Business Coklat


Syafairuz Bibi Shah Gzali Khan menunjukkan proses penyediaan coklat fountain.

BERKAT keazaman yang tinggi dan tidak mudah putus asa, gadis jelita yang pernah gagal dalam perniagaan coklat fountain (pancuran coklat) yang diusahakan, kini kembali mengorak langkah memulakan kembali perniagaan tersebut secara online.

Dari mata turun ke hati, cukup kena untuk menggambarkan bagaimana perasaan penggemar coklat tatkala melihat pancuran coklat beserta aroma yang sedap diiringi dengan pelbagai jenis dip iaitu pelbagai jenis buah-buahan dan manis dicucuk pada lidi dan dicelup pada coklat fountain.

Menurut Syafairuz Bibi Shah Gzali Khan, 24, idea untuk mengusahakan perniagaan coklat fountain secara online ini terbit daripada perasaan terujanya terhadap kaedah penyediaan coklat tersebut.

Pada masa sama dia juga penggemar tegar coklat celup (dip) khususnya strawberi dan marshmello (gula-gula lembut).

“Saya melihat perniagaan coklat fountain masih belum begitu meluas walaupun penggemarnya semakin ramai. Jadi saya mengambil peluang tersebut untuk memperkenalkan produk ini kepada penggemar-penggemar coklat di Malaysia,” katanya.

Coklat fountain merupakan teknik baru untuk menikmati pelbagai perisa coklat kegemaran melalui curahan coklat yang disediakan bersama pelbagai jenis dip daripada buah-buahan dan juga manisan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Syafairuz berkata, penggemar coklat hanya perlu menunggu 30 minit sahaja sementara coklat yang dimasukkan ke dalam fountain menjadi cair dan sedia untuk disalut bersama dip yang segar dan enak.

Malah katanya, mereka menyukai dip mashmellow yang disaluti coklat , tidak perlu berasa was-was untuk menjamahnya kerana mashmellow tersebut diimport khas dari Pakistan dan telah dijamin halal.

Menariknya, coklat fountain ini bukan sahaja boleh dinikmati dalam keadaan santai, bahkan pelanggan boleh menempahnya untuk majlis-majlis tertentu seperti sambutan hari lahir, majlis ulang tahun, perkahwinan dan sebagainya.

“Semua ini boleh ditempah secara online melalui empat pakej yang ditawarkan iaitu pakej A untuk (30-50 orang) berharga RM200, pakej B (50-100 orang) RM300, pakej C (120-150 orang) RM425, dan pakej C (200-250 orang) berharga RM900,” katanya.

Syafairuz menambah, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk memilih pakej berserta dip yang disediakan.

Strawberi, marshmello, pisang, anggur dan kiwi adalah antara dip yang disediakan kepada pelanggan untuk dinikmati bersama-sama coklat fountain.

Coklat ini juga disediakan dalam pelbagai perisa seperti cappucino, strawberi, vanila dan coklat putih.

Sementara itu dalam kesibukan mengurus perniagaan, gadis manis ini tidak pernah mengabaikan penampilan diri terutama dari segi penjagaan wajah.

Mengulas rahsia kejelitaan pengguna setia Safi Balqis Perfect 10, Shafairuz bibi, graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini menjelaskan dia amat mementingkan penampilan ketika berurusan dengan pelanggan.

“Untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan segar dan bermaya ketika berurusan dengan pelanggan, saya menggunakan pembersih Muka, Skrub Aprikot, Penyegar, dan Krim Pelembap Siang SPF 15 dari produk Safi Balqis Perfect 10.”

Kepada penggemar coklat fountain boleh menikmati kesegaran dip yang disalut dengan curahan coklat pelbagai rasa melalui tempahan di www.fonduchocolate.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: