Dabbawalla - Sistem Mangkuk Tingkat

dalam bekerja ni sama ada gomen atau swasta, kita tak leh lari dari mempraktikkan sistem. ala sistem pengurusan la. contoh? iso 9000, ts 16949, jit, vave, kaizen, 5s, fifo, lifo dan pelbagai lagi. tujuan sistem ni tidak lain ialah untuk membudayakan kerja yang lebih sistematik, lebih selamat, lebih cepat, dan LEBIH KERJA!

http://nomadone2.nomadlife.org/image/Dabbawala.jpg
ye lah, kalau macam2 documentation kena buat, tak nama lebih kerja kena buat ke? sekali pikir ia seolah2 kita setuju bahawa lebih banyak dokumen dibuat, diperiksa dan dipraktikkan menunjukkan sesuatu kerja atau produk itu lebih bermutu dan selamat. heh! aku tak berapa setuju.

kenapa aku tak setuju? err.... ia ada jugak berkaitan dengan banyak sangat kerja yg perlu dibuat dan dikemaskini untuk audit. nasib baik audit ditunda ke bulan ogos nanti. kalau plan awal dibuat bulan jun, memang hancus! bukanlah bermakna filing dan sistem jabatan aku tu hancus, tapi banyak kerja kena buat, kena touch up, ke na update dan macam2 lagi. ye lah, department aku kalau audit ts 16949 ni mesti melibatkan training, motivation system, dan recruitment. banyak tu!

dalam kita doq mengagungkan sistem moden tu, kita sebenarnya lupa atau lupa sejarah bahawa sistem2 sekarang ni sebenarnya banyak yg mengarut. kalau diperhatikan banyak benda didunia ni sebenarnya terjadi atau berjalan dengan sangat2 baik kerana sistem yang sangat simple, malah tak perlu bertimbun kertas kerja pun. tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa sistem kuno ini sebenarnya 1000 kali lebih bagus berbanding dengan sistem moden yang bertambun paper work nya.

contoh? aku bagi satu contoh (itu je aku ingat).

Dabbawalla.

ape? dabbawalla tu planet baru? lagu reshmonu? tengkorak korang!

dabbawalla tu sebenarnya gelaran bagi pembawa sia. 'pembawa sia' aku kata, bukannya 'pembawa sial'. kalau orang puteh dia kata 'lunchbox carrier'. betapa hebatnya sistem ni sangat jarang diketengahkan di malaysia. ye lah universiti kita lebih mengagungkan sistem mat salleh hidung tinggi tu berbanding sistem anne berkain dhoti tu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5DVPt9-yj_7Mp-HdbjduW402CjlBZHSvFKlipYJPMB3WWoZmNnD8wkKAYpLITpaJ3IY96TXQloIcbJWoKysoW7PF7xa3apMgeu8GnTmgKOurEL3lJ1ieUOiqTMCQUW8ohXaSADwVn_WM/s1600/Dabbawalla+-+6.JPG
kehebatan sistemm ni boleh diperhatikan dengan sistem dia yang sangat ringkas tetapi sangat effien. bermula dengan pengumpulan bekas makanan (yang ada makanan la didalam mangkuk tingkat @ sia) yang dimasak oleh isteri pekerja di seluruh india. maklumlah negara india, majoriti lubang rejekinya adalah mumbai. so, para suami yang tinggal diseceruk ulu banat india akan bangun seawal 3 atau 4 pagi dan ke mumbai menaiki keretapi yang kepadatannya.... mashaallah! kalau diibaratkan dolly parton naik keretapi dengan mereka, aku yakin gunung silikon dia akan selandai lembah gangges. padat cam sardin punya. jadi maksud yg aku cuba cakap disini ialah, masa si suami ke tempat kerja mereka tidak membawa bekalan makanan tengahari mereka. kalau seawal 3 pagi dah bawa, alamat dah basilah capati dan kuah dhal atau udumbu kari mereka tu.

jadi isteri mereka akam memasak makanan tengahari dalam jam 10 pagi dan kemudiannya dalam jam 11pagi, makanan yg siap akan diletak dalam mangkuk tingkat secara berasingan; kalau nasi dengan kuah dicampur, mau sebesar ibu kaki ulas nasi jadinya. selepas makanan diletakkan dalam mangkuk tingkat inilah baru tugas dabbawalla bermula. dabbawalla akan mengutip mangkuk tingkat berisi makanan itu dari rumah2 pelanggan yg berdaftar dengan mereka untuk dihantar kepada suami mereka (err.. kalau nak hantar pada suami orangpun boleh jugak). mereka mengutip secaraa berjalan kaki, ada yg naik kereta lembu, menunggang keldai, bermotosikal dan sebagainya. makanan yg dikumpul itu disusun mengikut kod nombor tertentu sebelum diserahkan kepada dabbawalla lain yg menunggu didalam keretapi. kod2 tertentu digunakan agar bekas makanan dihantar ke lokasi yg betul.

dari keretapi, bekas2 makanan itu kemudiannya akan sekali lagi diserahkan kepada dabbawalla lain yg menunggu di stesen keretapi. mereka tak tau kepada siapa ia dihantar melainkan oleh dabbawalla yang terakhir yg bertanggungjawab memberinya kepada pemilik makanan berkenaan. sistemnya sangat effisien kerana makanan itu pasti akan sampai sebelum waktu makan tengahari. dilaporkan hanya kurang dari 10 mangkuk sahaja akan tersilap hantar atau tiba lewat berbanding lebih satu juta mengkuk tingkat diedarkan.

kalau korang rasa sistem syarikat korang hebat, dibandingkan dengan sistem dabbawalla ni, baik korang diam. ye lah, untuk menjalankan sistem sekarang syarikat mengupah engineer atau pegawai lulusan universiti untuk menjayakannya; dan seringkali gagal. tapi sistem dabbawalla ni hanya dipelopori oleh orang2 kampung yang buta huruf dan hasilnya sangat mengujakan hati aku. cerdik betul anne-anne saiful ni. saiful ni even dah 3 generasi meninggalkan tanah malbari, tapi kebijaksanaan dia masih terserlah dalam mengular setiap hari.

p/s : cuba korang bayangkan orang malaysia mengaplikasikan sistem dabbawala ini sekarang. heh... aku yakin ia hancus! janji makanan sampai jam 12 tengahari, aku yakin mesti jam 5pm masa nak balik baru sampai. janji melayu. kalau jadi begini kat bekal aku, memang sah aku hempuk dabbawalla tu dengan mangkuk tingkat tu. dah la sekolah tak pandai, buat kerja agih mangkuk tingkat pun failed. bodoh bertingkat2 jugak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: