SEBAGAI pekerja, kita sering berdepan dengan pelbagai permasalahan. Kadang-kala ia menyebabkan kita tertekan dan hilang semangat untuk bekerja. Minggu ini, Putri senaraikan panduan mengurangkan tekanan berkerja. Selamat mencuba.
Jangan sesekali biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan serta gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif tadi dengan keterangan lebih munasabah. Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam menangani tekanan kerana komunikasi yang baik membolehkan kita meluahkan pendapat dengan jelas, tepat dan tegas selain menggunakan fakta, bukan mengikut perasaan. Cuba tangani setiap kritikan dengan baik kerana melalui cara itu kita sebenarnya berusaha mengubah diri daripada cepat melenting kepada seorang lebih terbuka dan tenang. Cara tangani kemarahan pula dengan mengikuti tiga langkah penting iaitu berhenti seketika sambil mengakui anda sebenarnya sedang marah dan cuba bertenang. Kemudian rancang fikiran anda mengikut kebijaksanaan dan bukan emosi seterusnya bertindak menggunakan daya tindak yang berkesan. Dengan cara itu, akan lebih menjadikan seseorang tenang dalam menghadapi apa jua keadaan mendesak serta mampu mengamalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, beriadah dan meditasi menggunakan muzik. Meningkatkan sokongan sosial di tempat kerja iaitu menjalinkan persahabatan sesama rakan sekerja dan berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai. Cuba praktikkan pemikiran yang rasional dan positif kerana pemikiran negatif hanya menyebabkan timbul salah faham antara kita dan pihak lain seperti rakan dan mungkin juga majikan. Gejala tekanan atau ‘tekanan’ pekerjaan boleh dilihat melalui tanda:
Kurang motivasi diri Gelisah dan risau berlebihan Mempunyai masalah tidur Merokok dengan berlebihan Kurang berminat dalam aktiviti dilakukan Sakit kepala atau sakit badan Tidak dapat membuat keputusan Cepat marah Penyalahgunaan dadah dan alkohol Lesu Tingkah laku yang agresif Tidak gembira Berasa marah dan geram Kecewa Kurang memberi tumpuan pada pekerjaan Berasa diri tiada harapan
0 comments:
Post a Comment