Marketing Mix

Dalam mempromosikan perniagaan anda menggunakan beberapa media promosi, tahukah anda bahawa 1 + 1 tidak menjadi 2?

Maksud ini adalah, sekiranya anda promosi perniagaan anda menggunakan kad bisnes sahaja, mungkin anda mendapat 5 pelanggan. Kemudian, anda menggunakan brochure sahaja untuk mempromosi perniagaan anda, mungkin anda mendapat 5 pelanggan lagi.

Namun sekiranya anda gabungkan promosi kad bisnes (5) dan brochure (5), sebenarnya anda tidak akan dapat 10 pelanggan, tetapi lebih dari itu- mungkin 15, mungkin 20, mungkin 30… mungkin lebih!

1 + 1 dalam kaedah promosi tidak menjadi 2.

Inilah yang dipanggil marketing mix. Cari marketing mix apakah yang terbaik untuk perniagaan anda. Eksperimen! Dengan menggabungkan beberapa marketing mix yang terbaik bagi perniagaan anda, anda dapat melipatkali gandakan pelanggan anda!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Buzz marketing - promosi percuma yang tersebar luas

Buzz Marketing adalah apabila tersebarnya berita perniagaan/trend kita dengan cara automatik secara meluas.

buzz.jpg

Sebagai contoh, seorang pemuda sedang mendengar iPodnya di perhentian bas. Sorang lagi pemuda bertanya… “Eh.. ipod ni yang latest kan? Berapa lagu boleh masukkan?” Pemuda tu pula menjawab, “Boleh muatkan 5,000 buah lagu… bukan tu je, nak tengok video & masuk Internet pun boleh. memang best iPod ni!”

Itu adalah asas Buzz Marketing. Pemuda yang bertanyakan tu mendapat info, dan barangkali akan sebarkan informasi tu pada kawan-kawannya yang lain… “Eh, iPod terbaru ni boleh muatkan 5,000 buah lagu dan boleh mainkan video serta masuk Internet lagi!”

Buzz Marketing boleh juga dikatakan seperti Word of Mouth, tetapi ianya lebih kepada sesuatu “trend” yang membolehkan promosi tersebar secara automatik…

Antara contoh berlakunya Buzz Marketing seperti:

  • iPod
  • Yo-yo
  • Jam Swatch
  • Motorola Razr
  • Transformers the movie
  • … dan banyak lagi

Bagaimana hendak menciptakan buzz? Jawapannya- produk atau perniagaan anda perlu mempunyai elemen “cool” :)

Boleh kah anda namakan lagi produk/perkhidmatan/perniagaan yang tersebar secara Buzz Marketing?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Integration Marketing - Mengambil peluang trafik yang sedia ada

Beberapa minggu lepas, saya ada menyebut tentang “Integration Marketing” dengan menunjukkan contoh bumbung Hard Rock Cafe yang dicat dengan logo Hard Rock supaya boleh pengunjung melihat daripada Menara Kuala Lumpur…

Konsep Integration Marketing yang digunakan dalam contoh ini adalah…

Intergration Marketing di mana mereka mengambil kesempatan intergrate kaedah promosi dengan “traffic” daripada menara KL.

Integration marketing adalah konsep yang amat mudah, tetapi amat efektif dan sering kali ramai mengabaikannya. Ia boleh dilakukan untuk perniagaan tak kira saiz, besar ataupun kecil-kecilan.
Apa maksud Intergration Marketing?

Mengambil peluang traffic/flow yang sedia ada untuk memasarkan produk dan perkhidmatan

Contoh lagi:

  • Bagaimana Pizza Hut (atau KFC) akan membuka cawangan apabila McDonalds membuka cawangan di sesuatu lokasi. Pizza Hut/KFC mengambil kesempatan traffic yang dihasilkan oleh McDonalds.
  • Bagaimana Air Asia membuka booth/pejabat dan juga meletakkan poster sebesar-besarnya di KLIA menulis “Now Everybody Can Fly!”. Air Asia mengambil kesempatan traffic di KLIA untuk promosikan penerbangan kos rendah mereka.
  • Bagaimana dalam perniagaan Internet, kita menggunakan “Thank You” email apabila pelanggan membeli sesuatu produk, dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita yang lain. Ini mengambil kesempatan trafik pembeli yang sedia ada mempunyai kepercayaan membeli daripada kita, untuk beli lagi.

Cuba lihat disekeliling anda dan anda akan dapat nampak kaedah “Integration Marketing” ini digunakan.

Fikirkan bagaimana anda juga boleh aplikasikannya dalam perniagaan anda- mengambil kesempatan trafik sedia ada, untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mana lagi penting- Blog atau Laman web

Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman web, ataupun memiliki blog?

Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita. Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan sedikit sebanyak menciptakan”no barrier to entry” dengan berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk. Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi sesama usahawan dan pelawat.

Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini, ia memudahkan lagi segala jualan.

Contoh…

Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mengapa perlu fokus

Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.

Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…

magnify.jpg

Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.

Apa yang terjadi?

Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…

Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.

Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.

Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…

Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.

Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?

Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.

Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.

Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali.

Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?

Sekiranya ianya terjadi kepada anda, jangan sesekali membalas dengan memburukkan perniagaan pesaing kembali. Ini adalah kerana, sekiranya anda melakukan ini, anda pula akan dilihat sebagai memburukkan perniagaan lain dan 10 orang akan memburukkan anda. Dalam erti kata lain, “buat tak tau” sahaja… tetapi, jelaskan pada perniagaan anda segala manfaat, kelebihan dan kekuatan yang ada pada perniagaan anda.

Sekiranya terdapat pesaing memburukkan anda, tambahkan ilmu dan tambahkan kekuatan perniagaan sendiri sehingga ianya menjadi amat sukar untuk pesaing menyaingi anda.Tujuan utama pesaing memburukkan anda adalah untuk menjatuhkan anda, dan menaikkan nama mereka. Memandangkan ini tujuan utama, maka, anda perlu bersedia dalam pelbagai aspek- terutama ilmu perniagaan.

Tingkatkan ilmu perniagaan anda sehingga anda sendiri mendapat lebih ramai pelanggan dan pasaran sehingga sukar untuk sesiapa menyaingi anda.Tidak perlu bergaduh atau berlawan dengan pesaing anda oleh kerana ianya hanya akan membuang masa anda di mana tiada siapa yang akan menang.

Tetapi, dengan ilmu, anda boleh melepasi semua pesaing anda sehingga apa sahaja teknik kurang baik yang digunakan oleh pesaing anda tidak akan menjadi keatas anda. Malah, ia akan menjatuhkan pesaing anda sendiri.

Fikir sejenak… sekiranya gerai burger cuba memburukkan McDonalds, adakah ia akan menjatuhkan kredibiliti gerai burger tersebut? adakah ia akan menganggu keuntungan McDonalds? Adakah McDonalds akan membalas balik dan memburukkan gerai burger tersebut?

Jawapan: Lengkapkan ilmu perniagaan anda sehingga jurang perniagaan anda dan pesaing anda menjadi seperti McDonalds dan gerai burger! THINK BIG!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kopitiam Kawan .

sinonim dah ngan mana2 kopitiam, gambar2 b&w

Lunch tadi aku dan Din jalan2 cari makan di Bangi. Kami singgah makan kat KAWAN KOPITIAM milik Ezzah Aziz Fawzy. Ada kacang pool liew, tapi timing tak kena plak. Chef kacang pool masuk keja 5.30 pm. Aisehhh... have to come back lor... Oleh kerna kopitiam ni server makanan Johor, makan aku oda mee bandung Muar. Pehhhh ada rasa lah... ;)



KAWAN KOPITIAM at 26 Jalan 3/69 section 3 /Fasa 3 tambahan, Bandar Baru Bangi. Behind the fasa 3 Petronas station, 12 o clock from the UKM roundabout via Bangi tol.



Presents ala carte CHINESE STYLE DELIGHTS as below;

Noodles Kung Fu style, Noodles Szechuan style, Noddles Hainanese style, Yam chow fried rice, Hot Szechuan fried rice, Chicken Porridge, Old style Nasi Lemak with sambal like the olden days, Special nyonya Kari Laksa on Saturdays and Sundays only, MEE UDANGYing Yang Nooodles, Singapore fried Bee hoon, CUCUR UDANG.


Voted top 5 by readers of THE STAR, SPECIAL JOHORIAN FAVOURITES MEE BANDUNG MUAR, MEE REBUS, LAKSA JOHOR, KACANG POOL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments