Usahawan bumiputera perlu lebih agresif - Mahathir

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Usahawan Bumiputera seharusnya tidak mengehadkan diri dalam kelompok Bumiputera sahaja, sebaliknya cuba mendekatkan diri dengan kaum yang berjaya dalam bidang perusahaan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, mereka perlu lebih agresif dan berusaha untuk mengambil peluang mengembangkan perusahaan seiring dengan kemajuan dan pencapaian kaum lain. "Apalah salahnya kita bertanya kepada kaum lain seperti kaum Cina yang handal mengurus tadbir perniagaan mereka.

"Rantaian sangat penting dalam perniagaan. Kita harus kenal peniaga-peniaga lain. Untuk berjaya, tidak bermakna mesti 100 peratus Bumiputera,” katanya pada ucaptama bertajuk “Ke Arah Visi 2020 - Di manakah Kedudukan Usahawan Bumiputera"

pada simposium Usahawan Permodalan Usahawan Bumiputera (PUNB), di sini hari ini. - Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Alia Ali Ahmad said...

Hi . macam mana saya nak contact nor shuhadatul ? I've something want to ask her . Saya dah cuba cari contact dia . tapi tak ada. tolong email saya dia : kejora_izatudiniah@yahoo.com . Thanks ! Harap sangat ...