Pengusaha tembikar pertahan warisan keluarga


V.N. Ramadass (kanan) dan anaknya, R. Velavar menunjukkan pasu yang telah siap dibentuk sebelum melalui proses pembakaran.

PERUBAHAN pesat teknologi serta cara hidup masyarakat terutamanya di negara ini dilihat telah menghakis sedikit demi sedikit budaya serta amalan tradisi yang diwarisi turun-temurun yang ada kalanya merujuk kepada identiti kepada sesuatu bangsa.

Ini kerana, perubahan tersebut telah membawa satu peralihan yang besar kepada amalan seharian masyarakat yang moden lebih kepada mengikut acuan Barat bukannya budaya masyarakat sendiri.

Bagaimanapun, perubahan cara hidup masyarakat sedikit pun tidak mempengaruhi serta mengubah pemikiran serta pegangan seorang pengusaha tembikar tradisional masyarakat India, V.N. Ramadass, 60.

Beliau setia meneruskan tradisi pembuatan kraf tangan India berusia ribuan tahun yang diusahakan keluarganya lebih 60 tahun lalu.Sejarah tembikar India merupakan antara yang tertua di dunia dan dikesan bermula pada zaman Mehrgarh kira-kira 7,000 hingga 2,500 tahun Sebelum Masihi yang turut dikenali sebagai seramik neolitik dan kalkolitik.Penemuan tersebut ditemui di beberapa kawasan tapak arkeologi purba di Lembah Indus yang merupakan pusat tamadun dunia dan kawasan tersebut kini dikenali sebagai Balochistan, Pakistan.Bagi Ramadass, pembuatan barangan tembikar itu merupakan satu idea serta kreativiti tradisional yang perlu dipertahankan supaya tidak ditelan zaman terutamanya kepada generasi muda ketika ini.Menyingkap sejarah pembabitannya dalam industri itu, Ramadass memberitahu beliau telah mewarisi seni serta teknik pembuatan tembikar sejak berusia 12 tahun daripada bapanya yang merupakan seorang imigran dari India.

Menurut beliau, bapanya, Vengadasalam, datang ke negara ini pada tahun 1946 iaitu selepas perang dunia kedua dan mengusahakan perusahaan tembikar secara kecil-kecilan di Batu 2, Jalan Keretapi Lama, Kuala Selangor untuk dijual dari rumah ke rumah pada waktu itu.

Ketika itu katanya, pembuatan tembikar hanya menumpukan barangan dapur antaranya belanga, labu air, bekas makanan termasuklah beberapa barangan upacara keagamaan seperti pelita dan sebagainya dan dihasilkan menerusi teknik tradisional iaitu tangan serta alat yang dikenali sebagai 'pemutar' yang digerakkan menggunakan tenaga manusia.Pemutar atau spinner itu merupakan alat berbentuk bulat dengan permukaan rata yang dihasilkan sama ada daripada kayu atau batu serta dipusing bagi memudahkan membentuk tanah liat dalam bentuk-bentuk tertentu.Namun, pembuatan barangan tembikar berkenaan telah banyak berubah mengikut peredaran zaman bukan hanya dari segi cara pembuatan yang menggunakan bantuan teknologi moden tetapi juga produk tembikar yang dihasilkan.

"Ketika ini saya hasil lebih daripada 20 produk dan ada di antaranya saya cipta sendiri termasuklah reka bentuk bagi memenuhi keperluan semasa pelanggan seperti bekas air dengan pili, tuku serbaguna dan sebagainya," katanya.Dalam pada itu, produk tembikar yang diusahakan oleh Ramadass juga menyerapkan beberapa elemen alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan menjalar, bunga, daun-daun serta motif binatang.Kesemua elemen berkenaan menurut Ramadass, telah digunapakai sejak ribuan tahun dahulu manakala ada corak direka semula dengan menerapkan unsur-unsur moden seperti garisan serta bentuk geometri.Untuk membuat tembikar yang berkualiti tinggi, Ramadass menggunakan hanya tanah liat yang bermutu yang dikenali sebagai 'ballclay' yang dicampur dengan pasir pada kadar yang tertentu sebelum dikeringkan kira-kira dua hari sebelum dibakar pada suhu yang bersesuaian.

Melalui proses berkenaan, ia dapat menghasilkan barangan tembikar yang lebih kuat serta tahan lama kepada suhu, haba dan sesuai untuk tujuan masakan.

Kesemua bahan mentah itu (tanah liat dan pasir) diperoleh dari kawasan Bestari Jaya, Kuala Selangor, yang dikatakan mempunyai sumber-sumber tersebut yang bermutu tinggi.

Malah, menurutnya lagi industri itu turut memberikan pendapatan yang lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit sekiranya dilaksanakan secara betul serta bersungguh-sungguh.

Dari segi permintaan, Ramadass memberitahu, beliau banyak menerima tempahan dari dalam negara termasuklah pelancong-pelancong asing yang datang melawat Selangor.Ini kerana, pusat perusahaannya itu sebenarnya telah disenaraikan dalam peta pelancongan Selangor dan menerima ramai kedatangan para pelancong setiap tahun.Selain menumpukan kepada industri pembuatan tembikar, Ramadass turut menawarkan program latihan kepada individu serta organisasi yang berminat untuk mempelajari teknik tersebut menerusi sokongan serta kerjasama yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Selangor.

Katanya, program latihan itu akan mendedahkan para peserta mempelajari semua aspek dan teknik pembuatan tembikar daripada asas sehingga kepada proses-proses yang terlibat dalam penghasilan barangan itu.Malah, mereka yang berminat untuk menyertai program latihan itu boleh berbuat demikian sama datang sendiri ke pusat perusahaan tembikarnya atau menghubungi talian 03-32891054 untuk maklumat lanjut.Ditanya mengenai perancangan masa depan perusahaan itu, Ramadass memberitahu, beliau akan tetapkan meneruskan tradisi itu selagi beliau masih berdaya bagi memastikan budaya tradisi masyarakat tidak terhapus begitu sahaja.

Malah hasratnya itu dilaksanakannya apabila beliau memperturunkan segala kemahiran dan bakatnya kepada anak lelakinya, R. Velavar, 30, yang kini banyak membantu beliau dalam menguruskan perusahaan kraf tangan itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

NKRA + NKPI x NKIP = GTP

Jika diandaikan kita ingin mendirikan sebuah rumah, impian itu kini hampir kesampaian. Pelan rumah sudah pun jelas, dimensi-dimensinya sudah disiapkan, dan terbaru kerangka modelnya sudah juga dipersetujui.

Demikianlah perumpamaan kita membangunkan sebuah negara Malaysia "baru" menjelang tahun 2020. Walaupun impian 2020 itu ada menggambarkan masa hadapan yang cukup nyata, namun dengan munculnya berbagai-bagai krisis global, khasnya pelbagai krisis ekonomi, gambaran 2020 itu juga turut mengalami serba sedikit perubahan.

Ditambah dengan kekhuatiran yang Malaysia terperangkap ditahap ekonomi pertengahan, langkah-langkah perlu telah pun diorak untuk menentukan yang matlamat Wawasan 2020 terus didekati.

Hatta pelancaran enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) kepada masyarakat umum baru-baru ini merupakan satu langkah yang bijak.

Bukan sahaja ia menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membina masa hadapan negara, tetapi sekali gus membuktikan betapa telus dan terbukanya kerajaan dalam hal tersebut.

Jika digunakan analogi membina sebuah rumah tadi, kerajaan seolah-olah ingin berkongsi dengan rakyat tentang masa hadapan bersama sejajar dengan prinsip "rakyat didahulukan."

Oleh itu tidak hairanlah jika ramai yang tersentuh semasa Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) baru-baru, termasuklah dari kalangan yang lazimnya pengkritik kerajaan!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala malah berkata lebih daripada 70 peratus pengunjung bersetuju dan menyokong pelan hala tuju komprehensif NKRA serta mahukan ia dilaksanakan segera oleh kerajaan (Utusan Malaysia, 19 Disember 2009).

Bak membina sebuah rumah baru sememangnya tidak sabar-sabar lagi menunggu siapnya supaya kita boleh memulai kehidupan baru yang semestinya lebih teratur dan sempurna.

Tambah lagi apabila rumah tersebut mampu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman, serta menambah baik pengangkutan awam.

Keenam-enam ini sebenarnya merupakan NKRA yang menjadi tumpuan untuk kali ini. Sayugia diingatkan bahawa banyak daripada pengisian NKRA serta NKPI sebenarnya adalah hasil buah fikiran orang ramai dan rakyat jua melalui makmal-makmal dialog yang diadakan untuk memperinci aspek-aspek berkaitan.

Sudah tentu ini sebaik-baik contoh kerjasama dan rundingan antara wakil yang dipilih dengan mereka yang telah memilihnya.

Sesuatu yang amat perlu dicontohi dalam menentukan "pencapaian diutamakan" kerana rakyat kini sedar apa yang perlu dihasilkan sebagai satu amanah daripada mereka.

Dengan kata lain strategi yang diambil kini akan membolehkan rakyat sendiri menilai prestasi kerajaan dan wakil rakyat mereka mengikut apa yang telah dirancang dan dilaksanakan.

Jika rumah itu sepatutnya diperbuat daripada batu bata kualiti tertentu, mereka boleh menilai malah mengukur mengikut penunjuk utama yang telah ditetap.

Malah segala-segala yang tersergam di permukaan bumi boleh dinilai dengan cara yang sama dan diberi ukuran kualiti yang sesuai. Rumah yang menepati semua penunjuk sudah tentu dikelaskan paling berjaya atau terbaik, dan sebaliknya juga.

Ini kesudahannya boleh diberi status penarafan ataupun pengelasan bintang umpama yang diamalkan untuk hotel misalnya.

Sungguhpun begitu, hakikatnya ini tidak semesti benar dalam semua hal kerana masih ada beberapa faktor yang masih belum diambil kira.

Bagi sesebuah rumah misalnya soal tapak asas ataupun foundation rumah tersebut adalah penting. Tidak kira sebaik mana rumah itu, sekiranya tapak asasnya tidak kukuh, ia akan runtuh dan roboh juga. Bahkan rumah yang agak sederhana, tetapi dibina atas tapak paling kukuh akan terus kekal lebih lama lagi.

Sayangnya soal tapak asas ini kurang mendapat tumpuan berbanding dengan rupa dan reka bentuk semata-mata. Pendek kata, apa yang nampak oleh mata kepala, umumnya lebih ternilai daripada yang tidak dapat dilihat.

Kes-kes rumah runtuh di lereng-lereng bukit merupakan contoh yang amat sesuai kerana apa lebih menarik perhatian adalah betapa tersergamnya rumah itu, daripada sama ada tapaknya di lereng bukit itu adalah selamat! Maksudnya tidak semua yang boleh diukur dan dihitung itu dapat memberi tafsiran terbaik, dan sebaliknya.

Albert Einstein pernah mengakui hakikat ini apabila beliau mengatakan: "Not all the things that can be counted counts; and not all that counts can be counted."

Bertolak daripada sini, wajar diperkenalkan satu lagi dimensi yang penting untuk memastikan kejayaan NKRA mahupun NKPI, dan apa lagi mengerakkan GTP.

Ia mencakupi dimensi yang tidak ketara atau intangible berbanding dengan yang ketara atau tangible dan mudah diukur dan ditentukan.

Dimensi tersebut ialah National Key Intangible Performance (NKIP) ataupun Prestasi Tak Ketara Utama, yang tanpanya NKPI boleh menjadi rapuh dan lambat laun runtuh dan roboh, bagaikan contoh rumah di lereng-lerang bukit.

Apa yang dimaksudkan dengan NKIP secara amnya adalah berkaitan dengan prinsip nilai yang kian luntur kerana tidak begitu ketara apa lagi jika hendak diukur secara langsung.

Contoh nilai keutuhan, keikhlasan, kejujuran, ketaatan, pengorbanan - semua ini tidak ketara lagi tidak boleh diukur dengan tepat!

Tapi cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada NKRA dan NKPI, hatta GTP sekalipun sekiranya tidak diasaskan kepada nilai etika seumpama ini.

Natijah yang nyata boleh dilihat dari kajian yang dilakukan Tom Peters dan rakannya seperti dalam buku tersohor pada tahun lapan puluhan - In Search Of Excellence.

Mengikut penyelidikan mereka terdapat lapan kriteria utama untuk mengukur "kecemerlangan" organisasi. Berdasarkan itu, 43 organisasi diisytiharkan cemerlang. Tetapi selepas beberapa tahun sahaja hanya 30 peratus organisasi yang dikatakan cemerlang itu telah kecundang. Soalnya mengapa?

Mengikut kajian susulan yang dilakukan, organisasi tersebut kecundang kerana melakukan "pemalsuan" maklumat dan data untuk melayakkan organisasi mereka dikelaskan sebagai cemerlang!

Ini membuktikan tanpa NKIP segala-galanya dapat dipalsukan seenaknya dan kesudahannya ramai yang terpedaya jika kita terlalu bergantung dengan angka-angka, peratusan dan sebagainya.

Oleh itu, tidak dinafikan bahawa NKRA dan NKPI meski pun penting tetapi ia mesti diteraskan kepada NKIP untuk mendapatkan GTP. Inilah formula kejayaan sebenarnya! Apatah lagi angka-angka seperti GDP secara sendirian kini telah mula dipersoalkan sebagai tidak lagi membawa pengertian yang mendalam!

Pemenang Hadiah Nobel bidang ekonomi, Joseph Stiglitz, sering membangkitkan soal yang sama. Malah mengikut beliau GDP tidak pun menggambarkan ukuran kualiti hidup sebenarnya, memandangkan kualiti hidup adalah nilai yang lebih kompleks dan tidak mudah diukur secara tepat hanya dengan memberikannya angka-angka tertentu.

Kesimpulannya perkara asas dan pokok yang sering tidak ketara, tidak wajar sama sekali diketepikan hanya kerana ia sukar diukur. Ini terutama sekali bersangkutan perihal nilai dan budaya yang menyuburi setiap bangsa itu.

Ringkasnya, seandainya paksi etika yang kental tidak dijadikan asas pembangunan negara, belum tahu lagi model yang ingin kita dirikan adalah yang terbaik dan akan terus teguh!

Di sini pentingnya dimensi NKIP dilipat gandakan sebagai asas utamanya.

Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

OKU jadi jutawan


Kumaran menunjukkan produk terbaru di kedainya.

KANGAR 28 Dis. - Sukar untuk mempercayainya, tetapi dengan bermodalkan RM10 yang disumbangkan oleh persatuan Belia 4B mendorong orang kurang upaya (OKU), M. Kumaran, 48, berusaha gigih dan kini bergelar jutawan.

Soal percaya atau tidak, terserahlah kepada khalayak.

Duit RM10 itu adalah ihsan Persatuan Belia 4B yang berpusat di Eatet Ladang Patani, Para Estet di Bidong, Kedah pada tahun 1979 kerana Kumaran miskin dan cacat.

Wang itu dipinjamkan sebagai duit tambang untuk membolehkan Kumaran mengikuti Kursus Usahawan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perlis yang diadakan di sini.Kumaran diberi wang itu kerana berstatus OKU setelah kaki kirinya tidak dapat diselamatkan, terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 18 tahun iaitu pada tahun 1979.Waktu kejadian, Kumaran adalah kelindan lori ketika mula mencari sesuap nasi selepas menukar kerjaya daripada seorang penoreh getah.

"Mulai tahun 1979 saya keluar dari kawasan estet menjadi kelindan lori. Dulu, tempat duduk kelindan bukan di sebelah pemandu, tetapi di atas lori bersama muatan. Malang menimpa. Lori terbaik dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi."Ketika itu kami dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Bukit Tengah, Butterworth," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Apabila diajukan soalan lain, Kumaran termenung seketika, lalu menjawab: "Saya tercampak bersama muatan. Yang tahu ketika itu hanya menanggung kesakitan. Sakit yang amat sangat apabila kaki kiri dihimpit lori papan. Saya cuba melepaskannya, tetapi gagal."

Berikutan kecelakaan tersebut, Kumaran dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut selama 10 hari.Ketika di hospital, pakar perubatan sedaya upaya mengubati semua kecederaan sehingga berjaya, kecuali kaki kiri."Doktor tidak ada pilihan. Kaki kiri saya terpaksa dipotong paras lutut. Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kesedihan yang saya alami tidak mampu dizahirkan, sama ada secara lisan atau tulisan," ujarnya.Setelah kaki kiri dipotong katanya, beliau ditempatkan tiga bulan di hospital berkenaan dan hatinya sekali lagi tersentak apabila terpaksa pulang ke kampung berbekalkan sebatang tongkat kayu untuk berjalan.Namun begitu, Kumaran tidak mudah mengaku kalah apabila setahun kemudian beliau membelanjakan RM1,400 untuk membeli kaki palsu.

Berbekalkan kaki palsu, di peringkat awal, anak muda itu bercadang menjadi pekerja di stesen minyak sebagai juru pam."Ketika asyik mencari kerja, saya yang menyertai Belia 4B dipilih mengikuti Kursus Usahawan selama 14 hari di Kangar. Disebabkan duit tambang tidak ada, Belia 4B bagi pinjaman RM10."Selepas mengikuti kursus, saya memohon bantuan modal perniagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Saya memohon dari JKM Perlis setelah menetap di Kangar. Saya memperoleh RM500 untuk dijadikan modal pusingan.

"Selain modal RM500, JKM menyediakan satu kedai kepada saya dengan sewa RM60 sebulan di Medan Datuk Jaafar Hassan di sini mulai tahun 1982," ujarnya.Di premis itu, Kumaran memulakan perniagaan membuat papan tanda dan bingkai gambar, diikuti membuat tanda nama berikutan ketetapan bagi kakitangan kerajaan menggunakan tanda nama seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1983.Setelah melihat peluang perniagaan membuat tanda nama begitu cerah, Kumaran yang tidak mempunyai modal telah bertemu Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani sehingga berjaya memperoleh bantuan JKM untuk membeli mesin membuat tanda nama berharga RM1,200.

"Mesin tanda nama yang disumbangkan oleh JKM tahun 1983 itu sampai sekarang masih ada," ujar beliau sambil menunjukkan mesin tersebut di kedai pertamanya di Perusahaan Cahaya Murni Enterprise yang terletak di No. 2, Tingkat Bawah, Medan Bazar Kangar.Selain premis itu, beliau juga mempunyai sebuah lagi kedai iaitu Fawarra Murni Sdn. Bhd., di No. 11, juga di Medan Bazar Kangar.Satu lagi syarikat milik Kumaran ialah Cahaya Tujuh Enterprise yang berpusat di Jalan Jubli Perak, juga di Kangar.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah membuat sulaman logo, logo bercetak, barangan cenderamata, cop getah, tanda nama sulam, kad perniagaan dan papan iklan.Di ketiga-tiga premis berkenaan, beliau mempunyai enam pekerja termasuk empat OKU yang setiap orang berpendapatan antara RM650 hingga RM700 sebulan.Selain sibuk menyiapkan produk permintaan pelanggan di seluruh Perlis, usahawan ini juga aktif ke Kedah kerana prinsipnya dalam perniagaan ialah tiada sempadan negeri asalkan sah.Hasil kegigihan Kumaran sejak berusia 18 tahun, beliau yang mendirikan rumah tangga dengan K. Kumutha Devi dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kanmani, gadis berusia 22 tahun dan Kanimoli pula berumur 20 tahun manakala anak lelaki bongsunya, Paventhan, 17.

Kanmani kini menuntut di Moscow dalam jurusan perubatan, sementara Kanimoli mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utura Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, manakala Paventhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Sekarang, Kumaran memiliki dua kereta iaitu Toyota Camry dan Toyota Vios.Ditanya mengenai rumahnya pula, jutawan itu mengakui memiliki lapan buah, iaitu satu daripadanya dijadikan kediaman sekeluarga manakala tujuh lagi disewakan.Apabila diminta menyatakan nilai hartanah semasa bagi tiga premis kedai dan tujuh rumahnya, sambil tersenyum Kumaran berkata:

"Tiga kedai itu setiap satunya berharga kira-kira RM500,000 berbanding sewaktu dibeli RM54,400 sebuah. Nilai rumah pula antara RM180,000 hingga RM380,000 sebuah."

Menyentuh wang RM10 yang dipinjam dari persatuan Belia 4B untuk mengikuti Kursus Usahawan di Kangar dulu pula, Kumaran berkata, ia sudah dibayar balik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dodol Ideris 13 perisa


Ideris Zainuddin memperkenalkan dodol 13 perisa dari kilangnya pada Karnival Pasar Tani Melaka, baru-baru ini

MELAKA 28 Dis. - Dodol adalah makanan tradisi yang kerap dihidangkan pada setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Permintaan kuih istimewa itu meningkat setiap kali menjelang perayaan tersebut kerana ia dianggap satu kemestian bagi masyarakat Melayu.

Bagaimanapun ramai penggemar dodol tidak mahu membuatnya sendiri kerana ia melibatkan kerja yang rumit kerana terpaksa mengambil masa lama dan memenatkan.

Justeru tidak ramai usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dodol, malah jumlah penyertaan mereka itu boleh dibilang dengan jari.

Namun bagi Ideris Zainuddin, 48, atau lebih dikenali sebagai Deris, dodol menjadi punca rezekinya.Makanan tersebut dihasilkan dengan 13 jenis perisa tetapi masih mengekalkan cita rasa tradisi yang diwarisi sejak dahulu.Biarpun memasak dodol melibatkan kerja yang mengambil masa agak lama dan cukup memenatkan tetapi bagi Ideris ia menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan.Dodol Ideris dihasilkan dengan perisa seperti strawberi, cappucino, kismis, wajik sirat, kurma, pandan, jagung, mangga, durian, coklat, asli, nanas dan nangka.Menurut Ideris, dodol keluarannya dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibuatnya sendiri.''Saya bermula dengan membuat dodol berperisa asli tetapi lama kelamaan timbul idea untuk meningkatkan pengeluaran dengan menambah perisa lain.''Bagi saya tidak salah untuk mencuba dodol dengan perisa-perisa lain dan hasil R&D yang saya jalankan sendiri dengan bantuan beberapa pihak, akhirnya ia menjadi kenyataan.''Bayangkan daripada berperisa asli saya sudah mampu menambah pelbagai perisa dan kesemua perisa tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, bagi analisis kandungan pemakanan, beliau menggunakan khidmat nasihat Jabatan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI).Ideris berkata, perniagaan yang diusahakannya mendapat bantuan daripada Jabatan Perikanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).Kini perniagaan Ideris semakin mendapat sambutan menggalakkan.Ideris memulakan perniagaan dodol dengan satu kawah yang diusahakan di belakang rumah sambil dibantu oleh ahli keluarganya.Tetapi kini, beliau memiliki sebuah kilang yang terletak di Solok Bakar Batu, Lorong Hj. Zainudin, Kampung Kandang, dekat sini.Kilang tersebut mempunyai tujuh buah mesin mengacau dodol dan setiap sebuah berharga RM6,500.Katanya, setakat ini beliau mempunyai 46 pekerja yang terdiri daripada suri rumah dan anak-anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Kini Ideris mampu tersenyum atas usahanya yang berjaya menghasilkan 600 kilogram dodol 13 perisa setiap hari berbanding 420 kilogram sebelum ini.Bagi mereka yang berminat untuk membuat sebarang tempahan, boleh berhubung dengan Idris di talian 06-2695084.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sistem pengawasan DIY untuk rumah, pejabat


KINI anda boleh mengawasi rumah, pejabat, kedai atau taman permainan tempat anak anda bermain melalui kamera yang dihubung ke Internet.

TERSENARAI di Papan Utama Saham Malaysia, Green Packet Berhad (Greenpacket) sebuah syarikat pemaju peranti dan pembekal rangkaian jalur lebar wayarles yang terulung telah melancarkan satu produk baru iaitu IRIX 123 (IRIX).

IRIX merupakan sistem pengawasan berasaskan Protokol Internet (IP) bagi rumah dan pejabat kecil di rumah yang boleh diakses secara jauh dari portal laman web melalui komputer riba atau telefon 3G.

Kini, keselamatan bukan lagi dikira sebagai keutamaan tetapi satu keperluan."IRIX123 menawarkan keselesaan bagi mereka yang sentiasa berada di luar tetapi perlu mengetahui segalanya selamat di rumah atau pejabat.

"Selagi anda mempunyai sambungan Internet melalui komputer atau telefon mudah alih 3G/WiFi, IRIX123 boleh diakses," ujar Pengurus Besar Kanan Greenpacket, Kelvin Lee.

Beliau berkata, IRIX direka khas untuk dipasang dengan tiga langkah mudah.

"Pasang kamera, sambung router tanpa wayar, daftar masuk ke www.irix.com.my dan anda boleh lihat apa yang berlaku di rumah atau pejabat anda dari seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.Greenpacket membangunkan IRIX123 sebagai sistem pengawasan yang paling mesra pengguna, berpatutan dan fleksibel, sesuai bagi kegunaan di rumah atau perniagaan kecil.

Hasil dari kajian pengguna sewaktu pembangunan produk, syarikat mendapati bahawa kebanyakan pengguna inginkan sebuah sistem pengawasan yang tidak memerlukan banyak wayar dan kabel, pemasangan yang mudah dan kurang konfigurasi.

kawalan

Pengguna juga melahirkan kebimbangan terhadap pemasang pihak ketiga dan oleh itu, mereka inginkan sebuah sistem yang memberikan mereka kawalan sepenuhnya.Selain itu, Greenpacket juga telah mengambil kira kriteria pembelian pengguna sewaktu mereka mereka cipta IRIX123 dan mengenal pasti keperluan mereka terhadap sistem yang mampu dimiliki dan mesra pengguna dengan tidak mengkompromikan ciri-ciri keselamatan."Ia adalah inspirasi bagi pelancaran sistem pengawasan DIY," jelas Lee.Kamera IP di dalam sistem IRIX123 adalah tanpa wayar yang tidak memerlukan banyak penggerudian dan pemasangan kabel.Ini menjadikan pengaturan dan pemasangan lebih mudah dan selesa walaupun bagi mereka yang tidak mahir dalam teknologi.Juga tiada konfigurasi diperlukan bagi kamera IRIX kerana ia hanya memerlukan pendaftaran mudah di portal www.irix.com.my.

Portal dan perisian sistem direka oleh Greenpacket iaitu syarikat pertama yang melancarkan gabungan unik ini.Dengan IRIX123, kini pengguna tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak memiliki sistem pengawasan mereka sendiri.Pertama, dengan ciri-ciri DIY, pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas sistem dan tidak perlu bimbang tentang pemasang pihak ketiga yang memecah masuk dan memiliki akses ke dalam sistem pengawasan.Kedua, rekaan mudah IRIX123 tidak memerlukan kepada penggerudian dan pemasangan kabel yang mana dapat mengurangkan kos pengaturan dan pemasangan - ia sebuah sistem yang mudah dan mampu milik.

Dan ketiga, IRIX123 membolehkan pengawasan ketika di luar, satu ciri-ciri utama yang sesuai dengan gaya hidup yang sibuk.Pengguna dapat memantau rumah dan perniagaan mereka bila-bila masa dan di mana jua melalui sebuah komputer atau telefon 3G atau WiFi.IRIX123 Greenpacket dengan harga belian terbaik di pasaran dan paling mudah dipasang.Greenpacket akan mula memasarkan IRIX123 melalui pengedar jalur lebar dan harga jualan sebanyak RM1,588 bagi dua kamera.

Sempena dengan pelancaran produk, kad memori 2GB dan perisian pengurusan video akan diberikan secara percuma sebagai hadiah saguhati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Memodenkan bas henti-henti


BAS baru milik CBS kelihatan moden dan ceria berbanding bas lama (gambar bawah).


TEMPAT duduk tidak selesa, lantai berbunyi dan panas berbahang bagaikan matahari. Itu antara rungutan biasa sebahagian besar pengguna perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas henti-henti di negeri Perak.Dengan kebanyakan bas yang digunakan mencecah usia dua dekad dan lebih, senario penumpang terutama pengunjung dari luar negeri ini yang resah tatkala menggunakan perkhidmatan itu bukanlah menghairankan.Bahkan bagi banyak pihak, bas awam tempatan di negeri itu dikatakan bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan pemegang-pemegang permit Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Lembah Klang mahupun Pulau Pinang.Ternyata dakwaan sedemikian mempunyai asasnya jika diambil kira kondisi bas-bas berkenaan.

Meskipun ada beberapa syarikat yang membuat pelaburan menggantikan unit sedia ada, namun jumlahnya terlalu sedikit. Inisiatif tersebut sebenarnya langsung tidak memperlihatkan usaha serius pihak terbabit untuk memodenkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Daif

Keadaan daif bas henti-henti yang masih beroperasi juga secara langsung telah memberikan imej negatif kepada orang luar khususnya pelancong asing.

Perkara itu diakui seorang pengusaha agensi pelancongan yang mempunyai cawangan di beberapa buah dearah di Ipoh, Abdul Bhukari Baharuddin, 36.

Menurutnya, keadaan fizikal bas henti-henti di negeri itu termasuk yang beroperasi di sekitar pusat bandar raya Ipoh menjadi halangan kepada ejen pelancongan mempromosikan pengangkutan awam kepada pelancong.

"Ipoh merupakan kota kedua yang diisytiharkan sebagai bandar raya selepas Kuala Lumpur namun apa yang ditawarkan syarikat-syarikat bas tempatan sangat mendukacitakan. Kita cukup malu untuk promosikan konsep pelancongan pengembaraan kepada pelancong luar," katanya.Apa yang pasti, sentimen yang sama turut dirasai seorang pengguna tetap perkhidmatan bas awam, Mansor Abdullah, 43, yang menetap di Chemor, kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar raya Ipoh.Dia yang menggunakan bas awam untuk pergi dan pulang ke tempat kerja di sebuah agensi kerajaan di Pusat Perniagaan Greentown, Ipoh, memberitahu, para penumpang seolah-olah 'terpaksa' membayar tambang sedangkan perkhidmatan yang diperoleh tidak setimpal dengan apa yang dikenakan.

"Kadar tambang ditentukan LPKP berdasarkan jarak atau per kilometer. Namun, kualiti yang kami terima tidak seperti yang dinikmati penduduk Lembah Klang yang merasai RapidKL, begitu juga RapidPenang di Pulau Pinang," katanya.

Namun, Mansor bersyukur kerana syarikat penyedia perkhidmatan bas awam Ipoh-Kuala Kangsar, The Combined Bus Services Sdn. Bhd. (CBS), yang digunakannya sejak lima tahun lalu mula mengorak langkah menaik taraf bas-bas di laluan berkenaan.

"Saya sendiri terkejut apabila beberapa minggu lalu bas syarikat berkenaan yang sebelum ini kusam dan 'tidak ceria' mula bertukar wajah dan warna.

"Pada pengetahuan saya, syarikat berkenaan merupakan yang pertama melaksanakan pemodenan unit-unit bas khususnya yang berpangkalan di Terminal Bas Medan Kidd di Ipoh," katanya.

Menaik taraf


CHONG KONG FITT


Mengulas mengenai perkara tersebut, Pengarah Urusan CBS, Chong Kong Fitt ketika ditemui Kosmo! menjelaskan pihaknya telah menggantikan sepuluh unit bas lama bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar.

Katanya, CBS yang menaungi tiga syarikat pengendali perkhidmatan bas henti-henti utama di Perak menyasarkan untuk menaik taraf sepenuhnya baki 140 buah bas miliknya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Tiada siapa yang paksa kami melakukannya (menaik taraf bas) dan ia dilaksanakan demi mengambil kira kepentingan pengguna setia perkhidmatan yang kami tawarkan," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelasnya, buat permulaan sebanyak RM8.4 juta telah dilaburkan bagi menggantikan 20 unit bas iaitu bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar dan sekitar bandar raya Ipoh.Katanya, pembelian bas-bas baru terbabit merupakan sebahagian komitmen CBS untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Perak yang sebelum ini dilihat masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain."Sebanyak 10 buah bas generasi baru yang setiap satunya berhawa dingin dan menyediakan 44 tempat duduk yang selesa telah dilancarkan bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar."Bas-bas terbabit akan menggunakan jenama baru iaitu Perak Transit. Namun, apa yang mengujakan, sebanyak 10 buah lagi iaitu bas lantai rendah lower deck yang mesra golongan kurang upaya bagi laluan sekitar pusat bandar raya Ipoh sedang disiapkan," katanya.Majlis pelancaran sepuluh unit bas baru bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di pekarangan Stesen Bas Kuala Kangsar pada 12 Disember lalu.

Tambah Kong Fitt, sebanyak 25 buah bas moden bagi beberapa laluan lain juga sedang dibina dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2010.

Ketika ini, katanya, CBS menaungi tiga syarikat iaitu The General Omnibus, Kinta Omnibus dan Ipoh Omnibus yang ditubuhkan pada 2006 lalu dan beroperasi dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta.

"Dengan bernaung di bawah satu bumbung, semua syarikat terbabit dapat bersaing dengan sihat.

"Namun, apa yang lebih mustahak, ia sebenarnya memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami," katanya.

Jelasnya, penukaran bas-bas syarikat itu kepada unit yang lebih moden dan selesa dilaksanakan selaras komitmen kerajaan negeri untuk menaik taraf Terminal Bas Medan Kidd dan pembinaan terminal pengangkutan awam bersepadu Perak di Bandar Meru Raya."Kami berharap lebih ramai warga Ipoh akan menggunakan perkhidmatan bas-bas awam sekali gus mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku di bandar raya ini," katanya.Sungguhpun begitu, masih ramai dalam kalangan pengguna bas henti-henti yang ditemui mengharapkan komitmen CBS itu dicontohi. Bahkan, ada yang mahu kerajaan negeri dan LPKP campur tangan 'mewajibkan' pemilik-pemilik permit bas henti-henti menggunakan unit bas baru dalam operasi mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Busana praktikal untuk Muslimah


Jubah ini diperbuat daripada kain kapas bercetak motif batik 'paisley' serta berkemasan butang dan kain polos berwarna hitam di bahagian kolar bulat dan dada.

SATU ketika dahulu, busana Muslimah tidak begitu mendapat tempat di hati wanita Muslim di Malaysia kerana fabriknya yang panas dan tidak sesuai dengan cuaca di negara ini.

Namun begitu, kini telah banyak inovasi dan eksperimen oleh para pengusaha busana Muslimah bagi mencari penyelesaian pakaian yang boleh dipakai dengan selesa dan bergaya oleh wanita Islam.

Hasilnya, busana Muslimah yang selesa, diperbuat daripada kain kapas lembut dan lebih menarik ia direka dengan potongan, warna yang ceria dan praktikal tetapi masih berlandaskan syariat agama Islam itu sendiri.

Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan baju-T dengan rekaan eksklusif. Kualitinya pakaiannya sentiasa dijaga supaya seiring dengan keanggunan si pemakai.

Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri. Ia sentiasa menjanjikan hanya terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai cita rasa yang tinggi dan pelbagai.

Busana edaran Ilham Muslimah sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Merangkumi baju-T, jubah, busana bersulam, busana kanak-kanak dan lelaki dan ia hanya boleh dimiliki menerusi dalam talian.

Pengusahanya, yang ingin dikenali sebagai Syarifah berkata, kemudahan membeli-belah dalam talian ini sebenarnya lebih memberi kelebihan kepada para pelanggan serta peniaga lain.

"Pelanggan hanya perlu memberitahu nombor kod dan saiz yang dikehendaki mengikut panduan ringkas pada laman web. Apabila bayaran diterima di pihak Ilham Muslimah, penghantaran akan dilakukan secepat mungkin.

"Seperkara menarik tentang perniagaan dalam talian ini ialah penglibatan anak-anak muda terutama pelajar universiti yang menjalankan perniagaan drop shipping agent. Mereka akan membuka laman web sendiri dan mengambil gambar baju-baju Ilham Muslimah untuk diniagakan dan hasilnya boleh menjangkau hingga RM300 sebulan, mudah dan menguntungkan," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Sri Damansara, baru-baru ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 019-3117254 atau e-melkan sahaja kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments