Biskut air tangan Rozita


jenis-jenis biskut Ita's Delight yang mendapat sambutan hangat.

JIKA pernah menjamah biskut keluaran Ita's Delight pasti anda akan mengambil sekeping lagi. Tidak puas rasanya jika hanyamerasa sekeping sahaja.Kerangupan dan bahan yang dimasukkan dalam biskut ini memang sedap dan menjadikan biskut Ita's Delight tidak jemu dimakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang suka makan biskut.

Biskut Ita's Delight yang diasas dan dihasilkan mengikut resipi ciptaan Rozita Abdul Kader bukanlah satu produk yang asing bagi pembuat hamper. Biskut ini menjadi pilihan utama bagi dimasukkan dalam hamper keluaran mereka.

Menurut Rozita yang ditemui baru-baru ini, beliau begitu mementingkan kualiti, rasa dan rupa biskutnya.

Sebab itu biskutnya sentiasa mendapat sambutan bukan sahaja daripada pengeluar hamper malah daripada agen-agen tetap.''Istimewanya biskut Ita's Delight ini boleh tahan selama lapan bulan. Ini kerana saya mempastikan setiap biskut dibakar lama, iaitu selama satu jam dengan api perlahan sehingga betul-betul masak dan elok rangupnya."Saya juga mencampurkan biskut saya dengan kekacang seperti hazel, badam dan gajus yang menambah lagi kelazatan biskut ,'' ujar wanita yang berumur 46 tahun ini.

Mempunyai minat yang mendalam dalam pembuatan biskut, Rozita yang pernah bekerja sebagai setiausaha peribadi di sebuah syarikat swasta selama 20 tahun, sanggup berhenti kerja tiga tahun lepas bagi memberikan sepenuh tumpuan kepada perniagaan biskut.Rozita berkata, sehingga kini sudah 10 tahun beliau membuat biskut. Jika semasa bekerja dahulu, beliau membuat secara sambilan namun kini dapat memberikan tumpuan sepenuh masa.Bagi melancarkan lagi perniagaan biskutnya, Rozita mempunyai sebuah bengkel membuat di Teluk Pulai, Klang, Selangor dengan menggaji 25 orang pekerja.

Kata ibu kepada dua orang anak berumur 26 tahun dan sembilan tahun ini, tempahan memang banyak lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya.

Pada musim raya tahun lalu, beliau menerima tempahan sehingga 600 karton biskut di mana setiap karton mengandungi 24 bekas.''Biasanya saya menjual biskut Ita's Delight ini pada agen yang akan menjual kepada orang lain pula. Jika pada hari raya, agen saya meningkat sehingga 100 orang. Pelanggan juga boleh menempah melalui on-line dan cara ini lebih mudah kerana mereka boleh melihat gambar-gambar biskut saya.''Di antara biskut yang paling laris ialah strawberi finger, snow almond, tat blueberry, mochas swirle dan lexus hazelnut,'' kata Rozita yang memulakan perniagaan dengan modal permulaan sebanyak RM50,000.

Jika pada hujung minggu pula, Rozita akan sibuk mengajar di kelas membuat kek dan biskut di seluruh negara atas jemputan kedai-kedai bakeri.Antara yang diajar ialah cara membuat mufin, dekorasi kek, coklat buatan sendiri, kuih tradisional dan sebagainya.Katanya, jadual kelasnya sudah pun penuh sehingga bulan Mei ini dan pada bulan Jun pula beliau sibuk membuat sampel biskut bagi dijual pada hari raya.

Walaupun sibuk membuat biskut dan mengajar di bengkel masakan namun Rozita tetap meluangkan masa untuk menulis buku resipi. Setakat ini beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak lima buah buku resipi.Rozita berkata, mereka yang berminat untuk mengikuti kelasnya boleh menghubunginya di 017-6757329 atau layari www.ita-delight.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: