Inovasi = bisnes ..

Innovative bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.

Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatif oleh kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dulu-dulu, perlu kreatif ketika persaingan adalah kurang.

innovative_21.jpg

Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.

Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:

  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)

Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.

Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Buku yang mengubah anda?

Antara buku yang banyak yang boleh membantu kita adalah:

ikbooks.jpg
  • “Think and Grow Rich oleh Napolean Hill”
    Menunjukkan bagaimana hendak menggunakan kuasa minda dalam mencapai kekayaan. Quote penting dari buku ini yang saya sering pegang “Whatever the mind can conceive, the body can achieve!”. Mungkin buku pertama saya baca mengenai kekayaan.
  • “Rich Dad Poor Dad & Cash Flow Quadrant oleh Robert Kiyosaki”
    Seperti ramai kita, antara buku terawal saya miliki tentang ASAS kekayaan kepada saya. Ia mengajar saya the “smart” way untuk memperolehi kekayaan dan memiliki perniagaan.
  • “Blue Ocean Strategy oleh Kim & Mauborgne”
    Apabila memulakan sebarang perniagaan, buku inilah yang menjadi “partner” saya… Mengajar untuk menjadikan perniagaan kita unik supaya kita tidak perlu bersaing dengan pesaing-pesaing sedia ada. Highly recommended bagi yang ingin memulakan perniagaan. Tapi, kandungannya agak advance!

So, ini antara buku-buku yang saya highly recommend- kalau anda belum baca, MESTI baca! Banyak lagi bukusaya… Buat permulaan, cukup di atas. Apa kata anda recommend beberapa buku dalam koleksi anda- also, tulis lah sedikit maklumat so, dapat manfaat ramai!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Komitmen 110% jika ingin jadi usahawan..

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQLfF1phlosWwDOgcpNS5RRQi5oFAKuujsBuS0eivXEiNnmhmIG

Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan disepanjang jalan. Lagi hebat matlamat anda, maka, lagi hebat masalah dan halangan yang pelu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang. Jangan sesekali putus asa.

Sebarang kegagalan yang anda temui merupakan pengalaman belajar. Jika anda baca kisah-kisah mereka yang berjaya, pasti anda akan temui kisah kegagalan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak menemui sebarang halangan. Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya “Bagai manakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?”. Jawabnya, “Dua kali gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kepantasan adalah perniagaan ..

http://seointernetonline.com/wp-content/uploads/2010/04/Bisnis-Internet-Bukan-Bisnis-Cepat-Kaya-271x300.jpg
Dalam perniagaan DAN motivasi diri, “kepantasan” adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang…

The universe likes speed (Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

Kepantasan akan memberi seseorang itu:

  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju… kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.

Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri… adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan… kata mat salleh:

Taking your own sweet time :)

So, crank up the volume, dan lakukan segala-galanya dengan pantas!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kenapa hendak jadi jutawan ?

http://images03.olx.com.my/ui/4/84/84/64908084_1-Gambar-JUTAWAN-INTERNET.jpg

Pernah tak anda tanya soalan ini? Rata-rata, ramai (bukan semua) hendak menjadi jutawan. Tetapi secara jujur, KENAPA anda ingin menjadi jutawan?

Soalan ini agak penting oleh kerana ia merujuk kepada akar pada cita-cita anda. Sekiranya anda tidak jelas dengan sebab KENAPA?… maka, ianya amat sukar untuk mengetahui BAGAIMANA?

So why? why? why?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kenapa Perniagaan Internet BEST?

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRchQmGhXW2WnhyR_TuAIQ_uofc5noQMLNJuogAlicYBbQtxMfE
  • Internet membolehkan kita melakukan promosi perniagaan kepada beribu orang tanpa kos yang mahal berbanding akhbar, tv, radio, majalah dan sebagainya ;)
  • Internet membolehkan usahawan memberi seberapa banyak maklumat dalam pelbagai format kepada pelanggan dan bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, bunyi, animasi berbanding dengan media cetak, pada kos yang rendah. Sering kali percuma seperti FB, Youtube dan blog ini.
  • Sasaran pasaran yang ambil perhatian, kerana mereka yang memilih untuk membaca, melihat, mendapatkan maklumat daripada kita…
  • Perniagaan online yang kecil boleh bersaing dengan perniagaan besar secara offline. Keduanya bersaing pada tahap yang sama kini. Perniagaan online milik satu orang boleh bersaing dengan syarikat yang miliki berpuluh atau beratus pekerja!
  • Boleh mendapat sasaran yang paling tepat oleh kerana di Internet terdapat komuniti-komuniti pelbagai industri.
  • Perniagaan Internet adalah fleksibel, boleh dijalankan dimana sahaja pada bila-bila masa. Asalkan ada hubungan Internet… kini guna telefon bimbit pun boleh menguruskan perniagaan ;)
  • Perniagaan Internet boleh mendapat pelanggan dari serata dunia pada kos yang terlalu rendah!
  • Dan yang paling best sekali, perniagaan Internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga tercinta!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Berniaga cara Nordin


Kesibukan Nordin Ashaari dan isterinya Zaini Hassan tidak membatasi kerja-kerja memeriksa tempahan yang diterima daripada pelanggan.

MELIHAT kepada persekitaran dalaman dan kesungguhannya bekerja bersama lima kakitangan, barangkali sesiapa sahaja yang singgah di kedai NBA GTiga Enterprise di Jalan Muar -Tangkak, Johor pasti tidak dapat membayangkan bagaimana ia dibangunkan.

Dengan kedudukan barang jualan yang tersusun, ia pasti memberi gambaran bahawa pemiliknya mempunyai pengetahuan mendalam dalam perniagaan, mempunyai dana kewangan yang besar dan segalanya diurus dengan baik.

Namun di sebalik semua itu, pengusaha terbabit Nordin Ashaari, 51 terpaksa melalui pelbagai liku keperitan, mengatur langkah daripada bawah dan belajar daripada pengalaman untuk menjadi seorang usahawan.

Nordin ketika ditemui bersyukur dengan pencapaiannya sekarang dan ia perlu dikembangkan.

Selepas sekian lama berusaha memajukan perniagaan dia tidak pernah lupa bagaimana semuanya bermula.

Tanpa segan silu dia berkongsi pengalaman , bagaimana segalanya di mulakan hingga ke tahap sekarang.

Nordin menamatkan persekolahan hingga tingkatan lima pada 1981. Ketika itu minatnya dalam perniagaan begitu memuncak.Bermula dengan menjadi jurujual barangan elektrik dari rumah ke rumah, selepas tiga bulan dia mampu membeli sebuah motosikal.Dengan berkenderaan sendiri, dia meneruskan perniagaan di pasar-pasar lambak.Berkat kerajinan itu, Nordin akhirnya mampu membeli sebuah kereta berharga RM2,500.Kejayaan membeli kereta itu memberi keyakinan kepadanya untuk mencuba perniagaan lain.Berbekalkan semangat ingin mencuba, Nordin menjual pakaian terpakai sebelum beralih kepada perniagaan makanan.

Tidak ada rasa letih dan istilah gagal dalam kamus hidupnya. Malah cita-citanya sebagai peniaga tetap tersemat dalam hati dengan mencuba pula perniagaan kerepek. Pada masa sama dia turut berniaga kad raya.Sepanjang tempoh antara 1982 hingga 1993 , langkahnya semakin jauh dalam perniagaan selepas dia mencuba berniaga di pasar malam sekitar daerah Ledang sehingga ke Negeri Sembilan.

Dia kemudian mencuba perniagaan kedai makan tetapi atas faktor tertentu ia terpaksa ditutup. Selepas itu Nordin menjadi ejen insurans dengan pendapatan RM4,000 sebulan.

Tidak lama lepas itu dia menyahut pelawaan seorang rakan untuk mengambil kontrak menjahit langsir dan cadar serta keperluan hospital.Meskipun minatnya dalam perniagaan kerepek tetap tersemat dalam hati.‘‘Minat dalam dunia perniagaan tidak pernah surut meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan,’’ katanya ketika ditemui semasa mengikuti rombongan Agrobank di Muar baru-baru ini.Apabila diberi peluang membuat pinjaman Agrobank selepas menghadapi masalah banjir pada 2006 , Nordin memanfaatkan pinjaman tersebut untuk melunaskan hasratnya sebagai peniaga kerepek yang terpendam sejak sekian lama.

Dia juga menjual kedainya di Bukit Kangkar untuk dijadikan modal membangunkan perniagaanya sekarang.

Nordin menyambung, dia lebih suka menggunakan pendekatan menggerakkan perniagaan daripada pusingan modal meskipun terpaksa melakukan segala-galanya.

Dengan keringat, air mata dan berbekalkan keazaman serta tekad dia berusaha hingga mencapai tahap yang dinikmati sekarang.‘‘Bohong kalau dikatakan berniaga tidak kena ada modal,” ujarnya ringkas penuh maknaMenceritakan lebih lanjut, Nordin yang ditemani isterinya, Zaini Hassan berkata, perniagaannya sering berubah mengikut masa dan keperluan tetapi prinsipnya ialah kerajinan.‘‘Satu ketika saya betul betul keputusan wang sehinggakan duit makan pun tidak ada,’’ katanya.Bagaimanapun menurutnya, berkat kesabaran, Nordin bangkit berniaga kuih batang buruk. Satu perkara yang selalu menjadi pegangannya sejak dahulu ialah selalu mempercayai rakan termasuk dalam perniagaan.

Sebab itu, dia tekad untuk membangunkan apa yang telah dimulakan iaitu menjadi pemborong makanan atau produk industri kecil dan sederhana (IKS) daripada pengeluar dan membungkus dan menjualnya semula.Pada musim perayaan ini, Nordin menawarkan banyak jenis produk IKS termasuk kerepek dan biskut. Dian juga menerima tempahan baulu, baulu gulung dan kek.

Mereka juga menawarkan pelbagai jenis produk lain yang boleh dijadikan juadah Aidilfitri antaranya kerepek ubi kayu, belinjau, maruku, keropok udang dan lain-lain.Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 012-9060952 atau isterinya Zaini 012-9060854 atau pejabat 06-9755027.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bisnes kerepek modal RM20


Kini Rizal boleh berbangga dengan kejayaan kedua-dua ibu bapanya dalam membangunkan RJ Sepang.

BERMULA hanya dengan modal RM20, pada tahun 1989 Mokinah Sirat, 63, membeli barangan keperluan untuk menjual kerepek ubi dan pisang.

“Semuanya kerana kepayahan hidup dan sebagai suri rumah, saya terpanggil untuk meringankan beban suami menyara keluarga,” katanya .

Dia ditemui pada semasa lawatan rombongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke kilang RJ Sepang Sdn. Bhd. di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Pada peringkat permulaan, Mokinah hanya menjual kerepek di gerai bawah pokok manakala suaminya Jamaludin Singah, 63, membawa kerepek ke pejabat, kedai runcit dan sekolah sekitar Sepang.

Keenakan kerepek buatan Mokinah memikat ramai pelanggan sehingga ke pengetahuan pihak FAMA.

“Dua kali pegawai FAMA datang berkunjung ke rumah tetapi saya sembunyi di rumah jiran kerana bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya menyingkap kembali kenangan bagaimana Mokinah mula mengkomersialkan kerepek ubinya dengan bantuan FAMA.

Akhirnya dia terpaksa juga bertemu pegawai FAMA tersebut yang datang ke rumahnya secara mengejut buat kali ketiga.Setelah mendapat pengesahan bahawa FAMA berminat membantunya mendapatkan tapak pasar tani berhampiran, dia menarik nafas lega. Pertemuan itu sebenarnya telah membuka lembaran baru dalam usahanya menjual kerepek.Pengalaman berniaga di pasar tani menjadikan Mokinah semakin matang dalam bidang pemasaran dan bagaimana untuk berhadapan dengan pelanggan.

“Di pasar tani, saya bukan saja berniaga tetapi juga belajar menangani kerenah pelanggan dan menguruskan akaun.

“Malah menjelang musim perayaan dan cuti sekolah saya mendapat tempahan yang banyak berbanding hari biasa,” katanya.

Dengan bantuan pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selain FAMA yang menyediakan tapak pasar tani, Mokinah menerima pelbagai bentuk bantuan.

Jabatan Pertanian dan FAMA memberikan geran bagi peralatan seperti kawah untuk menggoreng kerepek bagi menggantikan kuali yang digunakan sebelum ini.

Ditanya bagaimana dia berjaya memikat hati pelanggan dengan pelbagai jenis kerepek keluarannya, Mokinah berkata, kualiti menjadi keutamaannya.“Kami hanya menggunakan ubi kayu yang bermutu. Lagi satu kami juga memastikan minyak masak yang digunakan untuk menggoreng berkualiti.“Saya akan memastikan kerepek ubi yang dihasilkan menepati cita rasa pengguna,” katanya.Mengenai penglibatan anak-anaknya dalam dunia perniagaan, Mokinah berkata, daripada lima orang anaknya, empat orang mengikut jejaknya dalam perniagaan.

“Sekarang RJ Sepang diuruskan oleh anak bongsu saya Rizal Jamaludin. Kini saya hanya memantau mengenai kualiti kerepek ,” katanya.Dengan kejayaan yang dicapai setakat ini, dia boleh berbangga kerana semuanya bermula dengan kepayahan.Malah dengan kurniaan rezeki yang semakin melimpah-ruah semua 13 orang pekerjanya disediakan tempat tinggal dan makanan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Alang-alang jadi usahawan ...

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang jadi usahawan, biar jadi USAHAWAN JUTAWAN!

http://www.buzznajmi.com/wp-content/uploads/2009/12/usahawan.jpg
  • 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Itu semua tahu :)
  • 74% jutawan di dunia adalah daripada bidang perniagaan!
  • Kebanyakan perniagaan yang berjaya kini, bermula sebagai perniagaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, termasuk, Micorsoft, Dell, Body Shop, Selangor Pewter, Irfan Khairi Sdn Bhd dan banyak lagi!

Menjadi usahawan adalah matlamat yang agak mudah. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi usahawan jutawan.

Tuliskan matlamat tersebut atas kertas supaya ia memasuki minda-separu sedar anda dan minda anda akan berusaha mencari peluang-peluang menjdai usahawan jutawan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Business as a Challenge ..

http://www.etiqa-takaful.com/imej/cabaran.jpg

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bagaimana anda melihat peluang ini ?

http://myprepaidsms.com/gambar/faktasms.gif

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mencari buku rancangan perniagaan ?

http://images01.olx.com.my/ui/4/80/82/1265937101_73617882_1-Pictures-of-KOLEKSI-CD-RANCANGAN-PERNIAGAAN.jpg
Sila hubungi saya : tajar_kusza@yahoo.com
Hanya RM10.00 sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ingin berniaga ?

http://www.punb.com.my/index.php?ch=19&pg=99&ac=13&bb=31

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Peluang pemborong ..

http://www.punb.com.my/index.php?ch=19&pg=99&ac=25&bb=94

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

usahawan peruncitan

http://www.punb.com.my/index.php?ch=19&pg=99&ac=24&bb=92

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments