SUT Hulu Terengganu ... YPU laksanakan SUT.

KUALA BERANG - Kesukaran mencari pengusaha tempatan yang benar-benar berminat dan berkemampuan mengusahakan projek pertanian khususnya tanaman jagung, menjadi kekangan sekali gus menyebabkan hasrat kerajaan negeri tidak dapat dicapai sepenuhnya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Rozi Mamat berkata, antara kekangan utama yang menjadi penghalang kepada pengusaha tempatan adalah tahap pengetahuan dan sikap, kerana kebanyakan mereka masih belum mampu melakukan anjakan paradigma.

“Kita menghadapi masalah untuk mencari individu yang benar-benar berminat terutama bagi tanaman jagung. “Minat mendalam penting untuk menjadi kekua-tan dan mendorong mereka bersungguh-sungguh un-tuk menimba pengetahuan dalam hal berkaitan,” katanya. Menurutnya, pengetahuan yang dimiliki mampu menjana pemikiran yang lebih kreatif seterusnya mencetuskan anjakan paradigma serta melahirkan usahawan berjaya.

“Keadaan ini pastinya membolehkan kita berdaya saing selain produk dihasilkan dapat dieksport ke luar negara,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam yang turut dihadiri Pengurus Besar YPU Terengganu, Azmi Yazik.

Menurut Rozi, daerah ini seharusnya mampu melahirkan ramai usahawan berasaskan pertanian kerana ia adalah sektor utama pendapatan penduduk dan kerajaan sentiasa bersedia untuk memberikan peruntukan. “Sebelum ini, majoriti penduduk menjalankan pertanian secara sara diri tetapi kita kena ubah konsep itu bagi mendapatkan keuntungan lebih lumayan. “Malah, kita perlu mengusahakan tanaman dalam skala besar dan bagi jagung, sekurang-kurang lima ekar (dua hektar) bagi setiap peserta,” katanya. Menurutnya, kerajaan juga sedia memberi peruntukan agar lebih ramai individu mengusahakan pertanian, seterusnya mampu menjadi usahawan. “Sebagai permulaan iaitu untuk pusingan pertama, peruntukan akan disediakan kerajaan tetapi bagi peringkat seterusnya individu tersebut harus berdikari sendiri,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: