Kedai bundle bawa rezeki tukang kasut


Rasli Ishak tekun membaiki kasut para pelanggan dari jenis jenama yang bermutu di kedainya.

KEDAI bundle, satu istilah yang agak eksklusif di rantau ini dan ia mempunyai pengikutnya tersendiri.Kedai berkenaan kebiasaannya menjual barangan terpakai yang jarang didapati dan berjenama seperti kemeja-T dan kasut.

Antara barangan bundle yang paling popular ialah kasut. Kebiasaannya ia barangan yang berjenama, edisi eksklusif, dan dijual pada harga yang murah berbanding harga asal. Namun kadang-kadang kasut seumpama datang dalam saiz yang tertentu sahaja.Di sinilah perkhidmatan Rasli Ishak mendapat permintaan ramai.Lelaki berusia 60 tahun ini yang juga dikenali sebagai Pak Rasli, adalah tukang kasut di Pasar Jerteh, Besut, Terengganu dengan sejumlah pelanggan setia.

Pelanggan akan membayar jumlah yang minimum kepada beliau untuk membaiki bahagian kasut yang koyak dan berlubang dan beliau tidak sedikit pun berasa kecewa.

Selepas kerja membaiki itu siap, kasut berkenaan akan kelihatan seolah-olah kasut baru.

Kerjaya warisan bapa

Rasli memulakan kerjanya sebagai tukang kasut di bandar Jerteh sejak tahun 1971. Ketika ditemui di kedainya yang berukuran 3 x 4 meter di Blok B, Pasar Tambahan Jerteh, Pak Rasli berkata, kemahiran menjahit barangan kulit terutama kasut dipelajari daripada ayahnya Ishak Awang, 85, yang juga seorang pereka kasut di Istana Nilam Puri, Kelantan pada satu ketika dahulu.

"Pada mulanya susah bagi saya untuk mengikuti kemahiran menjahit barangan kulit ini kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi, namun dorongan dan tunjuk ajar ayah membolehkan saya akhirnya mencari rezeki dengan kerja ini," katanya.Menurut Rasli yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan, dengan bermodalkan RM800, beliau memulakan perniagaan membaiki kasut dan barangan kulit selepas beberapa tahun berguru dengan bapanya.Pada awal kedainya dibuka, Rasli terpaksa menumpang untuk mencari tempat berniaga di celah-celah ruang pasar lama yang tidak selesa dan kurang mendapat sambutan pelanggan.

Beliau mendapat ruang khas bagi membuka sebuah kedai menjahit kasut di bandar Jerteh beberapa tahun setelah memulakan perniagaannya di bandar itu.

"Ayah berikan saya peralatan untuk membaiki kasut iaitu 'tapak tiga'. Tapak tiga yang ayah beri masih saya guna sehingga hari ini," katanya.Berkat usaha tanpa mengenal lelah dalam bidang yang diceburinya, Rasli mampu membesarkan lapan anak sehinggalah mereka kini dewasa.Sejak menularnya trend membeli barangan bundle di daerah Besut, beliau berkata rezekinya juga semakin bertambah."Sekarang ramai yang suka membeli kasut berjenama daripada penjual bundle dan mereka akan pasti mencari saya untuk menjahit kasut maupun beg-beg kulit yang dibeli sekiranya terdapat yang terkoyak sedikit.

Mementingkan kualiti kerja

"Saya mementingkan kualiti kerja dan terpaksa berhati-hati apabila menjahit kerana kadang-kadang kasut yang dibawa pelanggan adalah berjenama dan ada sesetengah menjualnya kembali setelah dibaiki dengan harga yang lebih tinggi berbanding yang dibeli," jelasnya lagi.

Begitulah juga dengan beg kulit yang dibawa untuk dibaiki kadang-kadang bernilai tinggi yang antaranya berharga RM500 hingga RM1,000 setiap satu.Rasli dan isterinya, Rohani Sidek, 48, seorang penjahit pakaian turut kesal kerana tidak ramai anak muda yang ingin menceburi bidang menjahit kasut sepertinya.Namun begitu, di sebalik kejayaan yang dicipta, Rasli juga mengakui seperti perniagaan lain beliau juga tidak lekang dengan masalah terutama ketika tiba musim tengkujuh."Setiap hujung tahun apabila tiba musim banjir perniagaan saya turut merosot kerana pada musim sebegini ramai tidak gemar memakai kasut malah lebih gemar memakai selipar," jelasnya.

Katanya, beliau melihat generasi muda kini semakin kurang dan tidak berminat membaiki kasut."Kalau industri tradisional lain seperti pengeluaran makanan, membuat perabot termasuk bahan kraf tangan telah diambil alih oleh mesin rekaan teknologi moden tetapi kerjaya menjahit kasut masih dilakukan secara lama tidak mampu ditukar ganti seperti yang saya lakukan ini," katanya.Rasli bersyukur kerana dengan tiadanya alatan dan mesin moden menjahit kasut, kerjaya menjahit kasut secara manual ini terus hidup dan tidak terjejas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tunjuk berani demi kerja – Maznah


MAZNAH HAMID

CUKUP sukar sekali untuk menemubual ‘wanita waja’, Datuk Maznah Hamid yang merupakan usahawan perniagaan kawalan keselamatan bukan hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan selain turut aktif dalam dunia politik.

Oleh sebab itu, tidak menghairankan, beberapa kali temu bual terpaksa ditunda.Setelah puas menunggu, akhir anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, itu berjaya memperuntukan masa selama dua jam untuk berkongsi kisah peribadinya baru-baru ini.Soalan pertama yang diajukan kepada beliau ketika temubual itu adalah gelaran wanita besi. Secara berseloroh, Maznah menjawab;

“Ramai orang geram dengan saya. Semuanya gara-gara imej berani, tegas dan kebal yang jelas tertonjol pada imej penampilan saya. Tetapi, orang tidak tahu bahawa saya terpaksa mengekal imej dan watak itu demi kerja.“Kalau saya tidak berani dan tegas, saya akan dipijak-pijak, malah, kebanyakan pekerja saya adalah lelaki, bagi menimbulkan rasa hormat, saya perlu dominan,’’ katanya.Namun beliau juga bimbang gelaran itu akan menyebabkan masyarakat umum beranggapan beliau seorang queen control terhadap suaminya, Datuk Shaheen Mirza.

‘‘Tanggapan (queen control) itu tidak benar sama sekali, hakikatnya, kami adalah rakan kongsi dalam perniagaan yang saling melengkapi,’’ ujarnya.Menurut Maznah yang gembira dengan kejayaan semasanya berkata, apa yang diraih kini adalah hasil kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.Maznah berkata, beliau berasal keluarga miskin dan dibesarkan oleh nenek sejak berusia lima tahun selepas berlaku perpecahan keluarga.Katanya, dia merupakan kanak-kanak yang kesepian, tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah, tetapi amat meminati bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya ke kolej.

Selepas menamatkan pengajian, Maznah bekerja sebagai guru bahasa persendirian atau penterjemah bahasa di pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur selama dua tahun.Selain pejabat kedutaan, Maznah pernah menjadi guru bahasa persendirian di syarikat-syarikat multinasional.

Pendedahan dengan kehidupan ‘orang kaya’ sewaktu bekerja mendorong Maznah untuk turut mencari petua untuk berjaya seperti mereka.Malah, ramai orang kenamaan yang menasihatkan beliau supaya menceburi bidang perniagaan yang beliau mempunyai kekuatan atau belum diterokai oleh orang lain.‘‘Oleh sebab, hampir setiap hari saya berkunjung ke rumah kedutaan asing dan mendapati mereka mempunyai rumah pengawal, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.‘’Jadi, saya berasa mereka (orang kenamaan) adalah merupakan golongan sasaran penting untuk mendapatkan khidmat perniagaan itu. Jadi, saya pun berfikir untuk mencuba perniagaan kawalan keselamatan,’’ ujarnya.Berbekal duit poket dan simpanan hasil mengajar di rumah duta dan orang kenamaan sebanyak RM5,000, Maznah dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan pada tahun 1980 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd.

Pada waktu itu, Maznah memulakan perniagaan dengan lima pengawal keselamatan dan lima pelanggan terdiri daripada orang kenamaan.‘’Waktu itu, saya sudah kahwin, duit tidak ada dan gagal mendapat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan. Jadi, kami terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah di kawasan setinggan tanpa bekalan elektrik selama dua tahun,’’ kata beliau.Rahmat dari kesusahan itu, Maznah mendapat kekuatan diri untuk berusaha dengan lebih gigih bersama-sama suaminya.Katanya, universiti terbaik dalam kehidupan adalah kepahitan dan kesusahan yang menjadikan diri seseorang lebih kreatif, inovatif, kebal dan bijaksana.

Menurut Maznah, beliau dan suami menderita kesusahan hampir 10 tahun untuk memastikan perniagaan kawalan keselamatan berkembang.‘’Saya sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah pasar raya menggantikan pekerja yang pulang ke kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri. Manakala suami saya pula tugas rondaan keselamatan di rumah orang kenamaan.‘‘ Tidak siapa pun tahu ketika itu, saya adalah pemilik syarikat kawalan keselamatan,’’ jelas beliau.Katanya, pelbagai pengalaman yang ditempuh sejak awal hingga akhir menyebabkan pihaknya berjaya mengadakan sistem keselamatan yang canggih dan menyeluruh pada waktu ini.Maznah berkata, pihaknya turut pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung dan juga pelbagai produk, untuk mendapat modal pusingan.Beliau yang mendapat pengiktirafan pertama iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang pada 1990 berkata, seseorang usahawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan pelbagai bakat.

Pada malam penyampaian anugerah itulah Maznah buat pertama kali mendapat gelaran ‘wanita besi’ yang diberikan oleh pengacara majlis pada waktu itu.Kini, Securiforce mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dengan 5,000 kakitangan, 4,000 daripadanya merupakan pengawal keselamatan.Syarikat itu kini telah menembusi lebih 10 buah negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Inovasi = bisnes ..

Innovative bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.

Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatif oleh kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dulu-dulu, perlu kreatif ketika persaingan adalah kurang.

innovative_21.jpg

Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.

Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:

  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)

Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.

Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Buku yang mengubah anda?

Antara buku yang banyak yang boleh membantu kita adalah:

ikbooks.jpg
  • “Think and Grow Rich oleh Napolean Hill”
    Menunjukkan bagaimana hendak menggunakan kuasa minda dalam mencapai kekayaan. Quote penting dari buku ini yang saya sering pegang “Whatever the mind can conceive, the body can achieve!”. Mungkin buku pertama saya baca mengenai kekayaan.
  • “Rich Dad Poor Dad & Cash Flow Quadrant oleh Robert Kiyosaki”
    Seperti ramai kita, antara buku terawal saya miliki tentang ASAS kekayaan kepada saya. Ia mengajar saya the “smart” way untuk memperolehi kekayaan dan memiliki perniagaan.
  • “Blue Ocean Strategy oleh Kim & Mauborgne”
    Apabila memulakan sebarang perniagaan, buku inilah yang menjadi “partner” saya… Mengajar untuk menjadikan perniagaan kita unik supaya kita tidak perlu bersaing dengan pesaing-pesaing sedia ada. Highly recommended bagi yang ingin memulakan perniagaan. Tapi, kandungannya agak advance!

So, ini antara buku-buku yang saya highly recommend- kalau anda belum baca, MESTI baca! Banyak lagi bukusaya… Buat permulaan, cukup di atas. Apa kata anda recommend beberapa buku dalam koleksi anda- also, tulis lah sedikit maklumat so, dapat manfaat ramai!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Komitmen 110% jika ingin jadi usahawan..

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQLfF1phlosWwDOgcpNS5RRQi5oFAKuujsBuS0eivXEiNnmhmIG

Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan disepanjang jalan. Lagi hebat matlamat anda, maka, lagi hebat masalah dan halangan yang pelu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang. Jangan sesekali putus asa.

Sebarang kegagalan yang anda temui merupakan pengalaman belajar. Jika anda baca kisah-kisah mereka yang berjaya, pasti anda akan temui kisah kegagalan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak menemui sebarang halangan. Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya “Bagai manakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?”. Jawabnya, “Dua kali gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kepantasan adalah perniagaan ..

http://seointernetonline.com/wp-content/uploads/2010/04/Bisnis-Internet-Bukan-Bisnis-Cepat-Kaya-271x300.jpg
Dalam perniagaan DAN motivasi diri, “kepantasan” adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang…

The universe likes speed (Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

Kepantasan akan memberi seseorang itu:

  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju… kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.

Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri… adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan… kata mat salleh:

Taking your own sweet time :)

So, crank up the volume, dan lakukan segala-galanya dengan pantas!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kenapa hendak jadi jutawan ?

http://images03.olx.com.my/ui/4/84/84/64908084_1-Gambar-JUTAWAN-INTERNET.jpg

Pernah tak anda tanya soalan ini? Rata-rata, ramai (bukan semua) hendak menjadi jutawan. Tetapi secara jujur, KENAPA anda ingin menjadi jutawan?

Soalan ini agak penting oleh kerana ia merujuk kepada akar pada cita-cita anda. Sekiranya anda tidak jelas dengan sebab KENAPA?… maka, ianya amat sukar untuk mengetahui BAGAIMANA?

So why? why? why?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments