KURSUS & JADUAL MEMBORONG DI CHINA

Peserta akan diberikan beberapa bonus untuk memudahkan pencarian pembekal yang tulen. Peserta juga diberikan diskaun untuk mengikuti rombongan perniagaan ke China.

Antara Topik akan fokuskan dalam Kursus ini adalah :

YURAN KURSUS : RM485.00 (Deposit RM100.00)
BAB 1 : Pengenalan Negara China
BAB 2 : Urusan Paspot dan Visa
BAB 3 : Tiket Penerbangan
BAB 4 : Pada Hari Bertolak dan Tiba di China
BAB 5 : Penginapan (Harga Patut, Selamat dan sesuai)
BAB 6 : Restoran, Makanan dan Minuman
(Fokus kepada Orang Islam)
BAB 7 : Pengangkutan Tempatan
(Masalah, Tips dan cara mengatasi ditipu)
BAB 8 : Persediaan Tambahan
(Buka Akaun di China, Kenapa tak boleh bawa cash banyak)
BAB 9 : Kenal Pasti Duit Palsu - Antara masalah Utama yang perlu diketahui, bagaimana boleh diatasi.
BAB 10 : Membeli-belah dan Memborong
(Plaza Memborong yang patut dikunjungi)
BAB 11 : Contoh Produk-produk - Produk Terkini yang berpontensi di Pasaran Malaysia
BAB 12 : Pengangkutan Barang ke Malaysia
(Urusan Logistik selepas memborong)
BAB 13 : Penghantaran Duit dari Malaysia ke Pembekal
BAB 14 : Pameran Perniagaan
BAB 15 : Memperolehi idea untuk Mencari Pembekal dan produk terkini Melalui Website B2B
BAB 16 : Tempat-tempat Bersejarah Islam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PAKEJ LAWATAN KE CHINA

Lawatan ini adalah lawatan memborong sambil melancong. Peserta akan dibawa melawat ke Plaza-Plaza memborong di China. Antara tempat yang dilawati adalah seperti berikut :

Plaza Borong Pakaian
Plaza Borong Jam Tangan
Plaza Borong Kasut
Plaza Borong Aksesori
Plaza Barang Hiasan Rumah
Plaza Beg Tangan

Plaza Fabrik (Sutera dan kain Tirai)
Plaza Borong Elektronik (Shenzhen)
Plaza Borong Telefon Bimbit (Shenzhen)
Plaza Borong Cermin Mata
(hari bebas)

Plaza Borong Pakaian Kanak-kanak
(hari bebas)
Plaza Borong Kosmetik (hari bebas)

PAKEJ A : (6 hari 5 malam) - Harga: RM 2750

Melawat tempat-tempat borong di Guangzhou dan Shenzhen (6 hari 5 malam)

Pakej termasuk
Pengurusan Visa
Tiket kapal terbang KL-Guangzhou-KL
Penginapan di hotel 3 bintang
Pengangkutan domestik
Makan Malam di Restauran Muslim.
(Pengangkutan pada hari bebas tidak termasuk dalam pakej)

JADUAL LAWATAN
Hari Pertama Bertolak ke Guangzhou. Melawat Plaza Fabrik, Sutera dan Langsir.
Hari Kedua Melawat Plaza One-Link. Aksesori, barangan kecil, hiasan rumah
Hari Ketiga Bertolak ke Shenzhen dan Melawat Plaza Elektronik
Hari Keempat Melawat Plaza Pakaian, kasut dan jam tangan. Melawat Plaza Handbag
Hari Kelima Hari Bebas
Hari Keenam Bertolak Pulang ke Malaysia.

Bonus Pakej A

  • Melawat Masjid Huaisheng
  • Melawat Makam Saad Abi Waqas (bapa saudara Nabi Muhammad)
  • Melawat Beijing Lu (night shopping street)
  • Melawat Shang Xia Jiu Lu (night shopping street)
PAKEJ B : (5 hari 5 malam) - Harga : RM 2750
Melawat tempat-tempat borong di Yiwu ( 5 hari 5 malam)

Pakej termasuk:
Pengurusan Visa
Tiket kapal terbang KL - Hangzhou - KL
Penginapan di hotel 3 bintang
Pengangkutan domestik
Makan Malam di Restauran Muslim

JADUAL LAWATAN

Hari Pertama Bertolak ke Hangzhou. Check in Hotel.
Hari Kedua Melawat Yiwu International Trade City
Hari Ketiga Melawat Huang Yuan Market
Hari Keempat Hari Bebas
Hari Kelima Menguruskan penghantaran barang balik ke Malaysia. Bertolak ke Hangzhou. Bertolak balik ke Malaysia pada malamnya.
Hari Keenam Tiba di Malaysia.
PAKEJ C : (11 Hari 10 malam) - Harga RM 4950

Pakej C adalah gabungan antara pakej A dan pakej B. Pakej C adalah termasuk tiket penerbangan dari Guangzhou ke Hangzhou.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Batik eksklusif kontemporari


SUTRA Kasih bukan tidak terikat dengan sentuhan batik tradisional, ia mengetengahkan corak kontemporari sesuai untuk semua peringjat umur. Butik yang turut mempunyai cawangan di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor ini bakal terlibat dengan pameran eksklusif Pavilion sempena Aidilfitri pada 1 September lalu hingga 13 September ini. Sesuai dengan musim perayaan, pakaian ini menampilkan rekaan elegan.

RINGKAS dan moden. Corak yang ditampilkan bercirikan abstrak yang sederhana. Tanpa menggunakan warna yang berat, pemilik Sutra Kasih Batik, Datin Suriaty Ahmad Khan memilih rekaan kontemporari. Sesuai untuk golongan muda dan bekerja, batik ini mempamerkan inovasi baru.Bagi mereka yang melewati umur dewasa, tidak salah mencuba pakaian batik yang mempunyai ciri moden ini.

Sutra Kasih mempunyai kualiti fabrik sutera moden seperti sifon.

Selesa dipakai untuk mereka yang mencari-cari kelainan pakaian bekerja.Walaupun ramai yang tidak menggemari batik untuk gaya fesyen tetapi kebijaksanaan memilih rekaan menjadikan ia stail kontemporari.

Butik yang terletak di tingkat lima, Pavilion Kuala Lumpur ini ternyata mempamerkan koleksi eksklusif.Namun, harga yang sederhana membolehkan semua golongan mampu memilikinya.Cita rasa pakaian sedia pakai yang mewah ini juga sesuai untuk gaya kasual dan Aidilfitri yang menjelang tiba.Selain menarik, secara tidak langsung koleksi ini mengetengahkan ciri warisan negara.Tidak terikat dengan corak batik tradisional, potongan serta rekaan kontemporari penting untuk mengangkat martabat batik negara.Tidak terhad pada warna lazim seperti hitam, putih atau semula jadi, Sutra Kasih turut mengetengahkan warna ceria dan muda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments