Pilihan busana Michelle Obama

Kostum versatil yang disarung oleh isteri Presiden Amerika Syarikat pada majlis pelantikan rasmi Barack Obama pada Januari lalu adalah sentuhan kreatif Isabel Toledo.



TATKALA Michelle Obama, isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama muncul di pentas dengan gandingan kostum anggun tetapi praktikal, mata mana yang tidak terpesona melihatnya.Dres bulu renda rona kuning keemasan tampak elegan apabila digayakan oleh isteri Presiden AS dalam majlis pelantikan rasmi Barack Obama pada Januari lalu. Ia sekali gus berjaya mencuri perhatian ramai.Kostum versatil pilihan Wanita Pertama AS yang digambarkan sebagai ikon fesyen oleh tokoh fesyen di seluruh dunia itu adalah ilham kreativiti pereka fesyen terkenal, Isabel Toledo.Apabila Michelle memilih dres berbulu renda itu untuk ke majlis pelantikan suami tercinta, pereka fesyen berusia 47 tahun tersebut tidak menghebahkan berita baik itu kepada mana-mana pihak walaupun media massa.Senario sama berulang lagi. Kali ini, dres dwi ton Toledo masih menjadi pilihan isteri Obama ketika menziarahi Permaisuri Britain pada musim bunga baru-baru ini.Namun, rahsia itu akhirnya terbongkar apabila seorang wartawan berjaya mencungkil berita baik itu daripada suami Toledo iaitu Ruben Toledo melalui satu perbualan telefon.Pereka fesyen kelahiran Cuba yang menetap dan bekerja di bandar raya New York itu, langsung tidak bermegah diri tatkala melihat rekaan pakaiannya digayakan oleh wanita paling berpengaruh di AS itu.Tetapi Toledo berkata: “Memang pun dia nampak anggun dan cantik.” Beliau berkata dalam nada merendah diri sekali gus membuktikan sifat sebenar wanita itu yang tidak mudah terpengaruh dengan glamor, pujian dan nama.
ISABEL TOLEDO terharu rekaan busananya menjadi pilihan Michelle Obama.

Bukan itu sahaja, Toledo juga pernah mengiringi jenama aliran utama iaitu Anne Klein untuk tiga musim. Kini, dia meneruskan kariernya dengan label sendiri yang semakin mendapat tempat di pasar raya besar dan gedung fesyen mewah seperti Ikram yang terletak di Chicago.

Toledo berasa bangga bahawa Michelle Obama, seorang wanita yang dipercayai mempunyai gaya peribadi yang kukuh telah memilih pakaian rekaan dia tanpa menerima sebarang pujukan daripada sesiapa.Lebih menarik lagi, dres kuning yang disarung oleh ibu beranak dua itu kini dipamerkan di muzium terkemuka Metropolitan Museum of Arts.Kebanyakan rekaan pakaian Toledo, berinspirasi daripada seni bina, arca dan origami.

“Saya tidak akan terikut-ikut dengan trend semasa, isu-isu semasa ataupun keuntungan jualan, sebaliknya berharap kepada emosi.“Jika sudah ditakdir menjadi seorang wanita maka tanggungjawab saya adalah menghasilkan pakaian untuk wanita. Realiti itu memberi idea dan ilham kepada koleksi pakaian terbaru saya,” ujar Toledo yang menggemari helaian pakaian Packing Dress sejak tahun 1988.Setiap rekaan yang dihasilkan, Toledo meminta suami kesayangannya, Ruben Toledo mencuba dahulu. Kadang-kala, dia sendiri memakai untuk menentukan kesesuaian si pemakai.“Jika sesuatu rekaan tampak anggun pada diri sendiri ataupun seorang lelaki, pastinya ia kelihatan menawan kepada wanita lain.Sementara itu, Ruben pula memberitahu, isterinya bekerja seperti alunan muzik jazz.


MICHELLE OBAMA bijak memilih busana yang anggun dan praktikal.

“Di situ, terdapat satu kelompok kerja mega yang memerlukan banyak komposisi di mana setiap komposisi bukannya sama, tetapi terdapat satu rangkaian yang menyokong semua itu serta memberi satu identifikasi umum,” kata Ruben dengan penuh gembira.Perniagaan berasaskan rekaan pakaian Toledo telah berkembang secara spontan sejak 25 tahun yang lalu.

Toledo yang pada masa itu bekerja di Muzium Kesenian Metropolitan bertanggungjawab untuk memperbaharui pakaian-pakaian antik.Sebagai usaha mengembangkan penghargaan Toledo terhadap pakaian-pakaian antik, Ruben mengambil koleksi pakaian yang dia buat untuk pemakaian diri sendiri kepada Henri Bendel dan Patricia Field.Secara kebetulan, pembeli tersebut tertarik dengan kreativiti Toledo yang dianggapnya unik tanpa memaparkan sentuhan klasik.Sejurus itu, hasil rekaan Toledo semakin menjadi pilihan ramai dan dia juga berusaha menghasilkan pakaian yang lebih terperinci dengan menggunakan fabrik lukisan tangan yang mengambil masa agak lama untuk membuatnya.Sekitar tahun 1990, penggemar fesyen juga gemar membeli rekaan Toledo dan sanggup membeli pakaian tersebut pada harga yang mahal.

“Kini, muncul pula detik-detik baru di mana anda perlu menghasilkan pakaian mesra pengguna dan untuk membuat seleksi kostum itu, anda harus menjadi seorang pereka fesyen yang bijak,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: