Mendalami ilmu memborong


PARA peserta rombongan usahawan bumiputera ke China bergambar ketika melawat masjid tertua china, Masjid Huashin di Guangzhou, China, baru-baru ini.

MEMBORONG barangan dari negara luar sememangnya mampu menjimatkan kos peniaga kerana mereka tidak lagi perlu bergantung kepada orang tengah.

Maka perniagaan memborong dari China, Vietnam dan India semakin mendapat sambutan masyarakat peniaga masa kini tetapi berapa ramaikah daripadanya yang benar-benar berjaya?

Menurut seorang pengusaha kedai aksesori, mengimport barangan daripada China sememangnya mampu menjimatkan kos tetapi kebarangkalian untuk ditipu sangat tinggi jika ia dilakukan tanpa ilmu dan mempunyai rakan perniagaan di negara itu.

"Saya tahu ramai daripada rakan-rakan saya yang telah gulung tikar apabila penghantaran barangan asli hanya berlaku untuk kali pertama dan kedua berurusan.

"Kemudian, satu kontena barangan palsu terpaksa mereka terima yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit," katanya yang enggan dikenali sambil menasihatkan agar semua peniaga berhati-hati dalam berurusan dengan peniaga dari negara luar.

Jika dilihat kepada senario itu, bagaimana pula kita, terutama usahawan kecil mampu menceburi perniagaan import ini?Menurut Shahabudden Jalil Kamarul Jaman, Pengurus Anzac Consultancy yang merupakan syarikat penganjur kursus memborong dari China, perkara tersebut sememangnya sering terjadi kepada peniaga yang baru."Mereka seharusnya mempunyai ilmu dan paling penting mempunyai rakan perniagaan atau kakitangan warga tempatan untuk membantu dalam urusan mengimport barangan ini," katanya yang mempunyai tujuh tahun pengalaman mengendalikan urusan memborong dari China.

Beliau berkata, itulah sebab utama syarikatnya menganjurkan kursus memborong daripada China kepada orang ramai agar segala maklumat diperoleh oleh para peniaga sebelum mereka pergi sendiri ke negara itu."Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan dengan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian untuk mengurangkan kos perbelanjaan seperti urusan penginapan, penggunaan pengangkutan awam, caj panggilan telefon serta beberapa perkara lain.

mengelak ditipu

"Mereka juga akan diajar bagaimana mendapatkan harga yang murah dan mengelakkan daripada ditipu ketika berurusan terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana," katanya."Selepas mengikuti kursus, peniaga boleh pergi sendiri atau mengikuti trip kami buat pertama kali untuk membiasakan diri," katanya.Beliau berkata, selain daripada risiko ditipu, peniaga yang tidak mempunyai maklumat lengkap kerana tidak menyertai mana-mana kursus juga akan membuang masa yang banyak ketika berada di negara itu dalam usaha mencari tempat memborong terbaik.Katanya, ada usahawan yang membuang masa mereka kerana pergi ke bandar-bandar yang tidak mempunyai pusat memborong perniagaan seperti pergi ke bandar raya Beijing.

"Dengan pergi melalui rombongan kami juga, usahawan-usahawan juga dapat meluaskan rangkaian atau rakan perniagaan," katanya sambil menambah kursus seharinya mengenakan bayaran sebanyak RM325.Di dalam kursus ini, pelbagai maklumat diberikan mengenai perniagaan borong di China termasuk diadakan satu sesi bagaimana pengusaha boleh menceburi perniagaan Internet secara mudah.Usahawan juga dimaklumkan bagaimana untuk membawa balik barangan dibeli di China dengan kos lebih murah, termasuk menggunakan pengangkutan laut.Kursus memborong di China itu merupakan anjuran bersama syarikatnya dengan sisipan Mega akhbar Utusan Malaysia.Shahabudeen Jalil memberitahu, tujuan kursus itu diadakan bukanlah untuk mencari keuntungan semata-mata tetapi lebih membantu orang Melayu melibatkan diri dalam perniagaan terutamanya dalam aktiviti borong.

Ujarnya, bilangan pemborong Melayu masih kecil dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain yang sudah jauh ke depan menguasai ekonomi negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Memborong terus dari China


BARANGAN yang diimport terus dari pembekal di China mampu memberikan margin keuntungan lebih tinggi.

SIAPA sahaja boleh menceburi perniagaan import dan menjadi saudagar borong? Biar betul..! Kedengarannya seperti memerlukan modal yang besar, mempunyai kapal pengangkut, pengalaman berniaga di negara orang dan lain-lain faktor yang menggerunkan sesiapa sahaja menceburinya terutama peniaga-peniaga kecil.

“Memang benar, kini sesiapa sahaja boleh menjadi pemborong dan tidak semestinya berbekalkan modal jutaan ringgit,” kata Shahabudden Jalil Kamarul Jaman, Pengurus Anzac Consultancy (Anzac) yang merupakan syarikat penganjur kursus memborong dari China.

Menurut beliau, perniagaan borong atau mengimport dari negara luar seperti China, Vietnam atau India telah lama dilakukan oleh peniaga bukan bumiputera tetapi ia masih agak baru khususnya di kalangan orang Melayu.

Katanya, ketiga-tiga negara ini menjadi pilihan di kalangan pemborong kerana menawarkan rangkaian produk yang pelbagai dan mampu memenuhi permintaan pasaran.

“Paling penting negara-negara ini menawarkan sumber pada harga yang cukup kompetitif, lebih-lebih lagi kepada pemborong berskala kecil dan yang baru hendak bermula,” katanya.

Beliau telah tujuh tahun mengendalikan kursus memborong barangan dari China dan setakat ini telah membawa lebih 500 pemborong Melayu yang kebanyakan telah menjadi pemborong berjaya.Menurut Shahabudeen Jalil, senario pasaran borong semakin berubah apabila semakin ramai usahawan Melayu berusaha membebaskan diri daripada terus bergantung kepada orang tengah.“Ramai yang cuba berusaha mendapatkan terus dari sumber yang secara tidak langsung boleh meningkatkan margin keuntungan mereka.“Cara terbaik ialah dengan menjadi pemborong dan berurusan terus dengan pembekal bagi memberi ruang lebih luas untuk tawar menawar harga,” katanya.Dalam hal ini katanya, peniaga Melayu memang diakui berkebolehan dari segi pemasaran tetapi kurang pengalaman dalam meneroka pasaran borong terutama luar negara yang nyata jauh lebih murah.Justeru bagi yang baru mula meneroka pasaran borong, China adalah tempatnya kerana negara itu merupakan hab atau destinasi pemborong terbesar di dunia.

“Bukan setakat Malaysia, malah pemborong dari negara-negara Asean lain seperti Indonesia, Brunei dan Filipina datang ke sini. Malah sejak kebelakangan destinasi borong seperti Guangzhou, Shenzen dan Yiwu menjadi tumpuan peniaga-peniaga Afrika,” katanya.

Usahawan bumiputera

Beliau ditemui ketika menganjurkan rombongan usahawan bumiputera ke Guangzhou anjuran Anzac Consulting dengan kerjasama Mega, Utusan Malaysia, baru-baru ini.Trip empat hari tiga malam itu membabitkan 40 usahawan bumiputera yang rata-ratanya berminat menerokai pasaran borong di wilayah selatan China itu.Para peserta telah dibawa ke beberapa pusat memborong terbesar di bandar raya itu termasuk plaza barangan tekstil, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak, plaza beg tangan, hiasan dalaman dan sebagainya..

Selain kesibukan mengunjungi plaza borong, jadual turut diselitkan dengan lawatan ke beberapa tempat tumpuan pelancong termasuk Masjid Huaiseng iaitu antara masjid tertua di China, di samping berkunjung ke Makam Saad Abi Waqas iaitu bapa saudara Rasulullah SAW dan pasar malam Beijing Lu.Menurut Shahabudeen Jalil, selepas membuat pembelian para peserta tidak perlu khuatir mengenai kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran kerana beliau turut menawarkan khidmat tersebut.“Barangan yang dibeli akan diisi dalam kotak dan akan dimuatkan dalam kontena secara berkongsi untuk pengangkutan laut.“Begitu juga dengan masalah komunikasi di mana kami menyediakan beberapa penterjemah bagi membantu urusan jual beli kerana rata-rata peniaga di China tidak boleh berbahasa Inggeris,” katanya.

Dalam pada itu kata Shahabudden Jalil, sebelum menyertai trip para peserta digalakkan mengikuti kursus sehari memborong dari China anjuran syarikatnya bagi memberi kefahaman jelas mengenai peluang-peluang perniagaan di negara itu.“Peserta trip yang telah mengikuti kursus kebiasaannya boleh membuat keputusan perniagaan lebih cepat dan tepat kerana mereka telah mempunyai maklumat dan bersedia untuk memborong barang yang diingini sahaja,” katanya.Ditanya, mengapa usahawan perlu mengikuti rombongan perniagaan anjurannya dan tidak disarankan pergi sendiri untuk memborong di China, Shahabudeen berkata, peniaga yang pergi sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak terdedah kepada penipuan oleh peniaga di negara itu.

“Kita dimaklumkan ramai peniaga dari Malaysia termasuk di kalangan berbangsa Cina tertipu apabila berurusan secara sendiri kerana masalah bahasa dan sebagainya,” katanya.

Lagi pun katanya, Anzac mempunyai wakil di beberapa bandar di China yang mampu menguruskan para pesertanya yang mempunyai masalah berurusan di negara itu, termasuk memeriksa sama ada syarikat yang mereka berurusan itu benar-benar wujud atau tidak.Katanya, kadar bayaran yang dikenakan oleh syarikatnya juga berpatutan kerana ia bukan saja meliputi tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan pengangkutan sepanjang lawatan ke plaza-plaza borong bahkan turut dibawa melawat ke beberapa destinasi tumpuan pelancong.

Sementara itu ketua rombongan Anzac ke Guangzou baru-baru ini, Mohamad Firdous Kamarul Jaman, 19, berkata, kelebihan mengikuti rombongan mereka ialah peserta akan dibawa terus ke tempat memborong dan bukannya kedai biasa.“Kadang kala orang tempatan pun tidak membeli di situ,” katanya.Dalam aturcara lawatan, peserta akan dibawa melawat plaza memborong beg tangan, kasut, kain, hiasan dalaman, pakaian dewasa dan kanak-kanak, jam tangan, barangan elektronik dan aksesori wanita.

“Bagaimanapun, jika ada peserta yang ingin membeli barangan yang tidak mengikuti aturcara, mereka juga boleh berbuat demikian,” katanya.Beliau berkata, peserta yang telah mengikuti rombongan dan ingin mendapatkan bantuan syarikatnya untuk mendapatkan visa dan tempahan hotel bagi lawatan seterusnya juga akan dibantu.Maklumat lanjut mengenai jadual lawatan boleh diperoleh dengan melawat laman web http://www.kursusborongchina.com/. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungan Firdous di talian 017-2517515.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jual produk melalui Internet

BAGI menambah pengetahuan ahli dan usahawan industri kecil dan sederhana bumiputera dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan jualan produk melalui penggunaan media baru seperti web, blog, Facebook, Twitter dan Youtube,

Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) telah menganjurkan Bengkel Strategi Pemasaran Online Melalui Media Baru bertempat di Wisma F.M Holdings.

Menurut Setiausaha Agung PPIPBM, Nurammar Abu Bakar, bengkel ini merupakan sebahagian usaha PPIPBM bagi menggalakkan ahli-ahlinya untuk celik ICT. Selain itu, ahli dapat merebut peluang menggunakan kaedah pemasaran secara online bagi meluaskan skop pelanggan syarikat masing-masing.

"Para peserta turut diperkenalkan kepada dan penggunaan perisian perniagaan di dalam pengurusan syarikat bagi meningkatkan kadar kecekapan perniagaan, iaitu sumber manusia, pembayaran gaji, akaun dan pengurusan hubungan pelanggan,'' katanya yang temui di Wisma F.M Holdings di Pekeliling Business Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak lima siri bengkel telah berjaya diadakan dan siri keenam akan diadakan pada 9 dan 10 Disember depan.

"Sehingga kini, seramai 60 peserta telah menghadiri bengkel dan memberikan maklum balas positif semasa bengkel kerana banyak perkara yang boleh diperjelaskan oleh tenaga pengajar.

"Tenaga pengajar bengkel merupakan pakar-pakar IT dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan bengkel dan seminar,'' ujarnya lagi.

Nurammar menambah, PPIPBM yang ditubuhkan pada tahun 1987 bertujuan menyatukan dan menggabung semua usahawan industri pembuatan dan sektor perkhidmatan bumiputera.

Selama lebih dua dekad beroperasi, PPIPBM terlibat aktif dalam pembangunan IKS bumiputera selaras dengan program-program yang dijalankan oleh kerajaan seperti pembangunan pasaran, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kewangan, rangkaian niaga dan sebagainya.

PPIPBM mendapat pengiktirafan kerajaan seperti menghadiri jemputan dialog tahunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bajet Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Bank Negara dan lain-lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

IKS Bumiputera gagal




KUALA LUMPUR - Meskipun garis panduan kerajaan pada tahun 2004 menetapkan 30 peratus produk yang dijual di pasar raya asing mesti terdiri daripada produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera, hakikatnya sasaran itu masih gagal dicapai hingga kini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pemerhatian mendapati cuma kira-kira tujuh peratus produk IKS bumiputera berjaya menembusi pasar raya asing ketika ini.

"Oleh itu, kita amat mengharapkan sokongan pasar raya asing seperti Carrefour, Giant, Tesco dan Jusco memastikan produk-produk IKS yang sesuai disenarai tetap di semua cawangan mereka," katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Program Penyesuaian Perniagaan di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, walaupun kerajaan mengeluarkan garis panduan berhubung penyertaan asing dalam perdagangan pengedaran di Malaysia sejak 2004 tetapi garis panduan itu bukan sesuatu yang wajib.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sambutan hangat karavan pasar tani


Pengenalan Konsep karavan menjadi pasar tani lebih menarik.

Peserta Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan yang diadakan di sini baru-baru ini telah memberikan sambutan hangat terhadap konsep karavan atau pasar bergerak yang diperkenalkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Menurut Pengarah Perez Design Sdn. Bhd., Datuk Dr. Abdul Razak Omar, syarikat yang diberi FAMA hak eksklusif membekalkan karavan tersebut, telah menerima tempahan 150 unit pada konvensyen itu.

''Sambutan memang di luar dugaan kerana kami menjangkakan tempahan hanya untuk 20 unit", beliau memberitahu Bernama.

Bagi memenuhi permintaan, Perez Design telah menjalin kerjasama dengan syarikat pemasang kenderaan seperti Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd., Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. dan DRB Hicom Berhad untuk membekal van Luton sebagai kenderaan asas bagi karavan tersebut.Perez Design juga telah menyelesaikan rundingan dengan beberapa bank tempatan yang membolehkan syarikat tersebut menawarkan pakej pembiayaan yang unik dan komprehensif bagi pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang terbaik.Berbeza dengan pakej pembiayaan kenderaan lain yang hanya meliputi kos bagi kenderaan asas, kemudahan pembiayaan yang diuruskan Perez Design juga merangkumi kos ubahsuai kenderaan.

Untuk memenuhi permintaan FAMA, syarikat tersebut telah memudahkan serta melicinkan proses perolehan karavan tersebut bagi membantu pengusaha memberi tumpuan kepada perniagaan.

Bertindak sebagai satu pusat sehenti, Perez Design memberi perhatian terhadap keperluan pengusaha, dari pembelian van Luton, membuat pengubahsuaian sehinggalah ke peringkat memperoleh lesen serta kebenaran daripada Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Karavan Pasar Tani pada Majlis Konvensyen Pasar Tani Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar (dua, kanan) dan Badruddin Amiruldin (kanan).


''Melalui perkongsian pintar, kami memberi perhatian terhadap reka bentuk, pengubahsuaian, pembiayaan dan memperoleh pematuhan keselamatan serta lesen perniagaan.

"Pembeli diberi jaminan selain sesuai dengan perniagaan, modifikasi kenderaan mereka dijalankan menurut spesifikasi yang ditetapkan FAMA," kata Dr. Abdul Razak.

KONFIGURASI PRA-LULUS

Perez Design menawarkan lima konfigurasi berlainan bagi karavan tersebut yang memenuhi spesifikasi dan garis panduan FAMA serta sesuai dengan keperluan vendor pasar tani.

Rekabentuk ini memenuhi keperluan vendor yang menjual barangan basah seperti daging, ayam serta akuakultur selain produk ladang, makanan dan minuman yang telah dimasak, produk industri kecil dan sederhana (IKS) dan pelbagai barangan penjaja.

Konfigurasi ini memang sesuai untuk operasi perniagaan yang mudah, mesra pengguna serta bersih yang membantu menaikkan taraf perkhidmatan yang disediakan vendor selain daripada memberi harga yang baik.

Pembeli karavan ini juga mempunyai pilihan melanggan perkhidmatan yang mempunyai syarat dan keperluan sama seperti yang ditawarkan oleh Persatuan Otomobil Malaysia (AAM).

SUASANA PASAR SEGAR

Bagi penghuni kotaraya, barangan segar dari ladang memang boleh didapati dari pasar tani yang dijalankan setiap minggu.Penggunaan karavan yang mempunai konfigurasi khas membolehkan suasana pasar segar dibawa kepada satu tahap yang lebih tinggi untuk kebaikan peniaga dan pembeli.Selain daripada berniaga di pasar tani yang ditetapkan, vendor-vendor yang mempunyai karavan ini boleh juga membawa perniagaan mereka ke kawasan perumahan serta penempatan yang agak jauh dan terpencil.Bagi mereka yang sibuk atau tidak gemar beratur panjang di kaunter pasar raya besar , mereka boleh menggunakan karavan pasar tani atau pasar tani bergerak ini untuk penghantaran barangan segar ke rumah.Selain daripada memudahkan urusan membeli barangan dari 'pasar beroda' ini, konsep karavan membantu pengusaha tani membawa barangan segar keluaran mereka terus ke rumah pelanggan.Dalam ucapan beliau semasa menutup konvensyen tersebut, Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin menggalakkan peserta mengguna pakai konsep karavan untuk menambah pendapatan selain ia mempunyai pendekatan perniagaan yang lebih sistematik, cekap dan bersih.

Konvensyen tersebut dianjurkan FAMA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari pada 2 November lalu. - BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Syarikat tempatan bangunkan industri alga


Ed Salman Mohd. Kassim (kiri) dan Mizal Ghazali MENUNJUKKAN SAMPEL ALGA YANG HENDAK DIKULTUR DI MAKMAL SYARIKAT DI KUALA LUMPUR, BARU-BARU INI.

Berapa ramaikah daripada kita mengenali alga. Ia sejenis hidupan seni berwarna hijau yang menjadi makanan pada peringkat awal rantaian makanan dalam persekitaran air laut.Ramai tidak menyedari potensi lain mikrorganisme ini sedangkan penggunaannya diluar negara semakin meluas.Sebuah syarikat tempatan Algaetech Sdn. Bhd. telah melihat potensi organisme ini berdasarkan kepada perkembangan industri di luar negara yang memanfaatkan alga untuk pelbagai kegunaan.Dua kegunaan alga yang diterokai ialah penggunanya dalam farmaseutikal dan juga biofuel (bahan api bio).

Alga dikatakan sangat sesuai untuk makanan ikan salmon, menjadinya popular di negara Barat tetapi bagi Algatech, ia lebih daripada sekadar itu.

Syarikat ini yang mula beroperasi pada 2005 bagaimanapun meneroka potensi alga untuk dijadikan biofuel dan juga farmaseutikal berdasarkan kandungan antioksidannya iaitu asthaxanthin yang tinggi.Malah syarikat tersebut telah menerima dua geran penyelidikan iaitu Technofund di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bernilai RM2 juta dan juga geran daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) iaitu bagi pemindahan teknologi bernilai RM3.3 juta.Menurut Pengurus Besar Kumpulan Algaetech, Mizal Ghazali, nilai alga khususnya antioksidan berkenaan sangat tinggi sehingga RM15,000 sekilogram."Ini merupakan satu peluang industri yang besar selain potensinya untuk biofuel,'' katanya ketika di temui makmal syarikat tersebut di Bukit Jalil , Kuala Lumpur baru-baru ini.Syarikat berkenaan mempunyai makmal pengeluaran di Bukit Jalil yang mampu menghasilkan 1.2 juta liter alga sehari manakala sasaran pengeluaran ialah satu tan sehari.Sementara itu menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Algaeteh, Ed Salman Mohd. Kassim, operasi syarikat tersebut yang melibatkan kajian di makmal dan semua yang berkaitan teknologi pengkulturan.

Ia termasuk sistem kolam terbuka, closed photo bioreactor dan bioreaktor terbuka dan pengkomersialan dijalankan oleh anak syarikat kumpulan Algaetech iaitu, Sasaran Varicon Aqua Sdn. Bhd., Biomac Corporation Sdn. Bhd. dan Bio Herbal Extracts Sdn. Bhd.

Sasaran Varicon Aqua secara keseluruhannya bertindak sebagai pembekal teknologi termasuk photo bioreator ke rantau Asia dan telah mengenal pasti 60 lokasi pengembangan teknologi ke seluruh rantau ini.

Beliau berkata, terdapat dua jenis alga yang sedang dikultur oleh syarikatnya ialah Nanochloropsis dan juga Haematococcus pluvialis yang masing-masing mempunyai dua kegunaan berbeza.

Haematococcus berguna untuk menghasilkan asthaxanthin, sebagai sumber anti-oksidan yang tinggi manakala Nanochloropsis dimanfaatkan untuk pengeluaran biodiesel.Alga berkenaan secara berperingkat dikultur dan dibiak di dalam makmal sehingga dipindahkan ke sistem yang lebih besar sama ada kolam terbuka atau biofence photo bioreactor bergantung kepada keperluan pengeluaran.Proses ini mengambil masa selama antara lapan dan sepuluh hari sebelum dapat dituai hasilnya.Kemampuan Alga untuk dituai dalam masa yang singkat juga merupakan satu tarikan yang sangat besar bagi syarikat ini berkecimpung didalam bidang ini. Tidak seperti sumber biofuel yang lain seperti kelapa sawit yang memerlukan sehingga beberapa tahun untuk dituai.


Alga dikultur dalam kelalang di makmal.


pendapat pakar

Alga juga tidak memerlukan keluasan tanah yang terlalu banyak, yang mana terdapat banyak pendapat pakar alam sekitar yang mendakwa penghasilan biofuel memerlukan terlalu banyak kawasan tanah dan boleh menyebabkan kekurangan tanah bumi.Haematococcus merupakan sejenis alga yang bergerak dan hidup dalam air tawar. Alga ini memerlukan nitrogen, fosfat dan potassium serta unsur surih serta vitamin untuk pertumbuhan yang sihat.

Alga jenis ini sangat sesuai untuk biofuel dan dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar jika di hasilkan secara besar-besaran.

Ini kerana, alga memerlukan karbon dioksida untuk berkembang dan untuk menjadi biofuel ia akan membebaskan gas tersebut.

Proses yang dinamakan sequestring atau pengasingan karbon dioksida itu juga merupakan satu peluang industri yang wajar diterokai.

Untuk tujuan ini, pihaknya akan berbincang dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan bagi tujuan mengembangkan kegunaan alga berkenaan bagi tujuan biofuel.

Bagaimanapun penghasilan alga untuk tujuan biofuel memerlukan kuantiti yang banyak.Sebagai contoh, untuk menghasilkan i liter biofuel, sebanyak 3,000 liter alga diperlukan.Menariknya, makmal syarikat berkenaan mendapat bimbingan perundingan daripada pakar-pakar alga tempatan serta dari luar negara.Syarikat terbabit juga menerokai peluang dalam pengeluaran Spirulina untuk tujuan pasaran tempatan dan timur tengah memandangkan, pengkulturannya sama dengan alga dan sangat berpotensi sebagai makanan kesihatan.Atas kesedaran itu, Kumpulan Algaetech akan menganjurkan Sidang Kemuncak Alga Asia 2009 yang bakal diadakan pada 23 hingga 24 November ini di Auditorium Taman Teknologi Malaysia (TPM) Bukit Jalil.

Sidang kemuncak tersebut diadakan dengan kerjasama daripada TPM dan disahkan oleh SIRIM Berhad untuk industri alga Asia Pasifik.

Tujuan utama sidang kemuncak pada tahun ini adalah untuk menerokai dan melihat dinamika industri alga yang semakin pantas berkembang di Asia.Dengan menghimpunkan lebih 18 pakar-pakar industri Alga dari seluruh dunia seperti Town Dowd (New Horizon Capital Limited, New Zealand), Prof. Keith Cowan (Universiti Rhodes, Afrika Selatan), Joe Mc Donalds (Sasaran Varicon Aqua, Malaysia) yang banyak menyumbangkan idea untuk berkenaanMenurut Ed Salman, sidang menyuarakan penyertaan sehingga 100 orang dan diharapkan ia dapat memberikan pendedahan dan peluang kepada delegasi tempatan dan luar negara untuk melihat potensi alga dan juga sorotan kejayaan industri alga di Asia.

Layari laman web www.algae.com.my untuk butiran lanjut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Belacan jadi penjana hidup.


Mesin membuat belacan yang banyak berjasa kepada Siti Zawiyah Abdul Aziz.

Konvoi menjejaki asnaf zakat diteruskan lagi. Perjalanan kami melalui lebuh raya yang cantik dari Shah Alam ke Klang, diisi dengan celoteh mesra dan gurau-senda para wakil media.

Kali ini, beberapa wartawan media tempatan akan dibawa ke Pangkalan Sungai. Udang Tampang, Simpang 4, Kampung Hamid Tuah, Teluk Gong, Pelabuhan Klang.

Lebih tepat lagi ke sebuah penempatan kecil nelayan. Nun di penghujung kampung, jauh dari kebisingan manusia dan di sanalah tinggal beberapa kerat manusia. Diulit kemiskinan dan amat sederhana kehidupan mereka.Ketibaan kami disambut dengan pemandangan sebuah mini kampung nelayan yang agak ketinggalan. Hanya ada kira-kira empat atau lima rumah.

Setiap rumah pula dihubungi dengan jambatan kayu uzur. Persis jambatan kayu yang dijadikan jalinan pengangkutan di Pulau Ketam. Bezanya, di Pulau Ketam lebih kemas dan kukuh, sedang di sini ringkas dan terasa seperti mahu roboh. Aduhai, gayat kaki tatkala memijaknya.

Destinasi kami menjejaki Siti Zawiyah Abdul Aziz, 46, akhirnya terkabul. Seorang ibu separuh baya, mendiami teratak kecil dan serba kekurangan bersama seorang suami dan enam anak.

Kehadiran kami disambut mesra. Juga bau hanyir penambang ikan buat memunggah hasil tangkapan menangkap deria bau.

Air berkocak kecil disapa tubir perahu yang berenjin sangkut. Minda saya bahagia menyaksikan alam bakau yang tenang. Namun saya sedar, kami ke sana atas maslahah ummah. Sebuah cerita perlu dikarang, demi tatapan semua.

"Saya memang berasal dari Tanjung Karang, manakala suami saya orang Negeri Sembilan. Sejak muda belia, suami saya memang sudah menjadi nelayan. Sebelum tercampak ke pedalaman ini, kamu sudah jenuh merantau". Demikian Zawiyah memulakan kisah.Wajahnya penuh kematangan, mungkin dek kerana puas digayuti pelbagai pengalaman hidup bersama suami, Abd. Wahab Mohd., 53.Hasil perkongsian bersama suami, mereka dianugerahkan enam anak. Anak sulung kini sedang bergelut dengan persiapan menghadapi Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia, Siti Nurazrin, 19. Anak kedua, Siti Nurizati, 18, pula baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anak ketiga, Muhammad Zulfazli, 15, keempat Siti Nurhaida, 11, kelima Siti Nurlilah, 9 dan yang bongsu, Muhammad Amin, 8.

"Entah apa sebabnya, anak saya yang ketiga, Amin enggan meneruskan persekolahan. Puas dimarahi ayahnya. Tamat sekolah rendah, dia langsung tidak mahu menyambung ke sekolah menengah. Sebaliknya, dia lebih suka menghambakan dirinya kepada laut menjadi nelayan".

Keluh ibu separuh usia ini. Nampak, beliau seakan menyesali tindakan anak lelakinya itu.

Bagaimana pula meladeni kehidupan di perkampungan kecil nelayan ini? Itulah antara soalan cepu emas yang berputik di minda.

Serba terbatas

Sukar rasanya jika kami sendiri ditakdirkan harus tinggal dalam suasana yang serba terbatas. Di bawah lantai lumpur dan air, sedang kemudahan asas amat terbatas."Di sini saya tiada kawan. Kawan-kawan saya hanya di sekolah. Mereka amat jarang kemari. Ada tidak pun, hanya hari raya," luah anak kedua Zawiyah, Nurizati yang beroleh 2A, 2B dan 3C dalam SPM baru-baru ini."Jika diizinkan Allah SWT, teringin rasanya melanjutkan pelajaran. Saya mahu mengubah nasib keluarga. Saya bercita-cita menjadi guru ataupun pensyarah," kata Nurizati.

Tidak pernahkah diuji dengan kesusahan? Soalan itu sebenarnya tidak wajar ditanyakan lagi. Melihat kepada kehidupan mereka sekeluarga, sudah menawarkan jawapan yang pasti.

Lalu, saya mencungkil rahsia, ketika manakah mereka pernah menghadapi saat paling menyayat hati dalam meniti hari?

"Pernah suatu masa, kira-kira dua tahun lalu, masa itu baru 14 hari berpuasa Ramadan. Enjin sangkut perahu suami saya terjatuh ke dalam laut."Jenuh juga dia menanti di tengah laut, menunggu nelayan lain yang kebetulan lalu. Bagi kami orang laut, nelayan yang miskin dan tidak mampu ini, hilang enjin ibarat hilanglah sebelah kaki kami. Putuslah rezeki kami. Maklumlah, enjin baru bukan murah hendak dibeli."Semasa itu, kami benar-benar memerlukan wang bagi biaya hari raya. Namun, harapan kami musnah berkecai. Pada tahun itulah, kami menyambut hari raya tanpa sebarang persediaan.

"Tiada ketupat rendang dan kuih raya di dalam balang. Tiada samping baru atau baju baru. Memang macam hari-hari biasa. Sedih betul jika saya kenangkan semasa itu. Namun, anak-anaklah yang paling terasa," kata Zawiyah.

Sempat saya melihat ke wajah ibu enam anak ini, hampir-hampir sahaja 'awan mendung' menguasai emosi. Mujurlah beliau mampu melawan."Demi menampung pendapatan keluarga, saya mengusahakan belacan secara kecil-kecilan di rumah. Jadilah, dapat juga membeli apa-apa yang patut."Setidak-tidaknya, dapur berasap, dapat juga menanak nasi dan menggoreng ikan kering buat mengisi perut.

"Tapi, entah di mana silapnya. Selepas kejadian tsunami pada tahun 2004, secara mendadak permintaan belacan pun menurun. Mereka yang dahulunya selalu memesan belacan sudah menghentikan belian. Hingga hari ini, masih adalah sedikit-sedikit jualan," katanya lagi.

Lalu ibu separuh baya itu pun bangun mengambil sebungkus besar belacan yang baharu disiapkan dari bawah dapur. Dia menunjukkan, cakapnya bukanlah omongan; melainkan memang dibuktikan.

Bagaimana dengan pendapatan bulanan? Cukupkah lapan perut dengan rezeki laut ini, juga belacan yang kian kurang sambutan?

"Memanglah tidak cukup. Terfikir juga mahu berpindah ke tempat lain. Namun suami takut makin susah jadinya. Maklumlah, dia pelaut yang hanya tahu tentang pukat dan bot. Sungguh pun serba kekurangan; namun setakat ini kami masih mampu bertahan.

"Oleh itu, saya dan suami lebih mendahulukan anak-anak. Kami tahu, pelajaran itu penting bagi mereka. Jika nak diikutkan, memanglah memeritkan. Sebulan, jika suami dapat selalu turun ke laut, maka dapatlah dalam anggaran RM600. Sebab itulah, kami tidak mahu kekangan belanja membantutkan persekolahan anak-anak".Saya menabur umpan, sekadar ingin tahu perasaan ibu separuh baya ini selepas diberikan bantuan zakat."Syukur alhamdulillah, sungguhpun agak terlewat memohon bantuan zakat; namun kami dilayan dengan baik. Masa mula-mula dahulu, kami hanya dapat bantuan kecemasan sebanyak RM270.

"Namun, selepas didaftarkan sebagai asnaf miskin di LZS, bantuan datang bertali arus," jelas Zawiyah.

Ramadan dan Raya

Pada tahun 2007, kata Zawiyah, mereka sekeluarga mendapat bantuan Ramadan dan Hari Raya sebanyak lebih RM900. Kemudian, zakat untuk persekolahan anak-anak, iaitu kira-kira RM1,300.

"Kemudian, pegawai zakat memasukkan nama keluarga kami untuk bantuan bulanan pada tahun 2008. Bahkan pada awal Februari 2008, suami saya mendapat bantuan pula bagi membeli enjin sangkut dan juga pukat baru. Jika tak silap saya, harganya dalam RM6,471," tambahnya.Alhamdulillah, kata Zawiyah, hingga kini pegawai-pegawai daerah LZS selalu datang. "Bahkan mereka menawarkan rumah kepada kami. Cuma, suami yang khuatir jika kami berpindah, maka mata pencariannya hilanglah sudah."Sebab itulah kami masih cuba bertahan di sini," katanya.Kami melangkah pulang setelah agak lama berkongsi cerita di teratak kecil mereka. Tiada yang menarik di sana, kerana semuanya serba sederhana.

Namun, hati saya terusik dengan deruan air yang tercebur dek belacak yang terkejut, juga ketam-ketam merah yang ralit bertenggek di tepi lubang. Dalam hati, saya bersyukur kerana tidak diuji seperti ini.Maklumlah, sedikit kesusahan terkadang sudah menyesakkan, apatah lagi jika sudah menjadi penganan harian. Biar pun pepatah ada menyatakan, alah bisa tegal biasa; namun berat mata memandang; berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Maka teringat saya akan firman Tuhan: Maka nikmat Tuhan-Mu, yang manakah kamu dustakan? (ar-Rahman: 13)

Catatan: LZS turut menawarkan tempat bagi anak-anak Puan Zawiyah bagi mengisi Asrama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah di Kg. Perepat, Klang yang bakal beroperasi tidak lama lagi. Ini demi memberikan keselesaan meneruskan pendidikan. Mereka yang berniat membantu, keluarga ini boleh dijejaki berdasarkan alamat di atas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kambing Rakyat ...jgn merakyatkan kambing ..


Alang Perang Zainuddin mahu supaya penternak kambing memahami konsep sebenar dalam melaksanakan projek yang menguntungkan.

INDUSTRI ternakan ruminan tempatan masih bergantung kepada import dalam memenuhi keperluan daging negara.

Justeru, usaha perlu dipertingkatkan supaya hasrat dan matlamat yang masih terlalu jauh itu dapat dicapai.

Dalam industri ternakan kambing, Dasar Kambing Negara yang telah digubal bertujuan meningkatkan pengeluaran daging kambing iaitu meningkatkan populasi asas ternakan kambing mencapai lebih kurang 1.1 juta ekor induk.

Perlu kita ingat bahawa ada dua jenis ternakan berlainan iaitu kambing dan juga biri-biri.

Bagi kaedah pertama mendapatkan kambing, kita terpaksa mendapatkan baka dari luar negara terutama Australia pada harga yang tinggi.Ini akan menimbulkan masalah untuk mencapai matlamat 1.1 juta ekor induk kerana harganya mahal sedangkan kita boleh mencari alternatif lain.Pengalaman ini telah dilalui oleh penternak-penternak kaum India yang amat faham tentang keperluan masyarakat Islam yang memerlukan kambing untuk tujuan akikah dan korban.

Oleh itu, tanpa kesedaran orang Melayu, mereka beralih daripada ternakan kambing ke ternakan biri-biri kerana ternakan ini mencapai kematangan lebih cepat iaitu setahun berbanding kambing yang memerlukan masa dua tahun.

Selain itu, ternakan biri-biri ini memerlukan kos yang rendah sahaja untuk perubatan dan kos pengeluaran menyeluruh lebih rendah daripada kambing kerana ketahanan daripada serangan penyakit lebih tinggi.

Memilih biri-biri

Pada masa sama, masyarakat Melayu lebih cenderung memilih daging biri-biri berbanding kambing.Oleh kerana kematangannya cepat, bekalan daging biri-biri boleh ditingkatkan lebih pantas berbanding kambing biasa.Pada masa sama, anak bebiri juga boleh hidup berasingan lebih cepat berbanding kambing biasa sekurang-kurangnya setahun baru bercerai susu.Kedua, bagi meningkatkan keupayaan daya saing dan kemampanan industri usaha pembiakbakaan harus dipertingkatkan. Bukan kambing sahaja, tetapi juga biri-biri yang bersistematik dan tersusun, meningkatkan nilai tambah dan memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan.

Ketiga, menambahbaik persekitaran bisnes dan prasarana industri serta skim insentif melalui pengukuhan dana pembiayaan, mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian, merevolusikan pemberian insentif, pengukuhan penyampaian perkhidmatan, zon pengeluaran makanan, sistem maklumat dan pembangunan sumber manusia.

Keempat, pengukuhan langkah sanitari dan fitosanitari (SPS) dengan meningkatkan program kawalan penyakit untuk melancarkan pemasaran produk di dalam dan luar negara.

Kelima ialah menambahbaik kualiti produk dan bahan tambah nilai dengan perlaksanaan skim Amalan Ladang Ternakan yang baik (SALT) .

Sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjayakan Dasar Pengeluaran Daging Kambing Negara, kerajaan telah pun menubuhkan Pusat Pembiakan Boer Nasional (NBBC) yang menyediakan pelan rangkaian pengeluaran dan pemasaran yang bersistematik dalam kuantiti yang mega dalam negara.Bagaimanapun di sebalik semua itu, ada sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian oleh mereka yang berminat menceburi bidang penternakan.Ini kerana terlalu ramai yang menanam cita-cita beranjak ke bidang pertanian sejak kerajaan ingin membuka lembaran baru menggalakkan rakyat menceburinya secara komersial.Namun, senario yang sebenarnya tidak semudah yang disangka apabila mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang penternakan tetapi tidak memiliki keperluan asas seperti modal, kepakaran dan kawasan yang mencukupi.

Ternakan kambing dan lembu pada anggapan biasa memerlukan kawasan yang luas bergantung kepada sistem yang digunakan sama ada fidlot, lepas bebas atau kandang.

Demikian juga apabila bakal penternak ingin mendapatkan baka yang mereka inginkan, maka banyak usaha perlu dilakukan, terutamanya menentukan harga yang mengikut kemampuan dan pasaran.Mudah kata, menceburi bidang penternakan bukanlah semudah yang difikirkan meskipun ramai telah berjaya mengharunginya dan telah bergelar usahawan ternak.

Kos merupakan salah satu faktor yang memainkan peranan penting menentukan kejayaan usaha tersebut di samping aspek lain yang menjadi keperluan asas seperti kemudahan, ilmu dan tinjauan pasaran.Antara jalan penyelamat bagi mereka yang ingin memulakan usaha penternakan ruminan terutamanya kambing ialah bermula secara kecil-kecilan.

Konsep penggunaan kemudahan infrastruktur yang mudah ini boleh dipraktikkan kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos tetapi mudah dikatakan sangat selesa untuk kambing.

Ciri-cirinya ialah kandang kambing dibina di atas tanah tanpa menggunakan tiang seperti lazimnya yang diamalkan penggunaan bahan terbuang seperti kayu, papan dan hanya memerlukan kawasan kecil.

Bagi kawasan yang terhad, ia hanya mampu memuatkan sejumlah 400 ekor kambing ternakan pada satu-satu masa.Konsep tersebut kini dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan, Buani Sdn. Bhd. sejak beberapa bulan lepas yang melibatkan pelbagai jenis baka kambing seperti Boer, Barbados dan Jamnapari dan Dopper.Kawasan ternakan yang dibuka di Jalan Aman, Sungai Merab Tengah, Kajang, Selangor di kawasan tanah seluas kira-kira empat ekar kini telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.Kawasan ladang itu yang dibina menggunakan bahan terbuang tetapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas sebagai sebuah ladang ternakan yang lengkap.

Ladang tersebut pada mulanya diusahakan untuk penternakan kambing Boer tetapi diubah kepada pelbagai baka supaya lebih berdaya maju.

Menurut penasihat ladang tersebut Datuk Dr. Alang Perang Zainuddin, konsep ladang tersebut telah diubah dari 100 peratus baka Boer kepada hanya separuh baka kambing berkenaan, manakala bakinya dikhaskan kepada Barbados (45 peratus) dan Jamnapari sebanyak lima peratus.''Saya nampak baka Barbados sesuai untuk dikembangkan tetapi mestilah yang tulen.''Malah kita akan perkenalkan kaedah pembaikan baka tulen iaitu tanpa mencampurkan jantan baka dengan baka lain," ujarnya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dan dan pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sejak dibuka syarikat tersebut telah melaburkan kira-kira RM150,000 iaitu RM20,000 untuk pembinaan infrastruktur dan bakinya untuk pembelian ternakan.Konsep bebas, katanya, adalah persekitaran yang disukai oleh kambing manakala masalah cacing bukan suatu yang perlu dibimbangkan selagi aspek kebersihan dititikberatkan.Namun ia tidak bermakna konsep tersebut tidak mengamalkan pengurusan yang terbaik, sebaliknya ladang tersebut juga dibina mengikut kesesuaian dan keperluan ternakan.

Malah, sebuah kawasan ladang rumput ternakan yang popular seperti Napier juga ditanam sebagai makanan kambing.Setelah mencuba beberapa jenis rumput, beliau mengesyorkan penternak menanam rumput Napier India dan Napiter Taiwan kerana memiliki kadar protein yang tinggi sekitar 20 peratus. Jika dibaja dan dan dijaga dengan sendiri mampu mengeluarkan rumput segar yang paling tinggi.Rumput ini akan terus mengeluarkan hasil berbanding sekoi yang terpaksa ditanam semula selepas empat atau lima kali tuaian.

''Inilah caranya kita boleh mengurangkan kos pengeluaran daging," katanya.Rumput jenis boleh mengeluarkan hasil untuk makanan terus atau silaj yang amat tinggi.Alang Perang bercadang memperkenalkan konsep Ladang Kambing Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat menceburi bidang penternakan mencubanya.''Semasa saya menjadi Pengerusi LPP, konsep ini telah diperkenalkan dan mereka yang berminat mestilah menjadi ahli PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan)," ujarnya.Menerusi konsep ini, yang diiperkenalkan oleh LPP empat tahun lalu, kos pembangunan ternakan kambing atau biri-biri telah dapat dikurangkan kebiasaannya bagi permulaan, kira-kira 70 peratus kos adalah untuk menyediakan infrastruktur dan 30 peratus untuk baka.

Konsep kambing rakyat ini sebaliknya lebih rendah daripada segi pembangunan iaitu 30 peratus untuk infrastruktur manakala 70 peratus untuk baka.Syaratnya cukup mudah iaitu penternak mesti menyediakan kawasan penanaman rumput untuk makanan terlebih dahulu .Ahli-ahli PPK yang telah bermula secara kecil-kecilan dalam industri ini, boleh memohon Skim Pinjaman kambing yang perlu dibayar semula tempoh lima tahun.Sepanjang tempoh lima tahun ini adalah kritikal kerana kambing itu sempat membiak dan bayaran balik boleh dibuat dalam tempoh munasabah iaitu selepas tiga tahun dan dibayar tempoh sepenuhnya dalam tempoh 60 bulan.Menerusi konsep ini, tempat itu akan mempunyai kemudahan tempat pembesaran kambing, kandang pembiakan, rumah bersalin, kandang penyusuan anak dan kandang pengemukkan.

Induk-induk yang bunting akan dipindahkan ke rumah bersalin dua minggu sebelum kelahiran anaknya.Selepas melahirkan, ibu dan anaknya akan bersama selama tiga atau empat minggu untuk tempoh penyusuan.Kemudian ibu dan anak akan ditempatkan dalam petak komuniti yang disediakan khas dalam kandang bersalin.

Selepas dua bulan setengah bagi biri-biri dan tiga bulan bagi kambing, anak-anak ini diceriakan dengan ibunya, dan ditempatkan ke tempat penggemukan.

Ibunya pula akan ditempatkan dalam kandang pembiakan bersama-sama kambing jantan untuk selama lima bulan setengah untuk pengeluaran seterusnya.

Dalam sistem ini juga, pembakaan diawasi dengan mengelakkan berlakunya sumbang mahram atau in-breeding dengan meletakkan seekor jantan bagi setiap kumpulan kambing betina yang biasanya tidak melebihi 10 ekor.Untuk mengelakkan sumbang mahram, seekor kambing jantan di satukan dengan sekumpulan kambing betina dan mempunyai nombor tanda dan setiap anak kambing tahu siapa bapa dan ibunya.Bagi seorang penternak yang berdaya maju, ia mempunyai 300 ekor induk bagi membolehkan ia menjadi usahawan yang menguntungkan yang boleh memberi pendapatan tidak kurang RM1,000 sebulan.

Ini berdasarkan kepada beranak tiga kali dalam dua tahun, bilangan anak yang boleh dilahirkan dalam tempoh itu ialah 1,350 ekor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Azie berjaya selepas dibantu LZS


AZIE bersama salah seorang anaknya yang membantu menguruskan pusat kecantikan di Selayang.

KETIKA berbual dengan Pegawai Agihan Zakat, Mohd. Aqmal di Selayang, Selangor, baru-baru ini, penulis ditunjukkan sehelai brosur berwarna-warni. "Cantik!" desis hati penulis. Tanpa dipinta, Aqmal memberitahu, "Ini adalah perniagaan asnaf zakat kita.

Alhamdulillah, mungkin tahun ini dia akan terkeluar daripada garis kemiskinan. Bisnesnya dah makin maju."

"Wah! Jarang asnaf kita yang menyertai perniagaan seperti ini. Pasti hebat orangnya?" Penulis menyerkap jarang. Maklumlah, perniagaan yang diceburi oleh asnaf ialah berkenaan pusat kecantikan.Bagi penulis, ia adalah perniagaan eksklusif. Maka, ruangan Jejak Asnaf kali ini akan menyelusuri usaha niaga asnaf zakat bernama Fauziah Masutan, 35 atau lebih mesra dikenali Azie.

Beliau kini menguruskan Pusat Kecantikan Aznan Slim & Beauty, di Kampung Nakhoda, Selayang, Selangor.

Pandangan pertama kala masuk ke pusat kecantikan itu, Azie benar-benar menjalankan perniagaan secara profesional. Susun atur pusat kecantikannya kemas dan rapi. Bahkan dekorasi dalamannya juga mencerminkan imej bergaya, santai namun tetap praktikal."Saya ini asalnya orang susah. Kampung saya di Tanjung Medan, Sg. Panjang. Saya baru berpindah ke Selayang ini pada tahun 2005," beliau memulakan bicara."Semasa di Sungai Panjang, saya berniaga makanan. Semasa itu juga saya harus menyara empat anak dan juga menanggung biaya rawatan bekas suami yang sakit."Ustaz bayangkanlah, saya sering berjalan pergi balik ke kedai makan sejauh empat kilometer dengan mengheret tanak-anak. Untuk menaiki bas, tambang nak kena bayar. Setelah lama mengumpul duit, barulah saya mampu membeli basikal," kata Azie.

Kala itu, kelibat anak gadis tampil menghidangkan kek keju dan dua cawan minuman panas.

"Inilah salah seorang anak saya. Kini, dia membantu saya sepenuhnya mengembangkan perniagaan ini," katanya.

Azie dianugerahkan empat anak hasil perkongsian hidupnya bersama bekas suami, iaitu Siti Nurul Faizatul Akma, 19; Siti Nurul Aziatul Fatimah, 17; Mohd. Alamin, 16 dan Siti Nurul Zaitul Ain, 13.

"Kami menyewa rumah buruk semasa itu di kawasan bendang. Ustaz bayangkan, binatang berbisa sering masuk ke rumah kami. Pernah sekali, ular hitam bergayut dekat bilik air. Tuan rumah pula minta RM100 sebulan, tapi saya tak mampu. Saya merayu hinggalah dikurangkan kepada RM60."Tidak lama kemudian, keluarga saya didaftarkan sebagai asnaf miskin di Lembaga Zakat Selangor (LZS) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), iaitu sekitar tahun 2003.

Alhamdulillah, LZS memberikan bantuan kepada anak-anak yang bersekolah dan bantuan menyambut hari raya. Cuma atas suatu masalah peribadi, bekas suami saya enggan menerima bantuan rumah," jelasnya.Penulis cuba mengorek lagi, adakah perniagaan yang dijalankan tidak membawa keuntungan?

"Sebenarnya, perniagaan kami boleh tahan juga. Tapi, adalah sedikit sebanyak masalah peribadi yang tidak mampu saya paparkan di sini. Akhirnya, pada tahun 2005 kami berhijrah ke Selayang."

Rupa-rupanya, dentuman guruh di langit, tidak membawa hujan yang diharap. Betullah pesanan orang tua, air di tempayan dibuang jangan. Demikianlah liku-liku kehidupan Azie. Di Selayang, beliau diceraikan oleh bekas suaminya akibat sedikit pertelingkahan."Setelah berpisah, saya tekad membawa anak-anak. Saya tidak reda berpisah dengan mereka. Demi meneruskan kehidupan, saya melakukan apa-apa kerja yang patut, termasuklah di salon kecantikan dan di kedai buku. Namun, pendapatannya tidak seberapa."Hinggalah pada satu hari, seorang guru di sekolah anak saya kakinya terseliuh. Saya menawarkan diri mengurut dan alhamdulillah, kakinya pulih seperti sediakala."Mulai dari saat itulah, nama saya mulai meniti daripada bibir ke bibir, dan khidmat urut saya semakin berkembang. Saya bukan sekadar mengurut kerana tergeliat, tetapi juga urutan untuk ibu-ibu lepas bersalin dan juga urutan badan. Tetapi hanya untuk wanita," jelas Azie.

Ibu muda ini meneruskan lagi tanpa dipinta. Tampak beliau begitu teruja berkongsi ceritanya.

"Saya memang jenis tidak suka duduk diam. Umur pun masih muda. Saya mengikuti pelbagai jenis kursus jangka pendek anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kolej Komuniti."Hasilnya, saya beroleh kemahiran dalam pelbagai jenis masakan, misalnya penyediaan kek dan roti, pengurusan katering dan juga pengurusan kewangan perniagaan. Semakin hari, saya semakin bercita-cita menjalankan perniagaan kembali," katanya bersemangat.Rupa-rupanya, perceraian yang berlaku memberi harapan baru. Beliau semakin bebas menentukan hala tuju."Di Selayang, saya mencuba lagi memohon beberapa bantuan di LZS, misalnya bantuan untuk memulakan perniagaan. Alhamdulillah, LZS meluluskan bantuan kira-kira RM10,000 bagi saya menjalankan perniagaan ini."Ditokok dengan simpanan dan lain-lain sumber, akhirnya berdirilah Aznan Slim & Beauty Centre ini.

"Saya bersyukur ustaz, hasrat di hati saya makin dikabulkan Allah SWT. Dengan tertegaknya perniagaan ini, saya kini mampu memperoleh pendapatan bersih kira-kira RM1,000 sebulan. Saya sudah berpakat dengan anak-anak dan suami, kami akan menyewa tiga pintu lagi rumah kedai di sini untuk perniagaan kafe.Azie kini sudah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Haznan Hassan, 46, seorang yang telah lama menjalankan perniagaan pembinaan.Kini, penulis sudah mampu melihat sinar cerah yang bakal terus menyinari kehidupan Azie sekeluarga.Pihak-pihak berkaitan, misalnya Persatuan Ibu Tunggal dan Mara turut mengiktirafnya dengan memanggil beliau memberi motivasi.

"Ustaz, saya ingat sangat-sangat pesanan arwah ibu saya, bahawa dalam hidup ini kita kena banyak bersabar dan banyakkan berdoa. Barulah dapat keberkatan di sisi Allah. Bahkan saya berazam, menjelang hujung tahun ini saya akan mengeluarkan zakat pendapatan pertama saya, insya-Allah."Penulis dan Mohd. Aqmal mengambil peluang melawat premis beliau, ternyata amat berbaloi.Pusat kecantikan itu kini menawarkan rawatan muka, solekan wajah, manikur/ padikur, lulur, sauna infra merah, sauna herba, mandi bunga, mandi susu, mandi rempah, mandi ais dan wap, mandi garam, urutan badan dan banyak lagi dengan pakej dan harga yang amat berpatutan.

Benarlah, kesabaran adalah azimat asal ia disertai doa dan usaha penuh kecekalan. Mereka yang berminat mendapatkan perkhidmatan, Aznan Slim & Beauty, beliau boleh dihubungi di talian 012-321 5748.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Memodenkan industri pertanian

ROHAMI SHAFIE

SETIAP kali bajet tahunan diumumkan oleh kerajaan, peruntukan untuk bidang pertanian tidak pernah dilupakan. Bagi Bajet 2010, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion untuk sektor pertanian negara.Jumlah ini diagihkan untuk infrastruktur pengairan, industri akuakultur, industri tanaman makanan, penternakan lembu dan kambing serta latihan dan bimbingan bagi program inkubatorAtas dasar ini, para petani dan penternak dan pemain-pemain industri pertanian seharusnya mengambil peluang untuk meningkatkan lagi pendapatan melalui pelbagai strategi ampuh.Pertama, bidang pertanian perlu diperkasa, dimoden dan dimajukan serta diberi suntikan segar dengan menggunakan sumber yang ada bagi mendatangkan hasil lebih lumayan. Selama ini, terdapat 'mitos' dan tanggapan salah bahawa pertanian tidak mempunyai masa depan.

Sebenarnya, pertanian merupakan satu perniagaan yang boleh dikomersialkan jika ia dilakukan dengan skala besar.Industri pertanian di Malaysia mempunyai masa depan cerah dengan pelbagai bantuan oleh kerajaan seperti benih dan baja berkualiti tinggi serta Malaysia memiliki cuaca yang amat baik untuk sektor pertanian. Bayangkan, Perlis sebuah negeri yang kecil di Malaysia mampu memberi pulangan yang lumayan dalam industri pertanian seperti pengeluaran buah mempelam harum manis yang cukup terkenal di seluruh Malaysia.

Industri buah itu merupakan keistimewaan Perlis. Ia dimajukan dengan skala besar dan menjana pendapatan rakyat.

Kedua, industri pertanian berskala besar memerlukan teknologi canggih. Maka, pemain-pemain industri ini hendaklah sentiasa mengemas kini ilmu. Umpamanya, perkongsian strategik di antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Benefiq Pte. Ltd., anak syarikat Kumpulan Glon - pemasar hasil pertanian utama Perancis.

Peluang ini perlu direbut oleh pemain-pemain industri pertanian untuk membangunkan perniagaan makanan pertanian menggunakan teknologi moden. Teknologi canggih akan mengurangkan kos, meningkatkan hasil pertanian dan memudahkan kerja-kerja pertanian.

Ketiga, aspek yang tidak kurang pentingnya ialah kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dalam memodenkan dan memajukan industri pertanian. Contohnya, penubuhan konsortium di antara FELDA, FELCRA dan RISDA membolehkan satu perkongsian strategik yang mampu merealisasikan kerjasama dengan skala besar.

Sekali lagi, kebaikannya mampu dinikmati oleh seluruh pemain-pemain industri pertanian untuk setiap rantaian nilai bermula dari peringkat tanaman sehinggalah ke peringkat pemasaran. Cili, terung, bunga kantan dan pisang antara sebahagian kecil tanaman yang mempunyai prospek yang amat besar untuk dimajukan dengan skala besar.

Tanaman sebegini bukan sahaja boleh dijual dan dipasarkan di pasar-pasar tani bahkan mampu dieksport di luar negara. Apa yang penting ialah memastikan kualiti tanaman ini agar mampu menebusi pasaran luar negara.

Selain itu, peluang dalam industri pertanian yang mempunyai nilai tinggi seperti rumpai laut, sarang burung walit dan penternakan industri udang juga patut direbut. Penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga ditagih bagi mentransformasikan industri pertanian sebagai industri yang menjana pendapatan negara dan rakyat.Kewujudan mekanisme rantaian nilai yang mantap, mapan dan menyeluruh dalam industri pertanian bakal memberi manfaat yang melimpah ruah, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.Ia akan membantu menambah pendapatan dan memperkukuhkan ekonomi dengan mengurangkan import.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan,Perakaunan dan Kewangan,Kolej Perniagaan (COB), UUM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nilai potensi melalui karnival


ORANG ramai yang mengunjungi gerai-gerai jualan di Karnival Keusahawanan 2009 anjuran Politeknik Merlimau di Jasin, semalam.
Karnival Keusahawanan 2009 anjuran Politeknik
Merlimau menjadikan karnival ini sebagai satu
landasan pelajar untuk menjadi usahawan muda,
di d

JASIN 5 Nov. - Apabila seseorang ingin menjadi usahawan berjaya, sudah pasti memerlukan usaha dan komitmen dari peringkat awal lagi.Salah satu usaha yang digerakkan adalah Program Keusahawanan oleh mana-mana pihak, sama ada dari kalangan agensi swasta dan kerajaan demi menarik minat masyarakat dalam bidang keusahawanan.

Melalui program itu, usahawan tempatan bukan sahaja dapat mengembangkan perniagaan tetapi pada masa sama memberi ruang dan peluang kepada golongan itu meningkatkan mutu hasil jualan.Program sedemikian mungkin juga boleh menjadi jalan pintas terbaik bagi usahawan untuk berjaya pada masa akan datang, terutama sekali apabila usahawan muda turut menyertai program seperti itu.

Menyedari hakikat kepentingan menggerakkan usaha itu, Politeknik Merlimau, di sini mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Keusahawanan 2009 yang bermula hari ini sehingga 7 November.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu dilihat sebagai salah satu jalan pintas bagi para pelajar khususnya mereka yang mengikuti kursus Diploma Perniagaan menjadi usahawan berjaya.Melalui program ini, bakal usahawan boleh menilai potensi diri masing-masing dan membuat padanan perniagaan dengan pelbagai sektor terutama golongan muda dan siswazah yang kini tidak lagi teruja untuk 'makan gaji' tetapi sudah bersedia menjadi 'tuan' untuk diri sendiri.Matlamat Karnival Keusahawanan ini iaitu meningkatkan motivasi, idea dan membudayakan keusahawanan agar para pelajar lebih yakin dan berani memilih usahawan sebagai kerjaya pilihan.Sebanyak 50 tapak gerai disediakan oleh pihak penganjur yang disertai oleh pelajar Politeknik dan syarikat-syarikat luar yang turut serta dalam karnival ini.

Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival berlangsung antaranya program ceramah dari Dr. Irfan Khairi, pertandingan menyanyi, acara sukaneka dan pertandingan Bintang Kecil yang diadakan di dataran Millenium Jabatan Perdagangan.

Bagi Norfidah Mohd. Yasah, 21, program keusahawanan ini merupakan satu program yang baik dalam menjana usahawan muda di negara ini.''Saya berpendapat, jika program-program sebegini giat dijalankan, ia dapat memupuk minat para pelajar dalam bidang keusahawanan dan sekali gus melahirkan usahawan muda.''Melalui program ini, para pelajar dapat menimba sedikit pengalaman dalam bidang perniagaan memandangkan ini merupakan peluang mereka menjalankan pratikal untuk menjadi usahawan berjaya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.Selain itu menurut pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, karnival tersebut menguntungkan pelajar sendiri memandangkan kesemua tapak gerai diusahakan dari kalangan mereka sendiri.

Bagi Mas Elia Kamelia Tomadi, 19, program usahawanan ini akan membawa peluang kepada pelajar yang terlibat untuk menambahkan pengalaman mereka sebagai bakal usahawan.

''Sebagai salah seorang pengunjung di sini, saya berasa bangga kerana hampir ke semua mereka yang terlibat merupakan pelajar politeknik Merlimau.''Ini sekali gus dapat memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang bagus bagi mereka yang ingin jadikan usahawan sebagai kerjaya," kata pelajar semester dua Diploma Kejuruteraan Elektrik.Menurut Asmadi Ahmad Mohd., 21, karnival ini merupakan satu permulaan awal bagi para pelajar untuk meraih pengalaman sebagai seorang usahawan berjaya.''Pelbagai hasil jualan terdapat di sini dan memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan sesuatu barangan.''Di sini, para pelajar akan terdedah dengan dunia perniagaan sebenar dan sekali gus dapat memberi suntikan menjadi seorang usahawan berjaya," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sedap Tapai Felda Bukit Waha


Suboh Bechek bersama tapai ubi di kedainya di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi baru-baru ini.

KOTA TINGGI 3 Nov. – Jika Felda Semenchu terkenal dengan program inap desa di kalangan pelancong dalam dan luar negara, Felda Bukit Waha di sini pula popular dengan keenakan tapainya.

Individu yang bertanggungjawab menaikkan nama Felda Bukit Waha sebagai lokasi pembuatan tapai adalah Suboh Bechek, 54, dan isteri, Minah Janggi, 52.Tapai adalah sejenis makanan tradisional yang dibuat daripada beras pulut atau ubi kayu yang dimasak dan dicampur ragi.Pasangan yang dikurniakan tujuh orang anak itu memilih untuk berniaga tapai kerana sering didedahkan dengan pembuatan tapai oleh ibu bapa masing-masing.

“Kiranya sebelum berniaga tapai pun kami sudah sering makan dan melihat macam mana emak kami membuat tapai,” kata Suboh semasa ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tapai ubi dan pulut yang dihasilkan di bawah jenama ‘Sedap Tapai’ yang diedar menerusi syarikat Sedap Tapai Enterprise amat istimewa kerana diperbuat daripada ubi kayu kulit merah.Ubi kayu tersebut ditanam sendiri oleh Suboh di kawasan seluas 32 hektar ekar di beberapa tapak tanah di felda berkenaan.“Tapai saya sejak dulu lagi diperbuat daripada ubi merah kerana rasanya lebih sedap berbanding ubi kayu biasa. Saya beruntung kerana tidak pernah putus bekalan ubi sebab saya tanam sendiri.“Saya tanam ubi secara berperingkat-peringkat dan sebab itulah saya tidak pernah putus bekalan seperti peniaga lain,” katanya.Ubi-ubi yang ditanam bukan sahaja diguna untuk membuat tapai, malah dijual kepada peraih atau di kedai runcitnya yang terletak berhampiran pintu masuk utama felda berkenaan.Suboh yang telah menanam ubi kayu sejak 15 tahun lalu berkata, adakalanya ubi yang ditanam dapat mengeluarkan hasil sehingga 300 kilogram (kg).“Bagi yang sudah biasa makan Sedap Tapai, kita tidak boleh tipu mereka kerana tapai buatan kami tidak pernah berubah rasa. Pernah sekali ada penjual kata tapai Felda Bukit Waha kepada pembeli.

“Sebenarnya, tapai keluaran kami semuanya ada pelekat di penutup bekas. Itu yang membezakan Sedap Tapai dengan tapai-tapai lain,” katanya.Menurutnya, tidak ada beza antara tapai yang dibungkus dengan daun pisang, daun getah atau bekas plastik kerana keenakan dan kemanisan bergantung kepada cara pembuatannya.


Minah Janggi menunjukkan tapai pulut pelbagai perisa.

Katanya, tapai adalah antara makanan pencuci mulut yang remeh untuk dibuat kerana semua bahan perlu sekata dan mengikut waktu yang ditetapkan.“Faktor utama bagi memastikan tapai sedap adalah kebersihan. Saya tidak ada pantang larang dalam pembuatan tapai,” katanya berterus terang.Setakat ini, Suboh menghasilkan tapai ubi dan pulut yang dihasilkan dalam tiga perasa iaitu biasa, strawberi dan pandan.

Dia merancang untuk mencuba pelbagai perasa tapai dengan bimbingan Jabatan Pertanian pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, setakat ini, tapai saya sudah menjadi hidangan kerabat diraja Johor dan ubi yang saya tanam pernah sampai ke Brunei.

“Kalau ada yang ingin membeli benih ubi kayu merah, saya tidak jual tapi bagi secara percuma. Begitu juga kalau ada yang tanya cara untuk membuat tapai, saya akan beritahu tanpa sebarang bayaran.

“Bagi saya, biarlah ilmu yang ada dikongsi bersama kerana biarpun resipi sama tetapi cara pembuatan selalunya berbeza,” katanya.Justeru, dia turut mengadakan bengkel pembuatan tapai dan sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan.Selain membuat tapai, Suboh sekeluarga turut menghasilkan opak iaitu makanan macam keropok diperbuat daripada ubi untuk jualan, memelihara ikan tilapia, ikan merah, keli dan arnab.“Saya ini jenis yang tidak suka duduk diam. Selagi kudrat ada, saya akan cuba menanam atau memelihara apa sahaja.“Kalau kita rajin, pelbagai produk boleh dihasilkan kerana kalau projek itu bagus pasti pihak Felda akan bantu,” katanya.Pada yang ingin menempah tapai Sedap Tapai Enterprise boleh menghubungi talian 012-7039953 dan 012-7001807.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Industri seni warisan buka peluang usahawan


Siti Nurhaslizawani, Mohd. Farid Zamry, Rosmah Mustafah, Suriyanti Afandi

MELAKA 3 Nov. – Promosi Batik dan Tenun peringkat negeri 2009 baru-baru ini, sememangnya memberi banyak peluang kepada orang ramai khususnya para usahawan yang terlibat.Pengusaha seni warisan batik dari Terengganu, Siti Nurhaslizawani Che Mohd. Zaki, 21, berkata, program tersebut menyediakan pelbagai ruang kepada para usahawan tempatan untuk meningkatkan hasil jualan sekali gus mempromosikan produk batik dan tenun kepada pengunjung.

‘‘Melalui promosi ini, para usahawan tempatan diberi peluang untuk menjual pelbagai hasil produk batik dan memperkenalkan seni warisan ini kepada pelancong yang hadir.‘‘Bukan sekadar untuk menjual batik mahupun hasil jualan yang lain tetapi saya pasti, melalui promosi ini pengunjung dapat melihat bagaimana batik dihasilkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Menurut Siti Nurhaslizawani, dia sering mengikuti penganjuran program seperti Promosi Batik dan Tenun memandangkan ia merupakan yang banyak menyediakan manfaat kepada pengunjung serta usahawan tempatan dalam perkembangan industri batik dan tenunan.

Bagi Mohd. Farid Zamry, 31, Promosi Batik dan Tenun tidak semestinya akan dibeli oleh pengunjung luar, malah peluang ini diberikan bagi penduduk tempatan untuk melihat lebih dekat mengenai kelebihan seni warisan dari seluruh negeri.‘‘Melalui promosi-promosi seperti ini, kami pengusaha tempatan dapat meningkatkan lagi hasil jualan serta menyalurkan maklumat kepada para pengunjung.

‘‘Bukan sahaja menjurus kepada penjualan, malah di sini para pengunjung boleh berjumpa dengan mereka yang pakar daripada industri seperti demontrasi membuat batik dan sebagainya.‘‘Selain itu, apa yang menarik melalui promosi sebegini, kami sebagai usahawan tempatan dapat menggalakkan lagi orang ramai menggunakan hasil seni warisan ini sebagai barangan kehidupan seharian tidak tertumpu kepada barang hiasan sahaja,” katanya.Bagi usahawan tempatan dari yang berasal dari negeri ini, Rosmah Mustafah, 50, selama hampir tiga tahun mengikuti promosi peringkat negeri di sini, dia sentiasa mendapat reaksi positif dari kalangan pengunjung.

‘‘Ramai yang tidak tahu bahawa hasil batik dan tenun bukan sahaja terdiri daripada pakaian mahupun songket tetapi terdapat juga barang hiasan seperti yang terdapat di tapak pamerannya.

‘‘Sebenarnya apabila sebut mengenai promosi batik dan tenun, orang di luar sana akan memikirkan mengenai kain dan sebagainya.‘‘Hakikatnya pelbagai barang hiasan juga diangkat sebagai barangan seni warisan antaranya dokoh, sanggul rambut dan perhiasan dinding yang dihasilkan menggunakan kreativiti tersendiri,” katanya.Menurut Rosmah, promosi seperti ini perlu dijalankan setiap tahun bagi memastikan industri batik dan tenun tidak ditelan zaman sekali gus sentiasa dipertingkatkan bagi memperkenalkan kepada generasi muda.Bagi generasi muda, Suriyanti Afandi, 26, promosi ini dapat memperkenalkan hasil kraf batik dan tenun serta barangan warisan seperti labu sayong, perhiasan rambut dan aneka kraf seperti manik.

Dia juga bersetuju jika promosi ini giat dijalankan dari semasa ke semasa bagi menggalakkan lagi hasil seni warisan ini digunakan dalam kehidupan seharian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Batik, tenun berkembang


Pengunjung berpeluang mencanting batik yang disediakan oleh pihak penganjur sempena Promosi Batik dan Tenun peringkat Negeri Melaka 2009, baru baru ini. - utusan/Nas Norziela Nasbah.

MELAKA 3 Nov. - Industri batik dan tenun dilihat oleh pelbagai pihak mampu memberi impak yang besar dalam pasaran tempatan mahupun dunia antarabangsa.Permintaan yang tinggi terhadap seni warisan itu serta pengiktirafannya sebagai khazanah negara yang tiada tolok bandingannya telah memikat hati sesiapa yang memandangnya tidak kira penduduk tempatan atau masyarakat dunia.

Perkataan batik sendiri merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan corak yang kemudiannya dicelup dengan pelbagai warna yang menarik.

Ia tidak termasuk ciri-ciri kepelbagaian coraknya dan penggunaan bahan-bahan lain yang sekali gus menyemarakkan lagi penghasilan batik.Apa yang membanggakan, batik negara juga berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa dengan motif-motif flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.Batik blok yang merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara ini diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang turut dikenali sebagai cop.

Selain kain kapas, penggunaan sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.Selain batik blok, cara penghasilan batik yang lain ialah menggunakan teknik canting dan skrin.

Bagi tradisi menenun pula, ia masih dapat dikekalkan di negara ini dan tidak berubah sebagaimana beratus-ratus tahun dahulu.Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragam hiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.Selain batik dan tenun yang menjadi warisan kebanggaan negara ini, songket dikatakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.

Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.Mengimbas sejarah penggunaan songket, motif dan warnanya melambangkan kedudukan seseorang.Sudah menjadi tradisi songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan bangsawan.

Menyedari industri ini harus dikekalkan, agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) iaitu Kraftangan Malaysia sekali lagi menganjurkan Promosi Batik dan Tenun Peringkat Negeri Melaka 2009 yang berlangsung di Dataran Pahlawan, di sini baru-baru ini.Penganjuran program itu dibuat berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada program yang sama pada tahun 2007 yang mencatat jualan sebanyak RM170,000.

Promosi yang diadakan mulai 30 Oktober hingga hari ini membuka peluang kepada masyarakat untuk melihat keunikan batik serta bagi mereka yang berminat untuk membeli hasil-hasil batik dan tenun sebagi koleksi peribadi.Promosi itu melibatkan 22 usahawan dari seluruh negara termasuk dari negeri ini, Perak, Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.Selain tekstil, peserta turut mempromosikan produk dari seramik seperti labu sayong, pasu tembikar, perak, pewter dan aneka kraf tangan lain.

Promosi yang diadakan untuk kali ketiga ini merupakan satu usaha yang harus dipuji kerana ia memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan serta memartabatkan industri kraf tangan negara.Ia juga membolehkan orang ramai melihat sendiri penghasilan batik serta tenun.Sekretariat penganjur program itu dalam kenyataannya memberitahu, Promosi Batik dan Tenun diadakan bertujuan menggalakkan penggunaannya sebagai hiasan dalaman dan fesyen pakaian masyarakat berbilang kaum.

Turut diadakan pada program itu adalah pameran produk dan fesyen terbaru daripada batik dan tenun untuk pasaran luar.Aktiviti lain ialah pameran hiasan dalaman batik dan tenun, jualan dan demonstrasi kraf tangan, belajar membuat batik dan pertandingan kraftangan.Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang lima hari program tersebut antaranya demonstrasi mencanting batik, menerap batik, menenun songket, persembahan kesenian, pertandingan kraf tangan serta permainan rakyat seperti dam dan congkak.Selain itu, pengunjung berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat proses pembuatan kraf tangan yang membabitkan ketekunan, kesabaran dan daya kreativiti pengusaha.Apa yang menarik, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan mewarna batik lukis di mana pengunjung boleh melukis dengan harga yang menarik iaitu serendah RM5.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Restoran Amerika pertama


LEBIH 300 hidangan sehari dapat dijual oleh restoran yang diusahakan usahawan dari Singapura.


ENCIK Kim mahu lebih banyak kentang goreng? Bagaimana dengan hotdog Cik Park? Pernah dikritik sebagai empayar perniagaan Amerika Syarikat (AS) yang jahat sebelum ini, kini makanan segera itu sudah boleh didapati di Korea Utara.Terima kasih kepada usahawan Singapura yang telah melakar perancangan untuk meluaskan rangkaian selepas hanya beberapa bulan membuka premisnya yang pertama."Wujud potensi untuk membangunkan perniagaan di sana," ujar Patrick Soh, yang mengetahui prospek perniagaan makanan segera di negara komunis tersebut.

Soh, 56, merupakan pemegang francais Waffletown USA di beberapa buah negara di Asia. Walaupun rangkaiannya tidaklah terkenal seperti KFC, McDonald's, Pizza Hut dan Burger King, dia masih mempunyai cita-cita yang besar.Cawangan pertama Samtaesong (tiga bintang besar) atau Waffletown mula beroperasi pada bulan Mei selepas syarikat Soh mendapat lesen yang pertama kali diberikan kepada rangkaian restoran makanan segera.Burger yang dipanggil daging cincang dan roti untuk mengaburi hubungan makanan itu dengan AS menjadi tarikan utama restoran tersebut. Ia turut menjual kentang goreng, waffle rangup Belgium, ayam goreng dan menu terbaru, hotdog."Bukan orang tempatan sahaja menyukainya, pelancong asing pun sama," kata Soh ketika ditemui AFP di rangkaian Waffletown di Singapura.

Pada bulan ini, Soh akan membuat lawatan kali keempat ke Pyongyang untuk meneroka peluang membuka rangkaian kedua di sana. Jika semuanya berjalan lancar, pembukaan cawangan kedua akan bermula pada awal tahun 2010. Dia nampaknya tidak terganggu dengan masalah-masalah seperti kekurangan kuasa dan ketiadaan beberapa barangan di Pyongyang.Pengembaraan di Korea Utara bermula apabila dia dihampiri oleh seorang pelabur Singapura yang mengemukakan idea supaya membuka rangkaian Waffletown di ibu negara Korea Utara itu.

Burger

Enggan memberitahu nama pelabur atau menyatakan kos yang diperuntukkan untuk membuka restoran di Pyongyang, Soh menyatakan peranan utamanya ialah memulakan operasi dan melatih staf tempatan untuk mengendalikan restoran Samtaesong.Delegasi dari Korea Utara telah datang membuat kunjungan ke Waffeltwon di Singapura pada awal tahun ini."Mereka datang dan mencuba makanan di sini. Mereka sangat sukakan wafer, burger dan ayam goreng," tutur Soh sambil menikmati secawan kopi di sebuah kedai yang berhampiran Singapura Orchard Road."Mereka dapati kami menawarkan lebih banyak pilihan menu berbanding rangkaian restoran burger yang lain. Lagipun kami tidak menjual makanan ringan," katanya lagi.

Soh membuat kunjungan pertamanya ke Pyongyang pada November tahun lalu. Dia mengambil masa selama empat hari untuk meninjau tapak lokasi dan melihat sama ada konsep makanan segera boleh diterima di negara yang masih berpaksikan fahaman komunis.


PEKERJA-PEKERJA di Restoran Samtaesong di Pyongyang hanya memerlukan masa selama beberapa hari untuk dilatih menyediakan makanan segera ala Amerika.


Dia gembira apabila mengetahui bahawa lokasi itu merupakan kawasan pilihan di pinggir bandar Pyongyang. Ia terletak bersebelahan stesen kereta api bawah tanah dan hampir dengan beberapa buah universiti.Dia kembali semula ke Pyongyang pada bulan Disember untuk membuat persediaan bagi memulakan perniagaan. Daripada kerja-kerja susun atur bahagian dalam restoran sehinggalah menyenaraikan peralatan dapur serta bahan-bahan yang hendak dibeli.Bahan-bahan ramuan untuk ayam dan wafer merupakan antara barangan yang diimport dari Singapura. Cuma daging dan ayam dibeli di pasaran tempatan. Pengedar-pengedar menggunakan resipi Soh untuk menghasilkan roti dan pai kecil.

Latihan

Restoran itu membeli minuman ringan daripada kedai-kedai yang menyediakan produk yang sama kepada komuniti diplomatik dan menjualkannya kembali menggunakan cawan-cawan kertas.Pekerja tempatan cukup bijak dan bersemangat untuk belajar."Saya tidak memerlukan masa yang lama untuk melatih mereka. Selepas dua tiga hari saja mereka sudah mahir melakukan tugas," jelas Soh."Sejak Samtaesong memulakan operasi pada Mei lalu, pelanggan yang merupakan pelajar antarabangsa dari China dan Rusia terus datang untuk menikmati makanan di restoran yang seluas 23 meter persegi itu.Orang tempatan turut hadir dan sudah tahu makanan yang hendak dipesan.Harga ditetapkan dalam mata wang Euro, namun Dolar Amerika juga diterima ketika membuat pembayaran. Hidangan daging cincang bersama roti berharga di antara RM6 hingga RM8.64. Dianggarkan sebanyak 300 hidangan habis dijual setiap hari.Antara sajian yang paling mahal dalam menu tersebut ialah ayam goreng rangup yang dijual pada harga RM15.24 (3 Euro).Pendapatan per kapita di daerah komunis itu dianggarkan hanya melebihi 1,000 Dolar (RM5,081) pada tahun 2008. Tetapi ia sedikit pun tidak menyekat keinginan Soh untuk membuka lebih banyak rangkaian Samtaesong di sana.

Dia berpendapat masyarakat Korea Utara sudah gemar menikmati hidangan makanan dan persekitaran di dalam restorannya."Perkara ini masih baru buat mereka. Sama seperti ketika McDonald's baru pertama kali dibuka di Singapura.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Imej Muslimah pilihan Nurul


Nurul


PEMILIK butik online, Divine Stylista (http://divinestylista.blogspot.com) ini ingin merealisasikan impian sendiri. Sebagai Muslimah yang bertudung, dia juga boleh menggalas tanggungjawab dan cabaran sama seperti wanita-wanita lain asalkan kena dengan landas syariah.

“Saya ingin menjadi wanita yang bijak membahagi masa antara keluarga dan kerjaya. Saya mahu membuktikan saya mampu berjaya,” katanya yang bekerja sebagai Penolong Pengurus Bahagian Latihan & Perkembangan Pekerja di sebuah syarikat.

Bercerita tentang masa lapangnya, Nurul gemar menyelenggara aktiviti Twilighters Malaysia iaitu kumpulan peminat siri buku-buku dan filem The Twilight Saga dalam Facebook.

Sebagai gadis yang meminati kecantikan, dia turut terlibat dengan dunia peragaan dan berlakon jika ada kelapangan.

Berkongsi panduan kecantikan dan kesihatan, Nurul mengutamakan tidur dan rehat yang cukup.

Selain itu, dia juga mengutamakan wangian diri.

Pernah mencuba One Drop Perfumes, Nurul berpendapat wangian ini disesuaikan mengikut rasa hati si pemakai.

“Jangan tidur tanpa membersihkan wajah dan rutin penjagaan wajah dan tubuh perlu tetap. Selain itu, minum banyak air dan bersenam seboleh mungkin,” ujar anak kelahiran Negeri Sembilan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments