Hilangnya tetapi meninggal kesan kepada Dunia.


KEHILANGAN BESAR: Gambar Mendiang Steve Jobs terpancar pada skrin komputer di toko Apple di New York, Amerika Syarikat, semalam.NEW YORK: Pengasas bersama syarikat gergasi komputer, Apple, Encik Steve Jobs, yang dianggap sebagai antara ketua pegawai eksekutif terbaik di Amerika Syarikat dalam generasinya, meninggal dunia semalam.

Encik Jobs bertarung dengan barah pankreas dan masalah kesihatan lain sejak beberapa tahun lalu.'Kebijaksanaan, kesabaran dan kecintaannya merupakan sumber inovasi yang tidak terkira bilangannya dan telah merubah hidup kita. Dunia hari ini lebih baik kerana Steve,' kata lembaga pengarah Apple dalam satu kenyataan mengumumkan berita kematian mendiang.

Mendiang Jobs berusia 56 tahun.

Encik Jobs meninggal dunia selang sehari Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.

Semalam, para pemimpin dunia dan syarikat pesaing menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Encik Jobs.

Presiden Amerika, Encik Barack Obama, berkata:

Katanya, kematian Encik Jobs merupakan satu kehilangan yang menyedihkan. Encik Gates menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tidak ternilai.

Pengasas Microsoft, Encik Bill Gates, berkata kematian Encik Jobs akan memberi kesan kepada dunia bagi tempoh yang lama.'Steve merupakan antara tokoh inovasi Amerika yang terulung - berani mempunyai pemikiran berbeza, berani percaya beliau boleh mengubah dunia dan mempunyai bakat yang besar untuk berbuat demikian.'

'Steve dan saya kali pertama bertemu hampir 30 tahun lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami,' kata Encik Gates.

'Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimiliki Steve, kesan yang akan dirasai berzaman lamanya,' tambah beliau.

Para pengguna dan penyokong produk Apple di serata dunia pula menyampaikan ucapan takziah melalui laman sosial seperti Facebook, YouTube dan Twitter.

Keluarga Encik Jobs, dalam satu kenyataannya berkata mendiang dikelilingi oleh saudara-mara apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya.Beliau turut mempunyai seorang lagi anak perempuan dengan seorang temanita lain, sebelum perkahwinannya dengan Cik Laurene.Encik Jobs meninggalkan seorang isteri, Cik Laurene, dan tiga orang anak hasil perkahwinan mereka.

Encik Jobs mula bertarung dengan barah pada 2004 dan menjalani pemindahan hati pada 2009.

'Dalam kehidupan awamnya, Steve dikenali sebagai seorang yang berwawasan; dalam kehidupan peribadinya, beliau dihargai oleh keluarganya.'

Beliau telah melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif di peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit barah tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Encik Tim Cook, telah dilantik mengambil alih jawatan Encik Jobs selepas beliau meletakkan jawatannya pada 25 Ogos lalu.

Encik Jobs mula membuka syarikat komputer Apple bersama rakannya, Encik Steve Wozniak, pada akhir 1970-an.

Syarikat berkenaan kemudiannya diperkenalkan sebagai syarikat komputer Apple 1.

Pada Julai lalu, Apple mencatatkan keuntungan suku kedua yang bernilai AS$731 bilion ($951 bilion)

Namun, selepas beberapa tahun, ia ditukar kepada Apple II dan menjadi sebuah syarikat gergasi komputer yang terkenal pada 1980 sekaligus menjadikan Encik Jobs sebagai seorang jutawan yang dikenali di Amerika.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: