Coklat hasil tangan tiga jejaka



SIAPA yang tak suka makan coklat? Pasti sukar untuk bertemu dengan golongan minoriti itu kerana menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang manis berbanding pahit, masin atau masam.

Bukan setakat keenakan rasanya, khasiat coklat juga terbukti menerusi kajian saintifik yang antara lain mampu menaikkan semangat, bertenaga dan menenangkan fikiran.

Apatah lagi jika ditambah perisa, kekacang dan dibentuk dalam pelbagai bentuk? Sudah pasti ia menjadi makanan yang amat ideal untuk satu suasana yang bahagia.Atas sebab itulah maka perniagaan berasaskan coklat mempunyai masa depan yang cerah. Tiga anak muda, Mohd. Radzi Othman, Muzairee Daud dan Sharil Omar, masing-masing berusia 27 tahun tidak mahu ketinggalan menghasilkan satu hidangan yang sedap serta mempersonakan pandangan.Ketika ditemui di pameran Smidex di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini, masing-masing optimis dengan misi mereka berkaitan coklat."Kami akan membuka sebuah premis yang menjual segalanya berasaskan coklat," kata Mohd. Radzi membayangkan masa depan perniagaan yang dicetuskan bersama dua sahabatnya itu.

Segalanya tidak mustahil jika kena pada strategi dan perlaksanaanya. Perniagaan yang bermula dengan cara runcit pada akhir 2006 kini semakin berkembang dan mula mendapat perhatian penggemar coklat."Coklat adalah makanan istimewa. Penggemar coklat pasti mengakui hakikat bahawa manisan tersebut mampu membuatkan mereka berasa tenang apabila menikmatinya.

"Istimewanya Strawchocz tampil dengan coklat buatan tangan yang pastinya menyebabkan anda terkenang-kenang selepas satu gigitan. Inilah falsafah kami, menghidangkan kepada anda coklat yang terbaik dengan rasa yang enak dan hiasan yang menawan," katanya yang menyifatkan penubuhan Strawchocz sebagai penghargaan kepada peminat coklat.Truffle, praline, Ryverra racher dan heart shape adalah antara jenis coklat buatan tangan yang mereka hasilkan.Inti coklat keluaran mereka juga pelbagai seperti durian, strawberi, pudina, mocha dan macam-macam lagi. Mereka juga kini sedang menghasilkan coklat kurma yang menggunakan kurma Arab Saudi berkualiti khusus untuk pelanggan.

Gabungan minat dan semangat usahawan

Walaupun masing-masing berasal dari latar belakang pendidikan berbeza, namun misi mereka kini sama."Muzairee dan Sharil adalah graduan jurusan pengajian syariah dari Universiti Malaya dan saya pula dari Univesiti Teknologi Malaysia dalam bidang sains komputer. Kami menuntut ilmu pembuatan coklat dari Chef Amer Hamzah dan bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk mendapatkan kesemua maklumat tentang koko," jelas Radzi lagi.Selain jualan runcit, Strawchocz juga dijual secara kiosk dan push cart (gerai tolak) di pusat beli-belah seperti Jusco, Tesco dan Dataran Pahlawan, Melaka.Sementara itu, Muzairee pula berkata, menikmati coklat bersama keluarga dan orang yang tersayang, memang menggembirakan. Apatah lagi andai insan tersayang menghadiahkan sekuntum senyuman kegembiraan apabila menerima coklat tersebut."Sesungguhnya Strawchoz adalah lambang kebahagiaan dan kelazatan. Kerana itu Strawchocz dinamakan sebagai fine handmade chocolate. Coklat kami menggunakan koko Malaysia dan 100 peratus halal dan diyakini," jelasnya yang ditemui di tempat yang sama.

Strawchocz mengubah tradisi buah tangan pengantin.

Setiap bakal pengantin pasti menginginkan majlis mereka menjadi ingatan manis bagi tetamu yang hadir. Justeru, Radzi dan rakan-rakannya mengilhamkan Strawchocz sebagai hadiah buah tangan untuk tetamu menerusi 'Promosi Perkahwinan - Loose Pack'."Ia sebagai satu cetusan idea yang mampu merealisasikan impian anda bakal pengantin dengan moto 'Kenikmatan Coklat Mengasyikkan Suasana'."Untuk mewujudkan suasana yang cukup istimewa itu, Strawchocz memberi peluang kepada para bakal Raja Sehari untuk menempah coklat kami mengikut pilihan mereka," tambahnya.Selain itu, sesiapa yang ingin menambah pendapatan, boleh menjadi agen untuk sambutan Hari Raya bermula dari bulan ini lagi."Kepada sesiapa yang ingin menjadi ejen, Strawchocz mempelawa anda yang berminat menjadi ejen kepada coklat buatan tangan kami. Anda dapat menghubungi Strawchocz menerusi talian 03-4295 0885 pada bila-bila masa," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nikmati keenakan air nira Kuala Sanglang


Khipli Sulaiman tidak mengenal penat lelah mengusahakan ladang niranya di Kuala Sanglang , Perlis.

KAMPUNG Tanah Timbul, sebuah kampung terpencil yang terletak di hutan paya nipah pinggir pantai Kuala Sanglang Perlis, sering dikunjungi tetamu yang sangat istimewa.Tetamu tersebut tidak lain tidak bukan, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis yang tanpa ragu-ragu meniti batas-batas bendang yang menempatkan ladang Kiefly.

Baginda ke sini kira-kira lima kali setiap tahun semata-mata bagi menikmati keenakan air nira.

Ladang milik Khipli Sulaiman, 49, itu, menyediakan tempat minum air nira berkonsep pangkin santai terbuka termasuk buaian hammock di celah-celah ladangnya.Selain menjadi pilihan amalan kesihatan tetamu diraja itu, Khilpi mengaku, seorang lagi personaliti terkenal iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir juga telah beberapa kali melawat sambil menikmati air nira yang dihasilkannya.Beliau yakin kunjungan-kunjungan istimewa itu berpunca daripada khasiat kesihatan air nira yang terkenal di negeri-negeri utara Semenanjung di sebalik keenakan rasa manis bak gabungan air laici dan rambutan ditambah madu asli.

Bercerita mengenai khasiat minuman itu, dipercayai antara kelebihan amalan meminum air nira ialah menyejukkan badan, membantu merawat demam dan dan membantu mengurangkan batuk sederhana.Air nira juga didakwa boleh membantu memecahkan batu karang dan mencuci buah pinggang. Namun secara rendah diri beliau menyatakan semua testimoni itu bukan datang dari mulutnya tapi daripada para pelanggan.''Saya cuma seorang petani, tidak begitu tahu dan tiada kemampuan untuk membuat kajian saintifik.

"Tetapi, ada pelanggan yang kerap mendapatkan nira ini kerana percaya ia membantu menstabilkan komposisi darah mereka yang sakit tenat," kata Khipli.Idea mendirikan pondok rehat dan ruang santai itu hanya dilakukan sejak dua tahun yang lalu walaupun beliau telah menanam pokok nira secara kecil-kecilan sejak 10 tahun lepas.Katanya, ilham itu lahir selepas beliau menyedari memandangkan bumi sekarang sangat panas, tetapi orang kampung sepertinya bernasib baik kerana masih mempunyai persekitaran semula jadi yang nyaman untuk berehat.Oleh itu, beliau ingin menarik lebih ramai orang terutama dari bandar untuk datang berehat ke kampung.Ini sekali gus menjadi strategi yang baik mengkomersialkan kehidupan hutan nipah, seterusnya membaiki taraf hidup orang kampung terutama keluarganya sendiri.

Bermula dengan hanya sebatang cangkul, Khipli telah menanam pokok-pokok nipah di sepanjang satu relung kawasan hutan lebat yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).Dia juga merancang terlebih dahulu jarak penanaman dan lokasi pokok bagi memastikan setiap pokok mendapat air yang cukup dari tiga sumber air iaitu sungai dan laut serta takungan air hujan.Meskipun telah meluaskan ladangnya menjadi 3.5 relung iaitu kira-kira satu hektar, hanya 30 peratus sahaja yang boleh dituai hasilnya.Selebihnya kira-kira 70 peratus lagi masih menunggu tempoh matang yang dianggarkan membuahkan hasil maksimum sekitar setahun lagi.Berkat usaha dan kesabaran, beliau berjaya mengubah nasib keluarganya yang dulu merupakan penerima bantuan Projek Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT).

Kini, ladangnya mula membuahkan hasil, walaupun tidak sentiasa lumayan, beliau mampu menjana pendapatan di antara RM1,000 hingga RM 3,000 sebulan."Pada bulan-bulan yang baik, terutama musim sejuk, saya pernah berjaya mendapat sehingga melebihi RM4,000 sebulan," ujar Khipli.Harapan beliau, pada masa depan, ladang hutan niranya dapat terus diperluaskan serta dapat mempelbagaikan lagi produk ladang.Buat masa ini, Khipli turut menternak ketam nipah dan ikan air tawar di terusan ladangnya serta menghasilkan cuka nipah."Cuka nipah adalah ramuan penting amalan perubatan tradisional Melayu, ini termasuk melegakan sakit-sakit akibat lumpuh," jelasnya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Beliau kini sedang merancang untuk menyediakan khidmat-khidmat perubatan alternatif mudah termasuk urutan kaki dan rawatan mata.Selain itu, beliau juga berhajat membuka gerai makan dan menjadikan ladangnya tapak laluan joging sekali gus menjadi lokasi rehat dan rawat pilihan keluarga.Justeru, tidak salah jika dikatakan pengalaman Khipli adalah satu kisah teladan yang patut diketengahkan memandangkan dia kian meniti tangga kejayaan dengan titik peluh sendiri.Lebih bermakna, beliau berjaya mengubah hutan paya terbiar itu menjadi hutan paya nipah terancang yang bukan sahaja tetap sihat untuk alam semulajadi malah berpotensi menjadi tarikan pelancongan agro negeri itu.Namun, ketidaktentuan penghasilan air nira adakalanya menimbulkan masalah kepadanya. Ini kerana ada ketikanya air nira tidak mencukupi apabila terdapat rombongan tetamu datang apatah lagi sekiranya tidak menempah terlebih dahulu.

Bagaimanapun, bapa kepada empat anak yang berusia di antara 21 tahun dan 10 bulan itu tetap berusaha memenuhi para tetamu sedaya upayanya.Justeru beliau berharap agar orang ramai yang berhajat untuk berehat sambil menikmati air nira dapat membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi beliau di talian 017-4306245.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gaya busana muslimah


Peragaan fesyen turut menarik perhatian peserta Seminar Penampilan Dalam Gaya Busana Muslimah di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 26 Jun - Biarpun pelbagai jenis fesyen dan pakaian masa kini digayakan, namun busana muslimah tetap menjadi tarikan dan pilihan.Coraknya yang cantik membuatkan hati terpaut untuk memilikinya.Rekaannya yang eksklusif menjadikannya pilihan generasi muda masa kini.Kelahiran pelbagai fesyen busana muslimah adalah selari dengan cita rasa wanita masa kini yang amat mementingkan penampilan menutup aurat.Namun dalam pada menutup aurat, mereka juga tidak mahu kalah dalam memilih produk yang serasi dengan jiwa.

Menyedari hakikat itulah kerajaan negeri Terengganu menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri menganjurkan Seminar Penampilan Dalam Gaya Busana Muslimah di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir di sini hari ini.Seminar sehari itu turut mendapat kerjasama Terengganu International Design Excellence (TiDE) dan Pergerakan Puteri UMNO Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said merasmikan seminar sehari itu.Empat tokoh turut menyampaikan ceramah masing-masing dalam seminar yang dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk setempat.Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif TiDE, Profesor Madya Sulaiman Abdul Ghani yang membentangkan ceramah bertajuk 'Pemahaman Tekstil Tradisi.'Ini diikuti Ketua Unit Tekstil dan Fesyen Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Mohd. Nazari Maarus yang membentangkan ceramah bertajuk 'Penggayaan Fesyen Kontemporari/ Busana Muslim Dalam Penampilan Masakini'.Selain itu Personaliti tv9, Farah Adeeba Mohamad Ashraf pula membentangkan ceramah bertajuk 'Pengalaman Sebagai Personaliti dan Perubahan Dalam Penampilan Berkonsepkan Busana Muslimah.'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selatan: Terengganu Showcase kali ke-3 dapat sambutan

JOHOR BAHRU: Program jualan produk Terengganu, Terengganu Showcase 2009 berlangsung sekali lagi buat kali ketiga di sini, tahun ini membolehkan rakyat negeri Johor mengenali keistimewaan barangan buatan negeri pantai Timur itu yang dijual pada harga berpatutan.

Pada pameran selama empat hari bermula Khamis lalu, usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) Terengganu yang mengambil bahagian menjual barangan antaranya songket, pakaian batik, kuih muih, keropok, sos, hiasan tembaga dan ukiran kayu menerima sambutan menggalakkan dari rakyat Johor serta negara jiran, Singapura. Menariknya, ada antara pengusaha yang membawa peralatan membuat produk mereka dari Terengganu semata-mata untuk menunjukkan demonstrasi kepada orang ramai, termasuk kemahiran menenun songket, membakar biskut serta 'tart' di lokasi gerai supaya orang ramai dapat membeli produk segar dari ketuhar, selain ukiran halus pelbagai barangan kayu.

Seorang pengunjung, Atika Satiman, 24, berkata beliau tertarik dengan pelbagai kemahiran dan produk asal Terengganu yang ditawarkan dan dijual pada harga berpatutan. Katanya, beliau tidak perlu pergi jauh ke pantai timur untuk membeli barangan berkenaan dan berbelanja tinggi menaiki kenderaan atau pengangkutan, sebaliknya mengunjungi lokasi terbabit yang berhampiran rumahnya di Bandar Baru Uda, di sini. "Jualan ini sangat menarik kerana berpeluang membeli beberapa barangan Terengganu yang sukar didapati di Johor."Sekiranya program ini diteruskan pada masa depan, saya tentu akan mengunjunginya kerana terdapat pelbagai produk yang menarik minat saya," katanya yang bekerja sebagai jurujual di pusat beli belah itu. Difahamkan, Terengganu Showcase diadakan kali keenam tahun ini, selepas mendapat sambutan positif daripada orang ramai dan usahawan yang menyertai program itu.

Pada majlis perasmian program itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu, Datuk Mohamed Awang Tera, berkata pemilihan Johor sebagai lokasi kali ketiga, adalah berdasarkan nilai jualan dan pasaran tinggi yang dicatatkan dua program terdahulu. "Kejayaan penganjuran memperlihatkan kewujudan satu perancangan kerjasama yang baik seperti ditekankan kerajaan iaitu membantu pembangunan usahawan PKS tempatan," katanya pada perasmian program itu di Plaza Angsana di sini, kelmarin.Hadir sama, Pengurus Besar YPUT, Azmi Razik dan wakil kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Negeri Johor, Datuk Maulizan Bujang; serta Pengurus Kanan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd, Ashari Kasnan.

Terengganu Showcase 2009 dianjurkan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) bersama Kerajaan Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pengurusan Plaza Angsana, bagi mempromosikan produk usahawan Terengganu dan negeri menerusi jualan produk asal Terengganu. Malah, penganjurannya turut memperluaskan pasaran usahawan Terengganu di samping mewujudkan jalinan kerjasama dengan usahawan negeri terpilih.

Mohamed berkata, program itu sudah diadakan di Miri, Sarawak pada November lalu, dan akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada Julai depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SUT Hulu Terengganu ... YPU laksanakan SUT.

KUALA BERANG - Kesukaran mencari pengusaha tempatan yang benar-benar berminat dan berkemampuan mengusahakan projek pertanian khususnya tanaman jagung, menjadi kekangan sekali gus menyebabkan hasrat kerajaan negeri tidak dapat dicapai sepenuhnya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Rozi Mamat berkata, antara kekangan utama yang menjadi penghalang kepada pengusaha tempatan adalah tahap pengetahuan dan sikap, kerana kebanyakan mereka masih belum mampu melakukan anjakan paradigma.

“Kita menghadapi masalah untuk mencari individu yang benar-benar berminat terutama bagi tanaman jagung. “Minat mendalam penting untuk menjadi kekua-tan dan mendorong mereka bersungguh-sungguh un-tuk menimba pengetahuan dalam hal berkaitan,” katanya. Menurutnya, pengetahuan yang dimiliki mampu menjana pemikiran yang lebih kreatif seterusnya mencetuskan anjakan paradigma serta melahirkan usahawan berjaya.

“Keadaan ini pastinya membolehkan kita berdaya saing selain produk dihasilkan dapat dieksport ke luar negara,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam yang turut dihadiri Pengurus Besar YPU Terengganu, Azmi Yazik.

Menurut Rozi, daerah ini seharusnya mampu melahirkan ramai usahawan berasaskan pertanian kerana ia adalah sektor utama pendapatan penduduk dan kerajaan sentiasa bersedia untuk memberikan peruntukan. “Sebelum ini, majoriti penduduk menjalankan pertanian secara sara diri tetapi kita kena ubah konsep itu bagi mendapatkan keuntungan lebih lumayan. “Malah, kita perlu mengusahakan tanaman dalam skala besar dan bagi jagung, sekurang-kurang lima ekar (dua hektar) bagi setiap peserta,” katanya. Menurutnya, kerajaan juga sedia memberi peruntukan agar lebih ramai individu mengusahakan pertanian, seterusnya mampu menjadi usahawan. “Sebagai permulaan iaitu untuk pusingan pertama, peruntukan akan disediakan kerajaan tetapi bagi peringkat seterusnya individu tersebut harus berdikari sendiri,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Transformasi tudung


Tudung bercorak bunga-bungaan sesuai dikenakan dengan baju polos.

TAHUN 2008 dan 2009 merupakan tahun hebat bagi transformasi di antara tudung bawal ke tudung mudah pakai atau tudung pasang siap.

Rekaan tudung mudah pakai ini sentiasa bersilih ganti bagai cendawan tumbuh. Setiap bulan pasti ada rekaan terbaru atau perubahan dari jenis kain dan corak.

Jika rekaan tudung mudah pakai ini begitu agresif, samalah juga dengan orang yang memakainya. Setiap ada rekaan terbaru maka berebutlah juga orang yang hendak membeli. Maka tidak secara langsung, ramailah pula yang berniaga tudung mudah pakai ini.Pelbagai nama diberi pada rekaan tudung mudah pakai ini sama ada menumpang nama selebriti, orang kenamaan dan sebagainya.

Namun bagi pemilik Gedung Al-Habshee, Syed Hashim Al-Habshee, tudung terbaru keluarannya diberikan nama Al-Hawtha sempena nama kampung asal datuknya di Yaman.

Katanya, nama ini menjadi pilihan supaya ia tidak terus dilupakan dan agar diingati oleh generasi keluarganya.Menjelaskan mengenai tudung Al-Hawtha, kata Syed Hashim, koleksi tudung ini terdiri daripada yang bercorak dan polos. Tudung daripada kain polos atau tidak bercorak dibuat daripada jenis kain jersi yang dipanggil sebagai kain hujan panas kerana terdapat dua tona warna (warna di luar dan di dalam berbeza).Oleh itu, si pemakai boleh menggayakan baju yang mempunyai dua tona yang sama seperti dengan tudung.Sementara tudung yang bercorak dihasilkan daripada kain jersi Jepun yang berkualiti. Terdapat corak-corak abstrak, berbunga atau jalur dengan gabungan warna-warna terang.

''Kain jersi amat sesuai bagi membuat tudung mudah pakai kerana ia lembut, memeri, 'jatuh' apabila dipakai, tidak kejang atau keras, tidak kecut selepas dibasuh, tidak turun warna dan nampak cantik pada muka si pemakai dan lebih penting ia tidak panas. Selain itu, kualiti jahitan amat dijaga.''Orang yang berleher rendah memang sesuai dan cantik memakai tudung ini kerana jenis kainnya melekap di leher dan membuatkan leher pemakai nampak jenjang. Begitu juga dengan mereka yang bekerja memakai pakaian seragam. Tudung ini boleh dimasukkan ke dalam baju dan nampak kemas ,'' katanya semasa ditemui di kedainya baru-baru ini.Tudung Al-Hawtha cantik jika digayakan ke pejabat, majlis atau kasual manakala pilihan warna dan corak mudah disesuaikan dengan tempat yang hendak dituju.Menurut Syed Hashim lagi, bagi mereka yang hendak ke majlis, tudung Al-Hawtha polos boleh diserikan dengan jahitan manik, jemeki, batu kristal dan sebagainya mengikut kehendak pelanggan.

''Pelanggan boleh datang ke sini bagi memilih tudung dan pihak kami bersedia memberikan khidmat nasihat mengikut majlis yang hendak dihadiri oleh pelanggan.''Kami hanya menggunakan manik dan jemeki Jepun kerana ia berkualiti, tahan lama, kilauan tidak pudar, tidak mudah bercalar dan tidak kusam,'' ujarnya.Beliau berkata, pelanggan boleh memilih jenis manik mengikut bajet mereka dan upah bergantung pada jumlah manik yang digunakan serta corak pilihan.Tambahnya, mungkin ada yang tidak suka memakai tudung pasang siap ini kerana mempunyai bentuk wajah yang besar, persegi atau bulat dan bimbang wajah bertambah bulat apabila memakainya.

Bagaimanapun, kata Syed Hashim, tudung Al-Hawtha dibuat dalam beberapa saiz mengikut bentuk wajah pelanggan. Terdapat tiga saiz, iaitu S, M, L dan XL yang boleh ditempah oleh pelanggan.''Ada yang suka tudung yang pendek, terdapat pula yang mahukan tudung labuh menutup atas dada dan ada pula yang mahukan tudung labuh hingga menutupi bahagian dada ke bawah.''Justeru pelanggan yang berminat, boleh mencuba dahulu sehingga mereka berpuas hati. Kami memang menggalakkan pelanggan mencuba dahulu dan sesuaikan dengan majlis yang hendak dikunjungi. Kalau nak padankan dengan baju, bawa baju sekali supaya pihak kami boleh beri nasihat tentang tudung yang sesuai.''Bakal pengantin pun boleh menempah tudung yang hendak dipakai di majlis pernikahan atau persandingan. Selain dijahit dengan manik dan jemeki, bawa lebihan kain renda yang dibuat baju pengantin untuk ditampal pada tudung atau selendang,'' jelas Syed Hashim lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Teknologi mesin bantu usahawan IKS


Hasmin Hakim Hasbullah menunjukkan mesin kuih karas rekaannya yang telah dikomersialkan.

Pertumbuhan industri kecil dan kecil dan sederhana (IKS) terutama pemprosesan makanan amat bergantung kepada automasi atau mesin bagi meningkatkan produktiviti mereka.

Bilangan IKS dijangka meningkat menjelang 2010 selaras dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewujudkan 10,000 usahawan baru.Industri pemprosesan makanan merupakan salah satu industri utama yang diberi perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3).

Industri pemprosesan makanan merupakan penyumbang ke lapan terbesar eksport negara yang mewakili 2.6 peratus daripada jumlah eksport negara bagi sektor pembuatan.

Banyak agensi kerajaan misalnya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terlibat secara aktif dalam menghasilkan mesin dan peralatan pemprosesan makanan dan minuman, khususnya bagi produk tradisional yang memerlukan teknologi pembuatan yang unik dan proses mekanisasi yang rumit di mana kerja penyelidikan dan pembangunan perlu dijalankan secara bersepadu.Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Mekanisasi dan Automasi MARDI, Samsudin Ahmad berkata, pihaknya telah menghasilkan pelbagai jenis mesin dan peralatan bagi menghasilkan makanan tradisional."Antaranya adalah mesin menghasilkan lemang, emping, kuih karas, rempeyek, kuih ros, tabaloi, baulu cermai, cakar ayam, keropok lekor, sate, batang buruk, biji rotan, karipap, mesin mengekstrak isi durian dan jus buah-buahan.

"Kebanyakan mesin yang dihasilkan oleh MARDI telah dikomersialkan dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan usahawan IKS," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.Misalnya mesin menghasilkan lemang, kuih karas, ros, keropok lekor dan sate telah digunakan oleh usahawan IKS seluruh negara.Terkini pihak MARDI telah menghasilkan tiga lagi produk untuk membangunkan IKS tempatan iaitu mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu, mesin menggoreng keropok mudah susun dan mesin serba guna bagi mengekstrak citrus dan mengasing biji benih cili.Mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu hasil rekaan pegawai penyelidik Pusat Mekanisasi dan Automasi MARDI, Hasmin Hakim Hasbullah berupaya menghasilkan empat jenis kuih tradisional dengan hanya menggantikan acuan."Mesin yang pada mulanya direka untuk kuih karas didapati sesuai bagi menghasilkan maruku, roti jala dan putu mayam."Ini secara tidak langsung boleh memberikan pilihan kepada usahawan kecil menghasilkan kuih tradisional mengikut permintaan tanpa menggunakan mesin yang banyak," katanya.Mesin ini telah mula digunakan oleh sebuah IKS bagi menghasilkan kuih karas.

Pegawai penyelidik dari pusat yang sama dan mencipta mesin serba guna bagi mengekstrak sitrus dan mengasingkan biji benih cili, Masniza Sairi berkata, mesin berkenaan pada mulanya direka untuk menghasilkan jus dokong."Bagaimanapun dokong adalah buah-buahan bermusim jadi saya memikirkan untuk mempelbagaikan kegunaannya bagi mengekstrak jus limau dan mengasingkan biji benih cili," katanya.Menurut Masniza, mesin berkenaan berupaya menghasilkan jus sitrus tanpa memecahkan biji yang menyebabkan jus berasa pahit.Bagi mengasingkan biji benih cili, getah penggelek akan digantikan mengikut kesesuaian."Mesin ini dapat mengurangkan kos, menjimatkan masa dan tidak rumit jika dibandingkan proses secara manual."Jika sebelum ini ramai pekerja yang diperlukan, bau yang tidak menyenangkan, tugas yang rumit untuk proses mengasingkan biji benih cili," katanya.

Bagi memajukan dan mengenengahkan mesin dan peralatan pemprosesan makanan dan minuman kepada golongan sasar seperti IKS makanan, pengeluar dan pengedar mesin, pengeksport dan individu yang ingin menceburkan diri dalam industri makanan, MARDI dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan profesional akan menganjurkan persidangan mekanisasi pertanian dan makanan peringkat kebangsaan.Persidangan berkenaan akan diadakan pada 22 hingga 25 Jun di Hotel Renaissance, Melaka.Sepanjang persidangan pelbagai teknologi dan mesin bagi pemprosesan makanan dan pertanian akan dibincangkan menerusi pembentangan kertas kerja dan pameran bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk meninjau lebih dekat.Mereka yang berminat boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI di talian 03-8941 8070, faksimile 03-8941-3512 atau: ncafm@mardi.gov.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pilihan busana Michelle Obama

Kostum versatil yang disarung oleh isteri Presiden Amerika Syarikat pada majlis pelantikan rasmi Barack Obama pada Januari lalu adalah sentuhan kreatif Isabel Toledo.



TATKALA Michelle Obama, isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama muncul di pentas dengan gandingan kostum anggun tetapi praktikal, mata mana yang tidak terpesona melihatnya.Dres bulu renda rona kuning keemasan tampak elegan apabila digayakan oleh isteri Presiden AS dalam majlis pelantikan rasmi Barack Obama pada Januari lalu. Ia sekali gus berjaya mencuri perhatian ramai.Kostum versatil pilihan Wanita Pertama AS yang digambarkan sebagai ikon fesyen oleh tokoh fesyen di seluruh dunia itu adalah ilham kreativiti pereka fesyen terkenal, Isabel Toledo.Apabila Michelle memilih dres berbulu renda itu untuk ke majlis pelantikan suami tercinta, pereka fesyen berusia 47 tahun tersebut tidak menghebahkan berita baik itu kepada mana-mana pihak walaupun media massa.Senario sama berulang lagi. Kali ini, dres dwi ton Toledo masih menjadi pilihan isteri Obama ketika menziarahi Permaisuri Britain pada musim bunga baru-baru ini.Namun, rahsia itu akhirnya terbongkar apabila seorang wartawan berjaya mencungkil berita baik itu daripada suami Toledo iaitu Ruben Toledo melalui satu perbualan telefon.Pereka fesyen kelahiran Cuba yang menetap dan bekerja di bandar raya New York itu, langsung tidak bermegah diri tatkala melihat rekaan pakaiannya digayakan oleh wanita paling berpengaruh di AS itu.Tetapi Toledo berkata: “Memang pun dia nampak anggun dan cantik.” Beliau berkata dalam nada merendah diri sekali gus membuktikan sifat sebenar wanita itu yang tidak mudah terpengaruh dengan glamor, pujian dan nama.
ISABEL TOLEDO terharu rekaan busananya menjadi pilihan Michelle Obama.

Bukan itu sahaja, Toledo juga pernah mengiringi jenama aliran utama iaitu Anne Klein untuk tiga musim. Kini, dia meneruskan kariernya dengan label sendiri yang semakin mendapat tempat di pasar raya besar dan gedung fesyen mewah seperti Ikram yang terletak di Chicago.

Toledo berasa bangga bahawa Michelle Obama, seorang wanita yang dipercayai mempunyai gaya peribadi yang kukuh telah memilih pakaian rekaan dia tanpa menerima sebarang pujukan daripada sesiapa.Lebih menarik lagi, dres kuning yang disarung oleh ibu beranak dua itu kini dipamerkan di muzium terkemuka Metropolitan Museum of Arts.Kebanyakan rekaan pakaian Toledo, berinspirasi daripada seni bina, arca dan origami.

“Saya tidak akan terikut-ikut dengan trend semasa, isu-isu semasa ataupun keuntungan jualan, sebaliknya berharap kepada emosi.“Jika sudah ditakdir menjadi seorang wanita maka tanggungjawab saya adalah menghasilkan pakaian untuk wanita. Realiti itu memberi idea dan ilham kepada koleksi pakaian terbaru saya,” ujar Toledo yang menggemari helaian pakaian Packing Dress sejak tahun 1988.Setiap rekaan yang dihasilkan, Toledo meminta suami kesayangannya, Ruben Toledo mencuba dahulu. Kadang-kala, dia sendiri memakai untuk menentukan kesesuaian si pemakai.“Jika sesuatu rekaan tampak anggun pada diri sendiri ataupun seorang lelaki, pastinya ia kelihatan menawan kepada wanita lain.Sementara itu, Ruben pula memberitahu, isterinya bekerja seperti alunan muzik jazz.


MICHELLE OBAMA bijak memilih busana yang anggun dan praktikal.

“Di situ, terdapat satu kelompok kerja mega yang memerlukan banyak komposisi di mana setiap komposisi bukannya sama, tetapi terdapat satu rangkaian yang menyokong semua itu serta memberi satu identifikasi umum,” kata Ruben dengan penuh gembira.Perniagaan berasaskan rekaan pakaian Toledo telah berkembang secara spontan sejak 25 tahun yang lalu.

Toledo yang pada masa itu bekerja di Muzium Kesenian Metropolitan bertanggungjawab untuk memperbaharui pakaian-pakaian antik.Sebagai usaha mengembangkan penghargaan Toledo terhadap pakaian-pakaian antik, Ruben mengambil koleksi pakaian yang dia buat untuk pemakaian diri sendiri kepada Henri Bendel dan Patricia Field.Secara kebetulan, pembeli tersebut tertarik dengan kreativiti Toledo yang dianggapnya unik tanpa memaparkan sentuhan klasik.Sejurus itu, hasil rekaan Toledo semakin menjadi pilihan ramai dan dia juga berusaha menghasilkan pakaian yang lebih terperinci dengan menggunakan fabrik lukisan tangan yang mengambil masa agak lama untuk membuatnya.Sekitar tahun 1990, penggemar fesyen juga gemar membeli rekaan Toledo dan sanggup membeli pakaian tersebut pada harga yang mahal.

“Kini, muncul pula detik-detik baru di mana anda perlu menghasilkan pakaian mesra pengguna dan untuk membuat seleksi kostum itu, anda harus menjadi seorang pereka fesyen yang bijak,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Memartabat fabrik warisan

Pertunjukan fesyen ini diharap dapat meningkatkan pemakaian kain tenun yang menjadi warisan turun temurun, sekali gus mengangkat warisan dan budaya bangsa.


FIESTA Fesyen Kuala Lumpur bertujuan mengangkat fabrik warisan seperti songket Terengganu, tenun Pahang dan Pua Sarawak.

USAHA mengetengahkan fabrik tradisional yang menjadi warisan dan budaya bangsa hari ini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggalak dan pencinta fesyen tanah air.Situasi ini menyerlah pada Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) yang berteraskan penggunaan fabrik warisan seperti songket Terengganu, tenun Pahang dan tenun Pua dari Sarawak yang diberi nafas baru daripada 10 pereka muda yang bertanggungjawab mencipta busana yang menggunakan fabrik warisan tersebut.FFKL julung kali diadakan dengan tujuan mengangkat martabat fabrik tenun dalam rekaan kontemporari mendapat kerjasama pereka jemputan untuk mempertontonkan himpunan rekaan terbaru mereka.Antaranya ialah Datuk Tom Abang Saufi dan Salikin Sidek serta dua pereka Kraftangan Malaysia, Nazari Maarus dan Rodziah.

Kombinasi fabrik

Sesunguhnya persembahan koleksi yang dipamerkan cukup menarik tumpuan penonton. Ini kerana kumpulan pereka terlibat bijak menggabungkan fabrik warisan bersama seleksi fabrik moden seperti sutera sifon, sutera satin, organza dan renda.Kombinasi fabrik warisan dan moden yang diaplikasikan pada setiap helaian busana ternyata memberi impak yang mengujakan.Pada masa yang sama, pereka turut menggunakan deutches yang sangat popular iaitu tajaan gedung tekstil terkemuka, Gulatis dan Euro Moda.




Melihat matlamat penganjur untuk mengangkat fabrik warisan negara ke peringkat lebih tinggi dan berhasrat membawa fabrik warisan ke arena fesyen antarabangsa menerusi pemakaian masyarakat awam, sosialit dan selebriti, mungkin hasrat itu terlalu jauh untuk dikejar.Namun sekiranya dilihat dari sudut penerimaan pereka dan penghasilan karya yang dipertontonkan di pentas peragaan, mungkin usaha tersebut satu titik tolak yang positif.

Kelainan

Sebagai contoh, hasil karya Aidawati Saidin yang mengaplikasikan fabrik tenun bercorak kotak di bawah renda telah menciptakan nafas baru yang cukup segar.Begitu juga dengan Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Chandra Shegar, Nik Erwan dan Calvin Thoo yang masing-masing mencari sudut kelainan tersendiri dalam mencetuskan hasil individualiti yang menawan.Dari sudut industri fesyen, apa yang diharapkan pertunjukan fesyen ini dapat meningkatkan pemakaian kain tenun yang menjadi warisan turun temurun sekali gus mengangkat warisan dan budaya bangsa.

Cabaran

Bagi fabrik warisan kita pula, keindahan setiap helai fabrik bukan sekadar apa yang tersurat dan yang menarik kita perhatikan tetapi segala yang tersirat di sebalik penghasilannya.Sebagai contoh, motif yang diketengahkan penenun lama banyak menyuntik ilham alam sekeliling seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan serta peradaban juga tertib masyarakat Melayu lama yang kemudiannya dihasilkan dengan penuh kecintaan.Adalah menjadi cabaran kepada para pereka apabila dinasihatkan agar terus memelihara keindahan dan ketertiban tersebut dalam usaha menghasilkan satu himpunan yang segar dan in trend.


KEINDAHAN setiap fabrik bukan terletak pada rekaan tetapi apa yang tersirat di sebalik penghasilannya.

Pada majlis FFKL, semua pereka perlu menyediakan lima busana yang menggunakan fabrik tenun. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, pensyarah rekaan Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Faizal Hamid yang berpengalaman luas dalam bidang fesyen dan juga merangkap Penasihat, Persatuan Pereka Bumiputra (BDA) turut menyumbang kepakarannya sebagai penyelaras fabrik dan penataan gaya.

Menurut urutan sejarah, songket dahulukala dipakai oleh golongan bangsawan. Bersesuaian dengan kedudukannya itu, hari ini hanya raja sehari yang memakainya.

Renda Perancis

Namun, kebelakangan ini, pengantin lebih gemar memilih fabrik sutera dan renda Perancis untuk dijadikan busana. Ini merupakan cabaran kepada penenun, di samping sikap masyarakat yang kurang menghormati bakat seni sedikit sebanyak menyumbang kehilangan 'orang seni' warisan tersebut.

FFKL juga bertindak mengetengahkan individu penting ini, iaitu penenun yang lazimnya bekerja di belakang tabir. Kumpulan penenun harus diberi penghormatan sewajarnya setanding seorang pereka fesyen.Dalam pada itu, konsep menampilkan hasil karya gabungan pereka fesyen dan penenun ini memang bagus dan akan menjadi satu identiti unik dalam bidang fesyen negara dan sekali gus membantu meningkatkan permintaan terhadap tekstil warisan tempatan yang harus terus dilaksanakan.

Bakat baru

Justeru, menerusi FFKL harapan mencungkil bakat-bakat baru untuk menghasilkan karya berteraskan fabrik warisan. Ia boleh berjaya dengan memberi kelonggaran kepada pengkaryaan, yang memberi tumpuan kepada sentuhan kontemporari.Jika India boleh berbangga dengan fabrik kapas India, sutera Thai (Thailand) dan renda Perancis, Malaysia seharusnya memartabatkan fabrik tenun yang boleh diangkat sebagai hasil karya warisan budaya negara.Ini kerana keunikan, ketelitian dan kehalusan pembuatannya bernilai dan bermutu berbanding fabrik biasa.Selain potongan moden dan kontemporari, masih terdapat potongan lama seperti baju kurung Johor, kebaya dan potongan cekak musang yang diaplikasikan oleh pereka pada karya mereka.

Bagi pemerhati fesyen, acara sebegini dianggap sebagai landasan kepada pereka muda memperkembangkan daya kreativiti bermain dengan fabrik mewah.Secara tidak langsung ia membantu mempromosikan pemakaian tenun dan songket dalam kalangan selebriti, penggiat seni dan generasi muda.Dalam pada itu, pihak penganjur berharap pertunjukan fesyen ini dapat meningkatkan pemakaian kain tenun yang menjadi warisan tradisi kita bukan saja di negara ini, bahkan di persada antarabangsa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Majlis Pelancaran Program Sahabat Usahawan Terengganu Peringkat Hulu Terengganu.

YB Rozi melancarkan Sahabat Usahawan Terengganu sambil diperhatikan Pengurus Besar YPU, Haji Azmi Razik (kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah YPU, Dato' Tengku Ismail Tengku Jaafar.

T-Mall atau Pasar Raya Rakyat (PRR) yang pertama di negeri ini akan dibina di Jalan Besar, Kuala Berang, Hulu Terengganu bagi memasarkan barangan tempatan.
“Bangunan setinggi dua tingkat yang berharga RM5 juta dijangka menjadi mercu tanda kepada pengunjung ke bandar ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat di majlis Pelancaran Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini (21 Jun).
Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan, Haji Azmi Razik; Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Ariffin Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah YPU merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Terengganu (DPMT), Dato’ Tengku Ismail Tengku Jaafar.
“Kerajaan yakin dengan kerjasama YPU, T-Mall akan memberi pulangan yang baik kepada peniaga kecil dan sederhana di negeri ini disamping dapat memasarkan barangan keluaran peniaga tempatan secara terancang,” katanya.
Sebahagian usahawan dan bakal usahawan yang hadir pada majlis pelancaran Sahabat Usahawan Terengganu peringkat Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang.
Katanya, kerajaan juga sedang merangka beberapa strategi untuk mewujudkan usahawan dalam bidang pertanian seperti tanaman jagung, usahawan ternakan (kambing) dan usahawan perikanan (ikan dalam sangkar).
“Sekarang kita sudah mengorak langkah kearah kejayaan dimana projek ternak ikan dalam sangkar di Sungai Como di bawah kelolaan Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) sudah mengeluarkan lebih 30 tan ikan air tawar,” katanya.
Orang ramai mendapatkan barangan yang dijual sempena majlis pelancaran Sahabat Usahawan Terengganu peringkat Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang.
“Sebuah pusat pengumpulan bahan-bahan pertanian juga sedang dalam pembinaan dan akan menyerahkan kepada YPU untuk tujuan pengurusan,” katanya.Katanya, usaha juga sedang dibuat untuk melahirkan usahawan pertanian dengan meningkatkan pengeluaran jagung dengan penglibatan lebih ramai petani sedia menghadapi cabaran.“Kerajaan akan memberi peruntukan 100 peratus bagi pusingan pertama tanaman dan seorang petani diberi lima hektar kawasan untuk diusahakan,” katanya.Katanya, kerajaan ingin melihat pengusaha tanaman jagung menjadi seorang usahawan yang berjaya dan bukan sekadar untuk sara diri semata-mata.“Sama juga dengan program SUT ini, membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain berbincang bagaimana cara memperbaiki pengeluaran dan meningkatkan jualan,” katanya.
Katanya, jangan wujudkan perasan dengki dengan rakan niaga sebaliknya jadikan mereka kawan dan sebarang masalah timbul boleh diselesaikan bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

seminar Google is My Salesman

Kembali setelah sukses seminar Google is My Salesman di Makassar dan di kota-kota besar lainnya, maka kali ini, seminar GOOGLE is my Salesman telah diluncurkan di kota tercinta "wong kito", Palembang.

Acara seminar telah dilaksanakan Tgl 1 Nov 08 (Sabtu) di gedung STMIK (tampak pada foto)

Sampai jumpa di Kampus STMIK MDP BUSINESS SCHOOL - Jl. Rajawali No. 14 Palembang - Sumatera Selatan ; tgl 1 Nov 08 (sabtu); INFO: 0711-376400 ; Hp : 0811719335

Tampak pak Bob Julius Onggo sedang bertanya kepada para mahasiswa/i STMIK MDP maupun mahasiswa/i dari luar univ. STMIK serta para peserta seminar yang berasal dari para pekerja atau pebisnis di Palembang :

Kepada hampir 200 mahasiswa/i:

Bagaimana caranya kalian sebagai mahasiswa - walaupun masih kuliah - bisa mendapatkan penghasilan lewat bantuan Google/Yahoo untuk membiayai kuliah dan operasional sehari-hari sehingga tidak memberatkan orang tua kalian?

Kepada para karyawan yg hadir di seminar tsb :

Bagaimana kalian dpt memperoleh penghasilan tambahan selain gaji tetap dari kantor sehingga tidak mengandalkan gaji bulanan dan kenaikan gaji tiap tahun yang tidak sebanding dengan laju inflasi ekonomi?

Kepada para pengusaha lokal Palembang :

Bagaimana Google / Yahoo sebenarnya dapat membantu mempromosikan produk Anda dengan biaya low bujet, namun dapat meguasai pasar secara nasional dan menembus pasar hingga mancanegara?

Akhirnya lewat seminar inilah, mereka mendapatkan "pencerahan" dan wawasan untuk bergerak dan tidak tinggal diam di era internet ekonomi ini, sehingga walaupun terdapat resesi ekonomi global, namun secara lokal kita tidak terperosok.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SEMINAR MAKASAR : GOOGLE IS MY SALESMAN


Setelah sukses seminar Google is My Salesman di berbagai kota besar di seluruh Indonesia, maka roadshow seminar Googlepreneur, kembali menggebrak kota Makassar (Ujung Pandang). Kota Makassar merupakan kota yang bisa dikatakan paling maju di propinsi Sulawesi secara keseluruhan. Terlihat pembangunan di sana-sini di kota makassar bila Anda datang ke sana.

Di makassar, juga diadakan berbagai macam jenis seminar untuk pencerahan publik makassar. Seminar dengan berbagai jenis kategori juga diadakan di sana.

Makasar-googlepreneur

GooglePreneur Makassar, mengadakan seminar Google is My Salesman di kota makassar (sabtu/26 Juli 08) di Ballroom Mall Panakukang Lt. 2 ( Ex. Score). Lewat seminar ini :

  • Audines di-INSPIRASI agar jeli melihat peluang pasar sehingga tidak perlu bermain di kolam keruh pasar lewat bidikan media internet
  • Juga kiat-kiat penciptaan bisnis dan pasar lewat media internet
  • Trik mendapatkan BIG RETURN walaupun promosinya sangat minim secara finansial
  • Membahas apa yang salah kaprah serta berbagai mitos penghalang kesuksesan online
  • Kiat memiliki segudang pelanggan (buyers) lewat kreativigtas, ide, hobi, kerja keras, inovatif yang digabungkan dengan jangkau global dengan hasil lokal lewat Google/Yahoo
  • Memberikan ide dan motivasi usaha sampingan bila audiens ingin tetap kerja menjadi karyawan namun ingin punya side money.
  • Dan bagaimana bila itu raih tanpa modal atau minim modal, tanpa susah-susah pada pembuatan produk namun berfokus pada pemanfaatan kebutuhan pasar.

Googlepreneur-makassar

Bagaimana pun sukses seminar ini tak lain pula lewat audiens dan para sponsor, karena itu kami mengucapkan terima kasih kepada para audiens seminar yang berasal dari berbagai status sosial dan level pekerjaan, juga terima kasih kami layangkan kepada para sponsor seperti : Penerbit Andi, Merpati Nusantara Airlines, Seruni Catering Service, Ceragem Gunung Nona, Harian Pagi FAJAR Makassar, SmartFM Makassar, Makassar TV, SPFM 103,5 Makassar, Mughniy Management, dan Hotel Clarion serta Mall Panakukang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

" TAKLUKKAN DUNIA WIRAUSAHA "

Tidak diragukan lagi sektor Usaha Kecil Menengah merupakan sektor yang mampu menopang perekonomian di Indonesia di kala krisis. Semakin sektor ini bertumbuh, semakin kuat pilar perekonomian, khususnya sektor real di Indonesia, apalagi saat ini ekonomi dunia sedang mengalami goncangan akibat krisis global.Tumbuhnya sektor Usaha Kecil Menengah dipicu oleh tumbuhnya banyak pelaku wirausaha di sektor real. Semakin banyak pelaku usaha di sektor ini, tentunya semakin baik bagi pertumbuhan ekonomi.

Persoalannya, bagaimana menumbuhkan motivasi wirausaha baru, khususnya anak muda agar mereka tidak bergantung lagi pada sektor korporasi sebagai pekerja, namun mampu menciptakan lapangan kerja sendiri. Bagaimana pula wirausaha muda ini bisa menangkap peluang untuk berbisnis. Bagaimana pula mereka mampu berkembang dengan dukungan pengetahuan pasar, pemodalan, dan iklim persaingan di wirausaha ini.

Salah satu tujuan yang diambil dalam acara ini adalah Memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelaku wirausaha muda untuk berkembang di sektor wirausaha ini. Acara ini juga sejalan dengan program penghargaan yg akan kembali diberikan kepada pelaku UKM terbaik di Indonesia, yang pada tahun ini dibuat satu kategori penghargaan yaitu Wirausaha Muda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

EMAIL IS MY SALESMAN

Adalah judul seminar yang pas di tengah-tengah pasar yang sarat dan dibanjiri oleh produk -produk serta hiruk pikuk iklan, pasar menjadi bingung. Apalagi kenyataan bahwa bujet iklan saat ini mahal tidak tanggung- tanggung, namun hasilnya TIDAK sebanding dengan biaya iklan yg sudah dikeluarkan.

Seminar-penjualan

Karena itu lewat seminar penjualan / seminar sales ini :

  • bagaimana seorang pemasar dapat mempromosikan produk & jasanya ke calon konsumen / buyers?

  • Bagaimana seorang salesman bisa mencari pelanggan mereka baik pelanggan lokal, regional maupun mancanegara dengan biaya IKLAN ALMOST ZERO namun RETURN yang cepat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Konsep Sederhana Pemasaran Global

Pemasaran yang sukses bergantung pada seberapa kuat hal itu bertumpu pada hal-hal yang fundamental. Tetapi itu bukan berarti semua prinsip marketing adalah sama. memang skenario pemasaran yang berbeda membutuhkan tak tik yang berbeda pula. Mengetahui perbedaan ini sama juga mengetahui perbedaan antara sukses dan kegagalan.

Salah satu dari hal yang menonjol dari pemasaran adalah "global marketing". Menjual produk ke luar negeri membutuhka perspektif yang jauh berbeda daripada yang digunakan untuk bisnis yang dipasarkan untuk pasar domestik.

Berikut ini adalah beberapa kunci penting dan trend yang harus dipertimbangkan sewaktu melakukan "global marketing".

PERHATIKAN KONTEKSNYA!

Perbedaan utama antara pasar luar negeri dan domestik terletak pada konteks bagaimana pemasaran dilakukan. Perbedaan dalam hal kultur, hukum, komunikasi dan ekonomi semua ini menyebabkan tantangan dalam memformulasikan strategi pemasaran.

KEBUDAYAAN

Pemasaran di dalam negeri umunya sudah mengenal kultur setempat. Ya, kita sudah mengenal sesama bangsa kita Indonesia, Tetapi pasar luar negeri sangat berbeda kebudayaannya dengan kita. Ini adalah tugas para pemasar untuk mencari tahu perbedaannya dari pasar yang dituju termasuk perilaku konsumennya.

Misalnya, di Amerika kita bisa membuat lelucon tentang mertua. Namun di Jepang hal ini tidak diperkenan. Karena ibu mertua sangat dihormati sekali, dan respek ditujukan kepada para lansia.

PERATURAN

Anda harus benar-benar memperhatikan peraturan setempat dalam hal ini. Mengapa? COntohnya adalah di Beberapa negara misalnya membatasi jumlah iklan yang dilancar kan dari suatu perusahaan dalam periode per jam. Maka hal ini dapat menghambat strategi pemasaran Anda. Beberapa pasar luar negeri tidak mengizinkan kontest, yang merupakan strategi sentral bagi perusahaan seperti www.iwon.com , misalnya.

Jadi penting sekali mempertimbangkan perbedaan peraturan walaupun kecil karena ini dapat membantu atau merusak strategi Anda.

GAYA KOMUNIKASI

Komunikasi berbeda dari suatu negara ke negara lain. Di Italia, misalnya, orang
membicarakan masalah keluarga dahulu sebelum berbicara bisnis. kalau di Jepang apalagi, tetapi kalau di Amerika, hal ini tidak menjadi masalah.

Jadi berhati-hatilah, karena kalau tidak komunikasi pemasaran Anda tidak akan
efektif, atau menyinggung calon kastemer.

EKONOMI

Pertumbuhan atau keadaan ekonomi membuat perilaku pasar pun berbeda, begitu juga perilaku membeli sangat berbeda-beda dari suatu negara. Contohnya, bila produk Anda no 1, di negara Anda belum tentu nomor satu di negara lain. Hal ini terlihat seperti Komputer lebih banyak di Amerika daripada di Eropa, namun handphone lebih banyak di Eropa daripada di Amerika.

Halnya pun sama seperti di Indonesia, mereka mengira dengan memberikan e-mail gratis pasti akan disukai oleh banyak pengunjung, padahal hal itu tidak menjamin. MENGAPA?
karena ISP di Indonesia tidak gratis, mereka yang punya sambungan ISP pun akan diberikan e-mail gratis kecuali yang pakai koneksi telkom, namun hal ini booming di eropa dan Amerika karena koneksi ke Internet gratis begitu juga pulsa lokal sangat murah bahkan gratis untuk hanya beberapa km saja di AS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments