Tips menjadi pengucap profesional
Berucap di khalayak ramai memerlukan kemahiran supaya penyampaian mesej dapat dilakukan dengan menarik dan berkesan. Anda berupaya melakukanya jika anda mengikuti tips yang diamalkan oleh perucap profesional.
1. Ketahui topik yang ingin anda sampaikan. Bidang yang perlu anda sampaikan adalahlebih baik jika ianya anda mahir , minat dan anda cuma lakukan rujukan yang sesuai supaya anda menjadi lebih informatif.Persediaan bahan adalah penting mengikut struktur yang mudah untuk dipersembahkan nanti. Dan buat latihan dan latihan untuk mantapkan penyampaian.Pastikan anda sebut buku, artikel atau nama rujukan anda sebagai autoriti bahan anda.
2. Anda perlu mengetahui dan mengenali khalayak anda dari aspek demografi seperti umur, kawasan tempat tinggal, status, taraf pendidikan atau pekerjaan. Ini hanyalah sebagai panduan untuk selaraskan isi , bahasa dan pemikiran yang sesuai dengan kategori mereka. Raikan khalayak anda dengan pujian.
3. Ketahui dan kenali tempat yang anda akan sampaikan ucapan. Anda boleh pergi dahulu atau datang awal untuk anda melihat keadaan sekeliling, peralatan seperti Pa system dan sebagainya untuk anda rasakan 'kemesraan ' tempat tersebut. JIka anda rasa terbiasa maka anda akan hilang rasa kekok bila berada di situ semasa berucap.
4. Kawalan diri . Rasa gemuruh anda hendaklah dimanfaatkan kerana perasaan ini dapat membantu anda mencapai persembahan yang mantap/Jadikan perasaan ini sebagai kawan dan bukannya lawan anda. Apa yang penting anda perlu melakukan kaedah pernafasan yang betul. Tumpuan terhadap isi yang ingin disampaikan akan membolehkan anda mengawal perasaan gemuruh tersebut. Bercakaplah dengan khalayak seperti anda bercakap dengan rakan baik anda iaitu adanya rasa kemesraan.
5. Bermulalah dengan senyuman semasa anda membuat persembahan. Jalinkan hubungan dengan khalayak. Tarik perhatian mereka dengan permulaan yang menarik misalnya cerita , pertanyaan dan maklumat terkini. Nyatakan objektif dengan jelas supaya khalayak tahu apa manfaat yang mereka akan dapat dalam ucapan anda.
6.Hubungan mata anda dengan khalayak hendaklah dilakukan dengan baik yang dapat menunjukkan anda sedang bercakap dengan mereka. Lakukan pandangan anda pada segenap sudut supaya khalayak tidak rasa ketinggalan.
7. Pakaian yang sesuai mengikut majlis anda. Jagalah kekemasan rupa paras anda seperti rambut, misai, janggut nampak kemasa dan bersih . Jangan sesekali berpakai pakaian yang menjolok mata.Berpakaian rapi dan tidak selekeh.
8. Untuk mempamerkan gerakan postur badan yang baik anda hendaklah terlebih dahulu membuat visualisasi sebelu ucapan. Gambarkan keadaan anda yang menarik dari segi penyampaian dan gerakan anggota badan juga dari aspek pertuturan dan emosi anda. lakukan berulang kali sehinggakan anda merasakan seolah-olah khallayak amat menyukai anda di pentas. Anda sebenarnya telah menghantarkan mesej ini pada minda bawah sedar anda . Dan segala bayangan minda anda akan ditonjolkan secara spontan apabila anda membuat ucapan sebenar. Elakkan seluk poket, mengaru-garu anggota badan, berdiri bongkok, memeluk tubuh , bercakap menundukkan kepala.. Berdirilah dengan rasa keyakinan.Emosi yang stabil dan yakin akan menonjolkan gerakan bahasa badan yang baik.Jika emosi tidak keruan bahasa badan anda akan mempamerkan sesuatu yang tidak sedap dipandang mata dan ada rasa ketidakselesaan pada pandangan khalayak.
9.Cari bahan-bahan lawak untuk anda selitkan dalam ucapan anda. Cerita-cerita yang menarik juga boleh diselitkan dalam ucapan anda bagi menghidupkan suasana.
10. Pelbagaikan nada suara anda dari segi tempo ,kelajuan mengikut seperti isi ucapan. ucapkan dengan jelas sebutan setiap perkataan mengikut bunyi vokal dan kosonananya. masukkan emosi di dalam nada suara anda. Gunakan bahasa sastera di mana yang perlu. Jadikan ucapan anda dramatik seperti pelakon terkenal.
11.Libatkan khalayak di dalam ucapan anda seperti minta pendapat, pertanyaan dan sebagai contoh yang baik sahaja.
12.Jauhi perkataan seperti aahh,,, apa ni ,, emmmh... dan diganti dengan senyapkan suara dan bahaa badan seolah anda sedang berfikir.
13. Jangan sesekali minta maaf semasa sedang berucap kerana akan merendahkan rasa hormat khalayak pada anda. Ucapan maaf adalah diakhir ucapan.
14. Faktor 'Wow" hebatnya penceramah ini adalah rasa kekaguman khalayak anda kerana anda telah dapat memikat pendengar anda . Mereka telah dapat inspirasi, terhibur, semakin bermotivasi rasa seronok serta ada sesuatu yang dapat mereka jadikan panduan untuk kebaikan mereka.
15. Tinggalkan sesuatu pada khalayak seperti rasa ingin tahu , pertanyaan dan menyebabkan mereka berfikir atas ucapan anda menjadikan anda seorang perucap yang hebat dan diingati.
0 comments:
Post a Comment