APA ITU GST?

Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.Iyalah, ramai yang mengomel, mengeluh dan risau apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara.

Seorang teman bertanya kepada saya,

“Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti, jika GST dilaksanakan?

Adakah harganya akan meningkat naik?

Bukankah kerajaan memberi jaminan bahawa GST hanya dikenakan pada kadar 4% sahaja?”, soal teman saya penuh dengan perasaan ingin tahu.Baiklah bagi menjawab persoalan tersebut, biarlah saya jelaskan dahulu situasi semasa percukaian dan hasil semasa negara.

GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.Tambahan lagi SST yang dikenakan sebelum ini mempuanyai beberapa kelemahan tersendiri kepada ekonomi negara termasuk boleh disalah guna oleh sesetengah pihak.Contohnya, ada pengusaha kedai makan yang mengenakan cukai jualan 5%, tetapi bayaran cukai itu masuk poket mereka sendiri dan caj cukai yang sepatutnya memberikan manfaat kepada negara hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Ini sudah tentu mengurangkan lagi hasil negara. Malah agensi antrabangsa seperti Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sudah lama menegaskan bahawa sumber percukaian negara ini adalah terlalu kecil kerana hanya bergantung kepada 1.5 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan dan pergantungan keterlaluan negara kepada pendapatan minyak yang menyumbang lebih 40 peratus daripada pendapatan kerajaan persekutuan.

Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.

GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.

Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.

Pelaksanaan GST adalah baik jika sekiranya kerajaan dapat mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.

Ini kerana pembayar cukai sudah tentu terpaksa menanggung kos yang berganda, dengan lebihan pendapatan yang perlu dikenakan cukai, mereka turut perlu membayar GST dalam masa yang sama.

Negara Singapura contohnya, menggurangkan cukai pendapatan dan korporat sebaik melaksanakan GST.

Saya kira GST mempunyai banyak kelebihannya, jika tidak tak mungkin ianya telah digunapakai di 143 negara bermula di Perancis sejak 1950-an lagi. Tentu ianya lebih baik daripada SST.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: