Dulu hobi kini jadi bisnes


Mohd. Toff memberi makanan kepada kambing biri-birinya di Kampung Wak Salam, selepas waktu kerja, baru-baru ini.

MERSING 17 Jun - Daging kambing memang enak dimakan apatah lagi jika dipanggang.Atas alasan itulah kini ramai yang menjadikan daging panggang sebagai hidangan utama ketika menganjurkan satu-satu majlis keramaian.Namun untuk menjadi penternak kambing bukanlah satu kerja mudah kerana memerlukan minat dan pengetahuan.

Apa pun, bagi seorang pegawai polis, Asisten Supritendan Mohd. Toff Maaroff, 50, walaupun setiap hari terpaksa bergelumang dengan kes-kes jenayah dan juga kerenah orang ramai, minat terhadap kambing tidak menghalang beliau menceburi penternakan tersebut.Katanya, selain minat yang mendalam, potensi besar bidang berkenaan menjadikan dia teruja untuk mengusahakan penternakan kambing secara serius.Malah, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing itu juga sanggup menghabiskan masa, tenaga serta wang ringgit untuk menceburi bidang yang amat diminatinya itu.Sejak dimulakan pada 1 Januari 2008, Mohd. Toff kini memelihara 40 ekor kambing daripada jenis Jamnapari dan Boer yang dibelinya dari Batu Pahat.Pada mulanya beliau memelihara kambing itu sebagai aktiviti sampingan pada masa lapang dan musim cuti, namun kini Mohd. Toff akan 'menjenguk' kambing peliharaannya setiap hari selepas waktu kerja."Apa yang penting kita mesti bijak membahagikan masa antara kerja dan hobi. Asalkan hobi itu tidak mengganggu tugas sebagai seorang pegawai polis, saya akan lakukan dengan baik" katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.Pada mulanya, beliau hanya memelihara dua ekor kambing sahaja tetapi lama-kelamaan bilangannya bertambah dan terus menjadi minat untuk meneruskan bidang berkenaan.

Beliau mengakui ternakan kambing tidak 'cerewet' atau memilih makanan dengan setiap hari diberi rumput, daun-daun kayu, kerepek ubi, palet atau nasi.Mohd.Toff yang mula berkhidmat sebagai anggota polis sejak 1 Mei 1977 memberitahu, sebelum ini banyak kambingnya telah disembelih untuk disedekah dan dijadikan korban pada Hari Raya Haji dan kegunaan sendiri."Saya tidak lupa untuk memberi suntikan antibakteria dalam dua hari sekali."Kambing-kambing ini juga akan dibiarkan 'bermain-main' di sekitar ladang setiap petang," katanya.Ladang seluas 0.8 hektar di Kampung Wak Salam dekat sini akan dikunjunginya setiap petang dan hujung minggu bagi memastikan kambing-kambing peliharaannya dalam keadaan selamat dan selesa.Mohd. Toff yang berasal dari Segamat turut berharap dapat meningkatkan jumlah ternakannya kepada 200 ekor pada masa akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Disiplin diri petua jadi ahli perniagaan dihormati

PASTI ramai mencemburui Pengarah Urusan JW World, Juzairiah Wazir. Angka usianya baru 34 tahun tetapi pada tahap itu beliau mampu membuka syarikat sendiri selain menguruskan beberapa buah anak syarikat. Beliau membuktikan kesungguhan serta usaha tanpa penat lelah, menjadi kunci dirinya berjaya, walaupun tidak memiliki segulung ijazah.

Tanpa malu, beliau mengakui tidak memiliki sebarang pendedahan dalam dunia perniagaan, sebaliknya memberanikan diri melangkah ke dunia korporat sekali gus bersaing dengan rakan seperjuangan yang mana 80 peratus daripadanya terdiri di kalangan lelaki.

“JW World mengabadikan gabungan nama saya dan ayah. Syarikat ini mengusahakan pelbagai jenis perniagaan, termasuklah penubuhan anak-anak syarikat berkonsep makanan dan minuman,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Antara anak syarikat ialah JW Food & Beverages Sdn Bhd yang ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan mengkomersialkan produk makanan dan minuman berstatus halal ke peringkat global.

Beliau mengambil langkah komprehensif, melalui pengeluaran produk halal berasaskan herba habbatus sauda di bawah rangkaian jenama Silver Alam. Kelebihan ramuan jintan hitam, diketahui mempunyai pelbagai khasiat selain langkah alternatif ke arah kehidupan semula jadi yang bukan saja bersih dan suci, malah memberi faedah kepada kesihatan fizikal serta mental.
Selaras hasrat berkongsi keunikan produk habbatus sauda dan membantu golongan menjana pendapatan lebih mantap, JW Food & Beverages Sdn Bhd turut mengalu-alukan usahawan dan bakal usahawan berminat, berkongsi keuntungan dengan menjadi pengedar seterusnya mengembangkan perniagaan melalui program keusahawanan anjuran syarikat.

“Program keusahawanan ini antara lain memberi pendedahan serta bimbingan kepada usahawan yang baru berjinak di arena perniagaan mahupun yang berpengalaman, berkongsi manfaat dan keunikan produk.

“Rangka promosi menyeluruh dan pelan terperinci pemasaran jangka panjang, disusun atur bagi memasarkan jenama ini bukan saja di peringkat nasional, tetapi peringkat global. Produk dan program keusahawanan anjuran syarikat menarik minat Biro Wanita Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) bekerjasama melalui program Cipta Jaya Insan (CJI),” katanya yang turut terbabit dalam sektor pembinaan.

Mengulas mengenai keberaniannya menubuhkan beberapa anak syarikat, termasuk cabang perniagaan yang berbeza antara satu sama lain, Juzairiah berkata, berkecimpung dalam dunia korporat memerlukan beliau bijak dan pantas menentukan projek diingini dan diutamakan.

“Kadangkala saya menyifatkan diri sebagai orang tengah. Tetapi sebagai orang tengah, kita perlu bijak memainkan peranan supaya tetap memperoleh keuntungan. Saya tidak katakan ia senang, kesukaran dan risiko ditipu tetap ada, tetapi kita perlu bijak memilih pelanggan dan syarikat yang ingin kita bekerjasama. Sekiranya ada keperluan, saya akan selidik atau menyiasat syarikat atau pelanggan yang baru kita kenali kerana selalunya sesuatu projek yang kita jalankan membabitkan kos jutaan ringgit. Kalau tertipu bukankah kita akan menanggung rugi,” katanya berterus-terang.

Begitupun, Juzairiah selalu melihat kerugian dan kegagalan mempunyai hikmah di sebaliknya. Sekiranya gagal mendapat sesuatu projek diingini, beliau berfikir, sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.

Menyingkap semangatnya itu, Juzairiah berkata, kekuatan dirinya terbina, kesan hatinya luka, dirobek kenangan silam.

“Kadangkala saya melihat apa yang saya ada hari ini, adalah hadiah Allah kepada insan kerdil seperti saya yang sudah melalui kepayahan hidup sebelum ini. Antara percaya atau tidak, saya menyifatkan pembinaan syarikat ini hasil cabaran mentua dan tuah saya berkenalan dengan seorang rakan,” katanya yang enggan mendedahkan kisah sebenar untuk dikongsi bersama pembaca.

Secara ringkas, Juzairiah berkata, sebelum membabitkan diri dalam bidang perniagaan, selepas tamat pengajian sekolah beliau bekerja sektor perbankan dan bukanlah terdiri daripada anak atau isteri orang kaya raya seperti mana telahan ramai pihak.

Memiliki dua orang cahaya mata, Juzairiah memikirkan untuk berhenti kerja dan berniaga secara kecil-kecilan saja bagi menampung hidup. Sayangnya, kebahagiaan yang yang dibina bersama suami, putus di tengah jalan.

Beliau yang terkapai-kapai sendirian, melalui kepayahan hidup yang hampir memusnahkan impiannya bergelar insan berguna dan mampu berbakti kepada dua orang tuanya.

Dalam melalui zaman dukanya itu, hanya Allah tempat mengadu nasib. Beliau berkenalan dengan seorang teman yang memperkenalkannya dengan seorang Datuk yang seterusnya menawarkan jawatan Pengarah Urusan kepada sebuah syarikat milik Datuk itu.

Bertitik tolak daripada itu beliau semakin ramai kenalan dalam bidang perniagaan dan sedikit demi sedikit beliau juga ingin bergelar sebagai ahli perniagaan dan tidak berputus asa belajar dan berusaha lantas akhirnya berjaya membina JW World sejak dua tahun lalu.

Matang dengan dugaan hidup

“KADANGKALA kita perlukan ‘sesuatu’ untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik. Dulu, saya bukan saja seorang pemalu tetapi merendah diri dan tidak tahu memandu. Tetapi itu cerita suram lalu, hari ini saya selesa dengan keadaan diri dan teruja untuk memajukan syarikat,” katanya.

Juzairiah berkata, beliau kini ingin lebih fokus pada perniagaan selain gembira dengan tanggungjawab serta cabaran untuk memperbaiki kelemahan dan menonjolkan kelebihan diri.

Katanya beliau yakin dengan dugaan yang Allah berikan adil kepada setiap umat-Nya.

“Saya percaya Tuhan itu adil, setiap yang mengalami kesusahan, pasti ada kesenangan. Setiap yang dijatuhkan mesti ada sebab dan hikmahnya. Sebagai insan kerdil kita harus akur dan sebaiknya cuba meningkatkan diri setiap masa. Harapan saya semoga perniagaan yang sedang saya usahakan akan maju hingga ke peringkat global. Saya mahu dikenali sebagai seorang usahawan wanita berjaya dan menjadi contoh kepada yang lain,” katanya.

Aktif membabitkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan badan amal, anak-anak HIV, ibu tunggal, penduduk miskin dan sekolah-sekolah tahfiz, katanya sepanjang terbabit dalam kerja kebajikan, antara kenangan tidak dapat dilupakan ialah mengenai adik angkatnya yang menghidap HIV/ Aids.

“Adik angkat saya itu ingin melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang berhati mulia. Pernikahan ini dijalankan di pejabat kadi Majlis Agama Islam Selangor, namun ketika itu, adik angkat saya tidak mahu menjalankan upacara itu selagi saya tiada bersama untuk memberi restu perkahwinannya. Dalam kejadian lain, saya juga ada memberi bantuan kenderaan kepada seorang wanita warga emas, kerana tidak sampai hati melihat beliau perlu menunggu bas atau meredah hujan ketika menaiki motosikal ke tempat kerja. Bantuan itu memberi semangat untuk wanita ini berusaha lebih gigih hingga mampu membeli kereta sendiri,” katanya.

Kejayaan diraih pada usia muda serta kegigihannya menjadi inspirasi pihak tertentu, malah turut berbangga apabila baru-baru ini dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Perdasama Biro Wanita (Nasional) dan AJK Oil & Gas Nasional.

Sikap suka berdamping dengan masyarakat serta memahami kehidupan insan lain, membuatkan beliau kini lebih matang dalam hidup.

Ketika ini, antara program kebajikan yang dijalankan adalah usaha sama dengan tahfiz dalam mengumpul dana bagi pembinaan sebuah bangunan tahfiz di Kelantan.

Selain itu, program Cipta Jaya Insan (CJI) dilancarkan dengan usahasama Biro Wanita Perdasama bagi membantu golongan wanita terutama ibu-ibu tunggal untuk mencari rezeki di samping memberi tunjuk ajar selok belok perniagaan serta membina keyakinan setiap peserta.

“Saya mahu orang Melayu Bumiputera kita sentiasa menetapkan hati untuk berjaya, namun kejayaan yang bagaimana, untuk siapa dan mengapa harus berjaya adalah nilai-nilai yang diterapkan dalam pengisian program CJI agar peserta mendapat input yang positif demi kehidupan yang lebih bermakna,” katanya.

INFO : Juzairiah Wazir

  • Umur : 34 tahun

  • Adik Beradik : Anak ke lapan daripada 12 orang adik beradik

  • Asal : Perak

  • Pekerjaan : Pengarah Urusan JW United Group

  • Hobi : Membaca buku ilmiah, agama dan motivasi, mendengar radio, bersukan, berlari, bermain golf, bercuti dan berehat.

  • Tokoh Wanita Disegani : Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali & Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

  • Kata-kata hikmah : Tiada guna hidup menyesali kesilapan atau kenangan lalu jika kita tidak mengambil pengajaran. Sebaliknya kita harus berusaha memperbaiki kehidupan yang akan kita lalui dengan lebih baik dan terancang.

  • Prinsip : Fizikal dan mental harus bersedia melaksanakan atau merencanakan gagasan-gagasan yang kita sudah rancang. Yakin diri, tegas pada keinginan walaupun kadang-kadang orang benci kepada sikap tegas kita itu kerana hanya kita yang faham apa gagasan kita.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    RMK-10 Prinsip meritokrasi bantu usahawan bumiputera

    KUALA LUMPUR 10 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan hanya akan membantu usahawan bumiputera yang benar-benar menunjukkan keupayaan untuk bersaing sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dilaksanakan.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu sejajar dengan keutamaan RMK-10 yang menjadikan prinsip meritokrasi sebagai syarat paling utama dalam menjayakan agenda pembangunan bumiputera.

    Beliau berkata, berbanding sebelum ini usaha untuk memajukan agenda bumiputera tidak memberi penekanan terhadap langkah tersebut hingga menyebabkan berlaku ketirisan serta 'ali baba'.

    "Kerajaan tidak mahu menggunakan cara lama seperti sebelum ini yang mana kita lihat ia tidak banyak memberi kesan. Akhirnya kita membuat keputusan untuk bersandarkan pada prinsip meritokrasi.

    "Kerajaan mendapati di kalangan pengusaha bumiputera, ada antara mereka yang berkemampuan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya.

    "Dengan kata lain mereka mempunyai merit. Usahawan seperti ini akan kita dokong sehingga mereka menjadi pemain yang berjaya," katanya kepada pemberita selepas pembentangan RMK-10 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengekalan sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera dan ekonomi di peringkat makro dalam RMK-10.

    Menjawab satu soalan, Muhyiddin berkata, setiap usahawan bumiputera yang akan dibantu selepas ini tertakluk pada kriteria serta syarat ditetapkan.

    "Ada kriteria tertentu tetapi yang penting mesti ada daya keusahawanan, kemahiran serta mempunyai rekod baik yang baik. Bukannya ali baba,'' tambahnya.

    Mengenai majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, beliau berkata, ia bakal melancarkan lagi proses pembangunan tersebut.

    Dalam pada itu, beliau berkata, langkah kerajaan meneruskan perjuangan untuk meneruskan agenda tersebut merupakan bukti bahawa kerajaan prihatin dengan pencapaian golongan bumiputera khususnya dalam bidang ekonomi."Ini jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri peka dengan pandangan-pandangan daripada masyarakat bumiputera. Kita ambil kira keperluan ini dalam usaha mengurangkan jurang antara pembangunan masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera," tambahnya

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    “Apa Guna Malaysia Ada 10 Jutawan Melayu, Jika....”

    PETALING JAYA: Pemilikan ekuiti korporat 30 peratus seharusnya dilihat secara lebih komprehensif dan memastikan kuota itu perlu ‘dihadiahkan’ kepada rakyat secara telus.Penganalisis ekonomi, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kerajaan perlu memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan kompetitif.“Justeru, kita perlu melihat dari segi penguasaan ekonomi secara menyeluruh, bukan sekadar menumpukan sektor korporat semata-mata.“Contohnya, apa guna Malaysia ada 10 jutawan Melayu, antara mereka yang menguasai ekuiti 30 peratus korporat Bumiputera jika masih ramai orang Melayu berpendapatan rendah dan berada di bawah paras kemiskinan?“Tidak dinafikan bahawa nilai ekuiti itu boleh diteruskan sebagai penggerak untuk memperkasakan kekayaan Bumiputera, namun ia harus realistik dan lebih adil,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

    Beliau mengulas mengenai sasaran kerajaan untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.Perkara itu terkandung di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

    Antara lain yang terkandung di dalam RMK10 adalah lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera.

    Pertama, meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

    Kedua, mempertingkatkan pemilikan harta Bumiputera.

    Ketiga, menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

    Keempat, membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

    Kelima, menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

    Memperkasakan agenda membangunkan Bumiputera terus menjadi teras utama dasar pembangunan negara sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada 1971.Mengenai pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian, kerajaan telah menubuhkan Ekuinas sebagai sebuah institusi pelaburan ekuiti swasta Bumiputera.Ekuinas turut berhadapan dengan cabaran seperti DEB, namun ia ditubuhkan khusus bagi memastikan penyertaan lebih bermakna dan berkesaan kepada Bumiputera dalam perniagaan.

    Bagaimanapun Haim berkata, menerusi Ekuinas, ekutiti korporat itu lebih menumpukan golongan Bumiputera elit.“Kita tidak mahu melihat Bumiputera elit sahaja maju ke hadapan, sedangkan golongan berpendapatan rendah dan di bawah paras kemiskinan terus kekal ‘keciciran’.“Justeru, dengan lima inisiatif strategik yang terkandung dalam RMK-10 diharapkan dapat membantu memperkasakan Bumiputera secara menyeluruh dan seiring,” ujarnya.Beliau menambah, keadaan itu sebenarnya merupakan wawasan besar dalam pemantapan ekonomi negara dan kerajaan juga seharusnya berlaku adil kepada bangsa lain.“Kita tidak mahu bukan Bumiputera melihat dasar itu sekadar meminggirkan hak mereka untuk bersaing secara sihat dalam pembangunan ekonomi.

    "Perkara ini perlu diteliti lebih jelas mengenai mekanisme persaingan itu dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,” jelasnya.Menurut Haim, pemilikian ekuiti masih lagi terhad sebanyak 30 peratus yang dilihat seolah-olah meneruskan kesinambungan kepada sasaran ekuiti Bumiputera melalui DEB.Namun katanya, ia sekadar angka yang mungkin dianggap rasional oleh kerajaan untuk mensasarkan ekuiti Bumiputera dan bukan penentu nilai penguasaan mereka dalam ekonomi semata-mata.

    Beliau berkata, keutamaan adalah menjadikan ia sebagai penanda aras kepada semua pihak untuk terus berusaha memastikan dasar ini benar-benar tersusun dan terancang.“Sama ada pemilikan ekuiti 30 peratus itu masih lagi rasional atau tidak, apa yang lebih adalah melihat sasaran itu dapat direalisasikan.“Kegagalan DEB mencapai sasaran ekuiti 30 peratus adalah pengajaran untuk kita semua agar terus ke hadapan memperkasakan ekonomi Bumiputera,” ujar Haim.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Rangka tindakan (blue print) setiap manusia adalah sama.

    Setiap tindakan manusia adalah mengikut formula rangka tindakan yang sama.
    formulanya adalah TBA2= R . Anda semua mesti tahu formula ini supaya anda dapat memprogramkan diri anda kepada kejayaan. Apakah formula blue print itu?

    den nga
    TBA2= R . T adalah thought iaitu pemikiran. B pula ialah believe system iaitu sistem kepercayaan . A ialah attitude iaitu sikap dan A yang kedua ialah Action iaitu tindakan hasil dari perubahan TBA dan R pula ialah result atau hasil kepada TBA2.

    Bagi rangka tindakan berlaku perubahan maka ditambah PTBA2=R. P ialah programming iaitu memprogramkan semula minda anda kaedah yang betul . Salah satu teknik yang popular ialah teknik NLP (neuro language programming) program bahasa minda.
    Bahasa minda adalah pendengaran (suara dalaman), penglihatan( Gambaran mental) dan kinestik (melibatkan perasaan)

    Sebenarnya diri kita terbahagi kepada 4 komponen Iaitu PESM. P ialah Physical, E ialah emotion , S ialah spirit dan M ialah mental. Physical dan tindakannya adalah hasil daripada manifestasi yang diterjemahkan oleh MES. Tindakan P adalah diterjemahkan dari kekuatan MES. Keunggulan peribadi seseorang kerana mereka berjaya memperkasakan MES. P adalah dibaratkan sebagai buah dan MES adalah akarnya. Maka untuk memperolehi buah yang lebat, mekar, subur dan sedap perlulah diperkuatkan akarnya iaitu MES. P adalah dibaratkan hanya satu komponen titik kecil. Diri anda yang besar adalah kerana anda berjaya memperkasakan MES.

    Bila anda berjaya memprogramkan minda anda maka berlaku perubahan dalam pemikiran .Apabila berlaku perubahan dalam pemikiran maka berlaku perubahan dalam sistem kepercayaan pada kemampuan anda . Apabila anda berjaya merubah sistem kepercayaan maka anda akan berubah dari segi sikap anda . Dan apabila anda berjaya mengubah sikap maka akan berlaku perubahan dalam tindak -tanduk anda dan seterusnya anda akan memperolehi hasil yang sungguh mengagumkan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Tips menjadi pengucap profesional

    Berucap di khalayak ramai memerlukan kemahiran supaya penyampaian mesej dapat dilakukan dengan menarik dan berkesan. Anda berupaya melakukanya jika anda mengikuti tips yang diamalkan oleh perucap profesional.

    1. Ketahui topik yang ingin anda sampaikan. Bidang yang perlu anda sampaikan adalahlebih baik jika ianya anda mahir , minat dan anda cuma lakukan rujukan yang sesuai supaya anda menjadi lebih informatif.Persediaan bahan adalah penting mengikut struktur yang mudah untuk dipersembahkan nanti. Dan buat latihan dan latihan untuk mantapkan penyampaian.Pastikan anda sebut buku, artikel atau nama rujukan anda sebagai autoriti bahan anda.

    2. Anda perlu mengetahui dan mengenali khalayak anda dari aspek demografi seperti umur, kawasan tempat tinggal, status, taraf pendidikan atau pekerjaan. Ini hanyalah sebagai panduan untuk selaraskan isi , bahasa dan pemikiran yang sesuai dengan kategori mereka. Raikan khalayak anda dengan pujian.

    3. Ketahui dan kenali tempat yang anda akan sampaikan ucapan. Anda boleh pergi dahulu atau datang awal untuk anda melihat keadaan sekeliling, peralatan seperti Pa system dan sebagainya untuk anda rasakan 'kemesraan ' tempat tersebut. JIka anda rasa terbiasa maka anda akan hilang rasa kekok bila berada di situ semasa berucap.

    4. Kawalan diri . Rasa gemuruh anda hendaklah dimanfaatkan kerana perasaan ini dapat membantu anda mencapai persembahan yang mantap/Jadikan perasaan ini sebagai kawan dan bukannya lawan anda. Apa yang penting anda perlu melakukan kaedah pernafasan yang betul. Tumpuan terhadap isi yang ingin disampaikan akan membolehkan anda mengawal perasaan gemuruh tersebut. Bercakaplah dengan khalayak seperti anda bercakap dengan rakan baik anda iaitu adanya rasa kemesraan.

    5. Bermulalah dengan senyuman semasa anda membuat persembahan. Jalinkan hubungan dengan khalayak. Tarik perhatian mereka dengan permulaan yang menarik misalnya cerita , pertanyaan dan maklumat terkini. Nyatakan objektif dengan jelas supaya khalayak tahu apa manfaat yang mereka akan dapat dalam ucapan anda.

    6.Hubungan mata anda dengan khalayak hendaklah dilakukan dengan baik yang dapat menunjukkan anda sedang bercakap dengan mereka. Lakukan pandangan anda pada segenap sudut supaya khalayak tidak rasa ketinggalan.

    7. Pakaian yang sesuai mengikut majlis anda. Jagalah kekemasan rupa paras anda seperti rambut, misai, janggut nampak kemasa dan bersih . Jangan sesekali berpakai pakaian yang menjolok mata.Berpakaian rapi dan tidak selekeh.

    8. Untuk mempamerkan gerakan postur badan yang baik anda hendaklah terlebih dahulu membuat visualisasi sebelu ucapan. Gambarkan keadaan anda yang menarik dari segi penyampaian dan gerakan anggota badan juga dari aspek pertuturan dan emosi anda. lakukan berulang kali sehinggakan anda merasakan seolah-olah khallayak amat menyukai anda di pentas. Anda sebenarnya telah menghantarkan mesej ini pada minda bawah sedar anda . Dan segala bayangan minda anda akan ditonjolkan secara spontan apabila anda membuat ucapan sebenar. Elakkan seluk poket, mengaru-garu anggota badan, berdiri bongkok, memeluk tubuh , bercakap menundukkan kepala.. Berdirilah dengan rasa keyakinan.Emosi yang stabil dan yakin akan menonjolkan gerakan bahasa badan yang baik.Jika emosi tidak keruan bahasa badan anda akan mempamerkan sesuatu yang tidak sedap dipandang mata dan ada rasa ketidakselesaan pada pandangan khalayak.

    9.Cari bahan-bahan lawak untuk anda selitkan dalam ucapan anda. Cerita-cerita yang menarik juga boleh diselitkan dalam ucapan anda bagi menghidupkan suasana.

    10. Pelbagaikan nada suara anda dari segi tempo ,kelajuan mengikut seperti isi ucapan. ucapkan dengan jelas sebutan setiap perkataan mengikut bunyi vokal dan kosonananya. masukkan emosi di dalam nada suara anda. Gunakan bahasa sastera di mana yang perlu. Jadikan ucapan anda dramatik seperti pelakon terkenal.

    11.Libatkan khalayak di dalam ucapan anda seperti minta pendapat, pertanyaan dan sebagai contoh yang baik sahaja.

    12.Jauhi perkataan seperti aahh,,, apa ni ,, emmmh... dan diganti dengan senyapkan suara dan bahaa badan seolah anda sedang berfikir.

    13. Jangan sesekali minta maaf semasa sedang berucap kerana akan merendahkan rasa hormat khalayak pada anda. Ucapan maaf adalah diakhir ucapan.

    14. Faktor 'Wow" hebatnya penceramah ini adalah rasa kekaguman khalayak anda kerana anda telah dapat memikat pendengar anda . Mereka telah dapat inspirasi, terhibur, semakin bermotivasi rasa seronok serta ada sesuatu yang dapat mereka jadikan panduan untuk kebaikan mereka.
    15. Tinggalkan sesuatu pada khalayak seperti rasa ingin tahu , pertanyaan dan menyebabkan mereka berfikir atas ucapan anda menjadikan anda seorang perucap yang hebat dan diingati.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    cara mudah dan praktikal atasi gemuruh

    Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri. Kesannya adalah seperti berikut



    1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
    2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
    3. Kenaikan kadar denyutan jantung
    4. Kenaikan tekanan darah
    5. Kekeringan pada bibir dan mulut
    6. Pelebaran pupil
    7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
    8. Serangan sejuk dan panas
    9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
    10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

    Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara

    1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya

    2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.
    3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak

    4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda

    5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa

    6.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

    7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

    8.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata(eye contact)

    9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah
    10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut
    11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
    Doa Nabi Musa AS

    قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
    Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

    Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku

    12.Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.

    13.Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

    14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments