Konsep perniagaan Jambu Asam Boi

Gerai Jus Jambu

Masing-masing dari kita memiliki kemampuan diri yang berbeza dari yang dimiliki orang lain. Kadang-kadang kesempatan untuk menjadi produktif pada seseorang berbeza dari kesempatan yang dimiliki orang lain. Demikian pula, peluang pekerjaan dan kesempatan kerja pada tiap orang tidak selalu sama.

Kata-kata di atas hanyalah sekadar renungan tetapi apa yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini adalah berkenaan hasil rezeki yang diperoleh daripada perniagaan. Barangkali sudah kerap kali kita mendengar orang membaca hadis “Sembilan per sepuluh daripada rezeki ada pada perniagaan”. Bahkan saya seringkali juga diajak oleh rakan-rakan untuk menyertai perniagaan MLM dan mereka juga membaca hadis ini bagi meyakinkan saya akan pendapatan yang bakal diperoleh daripada hasil perniagaan.

Saya ada analisis menarik untuk dikongsikan. Namun sebelum itu, pernahkah anda melihat gerai Jus Jambu (seperti gambar di atas) ini di tepi-tepi jalan? Kalau di Kedah terutamanya di kawasan Alor Setar banyak sekali bersepah gerai-gerai semacam ini. Saya sempat berbual dengan kakak yang menjual air jus jambu ini dan berikut adalah fakta-fakta yang saya dapatkan:-

  • Perniagaan air jus jambu ini dijual secara franchise dengan modal permulaan RM 1600.
  • Dianggarkan lebih kurang 600 gerai Jus Jambu ini seluruh Malaysia dengan 3 orang tauke.
  • Air jus jambu ini dijual dengan harga RM 1.50 (biasa) dan RM 2.00 (special).
  • Purata jualan setiap hari lebih kurang RM 200 bergantung kepada keadaan cuaca dan jualan biasa mencecah RM 400 sehari.
  • Setiap hari penjual gerai membeli jus jambu (pati) yang dijual dengan harga RM 17 (10 liter).
  • Purata penjual gerai membeli setiap hari pati jus jambu adalah 30 liter iaitu RM 51.

Okay, sekarang mari kita mengira bersama-sama berapakah pendapatan yang diperolehi setiap dari tauke jus jambu ini dan penjual gerai dalam masa sebulan. Kita mulakan dengan taukenya dahulu tetapi sebelum itu kita harus membuat beberapa andaian.

  • Setiap tauke jus jambu memiliki 200 gerai.
  • Setiap hari tauke jus jambu ini mendapat keuntungan bersih sebanyak RM 10 hasil daripada jualan pati jus jambu kepada penjual gerai yang membelinya secara purata setiap hari 30 liter (RM 51).

Maka, pendapatan dalam sebulan:

RM 10 x 200 gerai x 30 hari = RM 60,000 sebulan

.
Bagi setiap penjual gerai pula,

Keuntungan bersih setiap hari: RM 200 – RM 51 = RM 149 sehari

Maka, pendapatan dalam sebulan:

RM 149 x 30 hari = RM 4470 sebulan

Nah, lihatlah kepada pendapatan yang diperolehi oleh tauke dan penjual jus jambu ini. Mungkin jika dinisbahkan pendapatan sebulan si tauke itu dengan pendapatan kakitangan kerajaan bisa saja dianggarkan 9:1. Barangkali mungkin analisis sederhana saya ini tidaklah terlalu tepat kerana belum mengambil kira kos-kos yang lain tetapi rasanya bisa saja diterima kan =)

Huh, mungkin selepas ini saya harus berfikir untuk bekerja sendiri. Tetapi mampukah??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

JAMBUberry Marketing said...

walaupun dh ramai yg buat bisnes jambu batu,tp masih relevan dan buat untung besar..untung jualan harian.bg yg berminat bleh klik jambuberry.blogspot.com untuk peluang niaga jus jambu batu dan serbuk asam spesel.turut mengedar jus jambu dan serbuk asam.