Irfan Khairi Jutawan Cyber ... bukannya khairi A Rahman... ..

ikshaz.jpgSelalunya saya je yang masuk majalah. Tetapi, keluaran Feminin & Famili bulan ini, isteri saya, Shazrina juga turut keluar sama. Bagi yang pernah ke Workshop Jutawan Internet, mungkin pernah terjumpa.

Bagi anda yang belum pernah jumpa isteri saya, inilah orangnya, my other half! :) Ramai kata kami nampak serupa… kalau saya pakai tudung, serupa lah kut :)

Tip hari ini, daripada Dr Thomas Stanley penulis buku The Millionaire’s Mind, yang menyenaraikan bahawa, antara top 5 ciri-ciri seorang jutawan adalah mempunyai pasangan yang memahami & sering memberi sokongan.

Saya amat setuju! Tanpa isteri saya Shazrina, tiadalah saya mencapai kejayaan tahap ini :)

So, bagi anda yang sudah berumah tangga membaca ini, beri 100% unconditional sokongan kepada pasangan anda sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan atau berusaha untuk mencapai apa sahaja kejayaan. Tanpa sokongan pasangan hidup, memang amat payah untuk mencapai kejayaan.

ogymag.jpgBagi anda yang ingin tahu cerita lebih lanjut mengenai saya & isteri, boleh dapatkan majalah Feminin & Famili bulan ini dari kedai mamak (iklan!). Gambar depan Kak Ogy Ahmad Daud & anaknya.

Talking about Kak Ogy, tak lama lagi saya akan umumkan satu project terbaru kak Ogy yang juga melibatkan saya. Apa dia? Biarlah rahsia…. sedikit clue: Satu lagi langkah saya dalam arena motivasi! Tungguuu… very interesting!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Segan letak harga!

pricetag.jpgSatu masalah yang saya sering lihat di kalangan usahawan baru Malaysia adalah… segan letak harga :)

Contoh, bila bakal pelanggan tanya pada usahawan, harga untuk perkhidmatan, jawapannya “Takpe lah… sikit-sikit je. Berapa pun boleh…”. Apabila usahawan mempunyai produk baru untuk di jual, nak letak harga pun segan. Sehingga meletakkan harga pada paras yang minimum (lepas kos sahaja).

Adakah anda dikalangan mereka yang segan meletak harga apabila ditanya?

Soalan saya, agak-agaknya, kenapa begini? Kenapa masyarakat kita segan letak harga untuk produk & perkhidmatan kita? :)

Juga, macam mana nak hilangkan rasa segan silu tersebut oleh kerana segan letak harga sebenarnya akan memakan perniagaan sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Menetapkan harga

Menetapkan harga bagi produk anda adalah antara strategi terpenting dalam perniagaan. Terdapat 4 komponen dalam strategi pemasaran iaitu, Product, Place, Price dan Promotion.

Namun, seringkali HARGA (Price), tidak di ambil endah oleh peniga. Kebanyakan akan mengambil keputusan meletakkan harga yang rendah untuk bersaing.

Perlu diingat bahawa, meletakkan harga yang rendah sememangnya boleh menarik pelanggan. Tetapi, ia juga menarik pesaing anda untuk turut merendahkan harga dan terjadinya perang harga.

Akibat perang harga, keuntungan akan berkurang. Ini mengakibatkan dana untuk promosi juga berkurangan. Dana untuk promosi adalah amat penting dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Merendahkan harga produk atau perkhidmatan anda akan meyukarkan proses mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Daripada bersaing dengan mengurangkan harga, lebih efektif anda tambahkan nilai produk atau perkhidmatan anda… kemudian, duduk dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Harga melewatkan kerja (procrastinate)

Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari Tip Satu Minit ini, atau dari buku, atau dari majalah… adakah anda terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)

Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang! (Post: September 2006- “Baca Jangan Tak Baca”)

books.jpgTip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.

Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan… 100 buku lagi!

Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM2,000-RM3,000 extra income online secara part time melalui perniagaan Internet (side income)? Saya rasa tidak.

Dengan extra RM2,000-RM3,000 setiap bulan, tidakkah ia membantu dalam keadaan harga minyak & barangan semakin naik ini? Saya rasa ya.

Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya “the silent killer”.

Post kali ini, panjang sikit (mungkin tip 2 minit kut) :) adalah untuk anda fikir sejenak. 3 tahun lepas… 2 tahun lepas… 1 tahun lepas… atau tahun ini.

Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan “the silent killer” ini dan tidak melakukan apa-apa?

Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus melewat-lewatkan kerja dimana kita sendiri tahu ia adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat ’surprise’ pada orang yang tersayang? atau apa sahaja… (tak semestinya berkaitan dengan wang je) :)

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Think about it ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan

Pertanyaan yang sering timbul apabila ingin memulakan perniagaan ialah peluang-peluang perniagaan yang ada dan boleh dilaksanakan. Pertanyaan ini sukar untuk dijawab kerana pelbagai pertimbangan harus difikirkan. Walau bagaimanapun bagi seorang usahawan yang kreatif dan inovatif, peluang-peluang perniagaan akan wujud jika kebolehan semula jadi yang ada pada dirinya digunakan dengan sebaik mungkin dan akan menyiapkan kaedah menyediakan rancangan perniagaan dengan terlebih dahulu.

Peluang perniagaan ialah suatu keadaan atau situasi dalam perniagaan yang memberi kesempatan kepada seseorang individu untuk mendapatkan sesuatu manfaat. Peluang perniagaan wujud dan boleh dicari jika usahawan peka dan bertindak dengan segera. Sekiranya lambat bertindak maka terlepaslah peluang tersebut.

Peluang perniagaan bermula apabila wujudnya permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Oleh itu untuk menentukan serta mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang bersesuaian, kita perlu memadankan peluang-peluang tersebut dengan kebolehan dan kemampuan diri serta sumber-sumber yang ada pada diri kita.

Secara amnya, analisis peluang-peluang perniagaan boleh dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pengalaman

Bagi yang pernah bekerja, peluang-peluang yang didapati ialah dalam bentuk pengalaman kerja yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau pengetahuan menyeluruh yang berorientasikan perniagaan. Contohnya Encik Ramly, seorang pengusaha burger yang pada mulanya mendapat pengalaman bekerja sebagai pekerja pemasaran, jualan dan hubungan dengan pelanggan dan pembekal. Kini dia dikenali sebagai seorang usahawan berjaya yang mengasaskan perusahaan Ramly Burger.

Persekitaran

Disamping itu juga, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting di dalam menyediakan peluang-peluang perniagaan. Pengamatan dan pemerhatian tentang persekitaran akan memberi ilham kepada usahawan untuk mencipta keluaran atau perkhidmatan baru yang bertujuan memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna.

Pemerhatian terhadap fungsi dan faedah sesuatu barang dan perkhidmatan akan membolehkan usahawan memikirkan bagaimana dapat memperbaikinya dari segi kos, penjenisan, reka bentuk, cita rasa, saiz dan juga prestasi. Contohnya, pembotolan atau pembungkusan minuman diubahsuaikan dan diperlbagaikan untuk cara pengunaan yang berlainan sama ada untuk dirumah, hidangan di restoran, berkelah atau ketika dalam perjalan menuju ke sesuatu tempat.

Perkembangan Dan Perubahan Ekonomi

Perkembangan dan perubahan ekonomi dan sosial boleh menimbulkan peluang-peluang perniagaan yang baru. Perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan meleset kepada keadaan yang baik, boleh membuka banyak peluang perniagaan sejajar dengan perkembangan di dalam sektor ekonomi seperti kewujudan industri pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, peruncitan dan pertanian. Contohnya, kesan daripada Perang Teluk yang berlaku sedikit masa dahulu membuka peluang-peluang perniagaan dalam industri membuat topeng gas dan alatan untuk memadam kebakaran minyak yang berlaku di negara-negara seperti Iran, Syria dan Kuwait.

Perubahan Dan Perkembangan Teknologi

Perubahan teknologi juga boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan dimana pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran dihasilkan pada kos yang lebih rendah dan membuka pasaran yang lebih luas.

Selain daripada itu, maklumat formal juga dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan. Dalam konteks ini media massa memainkan peranan memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kebiasaannya media massa, sama ada media cetak atau elektronik, mempunyai ruangan khusus untuk menyiarkan maklumat mengenai dunia perniagaan yang membolehkan kita, secara tidak langsung, mengikuti perkembangan pelbagai bidang usaha niaga. Melalui maklumat ini kita boleh memilih bidang perniagaan yang bersesuaian dengan diri sendiri.

Masalah Semasa Pengguna

Pengguna, pengeluar dan pembekal juga boleh memberi maklumat untuk mengenali peluang-peluang perniagaan. Pengguna boleh menyumbangkan cadangan tentang keperluan-keperluan mereka dan seterusnya maklum balas daripada penggunaan ini boleh dijadikan asas untuk mengkaji peluang yang baru. Pengeluar dan pembekal pula boleh memberikan pandangan tentang peluang-peluang perniagaan berasaskan barang-barang yang mereka keluarkaan ataupun yang diedarkan.

Kreativiti dan Daya Cipta (Kebolehan Diri)

Penciptaan dan pembaharuan juga merupakan kemahiran penting yang harus dimiliki oleh usahawan untuk menghasilkan peluang-peluang perniagaan. Walau bagaimanapun bukan semua pencipta adalah usahawan. Pencipta mungkin mempunyai kebolehan menghasilkan idea penciptaan tetapi tidak mempunyai kemahiran keusahawanan dan pengurusan. Sebaliknya orang lain yang mempunyai kemahiran keusahawanan menguruskan idea penciptaan tersebut. Oleh itu, gabungan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran keusahawanan untuk menghasilkan ciptaan baru akan melahirkan satu peluang perniagaan yang menguntungkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat

Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi” – Dato’ Mohd Nadzmi

Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah tengahari PUNB bertajuk " Revitalising Companies – The Way Forward” pada 27 Julai 2004.

Bermula dari dunia korporat, Dato' Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan nama beliau.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-

Ini adalah nasihat beliau:

• Anda mesti mempunyai sikap rajin
• Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.

Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A’ dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda mesti mempunyai keyakinan diri
• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato’ Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato’ Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.

• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .

• Belajar dari kesilapan
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil tindakan berasakan keutamaan
• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato' Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.

• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

Dato’ Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah:-

- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik
- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
- kreatif dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jihad- Satu Cabang Perniagaan

by Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Selepas tragedi 11/9, masyarakat Islam yang semakin tertekan di sarankan untuk terus mengutamakan jihad. Namun kali ini, jihad yang dianjurkan ialah dalam usaha untuk memperkukuhkan ekonomi dunia Islam. Mengikut Tan Sri Muhammmad Ali Hashim, Ketua Eksekutif, Johor Corporation, sebab-sebab utama masyarakat Islam perlu berbuat demikian adalah kerana kita:-

1. Mudah ditewaskan dalam perang jihad kerana kekurangan senjata.
Oleh itu, umat Islam tidak mempunyai pilihan lain untuk menentukan kewujudan umat sejagat.

2. Perlu membina semula kekuatan dan menghimpun kekayaan
Secara umumnya, umat Islam hidup dalam kemiskinan dan mereka jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi. Masyarakat Islam juga dianggap sebagai "totalitarian", "tidak boleh bertolak ansur" dan "mundur" oleh masyarakat lain. Ini menyebabkan mereka menggelar negara Islam sebagai negara yang gagal.


3. Medan perang Abad 21 adalah dalam dunia perniagaan dan korporat
Sistem ekonomi abad 21 yang berorientasikan sistem ekonomi kapitalis menyaksikan organisasi-organisasi korporat berperanan dominan dalam bidang ekonomi. Pemusatan kuasa ekonomi global pada 'multi national corporation' (MNCs) barat mengancam penjajahan semula sesebuah negara yang turut memberi kesan kepada nilai hidup dan budaya setempat

Mengikut kajian oleh UNDP ( Human Development Report 1999), nilai harta milik tiga jutawan terkaya di dunia melebihi jumlah himpunan KDNK semua negara membangun di dunia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 600 juta.


Oleh itu Tan Sri Ali menyarankan agar kita bersedia menangkis ancaman kapitalisme dengan menjauhi sindrom "katak dalam air panas", satu sifat dimana seseorang itu akan gagal atau tewas dalam keselesaannya sendiri setelah berkhayal dan hilang pedoman dan pegangan hidup. Malah menurut beliau lagi, sistem global kapitalis tanpa sempadan adalah sesuatu yang buas dan liar, walaupun begitu, dunia terpaksa menerima kewujudannya.

Menurut Tan Sri Ali lagi, kelemahan ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam amnya menyebabkan mereka mudah saja ditewaskan dan diketepikan di arena politik antarabangsa dan juga arena-arena lain. Oleh itu beliau menyarankan agar kita memperjuangkan perniagaan sebagai satu cabang jihad dan meletakkan perjuangan bisnes sebagai perkara utama dalam agenda ekonomi Islam Hadhari. Peranan kepimpinan dalam perjuangan jihad ini, tegas beliau, perlu melibatkan semua lapisan usahawan, sama ada awam mahu pun swasta, dan wajib di pikul oleh semua ahli korporat Muslim.

Menyentuh tentang aset dan harta milik individu dan keluarga Melayu, beliau berkata bahawa kedudukannya amat rapuh. Kerapuhan disebabkan oleh kelemahan peribadi usahawan, fenomena pusaka 'sekangkang kera" dan fenomena “3 generasi”, di mana pegangan hakmilik bisnes keluarga selalunya tidak dapat bertahan lebih dari generasi ketiga pewarisnya. Sebagai contoh, 95 % dari perniagaan di negara Timur Tengah dikendali oleh pihak keluarga. Walaupun ianya menguntungkan, hanya 6% yang bertahan ke generasi ketiga dengan hanya 2% sahaja mampu bertahan ke generasi yang berikutnya.

Menurut beliau, jalan keluar utama umat Islam memperjuangkan jihad bisnes ialah pertama, dengan menjana kekayaan dan menjadi pemegang utama kuasa ekonomi. Langkah kedua melibatkan umat menginstitusikan hakmilik dan membina korporat gergasi Muslim yang diurus secara korporat, tetapi kepentingan majoriti hakmiliknya tidak terserah kepada individu atau keluarga kelompok kecil. Malahan Tan Sri Ali menyarankan supaya umat Islam menilai konsep institusi waqaf korporat sebagai satu pilihan.

Beliau juga menyeru umat Islam supaya memperjuangkan nilai Islam dalam perniagaan dengan membina sistem ekonomi yang secucuk dengan jiwa Melayu dan melihat umat Islam sebagai "ketam" yang disifatkan oleh musuhnya sebagai ‘berjalan tidak betul’. Cara Melayu berniaga, menurut beliau, perlu diubah-suai supaya secucuk dengan jiwa ‘ketam’ yang sebenarnya adalah berjalan dengan cara yang betul, iaitu di atas landasan Islam yang tidak mementingkan kepentingan individu di atas kepentingan masyarakat ramai. Dengan demikian, sistem perniagaan persaingan berlandaskan Islam perlu, antara lainnya, mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

 Kekuatan kita terletak pada budaya ‘fastabiqul khairat’, atau 'berlumba-lumba untuk berbuat baik"
 ‘Barakah’ dari pegangan bahawa harta kekayaan adalah milik mutlak Allah SAW.
 Kekebalan yang terdapat pada sikap bekerja/berjihad dan bukan untuk peribadi
 Kekuasaan perjuangan sebagai ‘khalifah’ bertujuan mentamadunkan dunia untuk manusia sejagat

Menurut beliau lagi, cara ketam 'menjalankan' perniagaan harus berbeza dengan cara makhluk lain seperti ‘siput, umang-umang dan belangkas’ berniaga. Umat Islam perlu memilih budaya korporat organisasi ketam yang berasaskan kepada komitmen tinggi terhadap pekerjaan yang bermanfaat, iaitu selaras dengan kehendak agama yang inginkan setiap manusia mengeluarkan barangan dan perkhidmatan lebih dari keperluan kegunaanya sendiri.


Tan Sri Muhammmad Ali Hashim memetik Surah AsSaf, Ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah Taala amat menyukai orang berjihad pada jalanNya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka seperti satu binaan yang tersusun kukuh" untuk kita jadikan panduan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments