Gaya busana muslimah


Peragaan fesyen turut menarik perhatian peserta Seminar Penampilan Dalam Gaya Busana Muslimah di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 26 Jun - Biarpun pelbagai jenis fesyen dan pakaian masa kini digayakan, namun busana muslimah tetap menjadi tarikan dan pilihan.Coraknya yang cantik membuatkan hati terpaut untuk memilikinya.Rekaannya yang eksklusif menjadikannya pilihan generasi muda masa kini.Kelahiran pelbagai fesyen busana muslimah adalah selari dengan cita rasa wanita masa kini yang amat mementingkan penampilan menutup aurat.Namun dalam pada menutup aurat, mereka juga tidak mahu kalah dalam memilih produk yang serasi dengan jiwa.

Menyedari hakikat itulah kerajaan negeri Terengganu menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri menganjurkan Seminar Penampilan Dalam Gaya Busana Muslimah di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir di sini hari ini.Seminar sehari itu turut mendapat kerjasama Terengganu International Design Excellence (TiDE) dan Pergerakan Puteri UMNO Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said merasmikan seminar sehari itu.Empat tokoh turut menyampaikan ceramah masing-masing dalam seminar yang dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk setempat.Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif TiDE, Profesor Madya Sulaiman Abdul Ghani yang membentangkan ceramah bertajuk 'Pemahaman Tekstil Tradisi.'Ini diikuti Ketua Unit Tekstil dan Fesyen Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Mohd. Nazari Maarus yang membentangkan ceramah bertajuk 'Penggayaan Fesyen Kontemporari/ Busana Muslim Dalam Penampilan Masakini'.Selain itu Personaliti tv9, Farah Adeeba Mohamad Ashraf pula membentangkan ceramah bertajuk 'Pengalaman Sebagai Personaliti dan Perubahan Dalam Penampilan Berkonsepkan Busana Muslimah.'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: