Othman Khalid dan Sapura Nazri menunjukkan produk kelapa yang dihasilkan.

BERMULA sebagai peraih kelapa pada tahun 1998, Othman Khalid kemudian terfikir untuk menghasilkan kerisik. "Saya mendapat idea membuat kerisik semasa ke Kuala Lumpur dan Selangor dan mendapati permintaan terhadap kerisik amat menggalakkan.

"Ketika itu saya mengambil keputusan membuat kerisik secara manual bagi pasaran sekitar Bagan Datoh, Perak sahaja," katanya yang mendapat galakan daripada isterinya, Sapura Nazri.

Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini menghasilkan kira-kira 20 kilogram kerisik tetapi menambahkannya apabila permintaan semakin menggalakkan terutama semasa musim cuti sekolah dan perayaan.

Permintaan yang menggalakkan memerlukan mesin bagi mempercepatkan pengeluaran dan penghasilan produk.Justeru pasangan ini berjaya mendapatkan pinjaman daripada Agro Bank bagi membeli mesin yang boleh menghasilkan kerisik sehingga satu tan.Memandangkan komitmen besar yang diberikan dalam usahanya, Jabatan Pertanian memberikan sumbangan dalam bentuk pembinaan bengkel.Ekoran permintaan yang semakin bertambah, beliau kemudian meningkatkan bilangan mesin daripada dua kepada lima buah bagi memantapkan lagi operasinya."Apabila usaha semakin menampakkan hasil, kami menghadirkan diri pula mengikuti pelbagai kursus melibatkan industri hiliran kelapa anjuran Jabatan Pertanian bagi input manakala teknologi dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

"Di sana, kami didedahkan dengan industri penghasilan minyak kelapa dara (VCO), jeli kelapa, santan dan nata de coco," katanya semasa ditemui di bengkelnya di Kampung Sungai Betul, Bagan Datoh, Perak, baru-baru ini.Bengkel penghasilan produk kelapa yang bersaiz 60 kaki x 20 kaki itu berupaya mengeluarkan 100 liter VCO, satu tan kerisik, 500 hingga 600 kilogram (kg) nata de coco dan 150 hingga 200 kg santan sebulan.Sebagai peraih kelapa, Othman mudah mendapatkan bekalan kelapa dan beliau mempunyai kelebihan memilih kelapa yang sesuai untuk setiap produknya.Misalnya kelapa yang telah matang digunakan untuk menghasilkan VCO, kerisik dan santan, manakala kelapa muda pula untuk menghasilkan nata de coco dan jeli kelapa.

Tidak mahu statik dengan hanya lima produk saja beliau mula mempelbagaikan produk VCO dengan menghasilkan minyak rambut, sabun serta beberapa produk kecantikan seperti krim malam dan losen tangan dan badan.Othman berkata, minyak rambut daripada VCO mempunyai kelebihan mencegah uban serta menguatkan akar rambut bagi mengelakkan rambut gugur.Mencari pasaran bukanlah sesuatu yang sukar bagi Othman apabila produknya telah berjaya dimasukkan dalam risalah pocketshop yang diedarkan di seluruh negara.Selain itu beliau juga mendapatkan bantuan pemasaran dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Dengan cara ini membolehkan hampir semua produk hiliran kelapa saya dipasarkan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.Beliau yang gemar mendapatkan maklumat mengenai kelapa di Internet berkata, kelapa bukan saja terhad untuk masakan dan makanan tetapi kesihatan, perubatan, arang teraktif dan kraftangan."Bagaimanapun masih terlalu banyak kegunaan kelapa yang masih belum diterokai di negara ini misalnya arang daripada tempurung kelapa amat sesuai digunakan sebagai penapis dan boleh digunakan dalam pembakaran barbeku kerana kurang mengeluarkan asap," katanya.Lebih membanggakan apabila bengkel yang diuruskan telah dipilih sebagai pusat pengumpulan produk industri kecil dan sederhana (IKS) bagan Datoh di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu usahawan lain memasarkan produk mereka.

Othman boleh dihubungi di 013-4540484 atau 019-4056711

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

usahawan kek


Tuminah Siran (kanan) bersama anaknya, Hanizah Baharuddin (kiri sekali) dan Chef Faizal Ibrahim.

MEREKA yang telah biasa bekerja daripada muda hingga ke usia persaraan pastinya bingung memikirkan apakah yang hendak dilakukan setelah bersara nanti.Sudah tentu tidak betah duduk sahaja di rumah kerana ini akan membuatkan tubuh semakin lesu, tidak aktif dan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit pula.

Bagi Tuminah Siran, 60, dia telah membuat perancangan sendiri agar usia persaraannya diisi dengan aktiviti yang tidak membosankan dan dalam masa yang sama mampu memberi pendapatan.Bermula daripada masih bertugas sebagai pembantu tadbir selama 32 tahun di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Tuminah telah pun membuat kek dan biskut untuk kawan-kawan.

''Ketika masih bekerja lagi saya kerap mengikuti kelas membuat kek dan biskut bagi menambah pengetahuan. Dalam masa yang sama, saya sering mendapat tempahan daripada kawan-kawan di pejabat,'' kata Tuminah yang ditemui di kedainya, Kedai Kek Bukit Idaman, Bukit Idaman, Selayang, Selangor baru-baru ini.Tambahnya, perniagaan daripada rumah itu telah dimulakan sejak tahun 80-an lagi. Bagaimanapun sebaik bersara pada 2002, dia terus membuka kedai kek yang dimiliki bersama suaminya, Baharuddin Kasran.Bermodalkan RM100,000, kedai kek keluarga ini turut diuruskan oleh anak bongsunya, Hanizah dan suaminya, Mahathir Mohd.

Hanizah yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan minat yang mendalam terhadap perniagaan tersebut dan sanggup membantu ibunya sepenuh masa menguruskan kedai.''Kek dan biskut kami benar-benar mengikut resipi home made. Walaupun perlu dibuat dalam jumlah banyak, kami tetap menggunakan resipi sama, tidak dikurang atau dilebihkan. Ini bagi mengekalkan rasanya.

''Jika perlu dibuat dalam jumlah besar, paling banyak pun, bancuhan dibuat dalam empat kali adunan agar rasa biskut atau kek tetap konsisten,'' ujar ibu kepada tiga orang anak ini lagi.

Menurut Tuminah lagi, walaupun produk biskut dan kek keluarannya tidak menggunakan pengawet namun ia boleh tahan sehingga tiga bulan.Katanya, kek coklat lembap paling digemari pelanggan selain biskut tat nanas di mana intinya dibuat sendiri dan bukan menggunakan inti dalam tin.''Untuk raya yang baru lalu, kami membuat 10 jenis biskut seperti tat nanas, almond london, arabian cashewnut, coklat cip, cornflakes crunchy, makmur, jejari emas dan mazola.''Selain itu, kuih-kuih tradisional seperti baulu, buah rotan, kuih ros dan maruku kacang hijau sentiasa ada sepanjang masa,'' jelasnya yang dibantu oleh Chef Faizal Ibrahim dan empat orang pekerja.Tuminah juga membuat kuih-muih sejuk beku seperti donut, karipap dan popia serta pastri yang dibekalkan kepada katerer atau dihantar ke kedai-kedai sekitar Putrajaya.

''Saya amat berterima kasih kerana mendapat kerjasama dan bantuan mesin daripada Jabatan Pertanian serta sokongan berbentuk kursus pemprosesan makanan daripada Kemas Wilayah Persekutuan,'' kata Tuminah yang kini mempunyai kedai cawangan di Paya Jaras Dalam, Selangor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mudahnya buat kek


KEK yang dihasilkan menggunakan tepung kek Mamastoves.

GOLONGAN wanita yang gemar ke dapur bagi mencuba pelbagai resipi kek kini tidak perlu gusar keadaan dapur bersepah dengan tepung serta kulit telur merata-rata ketika menghasilkan sebiji kek.

Ini kerana dengan adanya tepung kek Mamastoves, proses membuat sebiji kek menjadi lebih mudah dan tidak banyak kerenah.

Pengusaha tepung kek Mamastoves, Norunishah Ridzwan, 37, berkata, pengalamannya sejak dari zaman remaja membuat kek mendorong beliau bereksperimen menghasilkan tepung kek yang mudah, murah serta sedap.

"Ibu saya boleh dikatakan 'pakar' membuat kek di kampung kami di Alor Star dan sejak remaja lagi saya sudah membantu ibu membuat kek di dapur."Dengan ilmu yang diturunkan oleh ibu ditambah pengalaman selama 23 tahun membuat kek saya berjaya membuat tepung kek yang mudah diadun oleh sesiapa sahaja termasuk remaja yang ingin menghasilkan kek istimewa untuk hari lahir ibunya," jelasnya.

Beliau mengakui, minat, ketekunan, pengalaman ditambah dengan inovasi mendorongnya menghasilkan tepung kek sendiri.Malah ibu kepada enam cahaya mata ini memilih meneruskan legasi ibunya dalam pembuatan kek kerana mahu dekat dengan anak-anak sambil menambah pendapatan keluarga.Justeru beliau beroperasi dari dapurnya sendiri yang terletak di kediamannya di Bukit Beruntung, Selangor."Memang banyak tepung kek segera di pasaran, tapi saya mencari kelainan dengan menambah tepung kek span yang belum lagi ada di pasaran.

"Selain itu bahan-bahan yang digunakan untuk membuatkan kek ini semuanya saya kumpul dan campurkan sendiri. Tepung ini juga mampu bertahan selama enam bulan dan bagi yang baru pertama kali mencuba buat kek pasti jadi," jelasnya.Norunishah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perhubungan awam dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, memanfaatkan ilmu tersebut dengan cara mempromosikan perniagaannya ke seluruh Malaysia.Semuanya dilakukan menerusi promosi menerusi blog http://mamastoves.blogspot.com yang nyata relevan dengan pasaran kini.Norunishah berkata, tepung kek ini boleh dibancuh tanpa perlu menggunakan mesin penguli kek."Pukul dengan tangan pun boleh mendapatkan hasil yang baik, cuma kek span perlukan mesin kerana ia perlu betul-betul 'ringan'," ujarnya yang boleh dihubungi pada talian 016-2586694.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Rohani jutawan syarikat binaan


ROHANI menggemari busana hasil kreativiti Radzuan Radziwill.




PRINSIP hidup yang diamalkan wanita bersemangat waja ini senang sahaja. Tiada jalan mudah untuk mengecapi kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Setiap cabaran dan dugaan yang mendatang tidak harus dijadikan batu penghalang dalam meniti kejayaan, sebaliknya ia dijadikan panduan supaya diri tidak tergelincir sekiranya sudah berada di puncak.Itulah pegangan pemilik sebuah syarikat pembinaan, Rohani Baba, 53, dalam usaha meletakkan dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya.Menurutnya, kesabaran dan disiplin adalah aset utama yang menjadi pegangannya sebelum mengambil keputusan menceburi bisnes bersama suami tercinta, Noorman Ismail dengan menubuhkan syarikat Rohani Baba Sdn. Bhd. pada tahun 1979.

“Pada awalnya kami sememangnya tiada langsung kepakaran dalam bidang ini. Saya pula setakat tamat sekolah menengah sahaja.

“Suami pula mengambil jurusan seni bina ketika belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur,” ujarnya.

Buka syarikat selepas kahwin

Pada usia 25 tahun, Rohani mendirikan rumah tangga bersama Noorman.Menurutnya: “Saya dan suami ambil keputusan untuk menubuhkan syarikat bisnes kami itu tidak lama selepas bergelar suami isteri.”Ibu kepada dua orang anak ini membuktikan walau dengan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia juga mampu mencipta kejayaan sepertimana golongan berpendidikan tinggi yang lain.Menjadikan suaminya sendiri sebagai ikon untuk terus berada di ambang kejayaan, Rohani kini sudah mampu tersenyum bangga melihat segala kemewahan yang berjaya diraihnya hasil kerja keras dalam bisnes yang diusahakannya selama ini bersama suami tercinta.Kejayaan syarikat miliknya menjana keuntungan mencecah berjuta-juta ringgit, hasil daripada projek yang kebanyakannya diperoleh daripada sektor kerajaan, Rohani bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk berada di dalam bisnes tersebut.“Seingat saya, projek pertama yang kami dapat ialah projek bernilai RM10 juta di Pulau Pinang. Ketika itu kami dapat tender untuk membina bangunan untuk kuarantin barangan.“Bermula dari situ, kami mula berusaha untuk mendapatkan lebih banyak projek,” katanya.

Projek mega RM25 juta

Menurut Rohani, antara projek yang diusahakan syarikatnya termasuklah membina masjid, sekolah, asrama dan juga bangunan-bangunan kerajaan.

“Projek terbesar yang pernah diperoleh syarikat kami bernilai RM25 juta,” akuinya.


ROHANI dan suami menghadapi saat susah dan senang bersama.


Dalam pada itu, Rohani memberitahu, cabaran terbesar dalam meluaskan empayar perniagaannya ialah ketika negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1998.“Saya dan suami terpaksa mengerah keringat siang dan malam demi memastikan bisnes yang kami usahakan tidak terhenti begitu sahaja.“Saya tak nafikan bisnes kami agak teruk ketika itu, terutama disebabkan tekanan yang timbul daripada beberapa masalah.“Selain daripada kesukaran mendapat projek baru, dalam perniagaan, biasalah, mesti ada yang tak suka dan dengki. Ada sahaja pihak yang cuba mencantas projek yang diusahakan syarikat kami itu. Namun, alhamdulillah rezeki tetap ada walaupun banyak halangan,” luah Rohani.

Tambahnya: “Biarpun begitu, saya bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat tabah. Dia banyak bersabar dan dengan hasil usahanya yang tanpa mengenal erti jemu, perniagaan kami sekeluarga dapat diselamatkan.”

Setia dengan Radzuan Radziwill

Menyentuh pula mengenai gaya hidupnya, Rohani dengan rendah diri menyatakan semua yang diperolehnya hari ini adalah rezeki yang telah diberikan oleh Tuhan.Berbicara lanjut, Rohani menegaskan dia tidak gemar membeli barangan dari jenama luar negara.“Saya bukanlah seorang yang suka membeli-belah. Kesemua pakaian saya dibuat di butik Radzuan Radziwill, Saya sendiri pun dah selesa dengan rekaan dia sejak dulu lagi dan setia dengan Radzuan seorang sahaja. Barangan rumah termasuk langsir pun dia yang jahitkan.

“Kalau melancong pula memang jarang. Kali terakhir kami melancong ke luar negara ialah pada tahun 1990, di London. Sejak itu kami tidak lagi melancong sebab masing-masing sibuk kecuali jika ada kelapangan kami akan terbang ke Indonesia,” tuturnya yang memiliki hobi menanam bunga.Sebagai usahawan, ibu dan isteri, Rohani tidak menafikan kadangkala dia juga berhadapan dengan masalah pembahagian waktu.


SUAMI menjadi ikon buat Rohani untuk berjaya dalam bisnes.


Walau bagaimanapun, Rohani lebih memberi penekanan kepada keluarga dengan memperuntukkan waktu lapang sebagai waktu bersama insan-insan yang amat disayanginya itu.Rohani ternyata bukan sahaja berjaya sebagai usahawan, tetapi juga sebagai seorang ibu. Ia terbukti apabila kedua-dua anaknya kini dipertanggungjawabkan mengendalikan syarikatnya itu.“Anak sulung saya, Neiry kini memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat, sementara anak bongsu saya pula, Reyni sebagai salah seorang pengarah syarikat,” ujarnya.

Menjadi harapan kepada wanita ini untuk membuka cabang bisnes baru seperti butik ke seluruh negeri di Malaysia. “Saya berazam untuk membuka sebuah butik yang berkonsepkan pakaian muslimah bagi keperluan wanita,” akhirinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Cabaran Usahawan

ANDA bercita-cita menjadi usahawan dan mahu menguji kualiti yang ada dalam diri? Ruang untuk anda mencuba terbuka - Cabaran Keusahawanan Malaysia atau Malaysian Entrepreneur Challenge (MEC) kini kembali! MEC adalah acara pemasaran berprestij di mana kali ini, pasukan dari kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan orang ramai yang memiliki ciri peniaga dan usahawan bersaing merebut gelaran juara MEC 2009.

Antara cabaran yang menanti peserta MEC 2009 ialah bengkel keusahawanan MEC; pertandingan dan persembahan jenama; jelajah maskot; penyerahan projek dan pembaikan; percubaan produk baru dan persembahan video. Nilai hadiah yang ditawarkan sepanjang acara ini lebih RM100,000 termasuk peluang mendapatkan kerja kerja, seminar transformasi minda, kursus dan cabutan bertuah.

Ada dua kategori yang dipertandingkan pada MEC 2009. Cabaran pertama ialah menghasilkan video komersial di mana peserta perlu merakamkan video komersial bagi sesuatu produk atau perkhidmatan dalam tempoh maksimum 90 saat.

Peserta akan diadili dan dinilai dari aspek kejelasan, kreativiti, kualiti dan tarikan. Pemenang akan menerima hadiah baucer penginapan percutian antarabangsa selama lima hari empat malam bernilai RM2,800 serta wang tunai RM500.

Paling menarik, pemenang akan dipilih sendiri penonton yang mengunjungi laman www.TheChallenge.com.my. Mereka akan mengundi secara online untuk kategori terbaik, paling kelakar dan paling kreatif.

Cabaran kedua menanti peserta dalam bengkel keusahawanan selama dua hari. Bengkel ini berkonsepkan ‘tenaga tinggi, impak tinggi’ yang mempraktikkan teknologi ‘On-The-Spot & Accelerated Learning untuk golongan usahawan baru serta individu yang mahukan pencapaian tinggi.

Peserta didedahkan rahsia menjadi usahawan sebenar, strategi memulakan perniagaan tanpa kos dan taktik membina keyakinan. Untuk makluman, mereka yang mahu mengikuti bengkel keusahawanan berimpak tinggi seperti ini perlu membayar sehingga lebih RM2,470 seorang.

Namun, sempena MEC 2009, cabaran dalam bentuk latihan keusahawanan hanya mengenakan bayaran RM180 seorang atau RM280 untuk tiga peserta. Bagaimanapun, bengkel keusahawanan ini hanya membuka tempat kepada 200 orang bakal usahawan.

Apa yang menarik, peserta yang gagal memenangi sebarang tempat tetapi menunjukkan prestasi baik akan disenarai pendek bagi mendapat peluang kerjaya dan perniagaan. Ini kerana pelbagai syarikat korporat akan menilai prestasi anda sepanjang bengkel dua hari ini.

Pada hari pertama bengkel keusahawanan ini, peserta akan didedahkan dengan gambaran keseluruhan sektor keusahawanan; cara pemikiran; perubahan cara berfikir dan persepsi kewangan. Pada hari kedua, program ini akan menyentuh soal permulaan perniagaan dan pemasaran.

Peserta akan diuji soal kepemimpinan dan kerjasama berpasukan; kreativiti dalam mencipta slogan dan logo; strategi penjenamaan; keunikan dan tarikan; strategi pemasaran; persembahan dan pengucapan awam; kemahiran jualan dan promosi secara langsung.

MEC yang dicetuskan Jurulatih dan Perunding Pemasaran dan Penjenamaan tempatan, Kenneth Tai diperkenalkan tahun lalu sempena sambutan kemerdekaan negara ke-51.

Tahun ini, MEC 2009 diadakan sempena Minggu Keusahawanan Global (Global Entrepreneurship Week atau GEW) yang akan disambut pada 16 November depan. Dianggarkan, lebih lima juta orang dari seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam 14,482 aktiviti keusahawanan di 75 negara. Di Malaysia, GEW disokong Kementerian Pengajian Tinggi.

Maklumat mengenai MEC 2009 boleh didapati dengan melayari www.TheChallenge.com.my.

INFO: Antara pengisian bengkel dua hari MEC 2009

  • Bagaimana dan apa yang perlu anda lakukan sebelum memulakannya
  • Bagaimana untuk mencapai matlamat perniagaan dalam tempoh tiga tahun atau kurang
  • Bagaimana memulakan perniagaan dengan kos rendah
  • Idea perniagaan terbaik
  • Aktiviti yang menjamin kecemerlangan
  • Bagaimana mencapai apa saja dalam hidup
  • Bagaimana mendapatkan dana dengan kadar faedah terendah
  • Pendekatan sebenar dan praktikal yang akan menyingkirkan batasan dan membina keyakinan
  • Menulis perancangan perniagaan dalam tempoh 10 minit
  • Pendedahan kepada trend dan peluang perniagaan
  • Menangkap pemikiran keusahawanan anda
  • Belajar taktik sebenar sambil menghasilkan wang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nilai ukiran kayu Melayu


nasir Ismail tekun dan teliti ketika membuat ukiran kayu bagi mendapatkan hasil berkualiti.

MARANG 7 Okt. - Negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan pelbagai produk kraf tangan seperti batik, songket, ukiran tembaga dan ukiran kayu. Hampir kesemua produk dari negeri itu telah melangkau ke seluruh dunia di mana ia membuktikan produk dari Malaysia turut diminati masyarakat negara luar.

Beberapa tahun dahulu kita turut berasa bangga apabila seni ukiran kayu Melayu dipilih menjadi penghias dalaman untuk sebuah auditorium di Universiti Oxford, antara universiti berprestij di dunia.Ukiran daripada kayu bermotifkan awan larat itu akan menghiasi tingkap anjung, pintu utama, birai tangga dan dinding auditorium utama dan galeri di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) yang pembinaannya dibiayai oleh kerajaan Malaysia.

Bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.Begitulah hebatnya seni ukiran kayu Melayu yang dahulunya hanya menjadi penghias istana lama namun kini telah mencapai tahap bertaraf dunia meneroka jauh ke negara luar.

Masyarakat kini juga dilihat lebih gemar memilih kelengkapan rumah yang diperbuat daripada seni ukiran kayu malah ada juga lebih selesa membina rumah yang diperbuat daripada kayu di tengah-tengah bandar.Perubahan kehendak masyarakat kini yang lebih obses terhadap seni ukiran kayu menjadikan seni ini semakin mendapat tempat di pasaran.Baru-baru ini wartawan Utusan Malaysia berkesempatan mengunjungi sebuah perusahaan adik-beradik seni ukiran kayu ini di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payung, Marang.

Menjengah sahaja ke pekarangan rumah pengukir ini, kelihatan pelbagai produk ukiran kayu hasil seni tangannya dapat dilihat seperti katil, gerbang, almari, kerusi, meja dan hiasan lampu yang sungguh halus ukirannya.Maka tidak hairanlah jika ukiran perusahaan ini turut menjadi penghias di beberapa tempat bersejarah seperti di Muzium Negara dan istana.Syarikat yang diberi nama Warisan Seni Ukiran Kayu ini beroperasi sejak tahun 1991, bermula dengan hanya sebuah bengkel kecil yang dibina bersebelahan rumah mereka.Namun bermula tahun 2000, tiga daripada lapan adik-beradik ini telah mula mengembangkan perusahaannya sehingga dikenali serata negara.

Menurut Nasir Ismail, 32, perusahaan ini dimulakan oleh abangnya, Amran, 39, yang pada awalnya belajar mengukir hanya sekadar minat kerana melihat rakan-rakannya juga mahir mengukir.Katanya, abangnya mula belajar di peringkat awal di Kampung Raja, Besut ketika umurnya 19 tahun dan ukiran pertamanya ialah 'cembung pintu' (hiasan ukiran yang diletakkan di pintu)."Dia amat meminati seni ukiran kayu dan berusaha untuk mempelajari seni itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya kini."Kemudian dia pula mengajar kami adik-beradik agar dapat membantu dia untuk mengukir jika menerima banyak tempahan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai Bongkok baru-baru ini.Apa yang menarik perhatian, walaupun seni pembuatan ukiran ini amat rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi namun tidak sedikit pun riak wajah Nasir bosan dengan kerjayanya itu.

Menceritakan pengalamannya dalam bidang tersebut, ujar Nasir, dia mengambil masa selama setahun untuk mahir dalam seni ukiran berkenaan.Jelasnya, cabaran yang paling besar untuk menghasilkan sesebuah ukiran kayu ialah mengawal kekuatan mental dan fizikal.Ujarnya, apabila seseorang mula mengukir, cuaca panas, habuk, badan letih menjadi faktor utama sesebuah ukiran tidak dapat dibuat dengan baik."Biasanya untuk menyiapkan cembung pintu akan mengambil masa selama seharian dan sekiranya dilakukan tanpa henti tangan akan menjadi kebas dan menyukarkan ukiran dibuat.

"Selain itu, ukiran berbentuk bunga empat dimensi yang memerlukan ketelitian juga memerlukan kesabaran yang tinggi."Kadang-kadang jika terlalu banyak permintaan, kami juga terpaksa menolak tempahan kerana tidak cukup kakitangan memandangkan kami hanya mempunyai sembilan orang tukang dan hanya dua pengukir," ujarnya.Tambah Nasir, dia mengakui produk ukiran kayu sememangnya mempunyai harga yang mahal berbanding produk lain kerana kesukaran untuk membuatnya.

Namun, jelasnya, ia tidak menjadi penghalang untuk masyarakat semakin menggemari produk tersebut.Katanya, ketahanan produk yang diperbuat daripada kayu menjadi sebab utama ia kian diminati."Bagi menghasilkan produk ukiran kayu, hanya beberapa jenis kayu sahaja yang boleh digunakan seperti cengal, seraya dan berawang."Kayu-kayu ini jenis yang tahan lasak dan sukar di makan anai-anai."Bagi mereka yang berminat, di sini mereka boleh menempah produk ukiran kayu dari serendah RM5 sekeping dan lazimnya harga sesebuah ukiran ialah RM120 untuk sekaki serta mengikut jenis ukiran ," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

RM1.2j latih bumiputera ceburi perniagaan

KENINGAU 7 Okt. - Sebanyak RM1.2 juta diperuntukkan bagi menyediakan kursus dan latihan kepada golongan bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Pengurus Besar Sedcovest Holdings Sdn. Bhd., Ramli Alan berkata, antara kursus dan latihan yang ditawarkan adalah pembuatan kek lapis, menjahit langsir, cadar dan kusyen.Selain itu katanya, Sedcovest selaku pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan program itu akan memperluaskan latihan berkenaan meliputi bidang kejuruteraan awam dan Skim Usahawan Siswazah pada masa akan datang.''Oleh itu kita sangat berharap belia dan beliawanis bumiputera merebut peluang ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Jahitan Langsir, Cadar dan Kusyen di Hotel Perkasa di sini hari ini.Seramai 28 usahawan dan bakal usahawan mengikuti kursus selama tiga hari itu.Hadir sama Pengurus Latihan Usahawan Sedcovest, Jusli Potoh, Ketua Peserta, Rojiah Saion dan jurulatih bengkel jahitan, Dayang Aisah Jaimi.Ramli berkata, pelatih kursus perlu berani memulakan perniagaan sebaik menamatkan latihan.

Katanya, kegagalan tidak dapat dielakkan tetapi keberanian untuk mengatasi kegagalan itu amat diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan.Beliau menambah, untuk memulakan perniagaan tidak semestinya memerlukan modal besar.''Mungkin peringkat awal kita sasarkan ahli dalam keluarga sebagai pasaran produk, kemudian kita perluaskan di peringkat kawan-kawan dan kenalan. Selepas itu di peringkat kampung dan seterusnya," katanya.Ramli berkata, beberapa institusi kerajaan ada menawarkan pinjaman bagi membolehkan golongan bumiputera memulakan perniagaan.''Tetapi selepas sudah mendapat pinjaman jangan lupa tanggungjawab untuk membayar balik," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Produk Hidayah Cookies tambat hati pelanggan


Sarimah Jantan bersama produk makanan yang dihasilkan oleh Hidayah Cookies.

SELAIN kuih raya moden, sambutan Aidilfitri pastinya kurang meriah tanpa kehadiran kuih tradisional yang masih mendapat sambutan baik pelbagai golongan masyarakat.

Kuih tradisional seperti semperit, dodol, kuih bangkit dan baulu pasti akan menjadi hidangan wajib bagi menjamu tetamu yang datang bertandang ke rumah.Penerimaan berterusan kuih tradisional tersebut adalah mungkin disebabkan oleh rasanya yang sedap dan ia boleh disimpan untuk jangka masa lama.Mengambil contoh dodol, kuih itu kini tidak hanya dimakan ketika musim perayaan sebaliknya permintaan terhadap produk makanan itu terus meningkat walaupun pada hari-hari biasa.Malah, hari ini kita dapat melihat dodol semakin mudah untuk diperolehi dari kedai-kedai dan juga pasar raya-pasar raya utama.

Sambutan baik itu terhadap kuih tradisional telah mendorong Sarimah Jantan, 45, untuk menjalankan perniagaan produk tersebut secara komersial.Mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai guru tadika pada tahun 1990, beliau kemudiannya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.“Setelah berhenti, saya cuba melibatkan di dalam bidang jahitan dan alhamdulillah saya menerima pendapatan sekitar RM300 hingga RM1,000 sebulan.“Disebabkan menjahit memerlukan komitmen dan tenaga yang tinggi, saya akhirnya memilih untuk menjual produk makanan bermula tahun 2000,’’ katanya ketika ditemui di kedainya di Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam, baru baru ini.

Ketika itu, beliau menjalankan perusahaan membuat kerepek, roti, kek dan dodol di rumahnya yang terletak di Seksyen 24, Shah Alam.Sambutan baik yang diterima mendorong beliau membina kilang memproses di Seksyen 36 dan operasi di sana telah dimulakan pada tahun 2003.Dengan kos sebanyak RM30,000, beliau telah membina bangunan kilang, membeli peralatan dan ketuhar serta menubuhkan syarikat di bawah penjenamaan Hidayah Cookies.Bermula tahun 2004, operasi perniagaannya terus berkembang melalu penerimaan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.

Dana itu digunakan untuk membeli beberapa buah lagi ketuhar, peralatan lain seperti meja dan juga peti dingin beku.“Bagi memperkembangkan produk makanan ini, saya cuba pula menghasilkan piza dan juga biskut coklat cip,’’ jelasnya.Beliau memberitahu, biskut tersebut serta dodol merupakan antara produk yang mendapat permintaan tinggi sepanjang tahun.Malah, dodol yang dihasilkan syarikatnya juga pernah beberapa kali menerima penganugerahan pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2008 dan 2009 serta program Hari Selangor Ria.Penganugerahan tersebut diterima berdasarkan kualiti terbaik kuih dodolnya yang tidak keras, tidak begitu manis, tidak melekat dan tahan lama.

Apa yang menarik, dari segi pembungkusan, syarikatnya telah mendapat bantuan Sirim Berhad untuk mereka bentuk kotak dan label yang menarik.Untuk mengekalkan kualiti dodolnya, beliau mempunyai petua dan cara tersendiri ketika menyediakan makanan tersebut. Antaranya adalah seperti menggunakan air bertapis serta memasak mengikut langkah yang teratur dan sempurna.Selain itu, faktor kebersihan dan penggunaan teknologi moden juga memainkan peranan penting ketika proses pembuatan.Bagi produk biskut coklat cip, ramai pelanggan menggemarinya kerana rasanya yang sedap dan rangup.Untuk musim perayaan tahun ini sahaja, syarikatnya telah mengeluarkan lebih 40 guni biskut coklat cip dengan setiap satu daripadanya mempunyai berat 25 kilogram (kg).

Beliau turut bercadang untuk menghasilkan beberapa lagi jenis biskut seperti oat, nestum dan badam pada masa hadapan.Bagi menarik perhatian pelanggan, pihaknya juga ada menyediakan hamper dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan.Dari segi pemasaran , beliau banyak menyertai kempen promosi pengusaha industri kecil dan sederhana yang dijalankan oleh pelbagai jabatan kerajaan.Antaranya adalah seperti pasar tani di sekitar Shah Alam, Serdang, Bandar Kinrara dan Putrajaya serta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

Beliau turut mengambil pendekatan dengan menjual produk-produknya ke sekolah-sekolah di sekitar Selangor, memasuki pasar raya besar terkenal serta menerima tempahan daripada pemborong dari seluruh semenanjung.Selain Jabatan Pertanian, beliau turut mendapat bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa kewujudannya.

Dalam memastikan perniagaan beliau berjaya dan berjalan lancar, pelbagai cabaran telah beliau ditempuhi seperti pernah ditipu dan bekerja tidak tentu masa.“Walaupun saya mempunyai 12 orang pekerja untuk membantu menguruskan perniagaan, namun saya tetap perlu turun padang memantau keadaan tempat pemprosesan pada masa-masa tertentu,’’ katanya.Sepanjang berkecimpung dalam bidang perniagaan tersebut, ibu kepada empat orang anak itu mendapat dorongan serta bantuan daripada suami dan juga adik beradiknya.Untuk perancangan pada masa hadapan, beliau bercadang memperluaskan pasaran produknya ke Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura.

Maklumat mengenai kesemua produk syarikat Hidayah Cookies boleh diperolehi daripada laman blog hidayahcookies.blogspot.com atau hubungi talian 03-33632720.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kupas kelapa lebih pantas guna mesin


MESIN kupas kelapa yang bakal memberi banyak kemudahan kepada penanam.

MUSIM perayaan menjadikan suri rumah sibuk memasak juadah, termasuk yang menggunakan kelapa sebagai ramuan. Justeru, penggunaan mesin adalah penting, apatah lagi dalam industri pemprosesan kelapa dalam jumlah yang besar.

Kaedah tradisional mengupas kelapa secara ringkas yang diamalkan oleh petani dengan mengunakan parang, cangkul dan besi pengupas kelapa telah menyekat produktiviti.

Petani dibayar RM50 untuk setiap 1,000 kelapa yang telah dikupas dan RM35 untuk penuaian buah kelapa di ladang.

Jika petani memperoleh buah kelapa dari ladangnya, ia dibayar sebanyak RM240 untuk setiap 1,000 buah kelapa yang belum dikupas.

Oleh sebab masalah yang dihadapi oleh petani dan juga kekurangan buruh untuk mengupas kelapa, maka sebuah mesin baru telah direka bentuk oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk mengupas kelapa.

Penerangan teknologi / reka cipta

Mesin ini menggunakan enjin berkuasa lima kuasa kuda yang menjana pam hidraulik. Pam tersebut seterusnya akan memindahkan tenaga kepada dua aci bergigi yang mempunyai 33 gigi pada setiap aci.

Kedua-dua aci diletakkan dalam keadaan selari pada kedudukan 45 darjah dari tapak mesin. Kedua-duanya akan berputar dalam keadaan arah yang berlawanan untuk menanggalkan sabut serta mengasingkannya daripada tempurung kelapa.

Kedudukan kerangka telah dibentuk untuk memudahkan kelapa dan sabut diasingkan secara graviti iaitu sabut akan jatuh pada sebelah dalam dan kelapa yang telah ditanggalkan sabutnya akan jatuh pada sebelah luar secara automatik.

Mesin ini boleh dikendalikan oleh seorang operator yang tugasnya adalah untuk memasukkan kelapa ke dalam mesin. Mesin ini dapat mengupas kelapa pada kadar tujuh hingga lapan saat sebiji iaitu bersamaan dengan anggaran 350 biji untuk sejam.

Tahap efektif pengendalian mesin ini ialah 92.5 peratus untuk kelapa tua dan 90 peratus untuk kelapa yang sudah matang (kulit kelapa hijau).

Ciri-ciri unik reka cipta

Mesin ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan kelebihannya tersendiri, berlainan dengan mesin yang yang telah digunakan di ladang-ladang masa kini.

lSenang dibawa dan dipindahkan ke mana-mana kerana mesin ini tidak menggunakan kuasa elektrik

lKos penyelenggaraan yang rendah dan boleh didapati dari bengkel tempatan

lBoleh dikendalikan secara berterusan

lDilengkapi dengan lengan pemegang keselamatan untuk menghentikan mesin pada masa kecemasan

lDilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk melindungi operator daripada kemalangan.

Kebaikan penggunaan mesin

Mesin ini amat berguna kepada petani, peladang dan kilang memproses kelapa. Ia dapat beroperasi dengan kadar yang lebih cepat dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

Kesan pada ekonomi

Penggunaan mesin ini dijangka dapat menambahkan pendapatan petani melalui penjualan kelapa kerana petani tidak perlu lagi menanggung kos bagi mengupas kelapa yang sebelum ini dilakukan oleh pihak lain.Proses pengupasan kelapa boleh dipusatkan di suatu tempat pengumpulan yang dapat menguruskan pengupasan kelapa. Di samping itu, sabut kelapa juga dapat diuruskan dengan lebih cekap dengan cara memprosesnya kepada produk yang berguna.

Potensi komersial

Mesin ini mempunyai potensi bagi kilang memproses kelapa dan pusat pengumpulan bahan kelapa. Mesin ini juga dapat meningkatkan pendapatan petani menerusi penjualan kelapa yang telah dikupas kepada pusat pembelian kelapa. Petani juga tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja untuk mengupas kelapa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jambu 88: Dari jual tepi jalan ke konsep francais


Harlina Hamid dan Azahari Zakaria (kiri sekali) mengendalikan salah sebuah gerai jambu 88 yang dikembangkan berdasarkan konsep francais di Petaling Jaya, baru-baru ini.

PETALING JAYA 4 Okt. - 'Usaha tangga kejayaan', pepatah tersebut amat sesuai untuk menggambarkan ketekunan sepasang suami isteri berniaga jambu tepi jalan mengharungi pelbagai rintangan dalam mencapai kejayaan dalam hidup.

Bermula pada tahun 2007 dengan hanya berbekalkan motor roda tiga dan tanpa lesen perniagaan, beliau gigih berusaha menjaja ditepi jalan sekitar Taman Medan Petaling Jaya dan juga Puchong.Tetapi hari ini, Azahari Zakaria atau Atan boleh tersenyum gembira setelah perniagaan berasaskan jambu yang diusahakan selama tiga tahun membuahkan hasil kepada yang lumayan.

Kesenangan bukan datang bergolek, menurutnya dalam mencapai kejayaan tersebut pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi dan diharungi beliau.

Kini beliau boleh berbangga dengan memiliki 11 buah lori serta dua buah pusat stokis yang menunjukkan usaha beliau dalam mencapai kejayaan tanpa pinjaman dan bantuan dari mana-mana pihak.Beliau dan isterinya, Harlina Hamid bukan hanya berjaya memajukan diri mereka bahkan juga menjadi pembimbing kepada peniaga kecil-kecilan untuk belajar berniaga dengan mereka.Dengan menggunakan konsep rakan niaga, syarikat Jambu Lapan Lapan Sdn. Bhd. milik mereka memberi peluang kepada peniaga dengan menyediakan peluang perniagaan menggunakan jenama mereka.Pengarah Urusannya, Azahari Zakaria berkata, pelan perniagaan yang baik serta peluang berniaga juga diwujudkan bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini.''Konsep rakan niaga diperkenalkan dengan mengadaptasi dari ciri-ciri francais dimana peserta yang ingin menjadi rakan niaga akan dibekalkan dengan segala peralatan bagi memulakan perniagaan,'' jelasnya.Pengarah Eksekutifnya, Harlina Hamid pula berkata, setiap peserta yang ingin menjadi rakan niaga akan dikenakan RM5,000 termasuklah peralatan, kursus penyediaan makanan serta pengurusan kewangan.Menurutnya, nilai tersebut sebagai pusingan modal kepada rakan niaga kami bagi membolehkan mereka mendapatkan barangan seperti jambu dan kordial jambu untuk diniagakan.Azahari berkata, setiap rakan niaga diberi peluang sama rata dan keuntungan adalah mengikut kerajinan dan jualan mereka.

Menurutnya, rakan niaga juga berpeluang untuk meningkatkan diri mereka dengan membuat sewa beli lori dengan syarikat yang mana memudahkan perniagaan mereka berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.Buat masa sekarang, syarikat mempunyai seramai 158 orang rakan niaga di seluruh negara dan paling ramai adalah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Azahari berkata, kebanyakan rakan kongsi masih lagi menggunakan meja lipat ditepi jalan dan masa operasi bergantung kepada mereka.''Kami mencadangkan masa operasi dari pukul 10 pagi hingga 7 petang tetapi bergantung juga dengan kawasan tersebut dan mengikut kesesuaiannya,'' katanya.Produk yang dijual merupakan jambu potong dan jus jambu yang menggunakan 100 peratus pati jambu yang di kisar dan dilakukan sendiri di kilangnya di Taman Medan.Semua bahan mentah perniagaan seperti jambu, asam dan pati jus boleh didapati di stokis yang sekarang syarikat mempunyai dua buah stokis di kawasan tengah dan utara.

Bagi kawasan tengah, rakan niaga boleh mengambil bahan mentah mereka dari stokis di Petaling Jaya manakala bagi kawasan utara di pejabat dan stokis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

''Buat masa sekarang kami hanya mempunyai dua stokis dan diharapkan akan bertambah pada masa hadapan dan diceburi oleh rakan-rakan niaga kami,'' katanya.Apabila ditanya tentang cabaran yang dihadapi, Azahari berkata, biasanya masalah timbul daripada kerenah majlis perbandaran tempatan.Menurutnya, sebagai peniaga kecil, masalah kawasan yang tidak sesuai, kebersihan dan gangguan dikawasan setempat menyebabkan perniagaan kami sering di terganggu.Jambu Lapan Lapan Sdn. Bhd. boleh dihubungi melalui talian 03-77858588 atau layari laman web www.jambu88.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Menjadi tarikan pelancong asing

Kerepek Masri bukan hanya terkenal kalangan penduduk kampung malah kerepek dan produk jenama itu dikenali hingga ke Brunei.




SERIBU langkah itu bermula daripada langkah pertama. Itulah kata-kata perangsang kemajuan perniagaan MHP Enterprise milik pasangan suami isteri, Punari Salleh dan Mastura Senon bersama anak sulung mereka, Musleha.Menjalankan perniagaan berasaskan perusahaan makanan ringan dari sumber daripada sumber pertanian, pasangan itu sepakat mengambil singkatan nama Mastura dan Punari. Maka, wujudlah Masri sebagai jenama pada produk makanan yang mereka hasilkan.Cerita insan tabah yang membangunkan MHP Enterprise itu, semua yang dimiliki hari ini bermula dengan perniagaan pertanian secara kecil-kecilan di pasar tani.

"Berkat kesabaran yang tinggi, perniagaan ini sudah berkembang sampai ke tahap ini. MHP Enterprise dibangunkan dengan modal RM10,000. Pada masa itu, modal saya gunakan hanya untuk beli, bungkus dan pasarkan jualan."Semua kerja juga dijalankan secara tradisional. Tidak ada mesin mahupun tenaga kerja yang ramai untuk bangunkan perniagaan ini," ujar Punari dengan loghat jawa yang pekat ketika ditemui di kilang MHP Enterprise, Sekinchan, Kuala Selangor, baru-baru ini.Usaha gigih pasangan itu menerusi perniagaan kerepek telah membuka mata pihak tertentu untuk sama-sama membangunkan perusahaan tersebut.Pada peringkat awal perniagaan itu, Punari memasarkan produk ke pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA di sekitar Lembah Klang."Waktu itu, pendapatan syarikat yang disumbangkan oleh pasar tani ialah 70 peratus dan pusat jualan di Parit 7 Sungai Leman hanya 30 peratus."Tetapi kini peratusan pendapatan itu dah terbalik. Ia menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan," kata Punari.

Cabaran

Bagi Punari, tidak ada istilah putus asa dalam mengusahakan perniagaan. Malah, baginya setiap turun naik dalam perniagaan memberikan cabaran tersendiri.


DUA orang pekerja wanita sibuk meletakkan adunan kuih ke dalam acuan.


Katakan apa sahaja jenis cabaran. Semua dihadapi dengan tabah. Apa yang pasti sabar adalah resipi asas apabila terpaksa berdepan dengan kesukaran.Tanpa berselindung, Punari mendedahkan bahawa perniagaannya diuji dengan sikap pelanggan yang tidak membayar hutang, persaingan, kenaikan dan kekurangan bahan mentah yang menyebabkannya mengalami kerugian."Untuk berjaya dalam perniagaan, tiada jalan pintas. Kejayaan memerlukan masa, pengorbanan, kerajinan dan kreativiti," pesan Punari.

Buka peluang

Jelas Punari, tempat dia menjalankan perniagaan sekarang merupakan kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah. Sebab itulah Punari terus bertapak di sana.Selain itu, Punari juga berniat untuk membela nasib ibu tunggal di kampung berkenaan mencari rezeki.


PUNARI bersama anaknya, Musleha menunjukkan antara produk yang dihasilkan oleh syarikat MHP Enterprise.


Selain ibu tunggal, Punari ada mengambil pelajar dari beberapa kolej komuniti berdekatan untuk menjalani latihan amali."Saya juga pernah menerima seorang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menjalankan sesi praktikal di sini. Saya juga asuh dia menjadi usahawan."Syukur, dia menunjukkan minat dan khabarnya bakal membuka perniagaan baulu di kampus pengajiannya," ujar Punari dengan bangga.

Bersara

Pada usia awal 50-an, Punari mengambil keputusan untuk bersara. Dia kemudiannya menyerahkan perniagaan yang dimulakan pada tahun 1992 itu kepada anak sulungnya, Musleha, 28.Sejajar dengan pekembangan perniagaan, Musleha yang memiliki Ijazah Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), tampil memberi inspirasi baru kepada MHP Enterprise.Apa yang membanggakan, sejak Musleha mengambil alih perniagaan bapanya, dia telah berjaya melonjakkan pendapatan kasar hingga RM2.3 juta. Musleha juga berusaha mendapatkan pengiktirafan halal daripada jabatan agama."Mula-mula nak ambil alih perniagaan ini saya rasa macam tak berapa gembira. Sebabnya, saya rasa lebih seronok kalau dapat kerja di syarikat antarabangsa dengan kelulusan yang ada."Tetapi, lepas beberapa bulan bekerja, saya rasa seronok. Bukan sahaja dapat mewarisi perniagaan malah, boleh mendapat pendapatan dan aset yang tak mampu saya dapat kalau kerja makan gaji dengan orang lain,"ujarnya.Justeru, Musleha meneruskan usaha mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.


PRODUK keluaran MHP semakin mendapat tempat di pasaran tempatan.

Buktinya, Musleha berjaya memasarkan kerepek jenama Masri ke dalam pasar raya besar seperti Giant."Jenama ini juga sudah dikenali di Brunei sehingga ada orang Brunei yang datang ke Kuala Selangor semata-mata untuk membelinya," katanya.Musleha kini menguruskan perniagaan dengan bantuan lebih 40 orang kakitangan tetap dan sementara.

Tarikan pelancong

MHP Enterprise menjadi antara perusahaan yang berjaya di kampung berkenaan. Ia kini menjadi salah satu lokasi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.


PENGELUARAN kerepek Masri dibantu oleh mesin berteknologi tinggi.


Antara pusat pelancongan yang membawa pelanggan melawat MHP Enterprise termasuklah Hotel De Palma Kuala Selangor, homestay Sungai Sireh, homestay Parit 7 Sungai Leman dan homestay Sungai Haji Dorani.Tidak ketinggalan peserta kursus Institut Perakaunan Negara, Kemas, Perhebat, FAMA, Perkim, Intan, PDRM, Jabatan Pertanian serta pelajar pusat pengajian tinggi.Pelancong asing yang pernah melawat kilang Masri termasuklah dari Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar dan Thailand.Begitulah kehebatan aura perusahaan Masri."Kalau datang ke Kuala Selangor, orang mesti cari Masri. Alhamdulillah... kami akan terus memberi yang terbaik kepada pelanggan,"tambah Musleha.

Masa depan

Menurut Musleha, MHP Enterprise menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang. Tidak sekadar cawangan, kualiti produk juga akan ditingkatkan."Kami akan menjalankan penyelidikan bersama FAMA, SIRIM dan MARDI dengan matlamat untuk memasarkan produk Masri ke pasaran global,"katanya yang tidak pernah ketinggalan untuk menyertai pelbagai pameran makanan di Kuala Lumpur.


MHP Enterprise kini menjadi salah satu lokasi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.

Harapan Punari, Mastura dan Musleha, semoga MHP Enterprise terus maju. Menurutnya, kejayaan bukanlah destinasi, tetapi satu perjalanan yang mesti diiringi dengan usaha demi membangunkan ekonomi."Kami juga mahu membangunkan ummah lebih gemilang pada masa hadapan," akhiri Musleha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments